FOLLOWERS

Saturday 26 September 2009

PERKHIDMATAN CELCOM YANG AMAT SELEKEH !




Dari 24 sep 2009 iaitu dari jam 12 tengahari hingga 7 petang, 25 sep 2009 bagi sehari suntuk dan pagi ini masih tersangkut-sangkut, perkhidmatan broadband / Internet Celcom dan juga Handphonenya amat teruk sekali.

2. PG sebagai pengguna sepenuh masa perkhidmatan ini terjejas teruk. Semalam boleh dikatakan sehari suntuk perkhidmatan broadband/ internet celcom tiada lansung. Walau pun Pengerusi Celcom memaklumkan bahawa hanya perkhidmatan Telipon sahaja yang terjejas akibat SMS yang berjuta banyaknya ( 254 juta ) dihantar oleh pengguna. Tetapi yang sebenarnya perkhidmatan Internet / broadband Celcomlah yang terjejas teruk.

3. Mengapa Celcom memberi perkhidmatan seburok ini? Alasan hanya telipon sahaja yang terjejas tidak masuk akal. Juga alasan bahawa keadaan ini hanya kerana SMS yang dihantar oleh pengguna terlalu banyak. Bukan kami bodoh sangat. Jangan nak kaitkan SMS yang terlalu banyak punca perkara ini berlaku.

4. Celcom sepatutnya menjangka bahawa SMS setiap tahun apabila hari perayaan keadaaanya memang begitu. Seluroh dunia. Tetapi di negara lain tiada begini. Di China , pengguna Handphone adalah seramai 500 juta orang. Pun tiada masalah begini. Jadi Celcom jangan cuba perbodohkan pengguna. Perkhidmatan anda mungkin suah usang atau tidak cekap.

5. SMS bukan puncanya. Mungkin teknologinya yang usang atau selekehnya pemantauan perkhimatannya.

6. Penafian bahawa Internet/ Broadband Celcom tidak terjejas adalah juga jelas menampakkan kurangnya pemantauan oleh kakitangan Celcom terhadap perkhidmatannya selepas jualan. Mungkin pegawai-pegawai kanan Celcom masih tidor dan hanya mengharapkan juru teknik aje menyelesaikan masalah ini. Sebab itu mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

7. Pegawai-pegawai dan pengarah-pengarah Celcom ini mungkin berjuang di atas permaidani merah dan mungkin ditipu bulat-bulat oleh pegawai bawahan mereka. Jika tidak sudah pasti mereka tahu bahawa perkhidmatan Internetnya juga terjejas teruk dan bermasalah sehingga ke pagi ini.

8. Cuma pagi ini boleh lah ( cuma talian lembab ). Mungkin selepas ini kita semua pengguna Celcom boleh melakukan " hijrah " kepada perkhidmatan telipon dan internet / broadband syarikat lain jika perkhitmatan buruk Celcom ini masih berterusan.

4 comments:

  1. Salam, kawan setuju, sebagai pengguna setia Celcom kerana ianya sebahagian daripada agensi kerajaan terasa amat dukacita dengan layanan menipu celcom..... bukan setakat perkhidmatan talian sahaja yang banyak karenah, tawaran-tawaran lain juga banyak menipu kepada pelanggan......

    ReplyDelete
  2. betul tu...berukband celcom juga terjejas teruk!

    ReplyDelete
  3. Biasalah tu.Kalau tak percaya cuba tulis surat komen kelemahan depa kepada pihak atasan dan yang menjawabnya bukannya dari orang atasan tetapi kakitangannya yang akan memberi jawapan dan menandatanganinya.

    Perbuatan depa seolah-olah menyindir kita untuk membuat maklum balas kepada mereka untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

    Mengikut prosidur, selalunya orang yang ditujukan akan membalas surat aduan kita dan bukannya menyuruh kakitangan dari bahagian surat menyurat memandangkan kita mahu orang atasan itu menunjukkan mereka betul-betul serius untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

    Dalam kejadian gangguan talian Celcom, Sepatutnya mereka telah mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk mengelakkan kejadian itu berlaku memandangkan Hari Raya dirayakan pada setiap tahun.

    ReplyDelete
  4. Merka hanya tahu menipu kita, bila promosi mereka kata celcom is the best bila dah subcribe celcom is the worse

    ReplyDelete

PETA PELAYAR