SHAH ALAM: Selepas lebih tiga tahun melarikan diri daripada dibicarakan atas tuduhan mengaku sebagai Rasul Melayu, menyebarkan doktrin palsu, menghina Islam, dan menghina pihak berkuasa Islam, akhirnya Abdul Kahar Ahmad ditahan, pagi tadi. Tertuduh ditahan sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas melarikan diri ke rumah barunya di Sungai Long, Kajang.
Penghuni Gua : Alhamdullilah, pendedahan PG ( KLIK ) dan beberapa blog mengenai ajaran sesat ini telah pun terurai. Rasul Allah Melayu ini telah ditangkap oleh Jabatan Agama di Kajang Selangor.
2. Semuga beliau mendapat hukuman yang setimpal. Cuma PG ingin bertanya, bagaimana Ajaran sesat satu lagi ( Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi dan DSAI pernah menjamu selera tahun lepas di Semenyeh ) masih bebas dan masih berleluasa kegiatannya. Walhal fatwa kesesatannya sudah di wartakan.
3. Jabatan Agama masih tidor ke? Atau tunggu arahan DYMM atau dari PM atau dihempok oleh pembangkang barulah nak bekerja. Atau tunggu jadi parah baru lah terkinja-kinja untuk mengambil tindakan seperti mana Al Arqam dahulu sehingga pihak polis yang tiada kena mengena terpaksa bertindak disebabkan pak-pak alim sibuk berpolitik dan asyik berceramah agama ( berbayar lagi ) dan asyik berusaha untuk menghitamkan dahi aje?
4. Atau mungkin mereka hanya berjuang di atas permaidani merah?
Bagus... Nilah akibatnyer biler merosakkan akidah ramai orang Islam. Ambik kau...
ReplyDelete