Orang-orang yang mengaku umat Nabi Muhammad dan pengikutnya hendaklah faham, adakah Nabi Muhammad yang mereka ikuti itu benar-benar Nabi Muhammad yang sebenar atau palsu? Oleh kerana mereka sendiri tidak menyaksikannya dan bukan pula hidup di zamannya. Apa buktinya Muhammad yang mereka percaya dan ikuti itu Nabi Muhammad yang sebenar? Kerana Nabi Muhammad yang sebenar itu telah lama diwafatkan Tuhan.
Bagaimana mereka sekarang ini hendak memastikan yang mereka percaya dan ikuti itu Nabi Muhammad yang sebenar? Bererti kebanyakan mereka hanya mengikut persangkaan alim ulamak mereka sahaja. Padahal ijmak ulamak itu sendiri tidak pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad. Begitu juga perawi-perawi hadis Nabi Muhammad tersebut. Yang amat meragukan sekali kisah Israk Mikraj tentang Nabi Muhammad berjumpa Tuhan menerima perintah sembahyang.
Dalam cerita tersebut, Nabi Muhammad lebih percaya kata-kata Nabi Musa daripada Tuhan. Ia sanggup mengingkari keputusan Tuhan kepadanya sebanyak 9 kali di atas nasihat Nabi Musa kepadanya tentang jumlah bilangan sembahyang daripada 50 waktu sehingga 5 waktu. Di manakah sifat-sifat kenabian beliau? Hanya Iblis sahaja yang tidak bersetuju dengan keputusan Tuhan kepadanya. Jika sedemikian rupa halnya Nabi Muhammad yang mereka percaya dan mereka ikuti itu, nyatalah ianya Nabi Palsu dan Rasul Palsu. Bukankah Tuhan dah kata, syaitan itu amat pandai menipu?
Orang-orang yang percaya secara rambang dan membuta-tuli tanpa saksi dan tanpa bukti kebenarannya adalah mudah disesatkan. Bolehkah kebenaran itu dianggap dari tempat yang jauh sahaja? Maka sebab itulah Tuhan melarang manusia supaya jangan mengatakan sesuatu yang tidak disaksikan atau yang bukan datangnya daripada TuhanDi dalam Al Quran Tuhan tidak ada menceritakan tentang sembahyang lima waktu dan cara-cara melakukannya dan rakaat-rakaat sembahyang itu.
Sedangkan ayat-ayat Al Quran itu adalah keterangan yang cukup bagi manusia. Ayat-ayatnya adalah rapi dan terperinci serta nyata kebenaran ayat-ayatnya. Itulah perkara yang menimbulkan keraguan tentang sembahyang lima waktu tersebut. Nabi Muhammad yang sebenar tidak akan mengatakan sesuatu yang bukan datangnya daripada Tuhan atau yang tidak ada di dalam Al Quran. Kata-kata Nabi Muhammad itu adalah Al Quran semata-mata, selain dari kata-kata hariannya itu.Rasul dahulu adalah bagi kaum dahulu. Dan rasul sekarang bagi kaum sekarang. Umat manusia dahulu adalah sama seperti umat manusia sekarang.Yang benar,
Abdul Kahar Bin Ahmad
Rasul Allah
Penghuni Gua : Petikan di atas adalah sebahagian dari spesis ini yang mendakwa beliau adalah rasul allah.
2. Nama spsesis ini adalah Abdul Kahar Bin Ahmad. PG berpendapat ini satu ajaran yang bertentangan dengan islam. Sebahagian terjemahan al quran juga lari dari maksud asalnya.
3. Kepada semua bloggers , dapat kiranya mengwar-warkan di blog masing-masing bagi mengingatkan akan kesesatan blog dan tulisanya.
4. Kepada pihak yang bertanggjawab iatu jabatan agama negeri dan Kementerian Dalam negeri dan Jabatan Perdana Menteri melalui Menteri yang bertanggunjawab , agar sesuatu tindakan boleh diambil terhadap blog ini dan penulisnya.
5.BOLG INI BERALAMAT : http://messengerofgodtoday.blogspot.com/
Berhati-hati dengan dakyah seperti ini, tulisan ini hanya ingin memesongkan akidah orang Islam. Saya tak fikir ini hasil tulisan yang mempunyai skidah yang betul. Pada saya orang sepert Abdul Kahar adalah manusia syaitan yang bertopengkan muka masusia. Tulisan ini juga adalah ditaja oleh musuh-musuh Islam supaya ragu tentang islam. Saya amat bersetuju supaya tindakan di kenakan dengan segara.
ReplyDeleteSemasa Gurbacheove memegang jawatan Timb. Presiden USSR, beliau dikatakan pernah berkata: "... kalau nak lawan Islam kena gunakan Quraan."
ReplyDeleteAbdul Kahar adalah satu contoh jelas ......
Kes kes yang teramat dekat dan mungkin dok bergelumang dengan sahabat2 kita atau mungkin kita sendiri pun ....
Kalau ia bersandar dengan penyokong yang ramai ....... apa lagi kalau bercampur dengan ajaran agrasif.... istilah jihad pun ikut diselewengkan.
Kalau ia berkait dengan parti politik ... .....