FOLLOWERS

Tuesday, 1 September 2009

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : PERATURAN KETERANGAN TERBAIK 2 !


Peraturan keterangan terbaik –sejauhmana
Peraturan terbaik dipakai di Malaysia kini.

Nota : Kuliah lama PG yang ada dalam simpanan. Ia adalah juga catatan tambahan yang dibuat oleh seorang yang amat dedikasi di dalam kelas kami . Setinggi terima kaseh kepada Che Zaimani yang begitu rajin dalam membantu kami dahulu. Kepada semua pelayar blog ini, semuga dengan paparan ini, ianya akan memberi menafaat kepada semua dalam memahami secara ringkas mengenai Sistem keadilan Jenayah Di Malaysia. Tq

Keterangan terbaik

Bermaksud jika ada dua cara untuk membuktikan satu perkara dan satu cara adalah lebih kukuh dari cara yang satu lagi ,maka cara yang lebih kukuh hendaklah dipakai.

Keterangan berdasar keadaan tidak boleh dipakai sekiranya terdapat keterangan terus. Keterangan bahawa satu pihak telah membenarkan satu perkara , maka keterangan dari pihak yang membenarkanya hendaklah dipanggil bukan pihak lain sekiranya ada. Oleh kerana itu keterangan yang hendak dikemukakan adalah keterangan terbaik yang tersedia.

Ciri keteragan terbaik telah berlaku pada sekitar tahun 1699- 1700 (kurun ke 16 dan 17). Dalam kes Ford V Hopkins Hakim Ho It berkata

“ bukti terbaik sesuatu benda yang boleh diusaha diperlukan”(the best proof that the nature of thing will afford is only required) bermaksud hanya keterangan paling baik dapat diusahakan diperlukan.”

Pemakaian prinsip terkemuka dalam sejarah berlaku dalam kes Omnychund v Barker [1974] 26 E.R 15 (ch) di mana Lord Hardwicke berkata

“Hakim dan orang yang waras dalam undang-undang telah membuat satu peraturan umum keterangan – keterangan terbaik satu kes akan di terima/dibenarkan”.

Nota : Pada kurun ke 18 peraturan umum menolak keterangan dengar cakap, keterangan secondary dokumen , dan pembuktian dokumen melaui saksi yang tidak layak. Peraturan juga menolak keterangan dengar cakap sekiranya keterangan terus tersedia. Peraturan keterangan sebenar (Real evidence) adalah keterangan fizikal/objek hendaklah dikemukakan dan pendapat pakar mengenai tulisan dalam dokumen hanya boleh diterima sekiranya penulisnya tidak dapat hadir di Mahkamah.

Peraturan masa kini (working rule).

Peraturan masa kini dapat dilihat dalam dua kes berikut :

Chenie v Watson [1797]

– keterangan lisan mengenai alat pengukur ditolak oleh kerana alat pengukur itu sendiri tidak dikemukakan.

Williams V East India Co [1802] 3 East 192

– tuntutan ganti rugi dibuat kerana kapalnya rosak apabila dimasukkan kargo senang terbakar tanpa memberi notis. Orang yang menerima kargo tidak dapat di panggil kerana telah mati, walau bagaimanapun keterangan berdasarkan keadaan digunakan dan berjaya dikemukakan. Tuntutan telah diketepikan oleh kerana plaintiff gagal memanggil pegawai yang memasukkan kargo tersebut ke dalam kapal.

Peraturan ini telah mendapat kepentingan di England seawal tahun 1939 apabila hakim di England berkata

“adalah jelas pada setiap orang, jika keadilan hendaklah dilakukan – langkah berjaga-jaga tertinggi hendaklah diambil untuk melihat hanya keterangan terbaik yang tersedia dikemukakan di mahkamah”.

Pada kurun 19 , doktrin yang dipakai dalam kes Chenie dan Wiliam tidak lagi dipakai.

Peraturan semula dilakukan dalam kes Garton v Hunter [1969] 1 ALL ER 45 apabila Lord Danning berkata

“Peraturan dulu telah lama berlalu . Peraturan itu seperti jika dokumen asal disimpan oleh seseorang, dokumen itu hendaklah hendaklah dikemukakan oleh orang tersebut dan dokumen mestilah yang asal bukannya salinan. Tetapi masa kini kita tidak boleh terbatas (confine) kepada keterangan terbaik. Kita menerima (admit) semua keterangan relevan dan menimbangnya (weight) baik atau buruknya dan bukan aspek kebolehterimaan (admissibility)”

Dalam kes Kajala v Noble [1982] 75 Cr. Ap. R 149 hakim tidak bersetuju dengan peraturan di atas (Lord Danning). Seorang lelaki telah dituduh memecah keamanan dan keterangan dari salinan pita video telah digunakan untuk mengecam tertuduh. Hanya salinan pita video digunakan sedangkan filem asal yang tersedia tidak dikemukakan. Mahkamah memutuskan salinan pita video demikian tidak boleh diterima.

Dalam kes Wayte [1983] 76 Cr. App. R 110

– 3 tuduhan dibuat kerana bersubahat melakukan pemalsuan. Dokumen fotostat diterima sebagai keterangan dengan alasan dokumen asal telah hilang. Diputuskan dokumen fotostat tidak boleh diterima sekiranya perjelasan memuaskan tidak dapat diberikan mengapa dokumen asal tidak dapat dikemukakan. Keputusan ini menolak kes Garton.

Dari kes-kes di atas menunjukan peraturan terbaik mula tergugat di England.

Sejauh mana pemakaian Peraturan Keterangan terbaik di Malaysia.

Bermula seawal tahun 1936. Dalam kes How Chien V PP [1936] 1 JLR 114.

Tertuduh diketepikan sabitan kerana memiliki 40 paket rokok yang di seludup. Keputusan dibuat kerana pendakwa gagal mengemukakan keterangan sebenar (real evidence) di Mahkamah. Sekiranya tidak praktikal pendakwa hendaklah mengemukakan sebahagian darinya, gambar atau keterangan lain yang membekalkan mahkamah ianya telah diperolehi secara wajar. Untuk menyokong keputusannya hakim telah merujuk kes di England The Princess Julia [1936] 155 1 Times Rpt.263 yang berbunyi

“ it is clear to everybody that if justice to be administered ,the greatest precautions must be taken to see that the best evidence available to be presented to court”

( adalah jelas pada semua orang, jika keadilan hendak dilakukan, langkah berjaga-jaga tertinggi hendak diambil untuk melihat hanya keterangan terbaik yang tersedia dikemukakan di mahkamah).

Dalam kes Chai Ah Son v R [1954] MLJ 217

– adalah tugas pendakwa untuk mengemukakan keterangan terbaik. Dalam kes ini beberapa saksi dan dokumen pengakuan tertuduh yang terlibat dalam kes memiliki arak yang diseludup tidak dikemukan oleh pendakwa. Hakim berkata seperti berikut :

(Whether or not an accused person has confessed it remains the duty of the prosecution to place all the material evidence before the Court with the proviso that they are not compelled to call witnesses whom they have good reason to think are not witnesses of truth or are likely to be hostile; and when such witnesses are not called they should usually be offered for cross-examination unless there is some good reason for not doing so.)

(Samada tertuduh membuat pengakuan salah atau tidak, ianya masih tugas pendakwa untuk memberi semua keterangan material kepada mahkamah dengan syarat pendakwa tidak dipaksa untuk memanggil saksi memberi keterangan yang dipercayai tidak benar atau menjadi tidak memihak. Jika saksi ini tidak dipanggil ianya hendaklah tawarkan untuk pemereksaan balas kecuali pendakwa ada alasan yang baik untuk tidak berbuat demikian]

Chow Siew Who v PP [1967] 1 MLJ 228 FC

– mahkamah persukutuan mengenepikan sabitan tertuduh atas kes bunuh kerana kegagalan pendakwa mengemukan keterangan terbaik iaitu kenyataan simati yang dirakam dan kenyataan pengistiharan kematian (dying declarations ) yang dibuat oleh simati kepada pegawai penyiasat.

Fakta kes :

Pada 7/5/66 jam 8.30 malam simati meninggalkan tempat kerjanya bersama dengan 3 rakan yang lain dan tiba-tiba telah ditikam oleh seorang lelaki berbaju merah yang terus meninggalkan tempat kejadian. Jeritan mangsa telah menarik perhatian majikannya Chong dan Phang. Chong telah melihat lelaki berbaju merah melarikan diri. Walau baimanapun tidak seorang pun dari mereka dapat mengecam indentiti lelaki berbaju merah. Simati juga tidak memberi sebarang indentiti penyerang apabila ditanya oleh Chong. Mangsa telah dimasukkan ke hospital dan pada keesokan harinye telah memberitahu kepada pakcik dan abangnya bahawa penyerang adalah tertuduh. PakCiknya mendakwa tidak mengenali tertuduh tetapi abangnya mengenali tertuduh. Walau bagaimanpun lapuran mengenai indentiti tertuduh hanya dirakam oleh pegawai penyiasat pada hari kesembilan selepas kejadian dan mangsa meninggal dunia pada hari ke sepuloh.

Semasa pembicaraan kenyataan mangsa yang dirakam oleh pengawai penyiasat tidak dikemukakan sebagai keterangan dan hanya dikemukakan adalah keterangan dari Pak Cik, abangnya, Chong ,Phang dan 3 rakan simati. Tertuduh menafikan ada menyerang simati, dia mengaku ada berjumpa simati jam 8 malam dan selepas itu telah pergi ke hospital untuk rawatan sakit perut. Mahkamah persukutuan memutuskan

“pengeluaran kenyataan simati adalah keterangan terbaik, tetapi tidak dikemukakan dan tidak ada dalam rekod menunjukkan sebab ianya tidak dikemukakan. Oleh kerana kenyataan ini tidak dikemukakan maka keterangan saksi lain adalah kedua terbaik. Oleh itu keterangan mereka adalah terdedah kepada percanggahan (contradiction ) dengan keterangan simati”

PP V Lim Kuan Hock [1967] 2 MLJ 114

– tertuduh dibuang kes diketepikan kerana gagal mengemukakan keterangan terbaik .

Fakta kes .

Tuduhan telah dibuat kerana melakukan rompak besenjata dengan Kong Chye dan 2 yang lain. Keterangan kawad cam telah diterima oleh hakim mahkamah sesyen yang mengendalikan kes ini bahawa tertuduh yang terlibat semasa rompakan. Walau bagaimanapun semasa pembicaraan tertuduh telah mengemukakan keterangan alibi dan mengemukakan seorang saksi bahawa semasa kejadian beliau sepenoh masa bersama saksi tersebut .President mahkamah seysen telah menerima keterangan tersebut dan membuang kes terhadap tertuduh. Rayuan kemudian dibuat.

Diputuskan tertuduh gagal memberi keterangan terbaik (best evidence) alibi . Keterangan terbaik alibi tidak diuji. Kegagalan memanggil Kong Chye untuk ditimbang kebolehpercayaan keterangan alibi tersebut , tertuduh seharusnya disabitkan dengan kesalahan.

( rakan yang melakukan jenayah bersama tertuduh iaitu Kong Chye tidak dipanggil untuk mengesahkan penyataan alibi yang dibuat dan keterangan terbaik tidak diberikan)

Wong Choon Mei & Anor V Dr. Kuldeep Singh [1985] 2 MLJ 373.

Fakta kes.

Wong telah diserang dan dimasukkan ke wad kecemasan hospital besar Kuala Lumpur dan rawat oleh repondant pertama iaitu pegawai perubatan Dr. Kuldeep. Semasa pemereksaan denyutan jantung diambil sebagai 84 dengupan seminit dan mengarahkan 4 gambar x-ray diambil pada siku kanan dan dada. Doktor mengesan terdapat keretakan tulang pada siku dan tidak ada keretakan pada tulang rusuk atau kehadiran cecair (fluid) dalam dada atau abdomen. Ubat penahan sakit diberi, pesakit diarah pulang dan datang dengan segera sekiranya terdapat rasa pening atau muntah atau mengalami sakit perut.

Malangnya selepas 15 jam kemudian Wong telah mati. Sebab kematian adalah kejutan (shock) oleh kerana pendarahan teruk kerosakan limpa akibat keretakan kiri tulang rusuk ke 8 -10 . (pemereksaan doctor sebelum ini tidak ada keretakan pada tulang rusuk).

Perayu telah menuntut ganti rugi atas kecuaian respondent pertama Res Ipsa Loquitor – the things speaks by it self. Respondant menafikan kematian Wong disebabkan kerosakan limpa akibat keretakan tulang rusuk.

Semasa pembicaraan 4 gambar x-ray tidak dikemukakan sebagai keterangan dengan alasan ianya telah hilang dari pejabat rekod hospital. Dalam keterangan lisan doctor tidak mengesan sebarang cecair di dalam dada atau abdomen.

Juru x-ray yang juga pernah melihat 2 dari gambar x-ray sebelum itu juga dibenarkan memberi keterangan dan menyatakan dia tidak melihat sebarang kesan keretakan dan cecair di dalam badan.

Hakim yang mengendalikan kes telah menerima keterangan tersebut .

Rayuan kemudian dibuat kepada Mahkamah Agong. Rayuan telah diterima dan keputusan majority dua hakim.

Pengeluaran 4 gambar x-ray adalah “best evidence”(keterangan terbaik) untuk menentukan samada terdapat keretakan pada tulang rusuk yang menyebabkan kerosakan pada limpa. Keterangan respondent tidak mengemukakan gambar tersebut adalah keterangan secondary. Keterangan secondary tersebut adalah :

i. Kenyataan respondent gambar x-ray telah hilang dari pejabat rekod.
ii. Keterangan juru x-ray yang melihat tiada keretakan pada tulang rusuk kiri dua minggu kemudian.

Samada kedua-dua keterangan secondary ini di terima dengan betul mahkamah telah melihat dari kontek seksen 61- 65.

Kes Ameeronissa Khatoon V Abedoonissa Khatoon [1874- 75] 2 India Appeal 87 telah disebut oleh hakim.

“Untuk keterangan secondary diterima asas yang mencukupi hendaklah diterima iaitu kenapa dokumen asal tidak kemukakan hendaklah di ambil kira secukupnya”.

Merujuk kepada kes ini kegagalan untuk mengemukan 4 gambar x-ray mestilah dijelaskan secukupnya seperti syarat seksen 65(1)(c).Contohnya dengan memanggil pegawai rekod x-ray. Jika pegawai ini tidak boleh hadir, ketidakhadirannya mestilah dijelaskan secukupnya.

Membenarkan keterangan dengar cakap (hearsay) oleh respondent adalah tidak dingini.

Mahkamah seterusnya merujuk kepada Vincent V Cole 173 ER 115 di mana Lord Tenterdem menyatakan

“ Saya bertindak cukup tegas pada peraturan ini : Apa yang ditulis hanya boleh dibukti oleh apa yang tertulis itu. Pengalaman telah mengajar saya, adalah sangat merbahaya untuk mempercayai keterangan saksi walaupun sejujur mana saksi tersebut dalam kontek benda bertulis (dokumen) kerana ianya mudah tersilap. Saya fikir tujuan keadilan adalah menguatkuasa peraturan ini dengan ketat. (maksud disini keterangan saksi mengenai dokumen sangat mudah tersilap kecuali dokumen itu sendiri dikemukakan sebagai keterangan ).

Mahkamah Agong menyatakan kecuali seksen seksen 65 (1)(c) dipatuhi dengan ketat maka barulah keterangan secondary boleh diterima , jika tidak ia membuka pintu belakang untuk “ cover –up”(melindungi) dan menyebabkan ketidak adilan. Dalam kes ini keterangan respondat dan juru x-ray tidak diterima.

Nampaknya dari 3 kes Malaysia di atas , makkamah tidak memberi komen tentang pengaruh prinsip Peraturan Terbaik yang semakin menurun seperti di England. Cuma hakim George Seah membuat satu kenyataan yang mempunyai merit :

Nampaknya, kecuali dalam kes keterangan dokumen, ada banyak perkara boleh katakan untuk diambil ringan (relax) pada pemakaian peraturan keterangan terbaik.

( except in the case of documentary evidence, in other cases there is much to say for relaxing the application of the best evidence rule) .

Peraturan keterangan terbaik masih terpakai pada keterangan dokumen. Cross on Evidence berkata

“Peraturan yang masih tinggal adalah dokumen asal perlu dikemukakan untuk membukti kandungannya dan kegagalannya mestilah dijelaskan. Seksen 64 dan 91 adalah di dasarkan pada Peraturan Terbaik Keterangan dan pada keterangan dokumen ianya mestilah digunakan dengan ketat (lihat seksen 61- 63 ).

1 comment:

  1. SLM BRO..SEBELUM NI PUN ADE JUGAK KES2 YG MENARIK PERHATIAN UMUM SELAIN KES BERPROFAIL TINGGI YG TERLEPAS DARI HUKUMAN. TP PUAK JUMUD NI BUAT DERK JUGAK BILA XDE KENE MENGENA DGN KEPENTINGAN DIORANG

    ReplyDelete

PETA PELAYAR