FOLLOWERS

Sunday, 20 September 2009

GHOST MONTH : ONG TEE KEAT TAKUT HANTU CIPTAAN SENDIRI !





KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat (CC) MCA hari ini mengubah keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos lalu untuk memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dari parti itu.

Sebaliknya, CC menggantung keahlian Dr. Chua selama empat tahun berkuat kuasa serta merta.
Kenyataan berhubung keputusan CC itu dibacakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Dr. Chua tidak merayu terhadap keputusan Majlis Presiden yang diputuskan bulan lalu.

"Jawatankuasa Pusat selepas pertimbangan sewajarnya memutuskan untuk mengurangkan hukuman yang disyorkan oleh Lembaga Disiplin dan yang diperakui Majlis Presiden. Dengan itu, mencapai keputusan untuk menggantung keahlian dan jawatan beliau dalam parti," kata kenyataan itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Nampaknya Ong Tee Keat mula takut kepada bayang dan hantu sendiri. Mungkin kerana Bulan Hantu baru berakhir. Jadi Tee Keat mungkin diancam oleh hantu buatan sendiri yang sentiasa menggangu dan mengigitnya.

2. Ong Tee Keat ni hanya pandai bercakap nak perli orang dan menyakitkan hati orang boleh le. Bab ini beliau melepasi KPI. Tetapi bab nak memulihkan parti dan BN serta nak perbaiki sistem penyampaian di Kementerian yang di terajui nya : KOSONG. Apa yang beliau buat setakat ini yang boleh di rasai dan dinimati oleh kita semua dan rakyat? KOSONG.

3. Itulah Tee Keat. Dan PG berpendapat beliau adalah satu liabiliti kepada BN dan kerajaan. Mungkin EGM ini akan sahkan bahawa MCA tidak perlukannya lagi.
4. Itu yang Ong Tee Keat rasakan sekarang kot. Itu yang flip flop keputusan Majlis Presiden dalam kes Chua Soi Lek di atas. Kita sama-sama lihat nanti pada 10 okt 2009.

4 comments:

  1. Permainan politik MCA ini sangat menarik tekniknya.

    Bersama-sama kita lihat keputusan yang mengejutkan....

    Diharap MCA mendengar nasihat dan menjadi lebih kukuh dan mantap lagi

    Jengjeng

    ReplyDelete
  2. fuh! raya pun tak kisah, semangat blog terus membara.tahniah tuan. selamat hari raya!

    ReplyDelete
  3. Salam 'Idil Fitri,

    MCA ini lebih kurang je dengan MIC, diri sendiri tidak dapat meyakinkan ahli, oarang lain menjadi mangsa, inilah kalau mendapat sokongan kerana duit.....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR