FOLLOWERS

Tuesday 8 September 2009

KEMATIAN TAN SRI MOHAMED YAAKUB : TAK ADA PULAK PAS DAN HARAKAH NAK WAR-WARKAN ZIARAH PEMIMPIN UTAMANYA!




Zuharman MN Tue Sep 08, 09 1:54:27 pm MYT



KOTA BHARU, 8 Sept: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) Jumaat lepas pagi ini pulang ke Rahmatullah akibat masalah pernafasan. Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada lebih kurang jam 5.50 pagi tadi di sisi isterinya Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad.

Menurut anaknya, Dr Idora Mohamed, jenazah Allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Allahyarham memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1978 sehingga Umno Kelantan tewas di tangan Pas dan membentuk kerajaan baru di Kelantan pada 1990. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tan Sri Mohamed Yaakub bekas MB Kelantan sehingga tahun 1990 telah kembali ke rahmatullah. PG lihat tidak ada pula pemimpin PAS terutama pemimpin pusatnya datang .

2. Berbanding dengan kematian ADUN Bagan Pinang Negeri Sembilan beberapa hari lepas ( 4 sep 2009 ). Ramai pemimpin PAS yang datang dan ini telah diwar-warkan oleh Harakahdaily dan mempersoalkan mengapa pemimpin utama UMNO tidak ziarah. Tak ada pula Harakahdaily war-warkan pemimpin mereka datang atau tidak. Inilah kemunafikan mereka.

3. Inilah hipokrit pemimpin dan akhbar parti ini. Kematian pun nak dipolitikkan . Dan ziarah orang islam meninggal dunia pun sibuk nak di tonjolkan. Dapat pahala ke?

7 comments:

  1. SLM BRO..BIASAK LAA..YG ADE KEPENTINGAN DIORANG PANDANG...YG XDE KIM SLM JEK DAHHH KEHKEHKEH..HARKKK PTUIHH!!

    ReplyDelete
  2. Semuga Maha Pengasih Maha Penyanyang menyegerakan kesedaran buat kita dan mereka semua. Amin. Inshaallah.

    ReplyDelete
  3. didunia allah taala dah tunjukkan ciri orang yang memusuhi islam apabila matinya tidak diziarahi alim ulamak. bekas MB ni dulu duduk di Kpg.Kbg.Bemban tapi amat memusuhi penghuni pondok dekat dengan rumahnya almaklumlah mudir pondok tu oraghe kuat pas kelante masa tu.

    ReplyDelete
  4. kepada melor. setakat yang PG kenal tan sri ini mulut nya amat baik berbanding dengan ulama-ulamak malaysia ini. tak ada mencarut dan memaki hamun orang dan mengkafirkan orang . itulah bezanya. walaupun dia tak mengaku ulamak.

    ReplyDelete
  5. ya allah..inilah busuknya hati orang pas..sampai inipun masih nak menegakkan bulu yang basah..melor45 harus BERTAUBAT

    ReplyDelete
  6. salam,
    Sedangkan Nabi akan berdiri sebagai menghormati tatkala lalunya jenazah orang kafir di hadapan Baginda!...alangkah angkuhnya kata2 saudara melor45 dan 'alim ulamaknya'!!

    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  7. salam bro,

    Kalau setakat nak harap ziarah ulamak-ulamak PAS ni tak datang pun tak apa. Ramai lagi orang yang hati-hati yang bersih dan ikhlas. Lebih ramai lagi yang boleh sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR