FOLLOWERS

Sunday, 28 February 2010

KELANTAN TAK NAK WANG EHSAN : TAK NAK SUDAH !!!



Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat langkah kerajaan Pusat untuk memberi wang ehsan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (bawah). Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, berkata apa yang menjadi tuntutan kerajaan negeri ialah wang royalti, bukannya wang ehsan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tak hendak sudah. Pengalaman PG di Kelantan seama 6 tahun! Cakap aje. Tengok le bila dah disalurkan duit tu. Ramai pemimpin dan ADUN serta pemimpin PAS akan mengindim ikut pintu belakang . Salah satu caranya ialah dengan membuka syarikat proksi.

2. Lama dah kenal PAS. Bukan sehari. Dulu pun pernah pada 1990. Curi balak siam halal di kawasan sempadan Tanah Merah Jeli / Bukit Tar Thailand. Dan-dan tu jugak keluar fatwa halal curi balak orang kafir. Pak Nok Aziz tahu hal ini dan siapa keluar fatwa ini. Hidup lagi pemimpin PAS yang seorang ini dan masih menjadi MP. Serban sebesar bakul. Akhirnya 12 pegawai jabatan hutan di tangkap selama 8 hari dan di bawa ke Narathiwat Thailand. PG terlibat langsung dalam kes ini .

3. Faham benar bab sikap pemimpin-pemimpin PAS ini. Duit baitulmal untuk pengikutnya kerjakan haji pun habis di kebasnya. Lihat ajelah. Pemimpin PAS yang merembat duit ini pun masih ada rumah di Temerloh dan akhirnya bila dah terdedah skandal tu, keluar PAS. Entah ke mana hala tujunya sekarang. Cakap aje boleh le.

4. Apa pun, mengenai wang ehsan atau royalti ini Kelantan pada pandangan PG tetap tak layak. Sila : KLIK. Tak mahu juga , sudah !!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MAHKAMAH PERUSAHAAN / BUDI BICARA MENTERI !


[1990] 1 MLJ 24
Minister of Labour, Malaysia v National Union of Journalists, Malaysia and another appeal
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NOS
01–46–89 AND 02–356–89

Judges HASHIM YEOP A SANI (MALAYA) CJ
HARUN HASHIM CJ
JEMURI SERJAN CJ

Date 12 OCTOBER 1989

Citation [1990] 1 MLJ 24


Catchwords:

Administrative Law — Discretionary powers — Minister refusing to refer dispute to Industrial Court — Whether minister had exercised discretion according to law — Industrial Relations Act 1967, s 26(2)

Bahasa Malaysia Summary:

Di dalam kes ini beberapa tuduhan berlaku salah telah dibuat terhadap seorang pemberita Utusan Melayu apabila ia berada di Tokyo menghadiri kursus. Tuduhan itu telah disiarkan di dalam beberapa suratkhabar dan di dalam temuduga dengannya pemberita itu telah mengatakan bahawa tuduhan itu tidak benar.

Akibat daripada tuduhan itu Utusan Melayu telah menggantung jawatan pemberita itu dan telah menulis kepadanya memintanya menjelaskan tentang tuduhan itu. Pemberita itu telah menjawab bahawa tidak guna ia membuat apa-apa penjelasan kerana Utusan Melayu telah terlebih dahulu memutuskan perkara itu dan ini dibuktikan oleh pengantungan kerjanya. Utusan Melayu kemudian telah menamatkan perhidmatannya atas alasan dia telah gagal menjelaskan perkara yang disebut di dalam surat mereka.

Selepas itu responden telah bercampur tangan dan apabila mereka tidak berjaya memujuk Utusan Melayu mengambil balik pemberita itu mereka telah melapurkan perkara itu ke pejabat perhubungan perindustrian. Ketua Pengarah Perhubungan Perindustrian telah mengadakan prosiding pendamaian dan apabila ini gagal beliau telah melaporkan perkara itu kepada menteri. Menteri memutuskan bahawa tidak wajar pertikaian perdagangan itu dirujukkan kepada Mahkamah Perusahaan.

Menteri itu berkata beliau telah menimbangkan semua dokumen yang berkaitan termasuk lapuran kesatuan sekerja itu dan jawapan pemberita itu dan selepas pertimbangan yang wajar dan cermat beliau berpuashati bahawa pemberita itu telah dibuang kerja atas sebab dan alasan yang berpatututan. Responden telah memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan menteri itu dan perintah mandamus supaya perkara itu dirujukkan kepada Mahkamah Perusahaan. Hakim yang arif Mahkamah Tinggi telah berpendapat bahawa apabila menteri memutuskan bahawa pemberita itu telah dibuang kerja dengan sebab dan alasan yang berpatutan beliau telah merampas kuasa Mahkamah Perusahaan dan telah bertindak di luar bidang kuasanya. Perayu-perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Sunguhpun pendapat hakim yang arif itu bahawa menteri telah bertindak diluar bidang kuasanya tidak boleh disokong atas alasan yang diberi oleh beliau, namun demikian pendapat hakim bahawa menteri telah melebihi kuasa yang diberi kepada beliau oleh s 26(2) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 atau telah bertindak ultra vires seksyen itu boleh disokong atas sebab-sebab yang lebih berasas. Soalan pokok ialah samada menteri itu telah menggunakan budibicaranya mengikut kehendak undang-undang.

(2) Budibicara yang diberi kepada menteri oleh s 26(2) Akta itu dan yang tiada batasannya tidak memberi menteri kuasa yang ‘subjektif’. Mahkamah menolak pemikiran bahawa adanya ‘ujian subjektif’, kerana mahkamah telah mengembangkan suatu doktrin ultra vires dalam kajian semula kehakiman.

(3) Di dalam membuat keputusannya menteri itu telah bertindak atas asas fakta-fakta yang tidak betul dan oleh kerana itu mencacatkan keputusannya. Ada perkara-perkara yang seharusnya diambilkira oleh menteri dan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh kerana perkara itu jelas sangat relevan dan sekiranya beliau telah membuat demikian, beliau mungkin membuat keputusan yang berlainan. Apa sekali pun perkara-perkara itu telah menimbulkan beberapa isu yang penting yang seharusnya disiasat oleh Mahkamah Perusahaan dan yang lebih penting keadaan tidak bersalah pemberita itu mengenai tuduhan terhadapnya memandangkan penafiannya yang menunjukkan pembuangan kerjanya itu tidak sah.

(3) Mahkamah berpendapat bahawa apabila menteri enggan merujukkan pertikaian perindustrian itu kepada Mahkamah Perusahaan atas sebab-sebab yang disebut oleh beliau, beliau telah bertindak menyalahi undang-undang dan telah terkeluar dari batas sebenar budibicaranya dan telah melebihi bidang kuasanya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembac dan pelajar khasnya kepada pekerja sektor swasta yang dikenakan tindakan tatatertib. Tq

Saturday, 27 February 2010

MAKAN TENGAHARI DI MUAR DAN PETANG RIADAH KUDA DI AYER KEROH !


Jam 11 pagi tadi PG sekeluarga pergi ke Muar Johor untuk makan tengahari. kami sekeluarga makan tengahari yang di host kan oleh Puan hayati dan suami. Makan tengahari iaitu nasi putih berlaukkan pais, ikan merah masak asam pedas, siput sedut, udang goreng dan asam pedas pari. Selain itu pekena dengan air kelapa muda. Fuhhhhhhhhhhhhhh. Mantap. Lepas makan terus balik. Sesiapa nak merasa masakan yang amat enak ini , kunjungilah gerai SIMOL ASAM PEDAS JJ, Jalan Joned, Muar Johor.

2. Jam 5 petang PG dengan anak bongsu telah menunggang kuda Mummyjane dan Ranger sejauh 20 km di kawasan Taman Tasek Utama dan Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Menitih juga peluh dibuatnya. Inilah tunggangan terakhir minggu ini. Isnin mula kerja di Kuala Lumpur. Hujung minggu baru boleh tunggang kuda balik.

3. Alahai. Kena kerja semula. Malas pula nak mula kerja. dah setahun enam bulan belajar Masters. Nak mulakan tugas rasa lemah sikit. mungkin dalam masa seminggu dapat sesuaikan diri kot.@#^&*()(*&^%$#$^&*(*%$%^&*(*&^%$^&*(*&^%

P. GUNASEGARAM / THE STAR ! ANDA SUDAH LEBIH! TERLALU LEBIH !


Di Petik dari Blog : Dr Siddiq Azani


I am aware of your recent article which had been published by The Star and also had been deleted in all of the sudden after it catches the eyes of Malaysian people especially the Muslims.
You said that caning a women is unacceptable by law. It against the right to privacy to have sex, and it violated the human rights.


Em, I suggest that you are a Hindu, P Gunasegaram.


I am a Muslim. I don’t complaint the syariah Law, why would you? Should you complaint that my law is redundant, therefore what are you guys doing during Thaipusam?


Doesn’t the kavadi hurts? Wouldn’t that against the law of our Federation which prohibits ourself to injure our own body?


Why are you guys walking along the fire? Why are you guys stabbing each other?

We have never interfere into your religion, my friend because we don’t give a damn to whatever you guys are into with whatever your business might be. We have never told you to stop doing all these kind of things. We have never told you that these beliefs are outdated and against human rights.

But suprisingly, you told us what is better and what is worse. You are more superior than our God.

P Gunasegaram, you have crossed the line. You are too much my friend. Too much.

Penghuni Gua : P. Gunasegaram! Anda sudah lebih. Terlalu lebih. Melampau. Apa jadi kepada negara kita sekiranya setiap penganut agama yang berlainan di Malaysia ini saling mengkritik amalan dan cara beribadat serta cara hidup agama masing-masing? Sila jawab Guna. Sila jawab!

2. Anda terlalu melampau Guna. Anda sudah lebih.................sudah lebih dari patut. Tarak patut! The Star lagi jahanam. Siar tanpa berfikir. Nak test market kot!

HELLO AZMIN ALI : BERHENTILAH BERBOHONG TU !


Penghuni Gua : Semalam Azmin Ali mendedahkan ( berbohong le ) bahawa dia pernah diugut oleh polis agar mengaku diliwat oleh DSAI semasa ditangkap pada 1998. Harakah Daily pun bukan main, siar muka depan pendedahan pembohongan Azmin ini. Gahnya dia. Gahnya akhbar islam ini menyiarkan pembohongan Azmin Ali ini.

2. Mereka tak sedar bahawa seperti tuanya DSAI, Azmin Ali ini kalau buka aje mulut , tak ada lain hanyalah berbohong.

3. Bulan lepas beliau nak dedahkan ahli UMNO yang bakar gereja di Ampang. PG pernah tulis mengenai niat Azmin nak dedahkan ini. Juga KLIK. Sehingga kini tak ada pun pendedahannya. Dulu katanya dah ada semua maklumat seperti gambar dan no. pengenalan penjenayah pembakar gereka ini.

4. Sampai sekarang dah hampir sebulan, tak ada pun pendedahan / pembohongan tersebut. Hello Azmin. Mana nya nama-nama penjenayah ahli UMNO tersebut yang telibat dengan pembakaran gereja.

5. Yang kes bakar gereja tak lagi selesai, anda berbohong lagi dengan mendakwa diugut polis supaya mengaku diliwat DSAI. Sudahlah Azmin. Puak-puak PKR dan ahli PAS tegar , boleh le anda bohongi. Telinga dan fikiran mereka semua nya dah pekak dan buta. Tetapi bulan kami.

6. Anda ni pun lakunan tidak kurang hebat seperti tuan anda. Kalau dulu semasa reformasi, ke hulu ke hilir pergi ceramah di KL dan Melaka, anda berlakon bukan main hebat . Hanya naik Lady bird ( Volkwegan ) buruk aje. Kononnya miskin. Itu pun semua penyokong PKR percaya tentang kesederhanaan anda. Tetapi bukan kami.

7. Sudahlah Azmin. Berhentilah berbohong tu. Selesaikan dahulu kes penjenayah yang membakar gereja tu dulu. Selesaikan juga DNA anak anda yang tarafnya dipertikaikan itu. Mahkamah juga telah sahkan melalui ahli kimia dalam kes liwat pertama DSAI dahulu bahawa berlaku persetubuhan antara DSAI dengan Shamsidar ( isteri andalah ). DNA mengesahkannya dan juga kedua air mani dua makhluk ini adalah air mani bersetubuh. Bersetubuh di Tivoli Villa.

8. Jadi berhentilah berbohong. Selesaikan dahulu masalah anda di atas. Baru boleh cakap bab lain.

Friday, 26 February 2010

EKONOMI MALAYSIA AKAN BERKECAI : ITU KATA DSAI LAH !


Malaysiakini


Anwar: Ekonomi Malaysia kini retak dan bakal berkecai
Feb 26, 10 11:47am


Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Anwar, pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan."Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius."Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini..........................................................................................................................................................

"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.

"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG bukan pakar ekonomi. Tapi kalau tengok DSAI bercakap dan kondem DS Najib dalam bab menguruskan ekonomi..... nak tergelak pun ada. Tak ada lain. Kritikan kosong. Kalau dah apa yang DS Najb lakukan bagi merangsangkan ekonomi semua nya tak betul, mana yang betulnya.

2, PG sentiasa ikuti kritikan DSAI mengenai ekonomi sejak dari Tun Mahathir lagi. Hampas pun tak ada. Semua yang PM Malaysia buat semuanya tak betul. Yang betul tak ada pula ditunjukkan. Cakap boleh le. Kalau ikutkan cara dia , dah lama jahanam Malaysia dikerjakan oleh DSAI dulu. Mujurkan Tun Mahathir dan kumpulan pemikirnya dari semua bangsa di Malaysia , siang dan malam terpaksa perbetulkan semua kesilapan yang DSAI lakukan dengan mengikut buta sahaja apa yang IMF arahkan.

3. Orang yang dikutuk dan dihina setiap hari itulah juga yang menyebabkan Malaysia pulih dari kemelesetan dan dari bergantung kepada IMF. Akhirnya IMF yang terpaksa menjilat ludah dan kahaknya semula dan sekarang dengan tak ada rasa malunya sahabat karib DSAI iaitu IMF ini terhegeh-hegeh ikut cara Malaysia mengekang kemelesetan seperti mengikat Ringgit Malaysia dan menguruskan pinjaman tak berbayar dengan sempurna melalui Danaharta.

4. Dulu apabila Tun mengikat ringgit Malaysia dan menubuhkan Danaharta, bagai nak runtuh dunia DSAI mengkritiknya. Kata ia akan menjahanamkan negara lah. Pelabur akan larilah kerana keuntungan akan kurang dan beerbagai lagilah. Akhirnya DSAI telan air lior dan terkulat melihat kepintaran Tun Mahathir.

5. Sekarang DSAI buat hal lagi. PM DS Najib dah unjurkan pertumbuhan ekonomi 4. 5 % kira ok lah. Jangan kiralah ia lebih rendah atau terendah di kalangan negara asia atau tidak. Syaratnya pertumbuhan tidak beku dan menurun sudah ok. Biar sedikit kenaikan ujuran daripada tak naik langsung.

6. Sudahlah DSAI. Kamu pun bukan pakar ekonomi pun. Belajar di UMN dulu pun buat pengajian islam aje. Itu pun mengulang. Markah pun ala kadar aje. Cakap semua orang boleh. Apatah lagi kalau cakap nak hentam orang. Itu anda mahir le. Bila bab praktisnya habok pun tak ada. Nak lepas kes liwat pun termengah-mengah. Semua orang salah. Dari polis, Peguam negara, pasukan pendakwaan, si saiful, ahli kimia, doktor sehingga ke YAA Hakim-Hakim semuannya salah dan berkonspirasi. Itulah aje kerja anda. Lain tak ada. Salahkan orang aje.

7. Oh lupa : DSAI maksum rupanya. Maaf ye DSAI. Kawan lupa anda maksum.

Nota : Ops lupa . Yang DSAI nak cakap sebenarnya ialah " Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi. "


RIADAH : MENUNGGANG KUDA DI HUTAN REKREASI AYER KEROH !




Pada jam 430 petang hingga jam 645 petang tadi PG dan anak bongsu iaitu Noor Matta Simmia telah menunggang kuda di sekitar jalan baru Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Hari ini tunggangannya jauh sedikit iaitu lebih kurang 30 km. Nak tercabut juga le lutut dibuatnya.

2. Walau bagaimana pun , anak bongsu nampaknya kurang cergas dan kerap minta berhenti rehat.

3. Tenang dan segar badan serta fikiran apabila dapat beriadah menunggang kuda ditambah dengan melalui kehijauan hutan di Taman Rekreasi tersebut. Dapat le tidor dengan aman sikit malam ini.

4. Esok jam 11 pagi PG dan keluarga serta ibu mertua akan ke Muar atas jemputan kawan untuk makan tengahari di satu gerai kecil tetapi terkenal di Muar . Gerai ini mempunyai berpuluh-puluh lauk pauknya. Dari daging masak kawah, otak-otak, sup ekor, siput sedut, air kelapa, ikan bakar, daging bakar dan berbagai lagi. Jadi tengahari esok siap le. Nak bantai betul-betul. Dah lama ( hampir setahun ) tak ke gerai berkenaan. Nanti PG dapatkan gambar dan alamat gerai berkenaan esok untuk rujukan semua. Wow..........................

MALAYAN LAW JOURNAL : KES UBAH SUAI RUMAH TANPA KEBENARAN / IKUT PERATURAN !


[1992] 1 MLJ 691
Eu Lian Hang v President, Municipal Council, Petaling Jaya
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CRIMINAL APPLICATION NO
44–2 OF 1989

Judges SHANKAR J
Date 6 SEPTEMBER 1989
Citation [1992] 1 MLJ 691


Catchwords:

Public Authorities — Town and country planning — Mandatory order — Owner of shop-house carried out illegal structural alterations — Local authority obtained mandatory order to demolish alterations — Whether mandatory order was valid — Whether owner should first be convicted before mandatory order could be made — Street, Drainage and Building Act 1974 ss 70(13)(b), (15) & 91(1)

Public Authorities — Town and country planning — Mandatory order — Owner of shop-house carried out structural alterations which deviated from approved plans — Local authority applied ex parte for mandatory order to demolish alterations — Whether mandatory order was valid — Whether owner was given opportunity to be heard before mandatory order was made — Street, Drainage and Building Act 1974 s 91(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon, tuan punya sebuah rumah-kedai, telah menyerahkan pelan bagi pemindaan struktur rumah-kedai itu. Majlis Perbandaran, responden, telah meluluskan pelan pemohon tersebut dan pemohon mula dengan kerja pemindaan. Responden kemudiannya mendapat tahu bahawa pemohon telah melaksanakan kerja-kerja yang melencong daripada pelan yang diluluskan. Responden selepas itu menyampaikan satu notis di bawah s 72(1)(b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (‘Akta itu’) mengkehendaki pemohon merobohkan struktur yang melanggar pelan yang diluluskan (‘notis itu’).

Pemohon tidak mematuhi notis itu tetapi sebaliknya telah menyerahkan pelan yang dipinda kepada responden dan memohon kelulusan ex post facto lencongan itu. Responden telah menolak permohonan pemohon dan membuat permohonan ex parte mendapat perintah mandatori untuk perobohan struktur pemohon yang melanggar pelan yang diluluskan di bawah s 91(1) Akta itu. Perintah mandatori telah disampaikan kepada pepada 7 Disember 1988. Pemohon tidak mematuhi perintah itu dan membuat rayuan, antara lain, terhadap perintah itu. Notis rayuan pemohan bertarikh 4 Januari 1989. Responden berhujah bahawa masa untuk merayu terhadap perintah mandatori itu sepatutnya berakhir sepuluh hari daripada tarikh penyampaian perintah mandatori itu.

Pemohon oleh kerana itu memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk perlanjutan masa yang membolehkannya memfailkan satu rayuan terhadap perintah mandatori itu dan penggantungan perintah itu. Pemohon berhujah bahawa terdapat merit dalam rayuannya kerana pada pertamanya beliau tidak diberi peluang untuk didengar sebelum perintah mandatori itu dibuat. Pemohon juga berhujah bahawa sebelum perintah mandatori itu boleh dibuat, beliau semestinya disabitkan di bawah s 70(13)(b) Akta itu kerana melaksanakan aktiviti tanpa kebenaran dengan melencong daripada pelan yang telah diluluskan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu
:

(1) Pemindaan struktur pemohon adalah menyalahi undang-undang kerana ianya tidak mematuhi pelan yang telah diluluskan. Jika apa yang pemohon lakukan itu menuruti undang-undang, beliau seboleh mencabar notis itu. Notis itu oleh kerana itu adalah peluang untuk pemohon didengar. Permohonan pemohon untuk kelulusan pelan yang dipinda juga ditolak oleh responden. Responden dengan demikian berhak untuk menghapuskan struktur pemohon yang melanggar pelan yang telah diluluskan.

(2) Sabitan di bawah s 70(13)(b) Akta itu bukanlah satu prasyarat permohonan responden mendapat perintah mandatori di bawah s 91(1) Akta itu. Seksyen 91(1) Akta itu memberi pihak ber kuasa tempatan satu opsyen memohon perintah terus sementara s 70(13)(b) Akta itu menyebabkan lencongan tanpa kebenaran daripada pelan yang diluluskan satu kesalahan dengan sendirinya. Seksyen 70(13)(b) dibaca dengan s 70(15) Akta itu menubuhkan satu peruntukan yang berasingan dan berlainan daripada s 91 Akta itu.

(3) Oleh kerana itu tiada terdapat sebarang alasan bagi melanjutkan masa untuk membuat rayuan. Tidak juga terdapat sebarang merit dalam rayuan pemohon.]

Penghuni Gua : Semuga paparan inji memberi menfaat kepada semua pembaca dan pelajar. Nak ubah suai rumah tu hati-hati. Jangan main ubah suai ikut suka kita aje. Ada peraturannya. Terutama yang termasuk dalam kawasan majlis perbandaran. Tq

Thursday, 25 February 2010

HINA ISLAM / HUKUM SEBAT : CUKUP KE THE STAR MINTA MAAF DENGAN KEKURANGAN AJARANNYA !


Di Petik dari blog : Pisau Net

Artikel tersebut telah dipadam di laman web The Star


By P GunasegaranWhen federal laws unambiguously prohibit whipping or caning of women, religious laws must not be allowed to do the opposite.

ONE of the small things that I am grateful for is that I cannot be legally whipped or caned for any offence any more. Yes, there are criminal penalties which can specify whipping, but not for those over 50, I am told. Sometimes being old(er) is an advantage.

The other reason that I won’t be legally whipped is that I am not a Muslim and therefore my personal behaviour is not subject to syariah courts, which can hold me liable for offences such as drinking alcohol and have me caned.

For me and for millions of Malaysians of all races and religions, Feb 9, 2010, was a sad, black day in the history of our country. On that day, three women were caned legally for the first time ever in this country. They, all Muslims, were caned for engaging in illicit sex, an offence under syariah law, it was announced.

It is shocking that such sentences are being meted out for such offences. While religious laws may allow for such sentences, it is possible for judges to mete out lower sentences, especially when such “offences” are of a very personal nature and harm no one else.

When there are loopholes in religious laws which allow such punishment out of all proportion to the “crime” committed, and which go against the sensibilities of most Malaysians, then it is incumbent upon the Government of the day to use the legislature to do the needful. Otherwise it abdicates its responsibility.

Illicit sex means sex out of wedlock and if we are all not hypocrites, we will admit that it happens all the time, among both Muslims and non-Muslims. To prescribe caning for such an offence is something that most Malaysians are likely to consider just too much.

It also opens the door for caning for more minor offences in the eyes of religious officials, such as drinking alcohol. In fact one Muslim woman, who has refused to appeal her case, is currently awaiting a caning sentence to be carried out after she was found guilty of drinking alcohol.

That case attracted international attention and made it to the front page of two international financial dailies – The Wall Street Journal and The Financial Times – on the same day last year. The current case, announced on Wednesday, is already beginning to attract world attention.

With three women already having been caned for illicit sex, the way has been paved for more caning of women in the future. That will not endear Malaysia to Malaysians, let alone foreigners who are inevitably going to equate us with the Taliban. And who can blame them?

And are we going to go further down the slippery road and cane women for dressing immodestly too, as has been done in some countries?

There are already indications that Malays, especially women, are migrating and leaving their homeland, not because they don’t have opportunities here but because as Muslims, their personal freedom is restricted – and there is danger that it will be curtailed even more.

Yes, it has been said the three women did not suffer any cuts or bruises following the caning but that is scant consolation to those who have to undergo such humiliating punishment on top of the intrusion into their personal affairs.

As if the caning was not bad enough, alarmingly they spent months in prison. One of them is still serving her jail sentence and will be released only in June.

All three were found guilty of committing illicit sex by the Federal Territory Syariah High Court, which issued the caning order between December last year and last month. Perplexingly, they were not made public at that point of time. The public had no idea of the caning before it was done.

Also, it was not clear if the women had exercised their full rights under syariah law by appealing the court’s decision.

These are behaviours which should not be treated as if they were criminal offences; but they have been. The offenders have not only been caned but also jailed, which is rather harsh punishment for something which did not harm anyone else and was done in privacy and behind closed doors.

This is clear indication that there are laws in our statute books – both syariah as well as civil – which are outdated and need to be revised in keeping with the times and the recognition that individuals have personal rights.

Personal behaviour between consenting adults that do no physical harm to them and to others should not be legislated. This is in keeping with the development of personal rights throughout the world, and anything that takes away these rights is a step backwards.

Religion is open to interpretation, man interprets it and man can – and does – make mistakes.

Even if religious rules are flouted, we should have a system which does not mete out punishment for offences, and focus instead on rehabilitation and counselling. That will be in keeping with the universal tenet that there is no compulsion when it comes to religion.

Custodial and punitive sentences by religious courts should be limited via statutes because personal behaviour of adults is often involved and there is no hurt or harm to any others arising from such behaviour.

Religion is about persuasion not compulsion, about faith not certainty, and that is the way we should keep it. Otherwise, bigotry is going to get in the way and we won’t be following the tenets of religion but of those who choose to interpret it the way they want to.

We have all seen what happens when religion – no matter what religion – is carried to extremes and hijacked by bigots. We don’t want public flogging, we don’t want arms chopped off, we don’t want people to be stoned to death, and we don’t want people to be burned at the stake.

We have already moved way past that. Let’s not allow a small number of religious bigots to take us back into the dark ages. And for that, we all need to stand up and speak up when our individual rights are trampled upon.

Managing editor P. Gunasegaram is appalled by the number of sins committed in the name of God.

Source The Star: 21 Feb 2010

Penghuni Gua : Inilah tulisan wartawan The Star P. Gunasegaran yang menghina islam dan cuba mencampuri hal ehwal islam. Semalam The Star menarik balik lapuran ini dan memohon maaf. Cukup ke permohonan maaf berbanding dengan kerosakan yang dilakukan oleh mereka. Apa kata sekiranya umat islam mengambil tindakan yang sama dengan mengkritik dan menghina agama hindu, buddha dan kristian. Cukup ke dengan hanya mohon maaf dengan satu paparan tak sampai 1 inci di akhbar mereka.

2. Hari ini MAIS membuat lapuran polis terhadap kebiadaban The Star. PG cadangkan penulis P. Gunasegaran ini dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan atau lebih baik lagi dikenakan tindakan di bawah ISA.

3. Kerajaan juga wajib menggantung permit akhbar ini yang cuba bermain api. Mereka buat-buat bodoh tidak tahu perkara yang begitu sensitif ini. Buat kemudian minta maaf. Bukan setakat gantung permit tetapi sebaiknya dibatalkan terus permit akhbar biadap ini.

4. Tahniah Pisau Net yang mendedahkan dahulu isu ini semalam.

5. Bab kepala lembu pun separuh nyawa mereka berdemo dan mengecam islam. Walaupun isu kepala lembu itu tiada kena mengena dengan agama hindu. Tetapi yang ini jelas menghina dan memasuki sempadan agama islam. Kerajaan wajib ambil tindakan keras kepada penulis dan akhbar biadap ini agar ia tidak menjadi barah di negara ini.

6. Jangan dok asyik amaran, amaran keras dan memaafkan sahaja. Dah naik menyhampah mendengar ungkapan ini.

ANAK TEOH BENG HOCK ? BERTUAHNYA ANAK DAN WANITA INI !





MELAKA: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mendapat hadiah paling istimewa sempena Tahun Baru Cina kali ini, apabila bayi yang dilahirkan bekas tunang beliau pada Isnin lalu sudah mendapat sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Lebih menceriakan mereka, nama bayi yang dilahirkan oleh Soh Cher Wei, Teh Er Jia, adalah sempena nama keluarga mendiang manakala Beng Hock pula dinyatakan sebagai bapa bayi berkenaan. Adik perempuan mendiang, Lee Lan mengakui kejayaan mereka memperoleh sijil kelahiran berkenaan adalah hasil bantuan dan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini berjanji membantu menyelesaikan isu mendapatkan dokumen penting itu.

Beliau turut mengaitkan kejayaan itu berkat daripada kerjasama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien selain Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dr Ow Ei Sun dan Pegawai Khas Hishammuddin, Datuk Lau Yeng Peng. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bertuahnya jadi Beng Hock. Bertuahnya jadi girlfriend Beng Hock. Bertuahnya jadi anak berbinkan Beng Hock.

2. Anak yang dilahirkan oleh wanita di atas iaitu tunang Beng Hock telah di daftarkan bapanya sebagai anak Beng Hock. Anak tak sah taraf ini boleh pula di binkan kepada Beng Hock. Nikahnya hanya selepas kematiannya. Sebelum nikah, perempuan ini telah mengesahkan ia mengandung 2 bulan iaitu ia mengandung anak Beng Hock.

3. Bertuahnya dia dan anaknya berbanding dengan anak-anak tak sah taraf yang lain di Malaysia. Kepada Pejabat Pendaftaran Malaysia, PG ingin bertanya. Apa buktinya bahawa ini anak Beng Hock. Adakah ujian DNA dilakukan terhadap anak ini bagi menentukan ia benar anak Beng Hock? Jika tidak , mengapa begitu senang ia didaftarkan sebagai anak Beng Hock?

4. Jika benar pun ujian DNA dibuat dan disahkan pula ia anak Beng Hock, apakah undang-undang dan peraturan yang membenarkan anak ini di daftarkan sebagai anak Beng Hock. Anak ini sah anak tidak sah taraf. Ia dikandungkan sebelum pernikahan. Buddha juga melarang kandungan dan kelahiran yang begini. Jadi mengapa ia boleh didaftarkan sebagai anak Beng Hock?

5. Apakah anak-anak tidak sah taraf yang beribu jumlahnya di Malaysia ini yang masih tiada berbin dan setengahnya di binkan Abdullah sahaja. Adakah mereka ini boleh didaftarkan dan dibinkan berdasarkan keterangan ibunya bahawa si anu- si anu ini adalah bapa mereka. Dalam kes Beng Hock boleh. Mengapa dalam kes mereka ini tidak boleh?

6. Selepas ini PG berpendapat ramai yang wanita yang melahirkan anak tak sah taraf ini akan memohon anak tak sah taraf mereka untuk di binkan kepada seseorang atau diletakkan nama sesorang lelaki dalam pendaftaran sebagai bapa anak tak sah taraf ini. Apa alasan Pejabat Pendaftaran utnuk menolak permohonan ini?

7. Juga selepas daripada kes Beng Hock ini, maka begitu senanglah wanita-wanita yang mengandungkan anak tak sah taraf ini hanya dengan menunjukkan si anu- si anu ini adalah bapa kandungannnya , maka pendaftaran akan meletakkanlah bahawa lelalki ini adalah bapa kepada anak ini tanpa sebarang ujian kalau diikutkan dari kes Beng Hock ini.

8. Mungkin juga selepas ini , semakin ramai anak tak sah taraf akan lahir di bumi Malaysia , kerana mereka tiada masalah untuk mem BIN kan anak ini selepas ia dilahirkan berdasarkan kes Beng Hock ini.

9. Apakah isyarat yang kerajaan ingin berikan kepada rakyatnya? Apakah isyaratnya bahawa kerajaan sudah menerima gejala hidup tanpa kahwin atau bersekedudukan di Malaysia sebagai satu cara hidup. Atau budaya mebgandung dahulu baru berkahwin ingin di popularkan di Malaysia?

10. Bertuahnya Beng Hock, wanita ini dan anak yang dilahirkannya!!! Mengapa yang lain diberi layanan berbeza? Mohon penjelasan Jabatan Pendaftaran.

Nota : Mungkin di dalam perundaangan tiada halangan untuk ini, tetapi mengapa anak tidak sah taraf yang lain diberi layanan yang berbeza sebelum ini?

Wednesday, 24 February 2010

BLOG GOBLOK : PENJELASAN AHMAD MAZLAN !


Dipetik dari blog : Di Ambang Sore

Penjelasan YB Datuk Ahmad Maslan
Wednesday, February 24, 2010

Selepas membaca posting oleh beberapa bloggers yang mengatakan Datuk Ahmad Maslan menghina bloggers saya terus meminta penjelasan daripada beliau melalui SMS. Beliau telah menjelaskan secara terperinci kepada saya mengenai ucapannya pada Ahad lepas.

Berikut adalah penjelasan YB Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO mengenai dakwaan beliau menghina bloggers dalam ucapannya. SMS ini saya terima dari YB Datuk Ahmad Maslan pada 23.02.2010 jam 11:07 pm.;

“Ucapan saya di Program Penerangan UMNO Subang 21/2 Ahad 9:30pg : Saya kata penerangan perlu guna 4M: Media Maya MM..Medium Bersemuka MB, Media Elektronik ME, Media Cetak MC. Tapi jika nak lihat 1 isu baca 1000 blog ada 1000 pandangan..khuatir pembaca akan terkeliru..secara seloroh saya kata maksudnya jika terlalu banyak baca blog (tak buat kerja lain) khuatir jadi “goblok”..oleh itu saya katabaca blog terpilih seperti blog PM atau blog Tun M..itu saja..seloroh..tak kan tak boleh nak gurau..kaedah ceramah untuk tarik perhatian yang ngantuk..juga nak popularkan blog2 yang baik & jangan terpengaruh dengan blog pembangkang..yang dikhuatiri jadi “goblok” bukan bloggers, tetapi pembaca blog yang tak dapat menyaring kebenaran dalam peperangan siber alam digital yang dipenuhi fatamorgana! Baca 1000 blog untuk setiap isu, jika setiap hari & tak buat kerja lain, itu maksud saya dikhuatiri pembaca akan jadi “goblok”..bila saya ceramah adalah light joke.

Posted by Abdul Maruf Ismail at 4:02 AM

Penghuni Gua : Lain kali hati-hati kalau nak cakap. Anda bukan orang kampung dan cakap di kedai kopi. Natijah percakapn kita akan memberi impak besar ( baik / buruk ) kepada parti anda serta PM dan TPM.

2. Fikir sebelum cakap. Ini dah kali keberapa perkara begini berlaku. Jangan ulang.

RIADAH KUDA DI AYER KEROH !


Baru sampai rumah. Bermula jam 5 petang PG seorang diri menunggang kuda dalam jarak 10 km di kawasan Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka. Dapat le keluarkan peluh sedikit. Dapat juga ringankan otak dari memikirkan hal orang-orang alim agama bergaduh tak sudah-sudah sesama sendiri. Saman sana, saman sini.

2. Baik tunggang kuda . Ada juga faedahnya. Kuda yang ditunggang hari ini bernama Mamijane berumur 7 tahun dan pernah memenangi tempat ke 2 SUKMA di Terengganu bagi jarak 80 km.

3. Kita sentiasa perlu menunggang , jangan sesekali kita ditunggang. Bodoh kita jadinya. Juga jangan jadi pengikut membuta tuli.

KESIHATAN / RAWATAN / TRITACE


Pagi tadi PG dan isteri ke Klinik Komuniti Ayer Keroh Melaka untuk pemeriksaan rutin bulanan bagi ibu mertua yang diserang strok. Alhamdullillah semuanya ok. Dari tekanan darah, kalestrol, jantung semuanya amat baik / cemerlang. Juga gula di dalam air kencingnya pun 6.2 sahaja. Itu pun selepas makan.

2. Dr terkejut juga melihat jantung dan tekanan darahnya normal. Kerana , menurut Dr , pesakit lumpuh sebegini kebiasaanya tekanan darah dan jantungnnya kurang stabil . PG maklumkan pada Dr bahawa PG memberi ubat TRITACE yang PG makan juga jika makan daging atau daging kambing. Dr katakan memang ubat tu bagus bagi mengawal tekanan darah kerana ia melupuskan / mencairkan lemak di dalam saluran darah.

3. Bagi sesiapa yang kaki makan daging dan daging kambing seperti PG yang boleh dikatakan setiap hari atau selang sehari memakannya, elok benarlah membeli ubat ini di farmasi sebagai bekalan jika darurat. Sekiranya selepas memakan daging atau daging kambing atau durian, di nasihatkan makan lah sebelah / setengah biji pil ini. IsyaAllah , boleh bernafas lagilah keesokkannya kalau diizinkan Allah. Juga kalau ada terasa darah tinggi anda naik ( kebiasaannya rasa lengoh di tengkok ) maka elok di makan setengah biji . Dalam masa 15 minit , tekanan darah anda akan turun.

4. PG dah makan ubat ini hampir 8 tahun. Alhamdulillah selamat takat ini. Bukan makan hari-hari tetapi memakannya dalam 4 keadaan di atas. Kalau duit banyak , makan le sebiji sehari. Harganyanya RM 60.00 sahaja. Jenama TRITACE 5 mg.

5. Selamat mencuba. Tak rugi melabur duit untuk kesihatan kita dan keluarga.

SIAPA PATUT KITA CONTOHI 2 !





KUALA LUMPUR - Ketua Imam 1 Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Persatuan Penduduk Taman Desa Kerinchi dan pengerusi persatuan itu atas dakwaan memfitnah dirinya sebagai individu yang telah menyalahgunakan kuasa serta orang yang bermasalah dalam kariah tersebut.

Mohamad Afandi Che Harun, 33, memfailkan writ saman itu di Kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 3 petang menerusi firma Tetuan Yusma Azlin & Co.

Penghuni Gua : Dunia dah akhir zaman. Imam boleh berkelahi dan saman menyaman dengan kariah!!!!

2. Mana ajaran islam yang diamalkan dan dicakap hari-hari mengenai persahabatan dan perdamaian. Mana kaedah islam yang digembar gemburkan. Pakai dan gunakanlah.

3. Sebab itu , semalam pun PG ada tulis mengenai siapa yang patut kita contohi. Ini berkaitan juga. Sebab itulah selalu PG cakapkan. Bercakap dan mengatakan orang lain tidak islam dan tidak ikut hukum islam memang sedap dan senang. Bila bab amalan dan praktisnya, habok pun tak ada.

4. Kalau orang semuanya tidak islam, hukum kafir le, bukan ahli syurgalah, wala, dan berbagai lagi terminologi lah digunakan untuk sedapkan bercakap dan membenarkan serta menengakkan hujah masing-masing. Akhirnya , hampas semuanya.

5. Pada PG, Kita ikut cara kita. Ikut yang mak bapak kita telah ajar dan didik kita. Harapkan mereka ini, hmmmmmmmmmmmmmmmm. Cakap bolehlah. Bab rumput pun boleh bergaduh, bab perselisihan mazhab pun dua pensyarah di UKM boleh sampai saman menyama di mahkamah dan banyak lagilah contoh yang lain.

6. Cakap boleh le. Amalannya hampas.

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KUASA DAN TUGAS MAGISTRATE


[1993] 2 MLJ 486
Public Prosecutor v Raja Pandian
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CRIMINAL REVISION NO 43–6–93

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC

Date 20 APRIL 1993

Citation [1993] 2 MLJ 486


Catchwords:

Criminal Procedure — Preliminary inquiry — Powers and duties of the presiding magistrate — Options open to the magistrate in a preliminary inquiry — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 139, 140, 141, 142 & 143

Criminal Procedure — Preliminary inquiry — Whether proper for magistrate to amend charge and transfer case to sessions court — Penal Code (FMS Cap 45) ss 302 & 304
Words and Phrases — ‘Sufficient grounds for committing’ — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 140(i)

Bahasa Malaysia Summary:

Si tertuduh telah didakwa di mahkamah majistret atas satu kesalahan membunuh di bawah s 302 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45) (‘Kanun itu’) dan siasatan permulaan telah diadakan. Pada penghujung siasatan permulaan itu, majistret telah meminda tuduhan di bawah s 302 Kanun itu kepada tuduhan homisid salah di bawah s 304 dan telah mengarahkan supaya kes itu didengar di hadapan mahkamah sesyen. Pendakwa raya telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu penyemakan kerana tidak berpuas hati dengan arahan mahkamah majistret itu.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Pada penghujung kes pendakwa dalam suatu siasatan awal, majistret mempunyai empat pilihan. Pertama, beliau boleh melepaskan si tertuduh jika tidak ada alasan yang cukup untuk menghukum si tertuduh dibicarakan di Mahkamah Tinggi, dan pelepasan ini tidak bererti bahawa si tertuduh dibebaskan dan pendakwa boleh mendakwa si tertuduh semula melalui siasatan permulaan yang lain di hadapan majistret yang lain. Kedua, jika majistret mendapati bahawa si tertuduh harus dibicarakan di hadapannya, beliau mestilah merangka pertuduhan yang bertulis dan memanggil si tertuduh untuk menjawabnya.

Prosedur guaman terus haruslah diikuti di sini. Ketiga, jika kesalahan itu dilakukan di luar bidang kuasa wilayah majistret itu, beliau boleh mengarahkan supaya si tertuduh dibicarakan di hadapan majistret lain atau jika kesalahan itu melampaui bidang kuasa hukuman beliau, menurut s 100 Akta Mahkamah Rendah 1948, di hadapan hakim sesyen. Akhirnya, jika terdapat alasan yang memadai majistret mestilah merangka tuduhan dan menghukum tertuduh ke Mahkamah Tinggi. Majistret boleh menyusun semula perkataan tuduhan asal yang dikemukakan oleh pihak pendakwa kerana tuduhan asal itu adalah tuduhan sementaraan sahaja. Tidak ada hak merayu terhadap perintah majistret itu.

(2) Majistret mempunyai bidang kuasa yang tidak terbatas dalam suatu siasatan permulaan apabila membuat pilihan dan haruslah berani serta bebas dan sepatutnya membuat keputusan secara tersendiri mengikut keterangan yang dikemukakan. Undang-undang memberikan kebebasan yang penuh kepada seseorang majistret untuk membuat keputusan berdasarkan keterangan.

(3) Alasan yang mencukupi untuk menghukum si tertuduh bererti bahawa terdapat keterangan yang tidak secara sendirinya sukar untuk dipercayai. Majistret hendaklah menghukum si tertuduh jika keterangan saksi-saksi yang boleh dipercayai boleh menyebabkan si tertuduh disabit jika keterangan itu diterima.

(4) Di dalam satu siasatan permulaan, seseorang majistret mesti merekodkan setiap butiran yang berlaku di atas kertas yang berasingan yang dikenali sebagai nota keterangan dan ia berasingan daripada deposisi saksi-saksi yang direkodkan dalam Borang 149. Juga menjadi tanggungjawab majistret untuk membuat keputusan tentang kebolehterimaan pernyataan beramaran.

(5) Berdasarkan keterangan di dalam kes ini, majistret telah membuat keputusan yang betul apabila beliau meminda tuduhan kepada satu di bawah s 304 Kanun itu dan beliau memang mempunyai kuasa untuk memindah kes ini ke mahkamah sesyen.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar dalam memahami sistem keadilan jenayah Malaysia. Tq

Tuesday, 23 February 2010

PAPA GOMO / SAIFUL BUKHARI : APA MASALAHNYA?



Penghuni Gua : PG ada terbaca di blog-blog sebelah sana yang mengwar-warkan perbualan Papa Gomo dan Saiful di Facebook. Heboh separuh nyawa. Ada pula yang gempak akan bawa perbualan Papa Gomo dan Saiful ini ke mahkamah semasa perbicaraan liwat DSAI.

2. PG dok baca berulang kali dan mencari faktanya. Tak ada pun. Apa isunya ? Entah. Mereka ini loyar buruk kot.

3. Kepada Papa Gomo dan Saiful , pedulikan mereka. Anda tidor lagi baik. Tak ada isu langsung. Gempak mereka tak kena tempat dan salah orang. Kesian juga tengok mereka ini. Dah tak ada isu kot.

4. Kesian. Kepada Papa Gomo dan Saiful , sekali lagi PG pesan dan nasihatkan, berbuallah di facebook tu.. Tak ada apa yang salahnya. Berbual lah sampai pagi pun. Tak ada salah dan ganggu kes anda di mahkamah nanti. Mereka gempar salah orang.

5. Kesian, kesian, kesian mereka.

SIAPA YANG PERLU KITA CONTOHI ?




KUALA LUMPUR: Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Nakhaie, 57, memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan Ibrahim & Fuaadah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 11.22 pagi ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Siapa yang patut kita contohi dan mengambil pelajaran darinya? Dari mereka yang mengaku pewaris nabi seperti di atas? Adakah mereka ini layak dicontohi oleh kita semua sebagai orang awam dalam agama?

2. Sejak dahulu lagi , apa yang boleh kita contohi dari mereka yang bergelar ulama di Malaysia ini? Mereka asyik bergaduh sesame sendiri hanya dalam satu perkara yang mudah dan remeh. Samada mereka dari PAS, UMNO atau ulamaq berkecuali, apa bezanya kalau kita melihat dan meneliti tingkalaku dan percakapan mereka. Tak lain hanyalah dipenuhi dengan bertikaian, maki hamun dan beruk memburuk sesame sendiri.

3. Lihat sahaja kes hanya kerana masalah rumput, seorang yang bertaraf menteri, penceramah, , ulama wanita bergaduh dengan jiran hingga ke mahkamah bertahun lamanya. Seorang yang hari-hari member motivasi dan bercakap setiap patah terkeluar ayat Quran, tetapi sanggup membeli sebuah kereta melalui pnitu belakang dan akhirnya ditipu oleh seorang anggota polis sebanyak RM50k.

4. Seorang Ketua Dewan Ulama dari sebuah pari politik sanggup mendera isteri dan melakukan berbagai perkara yang tidaak sepatutnya berlaku di utara tanahair. Di Kelantan, seorang ADUN masih bertikai mengenai tuntutan RM 3 juta. Juga kalau bab politik, semuannya bergelar ulama dan berseban sebesar bakul dan berjubah meleret bumi. Tetapi percakapan dan berbuatan mengalahkan syaitan. Kerjanya memaki hamun dan mendoakan bala sesame islam. Itulah sebahagian contoh yang PG sempat paparkan.

5. Jadi siapa patut kita contohi? PG berpendapat kita semua lebih baik dari mereka ini. Kita cakap kurang t=dan tak ada pun nak tunjuk panadai dalam agama. Tetapi tak ada pula kita semua mencarut dan memaki hamun sesame islam atau bergaduh dengan jiran tetangga. Walaupun tak adalah berserban dan berjubah sepanjang hari tetapi kita lebih baik dari mereka.

6. Semua ini Allah nak tunjukkan dan hendak menguji mereka yang hanya pandai bercakap tetapi tidak ada diterjemahkan dalam perbuatan mereka. Inilah wajah sebenar mereka. Semua mereka ini tidak tahan dengan ujian Allah. Hanya sedikit diuji mereka telah kalah dengan ujian Allah.

7. Jadi siapa perlu kita contohi?

8. Baik kita contohi apa yang mak bapak kita telah asuh dan ajarkan kepada kita. Walau pun sedikit tetapi kita praktikkan. Itulah kita. Sebab itu, mereka yang beragama ini belum lagi diberi lebih kuasa untuk mentadbir Negara. Dalam hal serekeh seperti di atas pun mereka gagal mencapai kata sepakat dan berunding secara baik. Tetapi kalau bab cakap ni , jangan kiralah. Api neraka boleh sejuk mendengar cakap mereka. Tetapi hakikatnya hampas.

9. Sudahnya! Baik kita percaya dan ikut apa yang telah diajar dan didik oleh mak bapak kita. Harapkan mereka semua seperti di atas, Hmmmmmmmmmmmmmmmm. Sampai dunia kiamat pun tak habis-habis pertikaiannnya. Semuanya ada dalil dan nas yang akan menghalalkan tindakan mereka.

10. Naik menyampah.

Monday, 22 February 2010

BACA BLOG JADI BODOH : KATA AHMAD MAZLAN , KETUA PENERANGAN UMNO !


Dipetik dari blog : 10 SBH


"Baca blog lama-lama boleh jadi goblok !", kata Dato' Ahmad Maslan dalam ucapan beliau.
Juga boleh rujuk perkara yang sama di blog : Gerakan Anti PKR

Penghuni Gua : Itulah sebahagian petikan darri blog 10 SBH. Jika benar apa yang dituliskan , amat malang bagi UMNO kerana mempunyai Ketua Penenrangan yang terlalu dungu dan jauh ketinggalan kebelakang dalam dunia siber.

2. Bagaimana seorang ketua Penerangan UMNO iaitu parti terbesar boleh mempunyai ketua penerangan yang sebegini. Ahmad Mazlan ini kalau dilihat dari sejarahnya lebih kepada mengangkat bakul sendiri. Ke mana dia memberi ucapan pun tak lain hanyalah memmuji dan menunjukkan kelebihan mengapa PM memilihnya sebagai ketua penerangan dalam umur yang muda. Itu aje lah modalnya.

3. Sehingga sekarang , apa tindakan dan perancangan ketua penerangan ini ( yang terlebih pandai dari orang lain ) untuk memulihkan pengundi muda agar dekat dengan BN. Kosong. Ada medium seperti blog , ketua penerangan ini tidak hendak menggunakan sepenuhnya. Bodoh sangatkah Ketua Penerangan ini untuk berfikir bahawa dengan mendekati dunia blog ini, UMNO / BN dapat mendekati suara oramg muda yang amat diperlukan oleh UMNO / BN ?

4. Tidak nampakkah kepentingan blog / facebook dan sebagainya yang menjadi kegilaan remaja dunia kini? Adakah Ahmad Mazlan ini masih buta matanya dan buta mata hatinya?

5. Kalau benar kata-kata Ahmad Mazlan ini bahawa membaca blog akan menjadikan seseorang bodoh maka beliau menghina juga usaha PM dan TPM yang sudah membuka blog mereka dan mendapat sambutan ramai. Harapkan beliau sebagai ketua penerangan , haram tak ada. Pemalas nak menulis. Hanya pandai bercakap sahaja. Cakap pun hanya memuji diri sendiri . Itu sahaja lah kebolehan beliau.

6. Malang bagi UMNO memiliki ketua penerangan yang mempunyai mentaliti yang amat rendah dan jauh terkebelakang. Kesian UMNO.

7. Bagi jangka hayat UMNO dan nama baik UMNO dalam jangka panjang , PG cadangkan agar beliau ini digantikan dengan orang lain. Ada pun beliau buat semak sahaja dan beliau tidak dapat pun menterjemahkan apa yang PM dan TPM hasratkan. Beliau adalah liability kepada UMNO . Buang dan nyhahkan dia dari kedudukannya secepat mungkin.

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEROSAKAN LIF / DUTY AND LIABILITY OF OWNER !


[1993] 2 MLJ 234
Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur v Ong Kok Peng & Anor
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
02–47–1992

Judges JEMURI SERJAN (BORNEO) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
PEH SWEE CHIN SCJ

Date 5 APRIL 1993

Citation [1993] 2 MLJ 234


Catchwords:

Tort — Defective premises — Contract of maintenance between owner and third party — Duty and liability of owner — Whether owner could claim indemnity from third party for injury caused to plaintiff

Tort — Independent contractor — Whether employer liable for default and negligence of independent contractor — Whether there was strict liability — Principles applicable

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif cedera parah apabila beliau jatuh ke dalam lubang lif di Pekeliling Flats yang bersama dengan lif itu dimiliki oleh Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur dan defendan adalah Datuk Bandar. Tidak terdapat sebarang tanda amaran atau sebarang adang atau halangan yang diletak di pintu lif untuk menyatakan bahawa lif itu rosak. Di perbicaraan itu, kesemua pihak bersetuju atas jumlah gantirugi yang ditetapkan sebanyak RM30,000 pada permulaan perbicaraan itu, tertakluk kepada bukti liabiliti.

Terdapat suatu perjanjian untuk penjagaan lif tersebut yang diikat di antara defendan dan pihak ketiga pada masa kemalangan itu berlaku. Lif itu, bagi semua pihak yang berkenaan berada di bawah kawalan dan pengurusan dan dijaga oleh defendan dengan perbelanjaan defendan. Hakim perbicaraan yang arif telah memberi keputusan memihak kepada pihak plaintif menentang pihak defendan tetapi telah menolak tuntutan tanggung rugi terhadap pihak ketiga, membuat keputusan bahawa plaintif merupakan seorang yang dijemput oleh defendan dan bahawa defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadapnya dan secara ringkas, berkenaan dengan pihak ketiga itu, defendan gagal memberi arahan untuk memperbaiki kerosakan dengan segera atau cepat walaupun surat dari inspektor jentera menunjukkan bahawa terdapat kerosakan di dalam lif itu.

Diputuskan:
Diputuskan, mengesahkan keputusan memihak kepada plaintif dan membenarkan tuntutan defendan terhadap pihak ketiga:

(1) Situasi yang dialami oleh plaintif merupakan suatu situasi yang mewujudkan perbuatan atau peninggalan yang membahayakan pengguna-pengguna lif dan oleh yang demikian defendan tidak terlepas daripada liabiliti dengan mengamanahkannya kepada pihak ketiga. Lebih-lebih lagi, penjagaan lif itu merupakan suatu tanggungjawab statutori yang dikenakan ke atas defendan oleh Akta Kilang dan Jentera 1967. Defendan tidak boleh melupuskan tanggungjawab beliau itu dengan memberi perwakilan kuasa kepada pihak ketiga.

(2) Perlanggaran kewajipan kerana tidak memberitahu plaintif dan tidak memberi amaran kepada plaintif tentang bahaya atau perangkap yang tersembunyi di dalam kes ini merupakan kegagalan spesifik pihak ketiga dan juga defendan kerana tidak memastikan bahawa tidak terdapat kegagalan memberi amaran mengenai lif yang rosak itu.

Kegagalan pihak ketiga untuk membuat demikian melanggar kewajipan kontrak untuk meletakkan amaran sedemikian, dan sebagainya di bawah perjanjian penjagaan untuk lif itu yang telah diikat di antara defendan dan pihak ketiga dan lebih-lebih lagi, pihak ketiga telah dengan jelas bersetuju akan menanggung rugi sebarang gantirugi di bawah ‘common law’ yang terpaksa dibayar oleh defendan disebabkan sebarang kemalangan. Pihak ketiga cuai kerana tidak memberi sebarang amaran, sebelum kemalangan itu berlaku, dari masa mereka mengetahui atau sepatutnya mengetahui mengenai bahaya atau perangkap yang tersembunyi disebabkan oleh lif yang rosak itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar semua. Tq.

QARDAWI SOKONG DSAI ? HE HE HE HE !!!


MStar


JERANTUT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau mempunyai satu mesej video berdurasi 12 minit daripada seorang ulama yang dihormati, Dr Yusuf Al-Qardawi yang berkata tuduhan liwat terhadapnya adalah satu pembohongan dan berniat jahat.

Anwar berkata, video berkenaan akan diedarkan selepas ia diterjemahkan sambil menambah Dr Yusuf menyokongnya dan menyatakan bahawa semua tuduhan liwat ke atasnya adalah fitnah besar untuk mencemarkan nama baiknya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah bersempena Konvensyen Kebangsaan PKR untuk peneroka felda di Kampung Temin di sini pada malam Sabtu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Siapa Yusuf Qardawi ni. Beliau bertaraf Nabi dan Rasul ke? Kalau melihat dan mendengar cara DSAI terlalu kuat memegang kata-katanya seolah Yusof ini bertaraf nabi atau rasul. Sebabnya, beliau tidak perlu melihat bukti dan mendengar keterangan kedua pihak ! Dengan hanya mendengar keterangan sebelah pihak sahaja iaitu keterangan dari DSAI sahaja , beliau telah keluarkan hukum dan fatwa bahawa DSAI tidak bersalah dalam tuduhan liwat yang dihadapinya.

2. Hukum apa yang Qardawi ini pakai. Belaiu gunapakai hokum hudud juga ke? Ikut hudud ke kalau hanya dengar sebelah pihak dan terus buat keputusan?

3. Apa pula pandangan Qardawi ini tentang ciptaan agung Allah mengenai DNA? Bukankah DNA ini adalah salah satu ciptaan Agung Allah bagi manusia gunakan dalam kehidupan dan salah satunya ialah bagi digunakan dalam perbicaraan yang tiada saksi melihat kejadian liwat berkenaan? Bodoh sangatkah Qardawi ini mengenai sains yang diciptakan Allah untuk manusia fikir dan gunakan?

4. Atau DSAI hanya gunakan nama Qardawi untuk faedah beliau dalam menghadapi tuduhan liwatnya bagi mengalih pandangan rakyat terhadap jenayah yang dilakukannya?

5. Fikirkanlah pengundi muda: Beginikah pemimpin dan parti yang akan kita pilih untuk memerintah Negara? Undang-undang hanya terletak ditangan mereka. Itu belum lagi mereka berkuasa. Jika mereka berkuasa , anda tahulah apa akibatnya. Mereka akan membuat apa sahaja mengikut hati dan perasaan. Itulah wajah pemimpin dan parti ini.

6. Fikirkanlah.

Sunday, 21 February 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : HINA MAHKAMAH !


[1993] 3 MLJ 147
Lai Cheng Chong v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (MUAR) — CRIMINAL APPEAL NO 41–59 OF 1991

Judges RICHARD TALALLA J
Date 3 JUNE 1993
Citation [1993] 3 MLJ 147


Catchwords:

Criminal Procedure — Contempt of court — Failure of appellant and counsel to attend hearing — Withdrawal of counsel during course of trial — Hearing postponed to later date but appellant and counsel failed to attend again — Whether that amounts to contempt — Approach court should take

Legal Profession — Advocate and solicitor — Liability as officer of court — Legal Profession Act 1976 s 35

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah disabitkan di mahkamah majistret atas kesalahan di bawah s 20(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan telah dihukum penjara sepuluh bulan. Beliau telah membuat rayuan terhadap sabitan dan hukumannya dan notis rayuan itu telah ditandatangani olehnya.

Terdapat juga tandatangan firma guaman peguambela perayu di atas notis itu. Alamat yang tercatat di dalam notis itu adalah alamat firma guaman itu. Pada hari pendengaran rayuan itu, perayu dan peguambela tidak hadir dan mahkamah telah menangguh kes itu ke 27 Oktober 1992. Beberapa hari sebelum tarikh perbicaraan baru, peguambela melalui surat kepada penolong kanan pendaftar (‘PKP’), telah memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak lagi mewakili perayu kerana beliau ingin melantik peguambela yang baru dan oleh yang demikian memohon untuk dikecualikan kehadiran mereka pada tarikh perbicaraan.

PKP, atas arahan mahkamah, telah menelefon pejabat firma guaman tersebut dan memberitahu kerani di situ bahawa peguambela dikehendaki hadir pada 27 Oktober 1992. Pada tarikh itu, kedua-dua perayu dan peguambelanya sekali lagi tidak hadir dan mahkamah telah menangguhkan kes ke 14 November 1992. Pada tarikh tersebut, seorang rakan kongsi dalam firma guaman tersebut telah hadir sebagai peguambela perayu dan telah meminta maaf kepada mahkamah. Isu tunggal yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah sama ada kegagalan perayu dan peguambela untuk hadir di mahkamah pada 27 Oktober 1992, yang telah menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan, merupakan suatu penghinaan mahkamah.

Diputuskan:
Diputuskan, tanpa membuat apa-apa perintah
:

(1) Adalah menjadi keadilan yang serba kurang jika mahkamah membatalkan rayuan atas kegagalan pihak-pihak, terutama sekali peguambela, untuk hadir di mahkamah tetapi sebaliknya, mahkamah harus melindungi hak litigan untuk mengutarakan kesnya. Mahkamah harus mencari jalan untuk bertindak terhadap orang yang bertanggungjawab atas keingkaran itu dan satu daripada caranya ialah dengan menggunakan undang-undang penghinaan mahkamah.

(2) Dengan meletakkan nama mereka dalam rekod di dalam notis rayuan sebagai mewakili perayu, peguambela mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kehadiran perayu dan dirinya sendiri di mahkamah. Kegagalan mereka berbuat demikian, yang menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan, telah menggugat keadilan serta pentadbirannya dan satu kes prima facie penghinaan mahkamah telah dibuktikan.

(3) Walau bagaimanapun, oleh kerana versi kejadian perayu dan peguambela berbeza antara satu sama lain tentang sebab-sebab mengapa mereka gagal hadir di mahkamah, mahkamah mempercayai mereka walaupun berasa sangsi dan tidak membuat apa-apa perintah kerana prosiding penghinaan adalah suatu prosiding keseksaan. Mahkamah juga mengambil kira bahawa kedua-dua mereka telah meminta maaf dari mahkamah dan tidak berniat hendak menghinanya. Juga, keadaan seperti dalam kes ini pertama kali ditimbang dari sudut penghinaan mahkamah.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

SIS : BERTAUBATLAH !!





Awang tertarik dengan kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang membidas Sisters in Islam (SIS) kerana dikatakan menolak hukum Allah. Teguran itu dibuat berikutan reaksi SIS yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.

Pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa hukuman sebat mencabuli hak sama rata. Menurut SIS, tidak sepatutnya berlaku diskriminasi seperti yang dijamin oleh Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bertaubat lah cepat SIS . Masa masih ada. Bertaubatlah.

Saturday, 20 February 2010

KICKDEFELLA : TGNA TERUS DITIPU MENANTU !


Dipetik dari blog : KICKDEFELLA
25 01 2010


Saya cuba untuk tidak mengkritik Menteri Besar Kelantan kerana dia seorang yang tidak boleh dikritik. Tetapi apakan daya, saya rasa Tuan Guru Menteri Besar Kelantan sudah tidak lagi sedar apa yang diperkatakannya dan sudah ingat-ingat lupa banyak benda.

Di dada akhbar-akhbar hari ini terbentang nasihat Nik Aziz kepada pimpinan Pakatan Rakyat seperti berikut,

KOTA BARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yesterday reminded Pakatan Rakyat leaders that they risk losing their hold on power if they let corruption become their culture.

He said Parti Keadilan Rakyat and DAP leaders, who controlled state governments in Selangor and Penang, should not use their position to enrich themselves or their cronies.

“I have to remind them because they are new to governing the states. If they adopt the culture of corruption, I fear they will lose power as the people will reject them.”

He said this after holding a reception for a group of 70 PKR members from the Indian community in Kapar, Selangor, at the menteri besar’s official residence here. Their two-day visit to Kelantan was organised by Kapar member of parliament S. Manikavasagam.

Nik Aziz said his advice to his allies was based on his experience as a state government leader for almost 20 years.

“They are new and at an early stage of tasting power. I hope that power will not lull them into complacency and self-indulgence at the expense of providing service to the people.

“Pakatan Rakyat leaders should not be upset with my reminder because I am an old hand in politics.

”They have only been in power for about two years, whereas I have been running the state government for 20 years,” he said. 



Kenyataan Nik Aziz ini tentu meloyakan banyak pihak kerana kebelakangan ini telah terbongkar pelbagai kisah yang besertakan fakta-fakta berhubung amalan kronisme, nepotisme dan juga rasuah di dalam Kerajaan Negeri Kelantan yang sudah hampir 20 tahun di terajui oleh Nik Aziz. Antaranya yang sudah terbongkar dan akan terus terbongkar ialah isu-isu berkaitan dengan Razak Abas, Roshaimi Razak, Nudin Awang dan anak menantu Nik Aziz sendiri seperti Nik Abduh dan Abdul Ariffahmi.

Sebelum ini heboh bagaimana Nik Aziz mendakwa Nudin Awang yang disebut akan menajanya, isterinya dan anaknya dengan pakej RM65 ribu sekepala ke Mekah, tidak pernah menerima sebarang projek dari Kerajaan Negeri. Malangnya, telah terbongkar seminggu kemudian bahawa syarikat di mana Nudin adalah Ahli Lembaga Pengarah telah menerima berpulu-puluh ribu ekar tanah balak dari Agensi Kerajaan di mana Nik Aziz adalah pengerusinya atas kapasitinya sebagai MB Kelantan.

Kemudian kecoh pula soal menantunya yang Nik Aziz lantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Dan di dalam berita yang sama hari ini, Nik Aziz turut berkata seperti berikut,

Nik Aziz also denied a claim that the state government has sold “Rumah Kelantan”, a state-owned official residence located in Kuala Lumpur’s Golden Triangle.

He said the Rumah Kelantan site in Jalan Conlay would be redeveloped into an 18-storey building.



Bernama yesterday published a report on its website quoting Kota Baru Umno chief Datuk Fatmi Che Salleh as saying that Rumah Kelantan had been sold to a businessman and the proceeds from the sale were used to cover the state government expenditure. 



He said it was a complicated process for the state government to get the project off the ground. 

”My son-in-law (Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, who is chief executive officer of Kelantan Menteri Besar Incorporated) had to shuttle between Kelantan and Kuala Lumpur many times to complete the various procedures regarding the project.“ di petik dari NST Online.

Yang jelas ialah Nik Aziz berkata, menantunya tidak menjual tanah tapak Rumah Kelantan di Jalan Stonor kepada pemaju. Apa yang Nik Aziz tidak kata atau nafikan bahawa menantunya telah memberi secara percuma tanah itu kepada pemaju seperti tanah tapak Bazar Tok Guru.

Apakah ini benar? Saya suka mendengar bagaimana Exco-Exco Kelantan yang bijak Ekonomi memberi penjelasan terlebih dahulu.

Penghuni Gua : Nak dengar juga apa komen TGNA kali ini. Silat apa pula yang akan digunakan untuk menghalalkan tindakan menantunya. Tak apa : Ahli syurga mana buat salah. Semuanya betul. Lantaklah.!!

PETA PELAYAR