CUIT DATO ZAINI UTUSAN MALAYSIA
ISU Lim Guan Eng cocky and arrogant; sombong dan angkuh belum selesai. Guan Eng
tengah pening. Namun, saya benar-benar kasihan dengan Mansor Othman, Timbalan
Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Saya yakin dia telah dipaksa bercakap bohong di
sidang media mengatakan dia tidak mencerca bosnya itu.
Dalam TV kita
semua boleh tengok dengan jelas Guan Eng duduk di sebelah Mansor. Ada satu
ketika Guan Eng cuba menguis tangan Mansor memintanya supaya menamatkan sidang
akhbar itu. Guan Eng tersangat bimbang Mansor akan terlepas cakap lagi.
Nampak sangat Mansor kena control dengan Guan Eng. Jadi, Mansor yang
dikenali sebagai seorang yang tidak kuat semangat di kalangan ahli-ahli PKR,
terpaksalah akur.
Hakikatnya apa yang Mansor cakap mengenai Guan Eng
adalah dari hatinya.
Mesyuarat strategik PKR yang dipengerusikan oleh
Mansor itu memang dirakamkan. Dan nak jadi cerita ada pula kutu yang
membocorkannya di luar. Rakaman itu disiarkan oleh TV3.
Guan Eng semakin
senak perutlah. Jadi memang benarlah apa yang diluahkan oleh Mansor?
Kenyataan Guan Eng sombong dan bongkak itu dikeluarkan Mansor apabila
dia ditanya dalam mesyuarat itu berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang
akan ditandingi PKR di Pulau Pinang.
Dalam rakaman itu yang disiarkan
oleh Buletin Utama malam kelmarin, Mansor dipetik sebagai berkata: ?Tidak
tentu…Belum finalised, dia very arrogant I tell you… Cocky and arrogant. It?s
not easy. Now more arrogant. Because dia menang banyak. They are sure of winning
19 and they want more.
?Because by two more they can form their own
government and they can, any two from us to be on their side and abandon us
out.”
Dalam soalan lain, Mansor dalam rakaman itu turut mengulas
kekuatan DAP di Pulau Pinang yang menyebabkan keangkuhan Ketua Menterinya.
?Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he
is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and
arrogant. Tapi tak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young
people you all kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang,”
kata Mansor.
Jika dianalisis kata-kata Mansor itu, ia datang dari
hatinya yang tulus. Mansor sudah tidak tertahan dengan perangai Guan Eng. Bosnya
itu adalah seorang yang sombong dan angkuh.
Semasa Cuit ini ditulis kita
tidak tahu apa reaksi Guan Eng. Dia sudah tentu naik bengang. Apa pula muslihat
yang sedang difikirkan. Mansor mungkin akan menjadi mangsanya lagi.
Apakah Guan Eng mahu Mansor berkata yang rakaman itu palsu dan
direka-reka oleh musuhnya, sebagaimana video lucah China doll yang dituduh
sebagai palsu oleh Anwar Ibrahim? Difahamkan usaha-usaha ke arah itu sedang
dijalankan.
Apa sekali pun, Mansor kenalah berani. Sebagai seorang
terpelajar dia harus mempunyai pendirian. Jangan biarkan orang memandang kita
ini terlalu murahan.
Itulah juga isi hati Dr. Hasan Ali semasa dia
berada di bawah telunjuk DAP dalam Exco Selangor dulu.
Gelodak hati
Hasan sudah tidak tertanggung apabila mendapati maruah agama dan bangsanya
dicabar. Dia mengambil langkah berani dan terhormat. Walaupun pada peringkat
awal, Hasan pun berbelah bahagi, namun demi maruah dia melawan.
Mansor
masih ada masa untuk berbuat demikian. Ingatlah menjadi ahli politik bukan satu
permainan mudah. Ia adalah amanah yang perlu dijawab di hadapan Yang Maha Esa
kelak.
Jangan biarkan parti yang terkenal dengan sikap cauvinis itu
terus diberi kuasa mutlak. Jangan biarkan Guan Eng, yang anda sebut sebagai
sombong dan angkuh itu terus memijak kepala anda. Mansor masih mempunyai masa
untuk membetulkan keadaan.
Wahai Mansor, ingatlah kepada agama, bangsa
dan negara anda ini. Anda adalah penyelamat, sebenarnya.
Oleh: Dato Zaini
Hassan
Penghuni Gua : Hoi Mansor. kau taubat le . Cukuplah jadi lembu DAP dan menjual maruah agama dan bangsa. Melayu dan agama Islam di hina kerana ada beberapa Melayu yang rela dilembukan macam ko. Maka puak ini dah mula rasa besar kepala.
2. Pencetus 13 mei ini takkan berubah selamanya. Mereka tetap begitu. Bukan DAP kalau tidak rasis. Mereka hanya mementingkan kaum mereka sahaja. India dan melayu seperti anda hanya lah layak dipariakan oleh DAP aje untuk kepentingan mereka.
3. Taubatlah Mansor. Kamu ada Phd. Jangan lah otak kamu diliwat oleh peliwat tegar negara si Anuar tu. Taubatlah semasa masih menyempat.
4. Dalam isu Tokong ini PG dah naik loya , nak muntah dan menyampah. Semua selfish. Tak layak jadi pemimpin langsung. Tak ada class. Atau low class pemimpin ini.
5. Fikirkan pengundi muda.................itulah nasib melayu jika kita benarkan DAP berkuasa. Anda takkkan kemana. Di Singapura, tentera dan Polis, kalau ada melayu Singapura memasuki perkhidmatan ini, pangkat paling tinggi pun sehingga kini ialah kapten. Itu aje pangkat yang melayu layak di Singapura iaitu abang kandung DAP di Malaysia. Itulah penasihat besar DAP.
6. Fikirkan masa depan bangsa dan agama serta anak cucu cicit kita. Elakkan mengundi calon melayu yang dilembikan oleh DAP ini. Mereka ini lebih hina dari lembu. Dah dihina dalam berbagai cara oleh DAP ini, Melayu ini masih kekal bertahan kerana jawatan dan wang ringgit.
7. Taubatlah Mansur. Kah kah kah kah kah !!!!!!