KUALA LUMPUR 30 Mei - Kerajaan perlu mengkaji semula pemberian kuota 40 peratus kepada orang bukan Melayu untuk memiliki hartanah di Kampung Baru menerusi Pelan Cadangan Konsep dan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan kawasan tersebut. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Pening kepala PG memikirkan cadangan dari Menteri Wilayah Persekutuan YBM Raja Nong Chik. Pening kerana dalam perancangan bagi membangunkan Kampung Baru Kuala Lumpur, sibok untuk membuat pembahagian 60 Bumiputra dan 40 % bukan Bumiputra bagi lot-lot komersial yang akan dibangunkan di kawasan perkamoungan melayu ini.
2. Mengapa pemimpin melayu ini sibok sangat nak membuat pembahagian tanah dan harta orang melayu yang sekangkang kera di tengah-tengah pusat Bandar di ibu Negara ini? Mengapa perlu 60/40 %. Mengapa tidak 100 % kepada Bumiputra. Bumiputra tidak mampu? Kalau Bumiputra tidak mampu, tidak adakah agensi amanah orang melayu seperti UDA dan MARA yang boleh membeli lot-lot kedai ini dan menyewakan semula kepada orang Melayu ( dengan kadar yang menasabah ) dan juga kepada bukan bumiputra. Hanya dengan penyewaan dan bukan pemilikan terus / jual terus 40 % kepada bukan Bumiputra!
3. Kampung Baru. Itulah satu-satunya perkampungan melayu di ibu kota Kuala Lumpur yang masih kekal. Ia perlu dikekalkan sebagai kampong / Bandar melayu selepas ianya dibangunkan. Nilai sejarahnya lebih tinggi dari segalanya.
4. Mengapa sibok kepada pembahagaian 60/40. Bukan melayu tak sibok pun nakkan Kg Baru. Tetapi melayu-melayu pengkhianat seorang dua di dalam jawatan kuasa pembangunan Kg. baru inilah yang sibok nak gadaikan kg baru dengan kouta di atas.
5. Sewakan. Bukan melayu pun akan sewa kawasan ini setelah ia dimajukan. Mungkin pembahagian 60/40% itu , mereka beralasan bagi mempercepatkan pembangunan kawasan ini dan dapat menarik pelabur untuk melabur di kawasan kg. Baru. Itu alasan lapuk dan dungu yang keluar dari pemikiran pemimpin begini. Kawasan ini jika dibangunkan pun dengan pemilikan 100 Bumiputra pun akan tetap maju dan amat berdaya saing kerana lokasi nya yang amat strategik.
6. Tak ada orang korporat dan peniaga tulen pun akan melepaskan peluang ini jika mereka dibenarkan menyewa lot-lot kedai di kawaan ini. Mereka akan tetap menyewa. Cadangan 60/40 tersebut adalah datang dari ketamakan sebahagian pemimpin melayu dan peniaga serta koporat melayu yang hanya mementingkan keuntungan jangka pendek. Tidak lain dari itu. Mereka ini tak pedulikan bagsa. Mereka akan member berbagai helah dan alas an bagi menjual semua harta dan maruah Bumiputra yang hanya berbaki begitu sedikit. Yang penting wang. Itulah yang mereka hanya nampak setiap masa.
7. Bangsa lain tak ada sibok pun dengan pembahagian 60/40 kampung Baru. Melayu-Melayu dan pemimpin serta korporat Melayu yang bodoh dan dungu inilah yang kerap dan selalunya menjahanamkan masyarakat dan bangsa Melayu.
8. Akhir sekali, PG tetap tidak setuju di atas kouta pembahagian pembangunan Kg. Baru ini. Ia seharusnya 100 milik Bumiputra . Jika Bumiputra tidak boleh beli semuanya di kawasan ini, satu agensi atau perbadanan khusus diujudkan bagi membeli premis dan lot-lot komersial di kawasan ini dan mereka boleh menyewakan kepada sesiapa sahaja. Bukan pemilikan kekal 40 % kepada bangsa lain.
9. Susah sangatkah nak laksanakan cara begini? Atau fikirkan cara lebih baik. Tetapi bukan 60 / 40.
10. Nasib Melayu: Terus diperbodoh oleh pemimpin dan bangsa sendiri. Ia tidak pernah berubah. Muka-muka pengkhianat nya sahaja yang berlainan dan dengan nama yang pelbagai.
Nota : Kepada YBM Raja Nong Chik , fikirkanlah dalam skala lebih luas dan holistik. Jangan YBM diperbodoh dan dipergunakan oleh beberapa kerat pengkhianat bangsa sendiri ini yang sentiasa mengintai peluang dalam keadaan apa cara pun.