FOLLOWERS

Friday, 7 May 2010

PANEL 10 PAKAR PERUBATAN MENILAI TAHAP KESIHATAN DYMM SULTAN KELANTAN !





KOTA BHARU 7 Mei – Sebuah panel dengan 10 pakar perubatan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memulakan pemeriksaan kesihatan ke atas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini Selasa lepas untuk rawatan susulan masalah jantung.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, kesemua pakar perubatan itu tiba di sini pagi ini untuk menjalankan pemeriksaan rapi ke atas Sultan Kelantan.

Menurutnya, pakar-pakar perubatan itu tiba di HUSM kira-kira 3 petang dengan menaiki kenderaan kerajaan negeri.

"Mereka melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status kesihatan baginda Al-Sultan Kelantan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan pakar perubatan itu akan berada di HUSM sehingga laporan status kesihatan baginda selesai dijalankan.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, pihaknya tidak pasti berapa lama pakar perubatan itu akan berada di HUSM.

Beliau berkata, setelah siap, laporan itu akan diserahkan kepada Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra. – Bernama


Penghuni Gua : PG amat setuju dengan tindakan di atas. Tindakan ini akan dapat mengelakkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan memanipulasi tentang tahap kegeringan Baginda dan pemerintahan serta kedudukan DYMM Pemangku Sultan. Dengan lapuran lapuran perubatan oleh 10 penal Doktor ini nanti, maka Majlis Perajaan akan dapat menetukan kedudukan DYMM Sultan dan Pemangku Raja secara jelas. Ini akan menyelasaikan sebahagian masalah kalau tidak semua pun.

2. Kepada PDRM : Tahniah Polis Di Raja Malaysia. Apa pun orang mengata dan menghina pasukan ini, pada pandangan PG, PDRM adalah segalanya. Sejak Malaysia lahir ,andalah menjaga dan menentukan ketuanan negara ini. PDRM amat gah dengan gelaran Di Rajanya dan sewajarnya ia memperolehinya dan memilikinya.

3. Semuga panel 10 pakar perubatan tersebut dapat menyelesaikan serta menentukan status kesihatan DYMM dengan segera dan dengan itu dapat meredakan sebahagaian dari kemelut ini. Status kesihatan DYMM yang masih belum pasti itulah yang menjadi punca keadaan yang semakin keliru ini dan cuba diambil kesempatan oleh banyak pihak yang berkepentingan.

4. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Semuga Allah memelihara kesihatan DYMM dan DYMM terus dalam sejahtera. Amin.

Nota : Peguam Negara telah mengambil tindakan untuk menjawab affidavit Tengku Temenggong.


MStar
7 mei 2010

Peguam Negara Akan Jawab Afidavit Tengku Temenggong Kelantan

Oleh LOURDES CHARLES



PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail akan menjawab kandungan afidavit difailkan oleh sekumpulan peguam dalam permohonan habeas corpus untuk membawa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra keluar dari Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau berkata, pihaknya akan menjawab afidavit berkenaan di mahkamah nanti. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

“Tetapi saya akan jawab permohonan habeas corpus itu di mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut enggan mengulas mengenai afidavit berkenaan.

“Saya serahkan perkara ini kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya,” jelas beliau.

Hari ini peguam yang mewakili Sultan Kelantan telah memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari HUSM di Kubang Kerian . Berita lanjut : KLIK

Nota : Juga Mahkamah Khas akan bersidang isnin ini bagi permohonan Harbeas corpus yang dipohon oleh DYMM Tengku Tenenggong bagi pihak DYMM Sultan Kelantan.....bagi " membebaskan" DYMM Sultan yang dikatakan ditahan ( sebenarnya diberi kawalan keselamatan ketat ) oleh polis.


MStar 7 mei 2010
Kemelut Istana Kelantan: Mahkamah Khas Bersidang Isnin

PUTRAJAYA: Mahkamah Khas dijadualkan bersidang Isnin ini untuk mendengar permohonan habeas corpus Sultan Kelantan bagi mendapatkan kebenaran supaya dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Perkara itu dimaklumkan oleh salah seorang peguam baginda, Datuk Mohd. Haaziq Pillay pada sidang akhbar petang ini lapor Utusan Online.

Terdahulu, peguam yang mewakili Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra pagi tadi memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari HUSM di Kubang Kerian, Kelantan, di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira 11.45 pagi menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra, putera ketiga Sultan. Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon

6 comments:

  1. Punca kemelut ini adalah berasal drpd Tengku Temenggong Fakhry. Beliau dah jadi sasau semenjak hilang isteri yg cun melecun. Dan si Fakhry ni memang berjaya mempengaruhi Raja Perempuan.

    Tetapi apakan daya, yg berkuasa skg adalah Pemangku Raja dan tindakan beliau ibarat menyalak bukit shj. Keperibadian Pemangku Raja dan Fakhry sgt jauh beza mcm langit dan bumi.

    ReplyDelete
  2. Malaysia baru 53 tahun. Polis Malaysia sudah 203 tahun.

    Sebab tu Polis kita bagus, yang tua menjaga yang muda.

    Bukan mudah dorang nak kencing Polis hehehehe

    Polis Malaysia mempunyai rekod cemerlang.

    Kalau yang dah lupa, KGB pun mereka pernah cekup.

    ReplyDelete
  3. alahai...kawe setuju benor ngan King-Fx...apa lu ghorat tu semuanya betul blako...kesian dia...kesian dia..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam tuan,
    saya sudah lama mengikuti blog tuan,
    agak suka cara penulisan yang agak meutral



    minta link nya dan diminta untuk linkkan ke blog tuan...byk bercerita mengenai isu semasa dan politik negara..nuetral dalam menafsir dan menilai.. :)

    http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com

    khairul hafidz
    YDP Persatuan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) Pusat
    Fakultas Kedokteran UNPAD,
    Bandung, Indonesia

    ReplyDelete
  6. ok. tahniah. selamat belajar

    ReplyDelete

PETA PELAYAR