Membaca cabaran debat terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak membuatkan saya jadi geram dan sekaligus kelakar. Geram dengan kerenah Anwar yang tidak habis-habis nak tunjuk kepada orang satu-satunya kemahiran beliau iaitu bercakap.
Dan kelakar apabila mengenangkan sampai ke tahap meroyan rupanya Anwar nak
berdebat dengan Najib, tidak sudah-sudah dan asyik ulang perkara itu saja.Saya ada dua teori, kenapa Anwar meroyan hendak berdebat dengan Najib.
Pertama sebab dia hendak keluar TV dan tunjuk kepada orang ramai kepetahannya
berbicara.Kedua sebab Anwar hendak jadikan penampilan dia dengan PM sepentas itu
sebagai 'pembersih diri' dari segala tuduhan selama ini, dalam kata lain,
recognition.
Saya cuma nak bagitahu Datuk Najib, kalau Anwar nak sangat keluar TV dan
tunjuk kepetahannya, saya cadangkan tawaran dibuat oleh mana-mana stesen
television tempatan untuk menyiarkan upacara sumpah laknat mengikut lunas-lunas
Islam oleh Anwar bahawa bukan beliau di dalam video seks yang dihebohkan
itu.
Saya hendak cadangkan bagi dia masa sejam untuk berceramah apa saja selepas
bersumpah laknat mengikut lunas-lunas Islam itu.
Kalau Anwar tidak mahu sumpah itu dulu maka Datuk Najib pun jangan layan
desakan Anwar dan kuncu-kuncunya berdebat, buat kering, macam mana Anwar buat
kering desakan bersumpah...
Sumpah laknat video seks itu penting, dan perlu disegerakan, sebab satu dunia
boleh akses video yang ada dalam internet tersebut, dan ramai hendak tahu mamat
yang tunggang langgang balun amoi itu Anwar atau tidak.
Walaupun ada kajian pakar imej antarabangsa membuktikan 99.99 peratus gambar
tersebut adalah beliau, namun Anwar buat muka tebal tak mengaku sampai
sekarang.Anwar kaki ceramah, siang malam ceramah, sampai hari ini tidak berani
bersumpah bukan dia dalam video tersebut. Bersumpah ini adalah perkara paling
senang jika kita tidak bersalah.
Bersumpah kalau kita dipihak yang benar jauh lebih mudah dari hendak
berdebat. Sebab itu saya fikir Anwar patut bersumpah menggunakan nama Allah dan
mengikut lunas-lunas Islam bahawa bukan beliau dalam video seks tersebut sebelum
layak hendak cabar PM berdebat.Bukan apa, takut nanti malu PM, dikatakan sebagai satu-satunya PM di dunia
yang berdebat dengan 'aktor' video lucah.
Dan video lucah bukan satu-satunya beban moral Anwar, selain itu ada dua
tuduhan liwat di mahkamah dalam tempoh 10 tahun, menang kalah soal lain, sebab
kalau ikut rekod mana-mana pemimpin dalam dan luar negara pun, yang ada kes
skandal seks, letak jawatan dulu, sebab ia bukan kes main-main apatah lagi bila
kita adalah pemimpin.
Tapi Anwar istimewa sikit, dia tetap jadi ketua pembangkang walaupun ada
video seks, ini kerana pembangkang tiada tokoh lain yang pandai bercakap macam
Anwar.Keupayaan utama Anwar adalah bercakap untuk menyakinkan
penyokong-penyokongnya memang diakui lawan dan kawan. Ambil saja contoh macam
mana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tergamak kata bukti video tidak
boleh jadi saksi kes zina sebab 'video besi'.
Punya taksub kepada Anwar sampaikan tidak terima pembuktian video sebab Anwar
ada video seks. Habis kalau kes lain macam mana? boleh pakai video ke?
Anwar dilaporkan media minta Najib anggap debat dengan dia sebagai hadiah
kepada rakyat. Hello, hadiah apa kalau bercakap saja.Bila saya renungkan, saya rasa ini ada kaitan dengan teori saya yang kedua,
iaitu Anwar hendak gunakan pentas debat itu untuk membersihkan dirinya dari
segala tuduhan baik video seks, liwat, pengkhianat dan segala macam lagi.
Kesudian PM terima cabaran berdebat adalah bermakna PM recognise
Anwar, itulah yang dia hendak, recognition.Sebab kalau setakat hendak berdebat sejam setengah tidak akan ada masalah
selesai. Berdebat ini lawan bercakap, apa masalah selesai apabila kita lawan
bercakap?
Ingat lagi debat Khairy Jamaluddin dengan Datuk S Ambiga baru-baru ini, apa
jadi bila Khairy berjaya jawab dan patahkan segala hujah Ambiga?
Apakah pembangkang mengakui hujah-hujah Khairy mengenai SPR dan kembali
berunding dengan rasional dengan suruhanjaya tersebut? Tidak ada apapun yang
berlaku kan...Begitu juga debat PTPTN Khairy dengan pemimpin PKR Rafizi Ramli, apa jadi
lepas debat itu, PTPTN diturunkan, PTPTN dihapuskan? tidak ada apapun, banyak
lagi perkara berfaedah boleh buat dari berdebat tanpa menyelesaikan sebarang
masalah.
Akhirnya, saya cadangkan, dengan Anwar ini, tok sah bagi muka, orang macam
ini jangan dilayan macam kita layan kawan-kawan lain. Orang macam Anwar inilah
yang peribahasa Melayu dulu-dulu gambarkan sebagai 'bagi betis, hendak
paha,".-26/6/2012
Penghuni Gua : Pppppiiiiirrrraaaaaahhhhhhhhhhhh. Nak debat. Sumpah dululah. Sumpah ... perkara paling senang pun takut nak buat. Orang buat sumpah kata tak ikut cara Islam. Minta dia sumpah ikut cara Islam tak nak pulak. Nak liwat juga bab bersumpah tu !!!!!!!!!!!!!!!!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah !!!!!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah !!!
2. Kepada PM... jangan di layan si gila ni Dato Seri. Fikirkan untuk beri rakyat makan lagi baik dari buang air liur untuk berdebat dengan empunya otak tak betul ini !!!! kah kah kah kah kah !!!!!!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah !!!
3. Modal pakai air liur aje semua boleh. Dia ni memang pakar bab air ni !!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah !!!!!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah !!!