[1996] 1 MLJ 858
Perwik Sdn Bhd v Lee Yen Kee (M) Sdn Bhd
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL
APPEAL NO–
Judges ZAKARIA YATIM J
Date 5 AUGUST 1995
Citation
[1996] 1 MLJ 858
Catchwords:
Contract — Building contract — Construction of terms of
contract — Whether permissible for defendant to vary terms of agreement on
subsequent meeting — Whether terms of agreement complied with
Contract — Building contract — Progressive payments —
Failure by plaintiff to deliver possession on time — Whether defendant entitled
to withold progressive payment
Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary
Melalui suatu perjanjian dan jadual syarat kontrak pembinaan
yang telah dibuat pada 4 Mac 1987 di antara defendan dan plaintif, defendan
melantik plaintif sebagai kontraktor utama bagi pembinaan suatu projek. Di
bawah perjanjian tersebut, plaintif akan dibayar mengikut skala progresif
berhubung dengan kerja yang dilakukan ke atas projek itu.
Plaintif telah
mendakwa bahawa projek itu telah disiapkan pada atau kira-kira pada 25 Jun
1989, dan telah diserahkan kepada defendan. Plaintif berhujah bahawa semua pihak
telah mempersetujui bahawa jumlah kontrak yang muktamad adalah RM3,035,280.25
tetapi pada 31 Disember 1988, defendan hanya telah membuat bayaran berjumlah
RM2,562,800 dan justeru itu, plaintif membuat tuntutan untuk baki sebanyak
RM467,480.25 yang masih terhutang dan belum dijelaskan.
Defendan menafikan
bahawa dia berhutang dengan plaintif sebanyak jumlah yang dituntut. Ia berhujah
bahawa: (i) pelbagai bayaran telah dibuat terus kepada subkontraktor plaintif
dengan persetujuan dan kelulusan plaintif;
(ii) plaintif telah memungkiri
kontrak itu kerana gagal menjalankan kerja melepa ke atas projek itu, dan oleh
yang demikian, defendan terpaksa mengambil kontraktornya sendiri untuk
menjalankan kerja itu, bahawa ia telah memberitahu plaintif mengenai kemungkiran
itu, dan bahawa dengan itu ia berhak untuk menolak kesemua jumlah yang telah
dibayar kepada kontraktornya daripada jumlah kontrak yang muktamad; dan
(iii)
plaintif telah gagal menghantar-serah unit rumah kepada defendan pada masa yang
ditetapkan, dan oleh itu, defendan mengalami kerugian. Terdapat dua rayuan
dalam prosiding ini. Rayuan pertama difailkan oleh plaintif terhadap keputusan
penolong pendaftar kanan bahawa pelaksanaan digantung sementara menunggu
kesudahan rayuan defendan. Rayuan kedua difailkan oleh defendan terhadap
keputusan penolong pendaftar kanan yang memberi kebenaran kepada plaintif untuk
memasukkan penghakiman terus terhadap defendan.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan plaintif dan menolak rayuan
defendan;
(1) Adalah tidak sah untuk menggunakan apa yang telah dikata
atau dilakukan oleh pihak-pihak sebagai bantuan dalam pentafsiran suatu kontrak
selepas kontrak tersebut telah dibuat. Oleh yang demikian, defendan tidak harus
dibenarkan untuk mengubah terma perjanjian asal dan jadual syarat kontrak
pembinaan itu di pertemuan kemudiannya. Di bawah terma kontrak itu, semua
bayaran haruslah dibuat kepada plaintif. Ekoran itu, dengan membayar
subkontraktor secara terus, defendan telah berbuat demikian atas risikonya
sendiri. Di bawah kontrak itu, defendan masih bertanggungjawab kepada plaintif
(lihat ms 863H dan 864A–D); James Miller & Partners Ltd v Whitworth Street
Estates (Manchester) Ltd [1970] AC 583; [1970] 1 All ER 796; [1970] 2 WLR 728
diikut.
(2) Kontrak itu memperuntukkan bahawa sebelum defendan boleh
mengambil kontraktor sendiri untuk menjalankan kerja melepa, jurubina projek
perlu memberi satu notis bertulis kepada plaintif menghendaki plaintif untuk
mematuhi arahannya untuk menjalankan kerja itu. Tidak terdapat bukti bahawa notis
sedemikian telah diberi kepada plaintif (lihat ms 864F–G).
(3) Berhubung dengan tuntutan plaintif untuk bayaran
progresif, defendan tidak berhak untuk menahan bayaran (lihat ms 864I); Woon
Hoe Kan v Bandar Raya Development Bhd [1971] 2 MLJ 213 diikut.
(4) Defendan tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan
plaintif. Ia tidak menimbulkan isu yang boleh dibicarakan. Tambahan pula,
tuntutan balas itu adalah tidak munasabah dan meremehkan. Dengan itu, adalah
tidak munasabah jika dikatakan defendan mungkin berjaya atas tuntutan balas di
perbicaraan (lihat ms 865A); Ronald Quay Sdn Bhd v Maheswcy Sdn Bhd [1987] 1
MLJ 322 diikut.
Penghuni Gua ; Semuga paparan ini memberikan menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman web Jabatan Kehakiman malaysia. Tq
Baca yang ini juga untuk renungan...
ReplyDeletehttp://paspb2.blogspot.com/2012/06/jom-kita-baca-umno-terkedu-dan-mati.html
kalo berani dan berteloq nak membacanya...
KESIAN KO LANGSI. TAK BACA HABIS !!!! KAH KAH KAH , JUBIOR KO LA LANGSI,. BELAJAR DAN BACA HABIS DULU DAN BUAT ANALSIS DULU BARU ULAS KATA-KATA KARPAL TU. BACA DULULAH DAN LAIN KALI BARU ULAS. KAH KAH KAH KAH
ReplyDeleteAnon 12:11...
ReplyDeleteDah baca.....? tahniah di atas keberanian anda. Tak terima fakta.....biasa la UMNgOk Be-eNd mane berani nak terima kenyataan. Yg korang tahu... ENGGEH je tak tentu hujung pangkal! Mahathir kata putih...ENGGEH! Najib kata kuning...ENGGEH! Pemimpin UMNgOk be-eNd baru buka mulut nak bersin pun dah awal2 diENGGEHkan.....
UMNgOk...UMNgOk... dulu, kini dan selamanya - main ENGGEHHHHHHH je