[1996] 1 MLJ 137
Re Goh Hoe Ling & Anor
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — DIVORCE
PETITION NO
33–96–1994
Judges ABDUL MALIK ISHAK J
Date 28 APRIL 1995
Citation
[1996] 1 MLJ 137
Catchwords:
Family Law — Divorce — Deed of separation — Husband and wife
mutually agreed that marriage be dissolved — Joint petition for divorce filed
subsequently — Petitioner wife later filed notice of discontinuance and notice
of withdrawal of consent to joint petition — Whether both parties ‘freely
consent’ to petition — Whether petitioner wife could withdraw consent — Law
Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 s 52 — Divorce and Matrimonial
Proceedings Rules 1980 r 14(2)
Bahasa Malaysia Summary:
Pempetisyen-pempetisyen telah berkahwin secara sah pada 30
Januari 1989. Walau bagaimanapun, perkahwinan ini kemudiannya telah meretak
dengan tidak dapat lagi dipulihkan. Pada 15 April 1994, satu suratikatan
pemisahan telah disediakan di mana ia telah dinyatakan secara berterus-terang
bahawa ‘suami dan isteri bersama-sama bersetuju supaya perkahwinan mereka
dibubarkan dan mereka memberi persetujuan dengan bebas’. Satu petisyen bersama
untuk bercerai telah difailkan pada 26 April 1994. Pada 26 Ogos 1994, pempetisyen
isteri memfailkan satu notis pemberhentian untuk petisyen perceraian.
Pada 15
September 1994, dia telah memfailkan satu notis menarik balik persetujuan untuk
petisyen bersama lagi. Peguamcara untuk pempetisyen suami melalui surat
bertarikh 11 November 1994 telah membangkitkan dua bantahan permulaan, iaitu
(i) bahawa notis pemberhentian dan notis menarik balik keizinan untuk petisyen
bersama adalah salah dari segi prosedur; dan (ii) bahawa
pempetisyen-pempetisyen adalah terikat kepada syarat dan keadaan suratikatan
pemisahan bertarikh 15 April 1994. Isu dalam kes ini adalah sama ada kedua-dua
pihak ‘bersetuju dengan bebas’ di bawah maksud s 52 Akta Membaharui
Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, dan sama ada pempetisyen
isteri boleh mengingkari suratikatan pemisahan dan menarik balik
persetujuannya.
Diputuskan:
Diputuskan, mengenepikan bantahan permulaan:
(1) Dalam suatu petisyen bersama untuk penceraian, kedua-dua
pempetisyen harus hadir di mahkamah secara fizikal untuk memuaskan mahkamah
bahawa mereka ‘bersetuju dengan bebasnya’ terhadap pembubaran perkahwinan
mereka (lihat ms 146G); Sivanesan v Shymala [1986] 1 MLJ 400 diikut.
(2) Masa yang material untuk menentukan sama ada ‘kedua-dua
bersetuju dengan bebasnya’ untuk memfailkan petisyen bersama dan terhadap terma
dan syarat suratikatan pemisahan adalah pada hari pembicaraan petisyen (lihat
ms 147E); Ong Ah Mai v Ling Pooi Ming [1984] 2 MLJ 129 diikut.
(3) Mengikut k 14 (2) Kaedah Prosiding Perceraian dan
Hal-Ehwal Suami Isteri 1980, penentang kepada suatu petisyen boleh memberi
notis kepada mahkamah sama ada dia tidak bersetuju kepada suatu dikri diberikan
atau dia menarik balik apa-apa persetujuan yang dia telah memberi (see p 147I).
(4) Apabila pempetisyen isteri memfailkan notis menarik
balik persetujuan untuk petisyen bersama, dia mestilah dari segi undang-undang
disifatkan telah menarik balik persetujuan yang pernah diberinya dan berhak
menerus pada dasar lain. Ini akan mengakibatkan petisyen bersama dibatalkan
tetapi dengan kebebasan kepada kedua-dua pihak untuk memfail semula (lihat ms
147I–148A); Sivanesan v Shymala [1986] 1 MLJ 400 SC diikut.
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. ia boleh diakses di laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq
No comments:
Post a Comment