FOLLOWERS

Sunday, 31 May 2009

PORT KLANG FREE ZONE ( PKFZ ) : TERUSKAN PEMBANGUNANNYA !!



Projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) wajib diteruskan pembangunannya walaupun di selubungi kontroversi berkaitan mungkin ujud penyelewengan sehingga kosnya meningkat dua kali ganda dari anggaran awal.

2. PG tidak begitu mahir mengenai ekonomi . tetapi Pelabuhan Kelang adalah Pelabuhan terbaik di rantau ini dan kemajuan dan perkembangannya tidak harus direncatkan hanya kerana ujud masalah yang belum tentu berlaku penyelewengan.

3. Mungkin apa yang berlaku sekarang adalah kerana salah urus oleh ereka yang kurang berpengalaman.

4. PKFZ pada pandangan PG wajib direalisasikan dan diteruskan kerana ia banyak memberikan menafaat jangka panjang. Ia baik dari segi peluang pekerjaan, penjanaan ekonomi negara dan kemajuan sesebuah negara adalah salah satu sebabnya adalah kemudahan yang baik di pelabuhannya.

5. Kemudahan yang baik ini termasuk pasaranannya, teknologi tinggi yang digunakan , kemudahan gudang, isdustri yang berkaitan, kargo dan sebagainya memainkan peranan dalam kemajuan sesebuah pelabuhan. Struktur cukai, pembiayaan juga memainkan peranan dalam memajukan sesuatu pelabuhan. Jadi PKFZ wajar diteruskan walau apapun sebabnya.

6. Mungkin disebabkan Menteri Pengangkutan yang ada atau yang terdahulu tidak bijak dan gagal dalam membuat pemantauan terhadap projek ini maka timbul masalah seperti yang dilapurkan iaitu kosnya yang berlipat kali ganda.

7. Pada pandangan PG juga, Menteri Pengangkutan yang ada sekarang pun bukan orang yang tepat bagi menyelia dan membuat pemantauan dan menggerakkan serta menentukan agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Menteri yang ada sekarang , PG lihat tiada tokohan dan juga sejarah gemilangnya pun masih belum ada hingga kini.

8. Kerajaan sewajarnya, jika meneruskan PKFZ ini meletakkan terus projek ini di bawah pengawasan PM atau TPM.

9. Ini sahaja jalannya agar tiada lagi penangguk diair keroh dan jerung-jerung yang berani untuk mengambil kesempatan di dalam projek berskala besar ini. Projek ini jika berjaya , PG yakin ianya akan memberikan impak besar kepada ekonomi dan kemajuan negara. jadi bersepadan dengan saiz / skala nya maka sewajarnya ia diletakkan terus dibawah pengawasan dan tanggungjawab PM dan TPM.

10. Tidak lupa: jika dikesan dan ada kes terhadap lapuran mengenai PKFZ ini maka tindakan keras harus diambil tanpa memilih kedudukan. Tindakan harus diambil hingga ke akar umbinya.

11. Jadikan PKFZ ini keutamaan dan mengembalikan Malaysia kepada kuasa kelautan/pelabuhan yang sekuat dan semakmur seperti di zaman Melaka.

Keterangan yang peroleh secara tidak sah:Adakah keterangan sebegini boleh diterima ?



Nota : Nota lama Kuliah PG berkaitan undang-undang keterangan. Mungkin dengan paparan ini akan memberikan kita lebih sedikit kefahaman berkaitan undang-undang keterangan dan juga bagi pelajar-pelajar baru perundangan. Mungkin ini boleh membantu.


Keterangan yang peroleh secara tidak sah
Adakah keterangan sebegini boleh diterima ?



1. Pemereksaan dan rampasan tertakluk kepada beberapa syarat dan pekara tidak wajar akan timbul jika syarat tersebut tidak diikuti. Contohnya jika pemereksaan dilakukan tanpa waran bongkar dan tanpa senarai barangan dibuat, adakah ianya masih diterima sebagai keterangan?.

2. Beberapa siri kes tempatan dilihat berprinsip :

Walaupun ianya diperolehi secara tidak sah /tidak wajar bukanlah menjadikan ia tidak boleh diterima. Ujian dibuat adalah samada ianya relevan dan diterima di bawah Akta Keterangan.

Peraturan keterangan ini juga terpakai dalam kes-kes perangkap (entrapment) atau melalui agen provocateur (penyamaran ).

3. Seksen 3 – untuk fakta relevan diterima, fakta relevan itu mestilah relevan secara logik dan juga relevan secara sah. Perkara ini dapat dilihat pada definisi di bawah seksen 3 yang berbunyi :

Satu fakta dikatakan relevan dengan fakta lain apabila ia berhubung dengan cara dirujuk di bawah peruntukan akta ini berkenaan dengan fakta-fakta relevan.

(one fact is said to be relevant to another when the one is connected with the other in any of the ways referred to in the provisions of this Act relating to the relevancy of facts.)

4. Dengan itu relevan sah bermaksud fakta relevan mestilah fakta relevan kepada seksen di bawah akta keterangan mengenai fakta relevan (lihat seksen 6-55).

Seksen 5 telah mengistiharkan apakah dikatakan keterangan relevan iaitu keterangan di istiharkan relevan di bawah akta keterangan dan bukan yang lain. Signifiken seksen ini adalah muncul :

5. Apa saja yang tidak disediakan di bawah akta ini adalah tidak relevan dan oleh kerana itu tidak boleh diterima. Berikutan dengan itu hanya keterangan yang diistihar relevan di bawah akta ini boleh ditimbang sebagai keterangan kehakiman.

(Evidence may be given in any suit or proceeding of the existence or non-existence of every fact in issue and of such other facts as are hereinafter declared to be relevant, and of no others.)

6. Seksen 136 – mahkamah akan membuat keputusan akan kebolehterimaan sesuatu keterangan dan bertanya akan relevannya fakta yang hendak dikemukakan.

(When either party proposes to give evidence of any fact, the court may ask the party proposing to give the evidence in what manner the alleged fact, if proved, would be relevant; and the court shall admit the evidence if it thinks that the fact, if proved, would be relevant, and not otherwise)

7. Seksen 165 – Hakim mempunyai kuasa untuk bertanya soalan mengenai sebarang fakta relevan dan fakta tidak relevan, tetapi penghakiman mestilah berdasarkan pada fakta yang diistihar oleh Akta Keterangan sebagai relevan atau terbukti sepenohnya.

(The Judge may, in order to discover or to obtain proper proof of relevant facts, ask any question he pleases, in any form at any time, of any witness or of the parties, about any fact relevant or irrelevant; and may order the production of any document or thing; and neither the parties nor their agents shall be entitled to make any objection to any such question or order, nor, without the leave of the court, to cross-examine any witness upon any answer given in reply to any such question):

8. Soalannya adakah keterangan di perolehi secara tidak sah diterima?.

Pada tahun 1987, dalam kes kes *Re Kah Wah Video (Ipoh), Sdn.Bhd [1987] 2 MLJ 459 hakim Edgar Joseph.

9. Petikan dari kes Kuruma V R [1955] AC 197 yang antara lain berkata

“Ujian digunakan bagi menimbang samada keterangan diterima atau tidak adalah samada ianya relevan dengan perkara yang menjadi isu. Jika ianya relevan maka ia boleh diterima dan mahkamah tidak mempedulikan bagaimana keterangan terebut di perolehi”

( the test to be applied in considering whether evidence is admissible is whether it is relevant to the matter in issue. If it is, it is admissible and the court is not concerned with how the evidence was obtained ).

10. *Saminathan V PP [1937] 1 MLJ 39.

Dalam kes ini pegawai polis yang bukan di takrif sebagai pegawai kanan polis mengikut definisi seksen 2 Enekmen Pertaruhan telah masuk dan memereksa bilek perayu dan menangkap serta menuduhnya atas kesalahan menjalankan rumah pertaruhan awam. Perayu telah disabitkan dengan kesalahan. Dalam rayuan, beliau mempertikaikan bahawa beliau telah ditangkap secara salah, sabitan tidak boleh dibuat dan dokumen dirampas oleh polis tidak boleh diterima (admissible) kerana ianya di peroleh secara tidak sah . Hakim Aitken memutuskan

“ legality tidak dipedulikan oleh mahkamah yang membicarakanya dan magistrate hanya mengambil perhatian kepada dokumen yang relevan dan tidak bagaimana cara polis mendapat pemilikannya “

( the legality does not concerned the court which is trying him and the magistrate was only concerned with the relevancy of the documents and not with the manner in which the police obtained possession of them).

11. *Wong Liang Nguk v PP [ 1953] MLJ 246

– hakim telah mengenepikan keputusan keterangan yang diperolehi secara tidak sah sebagai tidak boleh diterima. Tuduhan dibuat ke atas seorang perempuan kerana membantu dalam pengedaran loteri haram di bawah Akta Rumah Judi Terbuka . Keretanya telah tahan dan dipereksa oleh pegawai polis yang tidak diberi kuasa di bawah akta tersebut dan adalah jelasnya pemereksaan dan rampasan itu tidak sah. Walau bagaimanaun Hakim Thomson berkata

“ Secara umum dikatakan fakta keterangan yang diperolehi secara tidak sah, tidak memberi kesan kepada kebolehterimaan (admissibility). Jika pegawai polis dalam kes ini tidak mempunyai kuasa untuk memereksa, tidak diragukan ia akan terdedah kepada tindakan sivil , tetapi soalan kuasanya untuk memereksa adalah sepenohnya tidak relevan dengan kebolehterimaan kenyataan keterangannya tentang apa yang dijumpai semasa proses pemereksaan. Ianya terlalu jelas (abundantly clear) sebagai prinsip umum. Berhubung dengan perkaitan kes sebegini ianya telah diterima lama dulu pada tahun 1936 oleh hakim Aitken dalam kes Saminathan V PP”.

12. *PP V Foong Kow & Ors [1967] 1 MLJ 141 hakim berkata

“ Masuk dan pemereksaan secara tidak sah oleh polis boleh menimbulkan tindakan tuntutan ganti rugi….. Tetapi illegalty tersebut tidak boleh melemahkan (vitiate) sebarang pembicaraan (trial) sesiapa yang berada di dalam premis yang didapati melakukan kesalahan semasa serbuan dibuat atau menyebabkan sebarang keterangan berkaitan atau dokumen yang dijumpai tidak boleh diterima. “

13. *P.P V Seridan [1984] 1 MLJ 141.

Pihak polis telah menjalan penyiasatan tanpa mendapat arahan untuk menyiasat seperti peruntukan seksen 108(2) CPC. Magistrate telah menggunakan pemikiran kegagalan untuk mendapat arahan ini menjadikan pembicaraan tidak sah dan tertuduh dilepas dan dibebaskan. Hakim Peh Swee Chin mengenepikan arahan dan mengarahkan pembicaraan semula. Antara lain beliau merujuk kepada kes Kuruma di mana keterangan yang diperolehi secara tidak sah sekiranya relevan kepada perkara menjadi isu maka ia boleh diterima. Berliau berkata lanjut, walaupun pembicaraan tersebut menjadi tidak sah, magistrate tidak boleh memberi arahan dibebas dan dilepaskan tetapi hendak dibebaskan tanpa dilepaskan ( DNAA). (nota : adalah jelas walaupun keterangan di peroleh secara tidak sah, keterangan tersebut masih boleh diterima sekiranya ianya relevan kepada perkara yang menjadi isu ).

14. Kes yang mengepalai Re Kah Wah Video (Ipoh), Sdn, Bhd [1987] 2 MLJ 459.

Kes adalah video cetak rompak di bawah Akta Hak Cipta,1969. Polis dengan waran bongkar telah menyerbu sebuah kedai dan merampas sebahagian dari pita video yang tidak tersenarai di dalam waran bongkar. Tertuduh membantah bahawa pita video telah dirampas secara tidak sah. Hakim Edgar Joseph Jr berkata

“Lebih 30 tahun lepas , Lord Goddard dalam memberi nasihat kepada ahli jawatan kuasa kehakiman privy counsel dalam kes Kuruma V R [1955] AC 197 berkata diantaranya “ ujian yang digunakan untuk menimbangkan samada keterangan itu di terima adalah samada ianya relevan kepada perkara yang menjadi isu. Jika relevan, ianya boleh diterima dan mahkamah tidak mempeduli bagaimana keterangan itu telah diperolehi”.

15. Landmark (mercu tanda ) kes Kuruma v R [1955] AC 197

Perayu telah ditahan oleh polis dan di periksa badan mengikut Peraturan 29, Peraturan Darurat, Kenya di mana di bawah undang-undang berkenaan hanya polis berpangkat penolong inspector berkuasa untuk menahan dan memereksa seseorang. Isu dihadapan Privy Counsel adakah keterangan peluru yang dijumpai dalam milik perayu boleh diterima oleh kerana ia telah diperolehi secara tidak sah. Lord Goddard berkata “

“ Ujian yang digunakan untuk menimbangkan samada keterangan itu di terima adalah samada ianya relevan kepada perkara yang menjadi isu. Jika relevan, ianya boleh diterima dan mahkamah tidak mempeduli bagaimana keterangan itu telah diperolehi. Walau bagaimanapun mahkamah mempunyai budibicara untuk menerima atau tidak menerima sekiranya cara mendapat keterangan adalah melalui cara kejam atau cara penindasan”.

*lihat cabutan kes pernoh disertakan.

16. R v Sang [1980] AC 402

– tuduhan adalah bersubat dalam memalsukan wang kertas. Tertuduh dimasukkan ke dalam lokap dan seorang pegawai polis telah menyamar sebagai agen provocateur dan tertuduh di perangkap melakukan kesalahan. Peguam memohon mahkamah menggunakan budibicaranya untuk keterangan berkenaan ditolak. .Diputuskan hakim tidak mempunyai kuasa budibicara dalam kes berkenaan kecuali dalam hal pengakuan dan pengakuan salah (admissions and confessions ).

“Hakim tidak mempunyai budibicara untuk tidak menolak keterangan relevan atas sebab ianya telah di perolehi dengan cara tidak wajar atau tidak adil. Mahkamah tidak mempeduli bagaimana ia diperolehi dan tidak mempunyai sebab untuk menggunakan budibicara bagi menolak (exclude) keterangan yang diperolehi akibat aktiviti seorang agen provocateur.

(oleh demikian, pintu untuk menggunakan budibicara untuk menolak keterangan yang diperolehi secara sah ditutup ).

* lihat cabutan kes penoh disertakan.

17. PP v Han Kong Juan [1983] 1 CLJ 245

– kes dadah dan tertuduh diperangkap menggunakan agen provocateur. Hakim Lim Beng Choon berkata

“ Seperti di England , di Malaysia tidak ada kesalahan memerangkap (entrapment) kecuali dalam hal pengakuan dan pengakuan salah. Selagi keterangannya relavan maka ia boleh diterima walaupun diperolehi secara tidak sah.”

18. Ramli Bin Kechik v PP [1986] 1 CLJ 308 mahkamah agong menerima keputusan kes R V Sang.

Mendapat keterangan yang tidak sah telah mengambil bentuk yang berlainan dalam kontek moden iaitu keterangan yang diperolehi dengan memintas komunikasi pos, telegraf atau sebarang bentuk komunikasi lain. Kes Kuruma masih terpakai, tetapi untuk keselamatan beberapa undang-undang menyatakan kandungan khusus membenarkan pemintasan dan dengan itu menjadikannya sah. Contohnya di bawah seksen 27A DDA, seksen 11, Akta Colek, 1961 dan peraturan 23 ESCAR.

19. Isu budibicara dalam keterangan diperolehi secara tidak sah


Kuruma v R [1955] AC 197 Lord Goddard berkata

“tidak diragukan dalam kes jenayah hakim sentiasa mempunyai budicara untuk tidak membenarkan keterangan sekiranya peraturan ketat penerimaannya beroperasi secara tidak adil kepada tertuduh”.

20. Dalam kes Callis V Gunn [1964] 1 QB 495 Lord Parker berkata

“budibicara itu sebagaimana saya faham, tentunya boleh diguna untuk menolak keterangan sekiranya terdapat cadangan ianya diperolehi secara penindasan, representasi palsu, penipuan (trick), ugutan (threats), rasuah atau sebarang benda berbentuk demikian”.

*lihat cabutan kes penoh sertakan.

21. R V Murphy – ujian wajar budibicara adalah pada keseimbangan gravity tuduhan, kedudukan defendant dan cara mendapatnya.

22. Jeffrey v Black [1978] 1 ALL ER 155

– budibicara bukan terhad kepada kes tertentu.. hakim mempunyai budibicara pada setiap masa pada setiap keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa.

*lihat cabutan kes penoh disertakan.

23. R V Ameer hakim memberi sebab menggunakan budibicaranya menolak keterangan pendakwa dalam kes memerangkap.

“dengan mengambil kira keadaan kes keseluruhannya dan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa yang muncul pada saya sangat tidak memuaskan ……”

24. Di United Kingdom kuasa budibicara untuk menolak keterangan diperolehi tidak sah dimasukan ke dalam undang-undang melalui seksen 78 Police and Criminal Evidence, 1984.

25. Di Malaysia dan Singgapura ianya masih tidak pasti oleh kerana belum terdapat soalan ini dikemukakan di Mahkamah dengan beberapa pengeculian peraturan umum di bawah seksen 24- 30 dan seksen 113 CPC dan beberapa undang-undang berkaitan (di bawah seksen ini mahkamah tidak ada pilihan kecuali menolak pengambilan keterangan secara tidak sah)

26. Kes di Singgapura Cheng Swee Tiang v PP [1964] 30 MLJ 291 ianya adalah kes memerangkap (entrapment ). Hakim Wee Chong Jim berkata

“undang-undang yang tidak dapat dipertikaikan , jika keterangan diperolehi secara tidak sah diterima, mahkamah mempunyai budibicara kehakiman untuk tidak membenarkan keterangan itu sekira penerimaannya akan beroperasi secara tidak adil terhadap tertuduh “.

27. Walau bagaimanpun hakim Ambrose keluar dari pandangan majoriti ini dan dengan tegas menyatakan pendapatnya budibicara menolak keterangan diperolehi secara tidak sah tidak ada. (exclusionary discretion did not exist).

28. *Ajmer Singh v PP [1987] 2 MLJ 141.

Perayu telah dituduh kerana menunggang skuter dalam keadaan mabuk yang menjadi kesalahan di bawah akta trafik. Dia didapati bersalah. Perayu membuat rayuan atas alasan contoh darahnya telah ambil secara tidak sah kerana tanpa keizinan, Hakim telah merujuk kepada kes R V Thung yang mempunyai fakta yang sama dengan kes di England di mana pengambilan contoh darah secara tidak sah adalah keterangan relevan dan hakim betul dalam tindakannya dengan tidak menolak keterangan berkenaan.(bermaksud pengambilan darah tanpa keizinan boleh diterima).

29. Dalam R V Sang pintu untuk menggunakan kuasa budibicara menolak keterangan diperolehi secara tidak sah telah ditutup kecuali pada kes pengakuan dan pengakuan salah. Kedudukan di Malaysia dengan keputusan kes Ramli dan Han Kong Juan [1983] 1 CLJ 245 nampaknya serupa.

PRK PENANTI : TAK ADA NILAI BERITA !


Mingguan Malaysia

PULAU PINANG 31 Mei - Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Penghuni Gua : Tak kuasa nak mengulas. Tak ada nilai berita dan tak ada apa nak dibanggakan. Masalah PR dan di selesai PR. Rakyat diperbodohkan. Tahniahlah rakyat Penanti yang memangkah PR/ PKR yang sanggup diperbodohkan PR / PKR. Undi anda undi rasuah ( nasib aje tak kena tuduh / teknikal ). Ha ha ha ha ha........!!!

Standard of proof and Circumstantial Evidence


Nota Kuliah undang-undang / Undang-undang keterangan yang masih ada dalam simpanan PG: Semuga semua mendapat menafaatnya.
Tahap pembuktian dan keterangan berdasarkan keadaan
( Standard of proof and Circumstantial Evidence ).


1. Keterangan berdasarkan keadaan biasanya tidak ada saksi dan tidak ada keterangan terus (direct evidence ). Hanya berdasarkan keadaan persekitaran. Belum diputuskan samada tahap pembuktiannya samada “beyond reasonable doubt” (di luar keraguan munasabah) atau “ irresistible conclusion test” ( ujian kesimpulan yang tidak dapat sangkal).

2. Jika ujian kesimpulan kesangkalan dibuat maka tahap pembuktian adalah tinggi iaitu 100% tertuduh melakukan kesalahan dan mencapai kepastian.

3. Lord Denning dalam kes Miller V Minister of Pensions [1947] 2 AU ER 372 berkata

“darjah pembuktian adalah selesai. Ianya tidak perlu sampai kepastian, tetapi ianya hendaklah membawa darjah kemungkinan yang tinggi. Pembuktian di luar keraguan munasabah bukan bermaksud pembuktian di luar sebarang bayang keraguan ( Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of a doubt ). Undang-undang akan gagal melindungi masyarakat jika penerimaan berbagai kemungkinan diterima untuk mengelak proses keadilan.

4. Jika keterangan begitu kuat dan hanya tinggal kemungkinan kecil dan boleh dibuat dengan ayat “ tentunya ada kemungkinan, tetapi sangat kurang kemungkinan, maka kes telah terbukti di luar keraguan munasabah” ( of couse it possible,but not in the least probable ,the case is proved beyond reasonable doubt ).

5. Dalam kes Liew Kaling V PP [1960] 26 MLJ 306 –

“ujian yang selalu dipakai adalah orang yang waras menggunakan pemikirannya dalam kehidupan biasa manusia dan ini bukanlah seperti seorang ahli sains mencari kebenaran mutlak atau seorang guru agama mancari /menegak kebenaran emosi …”.

6. Dalam kes Mc Greevy V Director of Public Prosecutions [1973] 1 W.L.R 276 telah diputuskan dalam kes jenayah yang bergantung sepenohnya kepada keterangan berdasarkan keadaan , tahap pembuktian adalah di luar keraguan munasabah dan bukannya ujian kesimpulan tidak dapat di sangkal ( irresistible conclusion test).

7. Berbeza dengan kes Reg. v Hodge [1838] 2 Levin 277 di mana tuduhan dibuat kerana membunuh dan hakim telah menyatakan kepada juri, kes tersebut bukan sepenohnya bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan, oleh itu sebelum tetuduh didapati bersalah, juri mestilah berpuas hati keterangan berdasarkan keadaan adalah konsistant dengan perbuatan yang dilakukan dan berpuas hati dengan fakta-fakta yang tidak konsistant bahawa tertuduh tidak melakukan kesalahan.

8. Dua tahun kemudian kes di atas telah mendapat pertimbangan di Australia dalam kes Barca V The Queen [1975] 133 CLR 82 iaitu juri tidak boleh membuat keputusan bersalah jika keterangan berdasarkan keadaan tidak konsistant dengan kesalahan tertuduh (hypothesis other than guilt). Ini bermakna mahkamah Australia menolak untuk menerima kes Mc Greevy iaitu tahap pembuktian di luar keraguan munasabah dan lebih suka kepada ujian kesimpulan tidak dapat disangkal (irresistible conclusion test).

9. Pada tahun 1976 adalah giliran hakim di New Zealand melakukan pertimbangan pada kes Mc Greevy. Dalam kes Police V Pereira [ 1977] 1 NZLR 547 mahkamah merasakan untuk mengikut keputusan kes Reg. v Hodge [1838] dan menolak kes Mc Greevy. Komen dibuat

“sekiranya kes adalah gabungan keterangan terus dan keterangan berdasarkan keadaan maka tahap pembuktian adalah di luar keraguan munasabah”.


10. Walaupun kes Reg. v Hodge [1838] 2 Levin 277 tidak dirujuk di Mahkamah Malaysia dan Singgapore, tetapi terdapat kecenderungan mahkamah di Malaysia menggunakan tahap yang lebih tinggi dari di luar keraguan munasabah pada kes keterangan berdasarkan keadaan. Beberapa kes menunjukkan mahkamah meletakkan beban yang lebih berat kepada pendakwa dalam hal keterangan berdasarkan keadaan.

11. Di Singgapura kes Karter Singh and Anor V Rex [1952] MLJ 85 rayuan telah dibuat atas sabitan bunuh tidak sengaja. Rayuan dibenarkan oleh kerana pembuktian tidak mancapai tahap tinggi dalam kes keterangan berdasarkan keadaan seperti yang diperlukan.

12. Tahap tinggi pembuktian di Malaysia dalam kes keterangan berdasarkan keadaan ditimbang pada kes Idris V PP [1960] MLJ 296 di mana perayu telah disabitkan salah atas kesalahan membunuh bekas isterinya. – kecuali keterangan mengenai motif, kes pendakwa bergantung sepenohnya kepada keterangan berdasarkan keadaan. Mahkamah ingin memberikan definisi keterangan berdasarkan keadaan merujuk kepada kes Belhaven & Stenten Peerage [1875- 76] Appeal case 279

“dalam mengendalikan keterangan berdasarkan keadaan kita hendaklah menimbangkan beratnya (weight) kuasa percantuman (united force) semua keterangan berdasarkan keadaan apabila digabungkan bersama. Anda mungkin ada satu pancaran cahaya yang lemah dan dengan sendirinya tidak boleh menerangi satu sudut. Tetapi sekiranya anda ada beberapa sinaran cahaya yang lemah di gabungkan pada satu sudut ianya akan menghilangkan kegelapan. Dengan perkataan lain keterangan berdasarkan keadaan terdiri dari berikut : Apabila dilihat keadaan sekeliling anda akan dapati siri tanda-tanda dialamnya (series of under signed) di mana seorang yang berakal biasa terpaksa membuat satu keputusan kesimpulan. Jika keterangan berdasarkan keadaan tidak dapat memuaskan ujian tahap tersebut, maka ia akan meniggalkan jurang (gap) dan tidak berguna langsung”.

13. Chan Chwen King V PP [1962] MLJ 307 – perayu telah disabit dengan kesalahan membunuh seorang perempuan dan anaknya. Thomson C.J dalam memberi penghakimannya berkata

“keterangan bergantung sepenohnya kepada keterangan berdasarkan keadaan dan apa yang dikritik adalah terjumlah seperti berikut – tidak ada satupun cebisan keterangan berkenaan cukup kuat untuk memberi sabitan.Ini adalah sangat benar. Ia mestilah di ingati ,dalam kes melibatkan keseluruhannya melibatkan keterangan berdasarkan keadaan,Ini adalah sangat benar. Ia mestilah di ingati ,dalam kes melibatkan keseluruhannya melibatkan keterangan berdasarkan keadaan,pertimbangan bukan saja dibuat pada kekuatan setiap cebisan keterangan tetapi kekuatan kombinasi cebisan keterangan-keterangan berkenaan dan apabila dipulas (twisted) bersama untuk membentuk satu tali. Soalan sebenarnya : Adakah tali tersebut cukup kuat untuk menggantung banduan?

14. Cabutan teks.

Facts:
The appellant was convicted for the murder of a woman and her child and was sentenced to death. It was argued on appeal that : (i) the evidence was entirely circumstantial; (ii) the trial judge dealt withthe need for corroboration of the evidence of the child witnesses unsatisfactorily; (iii) the trial judge misdirected the jury by suggesting to that the evidence of the defence is to be regarded and evaluated in isolation and that if that fails to come up to some standard proof is to be discarded.

Holdings:

Held:

(1) in cases where the evidence is wholly circumstantial, what has to be considered is not only the strength of each individual strand of evidence but also the combined strength of these strands when twisted together to make a rope;

(2) although the trial judge did not administer the necessary caution to the jury as suggested in Chao Chong v Public Prosecutor [1960] MLJ 238 nevertheless the Court was not prepared to say that the terms in which he did administer the caution was wrong;

(3) the suggestion of the learned trial judge that the evidence for the defence is to be evaluated in isolation and that if it fails to come up to some standard proof it is to be discarded is beyond the authorities. However in this case if the jury had been properly directed they would have inevitably come to the conclusion that the prisoner was guilty of both murders and therefore the case was one which came within the scope of s (29)(2) of the Court Ordinance, 1948, and the appeal should be dismissed.

15. Dalam kes di Singgapura Sunny Ang V PP [1966] 1 MLJ 95 hakim berkata

“soalan yang perlu diberi perhatian, kes ini bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan dan adakah kesan menaik/meningkat (cumulative effect) keterangan berkenaan akan membawa anda membuat satu kesimpulan yang tidak dapat disangkal iaitu tertuduh melakukan jenayah atau adakah terdapat penjelasan munasabah contohnya adakah ianya satu kemalangan?.Hakim seterusnya menyatakan keterangan berdasarkan keadaan adalah kesan menaik dengan mengumpul semua mereka bersama dan dari itu adakah membawa anda satu kesimpulan inferen yang tidak dapat disangkal bahawa tertuduh yang melakukan jenayah. Atau adakah sebarang penjelasan munasabah lain ke atas fakta tesebut (bagaimana mangsa dibunuh). Kes pendakwa adalah kesan semua keterangan yang membawa anda tidak dapat menyangkal (irresistible) atau mengalah (inexorably) untuk membuat satu kesimpulan dan satu kesimpulan saja : bahawa tertuduh yang dengan sengaja menyebab kematian kepada perempuan muda ini.

16. Cabutan teks.

Facts:

The appellant in this case was convicted for the murder of one Jenny Cheok Cheng Kid and was sentenced to death. According to the prosecution the offence was committed at sea near two islands off Singapore. The appellant had hired a sampan from a boatman and on his directions the boatman brought the appellant and the girl to a place near the two islands where he dropped anchor. According to the appellant his object in going there was to collect corals; the prosecution contended that his real intention was to murder the girl, and that in pursuance of that intention he assisted her to put on the diving equipment and allowed her, a novice diver, to go down alone, wearing a flipper, which had been previously cut, in waters which he knew were dangerous and hazardous, with the result that she met her death. Evidence was given that the girl had been insured against accidents with several insurance companies; and that some of the policies had been renewed by the appellant on the morning of the girl’s death, although he had not renewed or extended his own insurance policy. The prosecution relied on circumstantial evidence and on the cumulative effect of such evidence. On appeal a number of grounds were relied on and it was alleged inter alia (1) that the learned trial judge had erred in law in failing to direct the jury on a possible verdict of culpable homicide not amounting to murder; (2) that the learned trial judge erred in law in permitting the prosecution to abuse the provisions of s 192(3) of the Criminal Procedure Code by adducing the evidence of witnesses who had not been called at the preliminary inquiry after giving only a few minutes’ notice of the intention to call such witnesses; (3) that the trial judge erred in law in permitting the prosecution to adduce evidence of attempts to suborn the boatman; (4) that the trial judge was prejudiced and biased against the appellant; (5) that the trial judge erred in law in failing adequately to direct the jury on the danger of convicting an ac cused person upon circumstantial evidence.

Holdings:

Held, dismissing the appeal:

(1) Having regard to the facts and circumstances in this case, the case was one in which the appellant was either guilty of murder or not guilty of any offence whatsoever and it was unnecessary for the trial judge to direct the jury on a possible verdict of culpable homicide not amounting to murder.

(2) As no time limit is prescribed by s 192(3) of the Criminal Procedure Code the prosecution had technically complied with the provisions of the section and were at liberty to call the witnesses but as a matter of practice every effort should be made by the prosecution to serve the necessary notice and documents as soon as possible after it is known that a person who has not given evidence at a preliminary inquiry has to be called as a witness for the prosecution.

(3) The evidence of subornation of the witness was not objected to at the trial by counsel for the appellant, who had in fact wanted the evidence in, and therefore the appellant could not complain against the admission of the evidence.

(4) While it was true that the trial judge expressed himself with great emphasis and in strong terms on various matters, the jury were left in no doubt that they were the sole judges of the facts in the case and there was no substance in the grounds that the judge was biased and prejudiced against the appellant.
(5) The directions of the trial judge on the effect and in particular the cumulative effect of circumstantial evidence were perfectly adequate.

(6) Although the body of the deceased was never found, there was overwhelming evidence on the record that the appellant murdered her.

[Editorial Note: The appellant sought special leave to appeal against his conviction to the Judicial Committee of the Privy Council. The Judicial Committee refused leave on 4 October 1966.]

17. Tahap pembuktian tinggi sekali lagi dapat dilihat dalam kes Muniandy V PP [1973] 1 MLJ 179. Perayu telah dituduh dengan rogol.

“Hanya keterangan berdasarkan keadaan yang dapat menyokong keterangan mangsa. Hakim Ong C.J membuat penghakiman di mahkamah persekutuan yang membenarkan rayuan berkata

“apabila pendakwa hanya bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan untuk membina kesnya terhadap tertuduh, setiap cebisan keterangan mestilah menuju satu arah saja iaitu mencadang atau memberi sokongan satu inferen kesalahan (guilt)”.
Cabutan teks.

Facts:

This was an appeal against the conviction of the appellant on a charge of rape. The prosecution rested mainly and solely on the evidence of the child-complainant. Ther was no corroboration of her evidence. A witness was called for the defence and asked whether he had sexual intercourse with the complainant but the provisions of s 132(2) of the Evidence Ordinance was not explained to the witness.

Holdings:

Held:

(1) the complainant’s evidence by itself was far from convincing and there was a total absence of corroboration in any material particular implicating either of the appellants. On the contrary the complainant’s evidence was discredited by her own father;

(2) the defence case was not properly and fairly presented to the jury;

(3) the failure of the learned judge to comply with the provisions of s 132 of the Evidence Ordinance resulted in serious misdirections;

(4) on all these grounds, the appeal must be allowed and the conviction of the appellants quashed.

18. Eng Sin v PP [1974] 2 MLJ 168 dan Khamis V PP [1975] 1 MLJ 46 -tuduhan adalah bunuh dan tidak ada keterangan terus (direct evidence). –

Untuk mahkamah bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan, keterangan yang ditimbangkan mestilah hanyalah menunjuk kepada satu butiran iaitu kesalahan tertuduh, ia tidak boleh berupaya kepada sebarang interpretasi lain atau sebarang makna lain ( kes ini bergantung kepada ujian kesimpulan tidak dapat disangkal -irrisistable conclusion test ).

19. Cabutan teks.

Facts:
In this case the appellant had been convicted of murder of a girl aged 11 years. The evidence against the appellant was entirely circumstantial. In his summing up the learned trial judge had explained all the facts of the case and laid emphasis on the evidence of appellant. He also said that for a court to rely on circumstantial evidence the evidence when considered must point only to the guilt of the accused; it must not be capable of any other interpretation or any other meaning.

Holdings:

Held in this case, in the light of the evidence, and taking the summing up as a whole it was impossible for the court to say that there had been a miscarriage of justice and therefore the appeal must be dismissed.[Editorial Note: See “McGreevy v DPP Revisited” [1974] 2 MLJ xxxiii.]

20. Tahap ini juga diguna dalam kes Dato Mokhtar Hashim & Anor V PP [1983] 2 MLJ 232.

Penerimaan kes Mc Greevy pada tahap rendah.


Pada tahun 1982 Mahkamah Persekutuan telah menggunakan prinsip dalam kes Mc Greevy. Ini berlaku dalam kes Jayaraman & Ors V PP [1982] 2 MLJ 273 apabila hakim Syed Othman berkata

“ Saya cukup sedar fomula “irresistible” yang digunakan oleh mahkamah di Malaysia dalam mengendalikan kes keterangan berdasarkan keadaan …. Dalam kes sekarang ianya hanyalah pemainan perkataan iaitu kedua-dua ujian adalah sama (Mc Greevy dan Reg. v Hodge ). Jika fakta terbukti alternatif kepada kesalahan tertuduh, atau dengan perkataan lain terdapat keraguan kepada kes pendakwa dan pendakwa dikatakan tidak membuktikan kesnya di luar keraguan munsabah. Dalam kes ini fakta yang dibukti tidak menunjuk kepada kesalahan tertuduh dan mahkamah yang melakukan pembicaraan tidak pasti akan kesalahan tertuduh dan mestilah membuang kes pendakwa oleh kerana tidak dapat membuktikan kesnya di luar sebarang keraguan munasabah. Dalam kes keterangan berdasarkan keadaan adalah mengcukupi jika mahkamah hanya menyatakan ia berpuas hati dengan kesalahan tertuduh (guilt of accused) di luar keraguan munasabah tanpa berkata lanjut fakta terbukti tidak dapat disangkal (irresistible) kepada satu butiran dan hanya satu kesimpulan iaitu tertuduh bersalah.

21. Mahkamah persekutuan membuat kesimpulan perkataan yang dinamakan “irresistible” hanyalah satu cara lain untuk menyatakan terbukti di luar sebarang keraguan munasabah (proof beyond a reasonable doubt).

Nota : terdapat keputusan kemudianya mahkamah telah merujuk kepada “ irrisistable conclusion test” (ujian kesimpulan yang tidak dapat disangkal ).

22. Cabutan teks

Facts:
This was an appeal against the decision of the learned President, Sessions Court, Kelang, convicting the appellants for causing the death of the four deceased persons under s 304 read in conjunction with s 34 of the Penal Code. The appeal raised a number of question of facts and law.

Holdings:

Held: (1) the appeal against the grounds of judgment in this case dealt too much on findings of fact rather than on substantial points of law. The appellate court has not hot had the advantage of seeing or hearing the witness and unless it could be shown that the trial court had misused its advantage, it was not for the appellate court to reverse the trial court’s findings. In this case not one of the numerous points alleging misdirection of facts taken alone or all those taken together could justify the appellate court of interfere with the findings of the trial court;

(2) as the earlier discharge of the accused did not amount to an acquittal the plea of autrefois acquit could not stand.

(3) in the circumstances of this case the prosecution was under no obligation to supply statements of their witness to the defence. The defence is only entitled to the police statement when a prosecution witness is to be impeached;

(4) whether or not there is an arrest is a question of fact to be determined by the trial court and in this case the learned President was right in holding that the Police Corporal was not making an arrest when he told the appellants not to leave the temple compound;

(5) the statement made by the appellant to the Police Corporal when he arrived at the scene were not admissible in evidence but the statements made to the Police Inspector were admissible as they were made to him before arrest;

(6) there was no reason to disturb the findings of the trial court that Inspector Govindan who recorded cautioned statements from the appellants, was competent in Tamil, that the words he used in the caution statements have the same effect as required by the Criminal Procedure Code and that the statements were recorded within the time stated in them. The cautioned statements were therefore rightly held to be admissible in evidence.

(7) in dealing with a case which relies on circumstantial evidence it is sufficient if the court makes a finding that in considering all the evidence it is satisfied beyond reasonable doubt that the accused is guilty of the offence. In any case the learned President in his judgment came to the “inescapable conclusion” that the appellant were expert fighters, which is the same as “irresistible conclusion”;
(8) on the evidence the trial court formed the inescapable conclusion that the appellant were expert fighters. Considering the number of persons dead, four, and one badly injured on the grounds of the temple and the weapons used by the appellants, the only conclusion that can be drawn is that all the appellants must have participated in the fight;

(9) in this case the deceased persons died of very severe injuries and from the evidence the learned President was entitled to form his opinion as to the nature of the weapons which had been used to inflict the injuries. It did not take an expert to determine whether the injuries could or could not cause the death or what weapon was used to cause the injuries. These are question of fact and the trial court was in as good a position as the expert to determine the questions;

(10) from the injuries suffered only by two of the appellants the only conclusion that can be drawn is that the deceased persons offered hardly any resistance when they were attacked. With the instruments they had and having been surrounded by the appellants they were in no position to attack. The appellants had superior weapons and showed no mercy towards the deceased persons. All the evidence pointed to the conclusion that the appellants were all acting in concert and had the intention to kill from the outset. On the evidence the defence of self defence could not have considered;

(11) the finding of guilt against all the appellants must therefore be upheld. Although the sentences imposed were on the lenient side, they would not, in the special circumstances of the case, be disturbed.

Editorial Note : On Appeal, the above decision was affirmed by Federal Court on 10 June 1982.

23. Mahkamah Agong dalam kes Ng thian Soong V PP [1990] 2 MLJ 148 - mahkamah telah menggunakan formula kes Mc Greevy.

24. Beban bukti kes pendakwa samada dalam kes keterangan terus (direct evidence) atau keterangan berdasarkan keadaan adalah sama iaitu di luar sebarang keraguan munasabah.

25. Cabutan teks.

Facts:
The appellant had been tried by jury and found guilty of murder by a majority verdict of five to two and he was convicted and sentenced to death. On his appeal, three major arguments were raised and considered: (a) at the trial, after the jury had retired to consider their verdict at 5.57 pm, the foreman informed the judge at 8.08pm that the jury had come to a four to three decision whereupon the learned judge asked the jury to retire again for further consideration. It was only after the jury had retired for the second time that they returned a verdict of guilty of murder of a majority of five to two to which the learned judge concurred. It was argued that since the jury had already decided by a majority of four to three in the first instance, they became functus officio and as such the verdict by which the accused was found guilty was a nullity. It was also alleged in the petition of appeal that the learned judge had pressured the jury to come to a verdict by telling them they would have to stay the whole night until a verdict was reached; (b) the direction given to the jury on the subject of circumstantial evidence to connect the accused with the crime of murder was inadequate or insufficient; (c) the learned judge was wrong in ruling that the evidence of bare denial by the accused should be on the ground that it constituted a defence of alibi and therefore was not admissible in the absence of notice served on the prosecution under s 402A of the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) (‘CPC’).

Holdings:

Held, allowing the appeal of the accused:

(1) Since s 204(ii) of the CPC expressly requires that a majority verdict of the jury must not be less than five to two anything less cannot constitute a verdict in law. Accordingly, when the jury had indicated that they had reached a decision by a majority of four to three, the learned judge was perfectly entitled to resolve the deadlock by requiring them to retire for further consideration under s 228 of the Criminal Procedure Code. The functus officio argument is therefore wholly without substance.

(2) The procedure adopted by the learned judge in this case was in fact the practice recommended in Lee Koh Eng v PP [1975] 1 MLJ 132 (refd) and adopted ever since in the High Courts to avoid the very functus officio argument which was canvassed in this case.

(3) There is no merit in the complaint that the learned judge had directed the jury to reconsider their verdict at 8.08pm and indicated that they would have to stay the whole night until a verdict was reached. After the summing up in this case, it would be most undesirable to allow the jury to go home and to reconvene the next day for the verdict.

(4) In a case of the present nature where the strands of circumstantial evidence connecting the accused with the crime are capable of more than on inference, it is not sufficient for the trial judge merely to tabulate the indirect evidence. He must go one step further by directing the jury as to what other reasonable inferences could be drawn from each strand of circumstantial evidence and leaving it to the jury to decide which inference they wish to adopt. It is only when the combined strength of these inferences accepted by the jury when twisted together is strong enough to constitute proof beyond reasonable doubt that a finding could be arrived at the guilt of the accused.

(5) The summing up of the learned trial judge on circumstantial evidence was manifestly inadequate so as to constitute a misdirection which has occasioned a miscarriage of justice in the circumstances of the particular case.

(6) The evidence excluded by the learned judge merely amounted to a bare denial and such evidence ought not to have been expunged. To deny the accused from putting his defence to the jury, however implausible it may appear, would most certainly occasion a miscarriage of justice particularly having regard to the weak nature of the prosecution’s case.

26. Walaupun terdapat keputusan dalam kes Ng Thian Soon perkara “ irresistible conclusion test” masih menghantui mahkamah agong melalui kes PP v Lim Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086 pada pertuduhan mengedar dadah.

27. Apabila keterangan bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan beban bukti adalah sangat berat dan keterangan tidak dapat disangkal (irresistible ) mestilah menunjukkan kesalahan tertuduh. Jika terdapat satu gap (jurang) didalamnya maka ianya tidak mengcukupi untuk membukti kes terhadap tertuduh. Keterangan berdasarkan keadaan di mana perayu dicam oleh saksi sebelum itu adalah tidak cukup kuat kepada “ujian kesimpulan tidak dapat disangkal” bahawa tertuduh yang melakukan kesalahan.

28. Oleh kerana kes tersebut tidak mencapai tahap yang dikehendaki, sabitan diketepikan.
Penghuni Gua : Dengan membaca serba sedikit undang-undang kita boleh memahami lebih sedikit dari orang lain dan kurang sedikit pandai dari peguam profesional. Jika tak membaca langsung maka kita akan jadi loyar burok yanghanya berderai kokoknya dan tahinya dan bila menang nyaring hilai tawa memecah langit.
2. Biar kita pakar satu bidang tetapi lain-lain perkara itu kita ambil tahu sedikit-sedikit. Undang perlu dibaca selepas di pelajari juga dibaca sebelum dipelajari. Baru tahu apa yang tersurat dan tersirat. Begitu juga , Al Quran, Allah menyuruh Nabi Mohamad membacanya berkali-kali.
3. Bacalah , dan teruskan bacaan.

Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan keluar Parti : Takziah untuk Dr Koh !!!


Berita Harian
31 mei 2009

Dr Koh kesal tindakan mengejut Huan

PASIR MAS: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, kesal dan terkejut dengan tindakan Naib Presiden parti itu, Huan Cheng Guan, bertindak keluar parti hanya disebabkan isu pelantikan penyelaras kawasan.

Katanya, tindakan Huan itu dilihat boleh mencemarkan parti memandangkan kedudukan beliau antara pemimpin kanan Gerakan.

“Saya berpendapat tindakan Huan terlalu drastik dan berasa sedih dengan tindakannya. Jawatankuasa Kerja Pusat parti akan membincangkan mengenai masalah Huan dalam mesyuarat akan datang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Naib Presiden Gerakan di atas telah bertindak keluar dari Parti Gerakan. Bagus. Biar duri dalam lipatan keluar semuanya dari BN. Kita lihat beliau boleh buat apa di luar. Mungkin imbuhan yang banyak ditawarkan oleh DAP Pulau Pinang. Dulu pun dah seorang. Mereka ini pembelot. Jadi tidak hairan bila mereka keluar.

2. Parti Gerakan pun dilihat sebagai pembelot. Selalu menikam BN / UMNO dari belakang. Asyik menyalahkan UMNO dan minta pemimpin UMNO minta maaf. Sehingga DS Najib ( TPM masa itu ) terpaksa meminta maaf atas isu pendatang cina yang dibawa pemimpin UMNO Pulau Pinang yang dijadikan isu perkauman oleh Gerakan dan Akhbar Cina.

3. Gerakan juga kerap menggugut mahu keluar BN. Setakat ini juga tiada perancangan dari Gerakan iaitu perancangan jangka panjang bagi menarik semula sokongan orang cina kepada BN. Tiada apa yang dilihat dibuat oleh Gerakan dan pemimpinnnya.

4. Cadangan bawa Bapa pengganas komunis balik ke Malaysia adalah. Cadangan bodoh. Itu aje yang gerakan dan pemimpinnya mampu lakukan. Ini parti perkauman.

5. jadi dengan keluarnya Naib Presiden itu , PG ucapkan takziah buat Dr Koh Tsu Koon . Kalau boleh biar Gerakan keluar sekali dengan Naib Presidennya dari BN. Ini semua anai-anai dan parti yang suka mengambil kesempatan, suka menyalahkan orang lain dan suka menggugut. Baik keluar sahaj dari BN. Senang buat BN. Tahu siapa musuh dan siapa rakan semasa susah. Keluar awal lagi baik. Tak le cakap besar sangat Dr Koh tu.

6. Dengan ini PG mengambil kesempatan di atas tulisan pada pagi yang mulia ini untuk mengucapkan takziah tidak terhingga kepada Dr Koh Tsu Koon dan GERAKAN. Semuga kesedihan dan takziah ini berpanjangan hendaknya.............

MELAYU DIKHIANATI : AWANG SELAMAT !


Mingguan Malaysia
31 mei 2009

Melayu dikhianati?


1. Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

2. ''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara.

3. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

4. Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

12. Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

Penghuni Gua : PG ingin juga menjawab tentang persoalan yang dibangkitkan oleh Awang Selamat ini. Apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain ?


2. Dari satu segi PG memang merasakan bahawa pengorbanan orang melayu dikhianati dan tidak pernah dihargai oleh generasi muda bukan melayu hari ini. Mereka telah buta sejarah kerana lahir ketika negara sudah aman damai dan dapat menikmati semua kesenangan yang disediakan oleh kerajaan.


3. Ini termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang. Mereka ini kerap membangkitkan dan mempersoalkan tentang kontrak sosial yang terjalin dan dijalinkan oleh pemimpin terdahulu dengan tolak ansur dan persefahaman.


4. Mereka ini lupa bahawa setiap bangsa di Malaysia ini tidak akan mendapat semua yang diminta dan tidak akan hilang semua yang ada.


5. Tiada yang sempurna dalam kehidupan. Jadi semua pemimpin terdahulu amat tinggi tolak ansur samada Melayu, India atau Cina dan lain-lain kaum minoriti. Meraka menghargai perbezaan dan ketidaksamaan yang ujud dalam mana-mana negara. Perbezaan dan ketidaksamaan ini ujud dalam semua perkara seperti dari segi kaum, agama, kehendak dan sebagainya.


6. Mereka sedar bahawa perbezaan dan ketidak samaan itulah yang mennetukan kebijakasanaan seseorang pemimpin itu mengruskannya. Inilah yang telah mereka lakukan. Iaitu menguruskan perbezaan itu dengan baik sehingga Malaysia maju dan hidup aman damai ( walau sesekali ada persengketaan ).


7. Mereka berpegang pada perjanjian yang disepakati. Mereka berpegang pada kontrak sosial yang dimeterai. Mereka berpegang pada ini dan tidak mengungkitnya. Inilah kelebihannya. Tokoh-tokoh seperti TAR, TUN Razak, Tun Sambanthan, Tun Tan Siew Sin, Tun Manikavasagam, Tun Alex Lee, Tun Ling Liong Sik dan ramai lagi pemimpin ini yang menyumbang kepada kuatnya ikatan kontrak sosial ini. Mereka tidak pernah mengungkitnya secara terbuka.


8. Perbincangan dan dialog secara berhemah dibuat.


9. Bukan seperti sekarang, pemimpin-pemimpin ini bertindak seperti pelacur atau lebih hina dari itu yang kerap membangkitkan dan mempertikaikan kontrak sosial yang telah termeterai dalam perlembagaan. Mereka mempertikaikannya tanpa mengambil kira keadaan yang ujud semasa ianya digubal dan dipersetujui.


10. Mereka memandang dari sudut sempit dan perkauman. Oleh yang demikian maka kontrak sosial ini kerap dilihat tidak adil, tidak demokratik dan sebagainya. Mereka tidak berfikir secara holistikd an diluar kotak perkauman.


11. Jadi PG memang bersetuju persoalan yang dilontarkan oleh Awang Selamat.


12. Kepada kerajaan : Undang-undang yang ada di Malaysia telah lengkap bagi menangani pemimpin pelacur ini. Penguatkuasaan yang amat tegas dan khusus serta berterusan wajib dilaksanakan agar negara dan rakyat negara ini terus berdiri dengan megah tanpa rasa syak wasangka dan menjalani hidup yang tenteram dengan semua bangsanya.


13. 1 Malaysia. Bersatulah kita semua bangsa Malaysia.

Penilaian kehakiman Keterangan berdasarkan keadaan ( Judicial Evalution of Circumstantial Evidence ).


Nota kuliah dan persendirian undang-undang yang masih ada dalam simpanan PG. Mungkin bermenafaat untuk kita memahami undang-undang.


Penilaian kehakiman
Keterangan berdasarkan keadaan
(Judicial Evalution of Circumstantial Evidence).


1. Pendekatan keputusan kes-kes di England sekian lama di jadikan set prinsip peraturan dan di akui (settles laws). Perkara ini diterima oleh mahkamah di Malaysia, Singgapore, India dan juga Sri Langka.

2. Kes yang mengepalai adalah R v Exall (1866) 4 F &F 992 yang menyatakan

“telah dikatakan keterangan berdasarkan keadaan adalah satu rantaian , dan setiap cebisan keterangan mestilah dihubung kepada rantaian berkenaan. Jika salah salah satu rantai tersebut tidak bercantum maka rantaian akan terputus. Tali yang lebih banyak adalah cukup kekuatan untuk menerima beban. Bagitu juga keterangan berdasarkan keadaan adalah hasil kombinasi dari keadaan-keadaan apabila dikumpulkan akan menerbitkan satu kesimpulan tertuduh bersalah.”.

3. Pada kes di India, Gambhir V State of Maharashtra [1982] 2 SCC 351 Mahkamah Agong menyatakan untuk menerima keterangan berdasarkan keadaan mahkamah hendaklah berpuas hati kepadaa 3 ujian :

i. Keterangan berdasarkan keadaan di mana inferen kesalahan hendak dibuat mestilah terbentuk dengan kuat dan kukuh ( cogently and firmly established ).

ii. Keterangan berdasarkan keadaan tersebut mestilah mempunyai kecenderungan pasti , tiada kesilapan menunjukkan kearah kesalahan tertuduh.

iii. Keterangan berdasarkan keadaan tersebut apabila dikumpulkan , sepatutnya membentuk satu rantaian lengkap dan tiada pilihan untuk dibuat kesimpulan, berdasarkan kepada kemungkinan manusia biasa, jenayah telah dilakukan oleh tertuduh dan bukan orang lain.

4. Nota : Kekukuhan keterangan berdasarkan keadaan biasanya datang dari beberapa keterangan berdasarkan keadaan yang konsisten (selaras) di mana semuanya menunjuk satu kesimpulan di mana setelah ditimbang semua keterangan berdasarkan keadaan itu mahkamah menentukan kesalahan tertuduh.( ianya mestilah konsistant dengan kesalahan tertuduh ).

5. Seksen 6 dan 5 adalah dirujuk kepada keterangan berdasarkan keadaan dan seksen 6 hingga 16 adalah contoh terkemuka mengenai keterangan berdasarkan keadaan.

Saturday, 30 May 2009

Pengiktirafan Kehakiman(Judicial Notice)


Nota : Kuliah lama ( 2002 ) : Undang-undang Keterangan

Pengiktirafan Kehakiman
(Judicial Notice).

1. Peraturan umum adalah semua fakta yang menjadi isu dan fakta relevan hendaklah dibukti melalui keterangan ( Maksud terbukti adalah seksen 3 yang cuba memberi definisi mencapai ketahap pasti sebelum fakta ditimbang sebagai terbukti atau terbukti sebaliknya. Seksen 56 dan 57 adalah mengenai pengiktirafan kehakiman.

2. Walau bagimanapun Akta Keterangan menyediakan sekurang-kurangnya dua pengecualian di mana fakta tidak perlu dibuktikan iaitu :

i. Seksen 56- 57 - makkamah mengambil pengiktirafan kehakiman (judicial notice).
ii. Seksen 58 – Fakta tidak perlu dibuktikan. Seksen ini tidak boleh dipakai dalam pembicaraan jenayah.

3. Pembangunan Maha Murni Sdn.Bhd v Jumrus Ladang Sdn.Bhd [1986] 2 MLJ 30 Hakim Syed Agil Barakbah berkata

“pengiktirafan kehakiman bukanlah untuk dibuktikan. Pengiktirafan kehakiman adalah berdasarkan doktrin “apa di kenali sebagai tidak perlu dibuktikan” ( what is known need not be proved).

4. Pengiktirafan kehakiman hanya bermaksud suatu fakta diambil sebagai benar tanpa menawarkan keterangan pembuktiannya dari pihak yang terbabit. Pengiktirafan kehakiman adalah cara pintas , tidak mengambil keperluan formal mengenai keterangan kerana tidak ada keperluan sebenar untuknya. Pengetahuan umum mengenainya adalah tidak perlu keterangan formal dan secara praktikal semua orang tahu dan tidak dipersoal .

5. Commonweath Shipping Rep V Pando [1923] AC 191, Lord Summer berkata

“pengiktirafan kehakiman dirujuk kepada fakta di mana seorang hakim boleh menerima atau bertindak dari pengetahuan umum yang diketahui mengenainya atau dari pertanyaan yang dibuat bagi mendapat maklumannya dari sumber-sumber tadi (judicial notice) di mana beliau rasa perlu untuk dirujuk”.

6. Sesetengah fakta diketahui tidak boleh dipertikai. Untuk mahkamah menerima pertikaian sedemikianya ianya akan membazir masa dan perbelanjaan dan juga memberi malu. Prinsip pengiktirafan mahkamah adalah berdasar maxim:

i. Lex non requirit verificare quod apparet curiae – undang-undang tidak perlu pembuktian di mana ianya jelas kepada mahkamah ( the law does not require proof of that which is apparent to the court).
ii. Quod constate curiae opera testium non indigent – perkara yang sudah berada dalam pengetahuan mahkamah tidak perlu pembuktian dari bantuan saksi-saksi. (that which is established to the knowledge of court does not require the aid of witnesses).

7. Seksen 57(1) menyenaraikan 15 perkara di mana mahkamah mesti mengambil pengiktirafan kehakiman. Apabila dibaca bersama seksen 56 dan seksen 57, terdapat dua katagori fakta di mana mahkamah mengambil pengiktirafan kahakiman:

i. Pengiktirafan kehakiman pada undang-undang dan peraturan.
ii. Pengiktirafan kehakiman berdasarkan ianya jelas dan pengetahuan (notorious and knowledge).

8. Seksen 57(1) –senarai di bawah seksen ini bukanlah terhad (exhaustive) . Pembangunan Maha Murni Sdn.Bhd v Jumrus Ladang Sdn.Bhd [1986] 2 MLJ 30 Hakim Syed Agil Barakbah berkata

“ perkara penting yang perlu beri perhatian kepada seksen 57 adalah ianya tidak menghalang dari Mahkamah memberi pengiktirafan kehakiman kepada fakta lain yang tidak terenarai di dalam seksen tersebut. Perkara di mana mahkamah memberi pengiktirafan kehakiman hendaklah dengan syarat ianya umum, pengetahuan umum, keujudannya dan operasinya diterima oleh publik tanpa sebarang syarat dan bantahan. Ujian yang perlu dilakukan adalah ianya mesilah cukup jelas ( sufficiently notorious) dan menjadi wajar mengandai keujudannya tanpa pembuktian …….

9. Pengetahuan kehakiman berterusan ditambah/dipanjangkan untuk bersama dengan kemajuan seni (art) ,sains dan pengetahuan umum” (rujuk seksen 57(2) dan seksen 57(3) ).

10. Ramah Binti Ta”at v Laton v Laton Binti Malim Sutan [1931] 6 FMSLR 128.

Majoriti mahkamah rayuan memutuskan undang-undang islam bukanlah undang-undang asing (foreign law) dan ianya adalah undang-undang tempatan dan undang-undang negeri (law of the land) yang mana mahkamah mesti mengambil pengiktirafan penghakiman. Undang-undang islam adalah percampuran antara undang-undang islam dan undang-undang adat melayu. Terdapat proses lama penerapan udang-undang adat kepada undang-undang islam dan adat seperti harta sepencarian telah menjadi sebahagian dari undang-undang islam dan boleh digunakan oleh Kadhis di dalam Mahkamah Syariah.

11. *Sivagami Ach V P.RM Ramanathan Chetiar & Anor [1959] 1MLJ 3

– mahkamah tidak boleh memberi pengiktirafan kehakiman pada undang-undang Hindu kerana ia adalah undang-undang asing. Plantif selepas kematian suaminya yang meninggal dunia tanpa wasiat adalah pewaris tunggal kepada harta suaminya seperti di bawah sistem Mitakshara undang-undang hindu. Plantif membuat tuntutan supaya 2 rakan kongsi syarikat bekas suaminya di India di gugurkan. Sementara rakan kongsi (defendant) dalam kes ini menyatakan mengikut sistem undang-undang hindu tersebut semua harta peninggalan hendaklah diserah kepada rakan kongsi dan rakan kongsi hanyalah menjaga plantif. Diputuskan “ Mahkamah tidak boleh membuat pengiktirafan kehakiman kepada undang-undang Hindu tanpa keterangan pakar “

(the Court is not entitled to take judicial notice of Hindu law and in the absence of expert evidence or arguments based on uthoritative decisions as to rules of intestate succession cannot decide whether upon the death of the plaintiff’s husband, his estate devolved on the plaintiff or, as is contended, on three surviving brothers, the co-partners)

12. *Yong Pak Yong V PP [1959] 25 MLJ 176.

Perayu seorang ahli kongsi gelap di Ipoh telah disabitkan dengan kesalahan peras ugut dan dijatuhi hukuman 2 tahun penjara dan 8 kali sebatan. Rayuan terhadap sebatan terutama menyatakan dia tidaklah sebenarnya ganas semasa melakukan jenayah. Hakim Good yang menolak rayuan berkata

“ kami ahli kehakiman yang berada di dalam mahkamah ini tidak dapat mengelak dari membuat pertanyaan bagi mendapat pengetahuan tentang aktiviti kongsi gelap terutamanya di Ipoh. Setiap hari, hampir setiap hari, minggu selepas minggu, bulan selepas bulan, apabila saya membaca akhbar diwaktu pagi dan perkara inilah yang saya baca”.

13. *Lee Chow Meng v PP [1976] 1 MLJ 287

– Mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman tentang peningkatan kes jenayah samun bersenjatapi di Kuala Lumpur.Tertuduh telah disabitkan dan dihukum dengan kesalahan merompak dengan senjatapi. Pendakwa menyatakan terdapat 677 kes samun di Kuala Lumpur dalam masa 4 bulan dan separuh darinya adalah samun bersenjatapi.

14. “Adalah perkara pengetahuan umum dan fakta jelas bahawa terdapat peningkatan samun bersenjatapi di Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini dan mahkamah mengira fakta ini dan adalah kepentingan awam (public interest) untuk mengenakan hukuman yang berat (deterrent sentence)”.

15. Apakah perkara yang dikira sebagai pengetahuan umum (common knowledge) boleh dilihat juga dalam buku Sarkar On Evidence di mana penulisnya menyatakan seperti berikut :

“ Perkara di mana mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman adalah dengan syarat ianya adalah pengetahuan umum. Dalam perkataan lain, pengetahuan kehakiman mengenai sesuatu fakta adalah diukur dengan pengetahuan umum fakta berkenaan. Suatu fakta dikenali dan diketahui secara umum adalah apabila keujudan dan operasinya diterima oleh awam tanpa syarat dan bantahan. Ujian samada fakta tersebut cukup jelas adalah adakah wajar menerima kewujudannya tanpa sebarang bukti.


16. Bolehkan seorang hakim dengan pengetahuannya yang ada padanya memberi pengiktirafan kehakiman kepada sesuatu fakta.


17. *Low Moh & Anor V PP [1954] 1 MLJ 14 Hakim Ballamy berkata

“ hakim tidak boleh mengimport pengetahuannya dalam sesuatu kes”.

18. Dalam kes ini perayu telah memandu sebuah lori bermuatan 50 guni beras dan apabila mengenakan brake tiba-tiba lori yang dipandu telah hilang keseimbngan ke kiri dan melanggar seorang yang menaiki basikal dan menyebabkan kematian. Pegawai pemereksa kenderaan dipanggil memberi keterangan dan menyatakan berpuas hati dengan brake ketahap 54% dan percaya kejadian berlaku kerana kurang penjagaan kepada sistem brake. Lori yang dimaksudkan juga telah dihantar oleh perayu untuk dibaiki.
19. Mekanik yang membaiki lori tersebut memberi keterangan terdapat keretakan pada drum brake ,tetapi sistem brake lori masih baik. Dalam penghakiman dibuat oleh hakim mahkamah seysen beliau menyatakan “pada pengetahuan umum , saya tidak pecaya brake berada dalam keadaan normal dan dalam penggunaan biasa ianya tidak boleh secara tiba-tiba rosak tanpa sebarang amaran terlebih dulu dan sebagai pemandu yang selalu memandu lori itu dia mestilah dapat mengesan/notis bahawa terdapat tarikan ke kiri.
20. Saya tidak pecaya apabila dia menyatakan brake berada dalam keadaan baik”. (nota: hakim menggunakan pendapat nya sendiri bukan berdasarkan pegawai pemereksa kenderaan). Hakim mahkamah rayuan berkata

21. “Apa yang dilakukan oleh Yang Arif hakim mahkamah President adalah di luar skop pengetahuanya. Sistem mekanikal brake,tahap brake haidrolik,cara brake beroperasi atau gagal beroperasi dalam keadaan keadaan biasa bukanlah perkara yang mahkamah boleh mengambil pengiktirafan kehakiman di bawah akta keterangan. Ini adalah perkara yang perlu dibukti melalui fakta-fakta”.

22. *Lee Seow Kuan v R [1940] MLJ 211 hakim Terell berkata

“magistrate adalah jelas menggunakan pengiktirafan kehakiman dengan menggunakan pengetahuannya sendiri dalam kes judi Chap Ji Kian yang diperolehi semasa di mahkamah. Dia tidak layak berbuat demikian”.

23. *PP V Lee Ee Teong [1953] MLJ 244 hakim Thomson berkata

“ Saya tahu, magistrate tahu tentang loteri dengan ciri 1,000. Majoriti orang dewasa yang berada di negara ini juga mengetahuinya . Tidak ada ruang keraguan sedikitpun ianya adalah loteri haram di bawah maksud Enekmen Rumah Judi Terbuka. Malangnya, ianya tidak terbuka kepada hakim atau magistrate untuk mengimport pengetahuannya sendiri ke dalam pembicaraan kes jenayah untuk membantu keterangan kes pendakwa yang tidak cukup untuk menyokong sabitan”

TAKZIAH UNTUK KAYVEAS : MENANG TANPA BERTANDING PRESIDEN



Berita Harian
30 mei 2009

Kayveas menang tanpa bertanding Presiden PPP

KUALA LUMPUR: Datuk M Kayveas, hari ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk penggal lima tahun bagi kali keempat. Dalam ucapan kemenangannya sejurus selepas keputusan pencalonan diumumkan oleh seorang pengurus pemilihan bebas yang bukan ahli parti pada jam 1.20 petang, Kayveas berkata, 99.9 peratus daripada sejumlah 500,000 ahli berdiri teguh di belakangnya dan hanya "segelintir 0.1 peratus" saja yang menimbulkan masalah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Dah banyak ulasan dibuat oleh PG terhadap PPP atau pemimpinnya. Malas lagi nak ulas. Cuma berkaitan berita di atas, PG mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada Kayveas atas kemenangan nya itu. Sekali lagi TAKZIAH !!!!! Ha ha ha ha ha ha

Pemakaian Doktrin Res Gestae (pengecualian kepada peraturan dengar cakap)


Nota : Kuliah-kuliah lama PG iaitu di bawah Akta Keterangan: Mungkin berguna kepada anda semua.


Pemakaian Doktrin Res Gestae (pengecualian kepada peraturan dengar cakap)
Di Amerika dan perspektif Malaysia
.

1. Kedudukan Common Law.

Doktrin Res Gestae lahir kerana keperluan bagi mengatasi masalah kelemahan (cumbersome) pada peraturan dengan cakap. Doktrin ini biasanya di kenali di England - sebahagian dari cerita ( it means that it is part of story ).

2. Doktrin Res Gestea adalah ketat pemakaiannya:

a) Statement mestilah berlaku serentak (contemporaneous) dengan perbuatan. Bermaksud mengeringi dan menjelaskan tindakan relevan dan tindakan itu mestilah berterusan.
b) Statement mestilah berkait dengan perbuatan. ( iaitu kepada fakta menjadi isu ).
c) Sahutan/jeritan spontan oleh orang yang terlibat atau orang yang memerhati satu kejadian atau oleh orang secara kebetulan berada di tempat kejadian (bystander).

i. Statement spontan yang terkeluar dari seseorang yang mengambil bahagian atau menyaksikan sesuatu apabila keadaan menjadi hangat.(nature of calculated outburst as it were in the heat ).

ii. Sangat rapat pertalian dengan masa, tempat dan keadaan sehingga membentuk sebahagian daripada cerita. (so closely associated with it in time, place and circumstances so as to be part of story). Atau fakta lain atau keadaan lain yang begitu rapat berhubung dengan fakta yang menjadi isu yang pada hakikat sebenarnya adalah sebahagian daripada transaksi yang sama dan oleh itu boleh dibuktikan atau diterima sebagai keterangan.

3. Sebab dibuat doktrin ini : (doktrin ketat dibuat)

a) Mencegah mereka cerita ( concoction).
b) Untuk minimakan fabrikasi dan menjadikanya lebih dipercayai.

5. Thomson V Trevanion.

Seorang perempuan telah diserang dan hakim Hlt berkata

“ apa sahaja yang diucapkan sebaik saja diserang boleh diterima (admissible) kerana dia tidak mempunyai masa untuk mereka cerita baru”.

6. R V Fowkes

– A dibicara membunuh B dengan menembaknya. B dilihat melalui tingkap terbuka ke dalam bilek B ditembak dan menjerit “sembelihnya” (there butcher). Fakta ini diputuskan adalah relevan,

7. R V Nye and Loan

– pemandu yang terlibat dengan kemalangan telah diserang oleh seorang penumpang dari kenderaan lain. Beberapa minit kemudian semasa memulihkan diri dari diserang, polis sampai di tempat kejadian dan pemandu tersebut menunjukan kepada polis orang yang menyerangnya. Semasa pembicaraan pemandu tersebut tidak dapat mengenali orang yang menyerangnya, tetapi pihak polis yang ditunjuk oleh pemandu boleh mengecamnya . Mahkamah rayuan memutuskan keterangan begini boleh diterima oleh kerana pengecaman adalah secara spontan dan tidak ada peluang untuk mereka cerita atau berlaku kesilapan.

8. Ratten V R

- Ratten telah dituduh kerana membunuh isterinya. Pembelaan yang dibuat olehnya adalah semasa membersih senapang dia telah tidak sengaja tertembak.

9. Masa lebih kurang kejadian berlaku satu panggilan talifon perempuan dalam keadaan histeria telah diterima oleh operator talifon dipercayai simati meminta bantuan polis (get me the police) dan memberi alamat no 59, lorong Mitchell.

10. Sebelum operator dapat menyambungkan kepada polis pemanggilnya telah meletakkan talifon. Tidak lama kemudian pemanggil telah di tembak mati.

11. Operator talifon telah dipanggil memberi keterangan dan paguam membantah penerimaan keterangan tersebut kerana ianya adalah hearsay (keterangan dengar cakap ).

12. Keputusan privy counsel :

Ini bukan keterangan hearsay dan adalah keterangan terus (direct evidence). Sungguhpun ianya keterangan dengar cakap tetapi adalah pengeculian kepada peraturan dengar cakap. Dia membuat panggilan pada kemuncak pertelingkahan di mana pembunuhan menguasai pemikirannya ( She made the call in the intensity of argument when the kill dominating her mind).

13. Hakim seterusnya menyatakan

“Dalam menentukan samada kenyataan adalah sebahagian dari Res Gestea ianya hendaklah ditanya samada kenyataan dibuat dengan jelas dalam keadaan spontan dan tidak ada kemungkinan ia direka. Untuk membuat statement cukup spontan ianya mestilah rapat berkait dengan kejadian yang mengairah statement dan adalah adil dinyatakan pemikiran perempuan itu adalah di kuasai oleh kejadian semasa statement/ucapan dibuat.”

14. *lihat cabutan penoh teks

R v Andrew

– dua orang telah mengetuk pintu rumah flat mangsa. Setelah membuka pintu dia telah ditikam didada dan perut . Pihak polis sampai di tempat kejadian tidak lama kemudian. Mangsa yang luka parah telah memberitahu polis orang yang menyerangnya dan alamat seorang lagi lelaki yang menyerang sebelum mangsa pengsan. 2 bulan kemudian mangsa telah meniggal dunia. Diputuskan keterangan mangsa boleh diterima.(keterangan butir-butir penyerang)

*lihat cabutan penoh teks.

15. Tapper V R

– Seorang lelaki dituduh kerana secara niat jahat membakar rumahnya bagi tujuan untuk menipu. Keterangan anggota polis telah diterima sebagai keterangan bahawa dia telah mendengar seorang perempuan telah menjerit

“Tempat awak terbakar dan anda melarikan diri dari api itu” (you place burning and you going away from fire) dan sebaik saja selepas itu sebuah kereta hitam keluar dari tempat terbakar membawa tertuduh didalamnya. Tempat anggota polis mendengar jeritan itu adalah kira-kira 20 ela dan berlaku 26 minit selepas kejadian.

16. Polis yang mendengar pada masa itu juga tidak melihat api dan perempuan yang menjerit tidak dipanggil untuk memberi keterangan.

17. Privay Counsel memutuskan keterangan berkenaan adalah hearsay dan tidak boleh diterima. Adalah tidak dipastikan ianya berterusan selepas 26 minit kejadian berlaku dan tiada keterangan diberi oleh orang yang mendengar jeritan. Ia tidak berkaitan dengan perbuatan jenayah.

*lihat cabutan penoh teks.

18. Handu V State

– Bukan saja faktor kehampiran kepada tempat kejadian dan berterusan adalah berkait tetapi juga dalam kes-kes tertentu fakta kejadian pada masa dan tempat berlainan boleh menjadi sebahagian dari transaksi yang sama. (sila lihat ilustrasi seksen 6 (b) ).

6 (b) A. is accused of waging war against the Yang di-Pertuan Agong by taking part in an armed insurrection in which property is destroyed, troops are attacked and gaols are broken open. The occurrence of these facts is relevant as forming part of the general transaction, though A. may not have been present at all of them.

(A dituduh melakukan perang bersenata terhadap yang di Pertuan Agong di mana harta benda dirosak ,tentera diserang dan penjara di pecah. Kejadian ini adalah fakta-fakta relevan yang membentuk sebahagian dari transaksi umum walaupun A tidak hadir pada semua tempat tersebut).

19. Nasir Din V Emperor

– orang yang berada di tempat kejadian (bystanders) adalah orang yang berada semasa kejadian berlaku dan bukan orang yang berkumpul di tempat kejadian selepas itu.

20. Fakira telah dibunuh dipekan Gujaranwala. Semasa pembicaraan seorang saksi bernama Aishan Bibi dipanggil memberi keterangan dan menyatakan semasa sampai di tempat kejadian dia mendengar dari orang yang hadir di tempat itu bahawa Rajja , Nasiria dan Jagari yang membunuh. Tetapi tidak dinyatakan bahawa orang-orang yang memberi kenyataan hadir semasa kejadian berlaku atau hadir kemudian selepas kejadian berlaku.

21. Di putuskan kenyataan begini tidak diterima.

22. Salwa Das V State of Bihar

– Perayu, bapanya dan emaknya dituduh kerana membunuh isteri perayu. Sebaik sahaja isteri perayu ditolak masuk ke dalam bilek kedengaran suara “ Bachao,bachao” (tolong, tolong) keluar dari bilek tersebut. Kanak-kanak yang bermain di perkarangan rumah mula menjerit, menangis meminta supaya tidak membunuh emaknya. Perkara ini di dengar oleh jirannya. Jirannya telah dipanggil memberi keterangan.

Diputuskan keterangan jiran adalah boleh diterima dan membentuk sebahagian “ res gestae”.

23. Kedudukan di Amerika.

Di Amerika “ Res Gestae” dipanggil “spontaneous exclamation doctrine” ( doktrin sahutan spontan) atau “ excited utterances”( ucapan teransang/provokasi).

24. Kes di Amerika adalah US v Napier

Mangsa yang diculik mengalami kecederaan kepala dan melalui 2 rawatan pembendahan kepala. Selepas 8 minggu kejadian dia telah melihat gambar tertuduh di dalam surat khabar dan terus menjerit “ he kill me,he kill me” (dia bunuh saya, dia bunuh saya) dengan menunjukkan kepada gambar. Mahkamah rayuan US menerima kenyataan berkenaan sebagai “spontaneous exclamation doctrine” oleh kerana mangsa tidak pernah membincangkan tentang serangan colik dengan keluarganya dan secara tiba-tiba dan tidak dijangka melihat gambar penyerangnya dan tidak diragukan kenyataan tersebut adalah cukup mengejutkan (startling) dan cukup selamat dari rekaan.

25. Res Gestae pada perspektif Malaysia.

Akta Keterangan tidak menyebut langsung apa yang dikatakan doktrin “res gestea” . Tetapi hakim cuba menyamakan dengan seksen 6 Akta Keterangan yang menyatakan mengenai transaksi dan mempunyai ciri yang sama dengan Res Gestea.

26. Pada maksud yang lebih luas seksen 6- 9 adalah berkait dengan pemakaian kebolehterimaan “rea gestea”.

27. Chin Choy V PP [1955] MLJ 236

– Hakim Mathew berkata “ Ujian terbaik untuk menimbang perkara ini adalah terkandung dalam kes Amrita Lal Hazra V Emperor 42 Cal 957

“Ianya tidak mungkin untuk membentuk formula menyeluruh untuk pemakaian umum bagi menentukan samada dua atau lebih tindakan terjumlah kepada transaksi yang sama, tetapi keadaan mestilah ujud menunjukkan ada kedekatan masa, penyatuan atau kedekatan tempat, kesenambungan tindakan dan satu kelompok tujuan atau niat”.

28. Thavanathan a/l Balasubramaniam v PP [1997] 2 MLJ 401 Hakim Chong Siew Fai berkata

“Istilah transaksi di dalam seksen 6 ditakrif sebagai satu kumpulan fakta yang berhubung dengan fakta menjadi isu dan membentuk sebahagian transaksi yang sama. Untuk menjadi rantaian terdiri dari tindakan-tindakan transaksi yang sama ia mestilah dihubung dengan faktor kedekatan masa, kedekatan atau penyatuan (unity) tempat dan satu kelompok tujuan atau niat ( community purpose or design ).

29. Walau bagaimana pun seksen 6 adalah liberal dan tidak menyatakan ianya berlaku pada masa dan tempat yang sama atau berbeza tempat dan masa. Ia nampaknya tidak menekankan berterusan atau perkaitan rapat masa atau tempat.

30. Sebahagian dari kes-kes tempatan yang menerangkan penggunaan kehakiman Doktrin Res Gestea.

31. Tan Geok Kwang v PP [1949] 15 MLJ 203

– tertuduh (perayu ) telah dituduh di Pulau Pinang kerana memiliki pistol .38 pada 13.3.49 di mana kesalahan di bawah peraturan 4(1)(a) Peraturan Darurat, 1949.

32. Fakta kes.

Pada 13.3.49 jam 7.30 -8.00 malam sepasukan polis bertindak di atas maklumat diterima telah pergi ke kawasan setinggan perayu . Pada masa itu cahaya bulan adalah terang. Apabila pasukan polis kira-kira 2 ela dari rumah setinggan seorang lelaki Cina didapati keluar dari rumah tersebut. Beliau juga enggan berhenti dan tembakan telah dilepaskan oleh ketua serbuan. Lelaki cina tersebut telah tercedera dari jeritan kesakitan kedengaran. Lelaki Cina itu kemudian telah menghilangkan diri di dalam belukar berdekatan. Semasa pihak polis mengepong belukar itu sebiji hand-granade telah dibaling keluar dari belukar. Keterangan di berikan oleh pihak polis bahawa belukar tesebut telah di kepong dan tidak seorang dilihat memasuki atau meninggal belukar itu. Pihak polis kemudian menjalankan pemereksaan dan menjumpai tertuduh yang cedera terbaring di dalam parit., Beliau kemudian ditangkap. Semasa tangkapan tidak ada apa-apa yang dijumpai dibadan. Kemudian pihak polis meninggalkan tempat kejadian.

32. Pihak polis pada malam itu datang semula kira-kira jam 9.30 malam dan membuat pemereksaan lanjut dan menjumpai sepucuk pistol bersama bungkusan dokumen di dalam parit di mana tertuduh dijumpai . Pistol dan bungkusan kertas terdapat kesan darah yang kemudiannya disahkan kumpulan darah itu sama dengan kumpulan darah tertuduh.

33. Hakim William semasa memberi penghakiman berkata

“Keterangan berkait membaling hand-granade, berlari ke dalam belukar, dan transaksi sekeliling adalah sebagai sebahagian dari “res gestea” dan diterima (admissible). Justifikasi menerima keterangan adalah kumpulan fakta yang membentuk transaksi ini adalah begitu bersambungan (connected).

34. Tahun berikutnya (1950) hakim William telah menimbangkan dokrirn res gestea dalam dua kes .

*Jaafar Bin Hussain V PP [1950] 16 MLJ 157.

35. Perayu dituduh kerana memiliki senapang patah dan hand-granade. Pada masa ditangkap beliau membawa senapang dan hand-granade tetapi apabila dicabar oleh polis beliau telah membuangnya.

36. Dari permohonan pendakwa perayu hanya dituduh memiliki hand-granade sahaja. Peguam kemudianya membantah keterangan bahawa tertuduh sedang membawa senapang diterima oleh mahkamah kerana tuduhan tersebut telah digugurkan.

37. Mahkamah rayuan memutuskan keterangan tersebut boleh diterima di bawah seksen 6. Apabila seorang dijumpai memiliki senapang dan hand-granade bersamaan dan pada satu masa, fakta tersebut bukanlah sukar. Ianya boleh dirujuk kepada satu transaksi.

38. Hakim berkata lanjut

“Jika seorang didapati membawa senjata api dan peluru bersamaan dan pada masa dan tempat yang sama dan senjata dan peluru dijumpai selepas itu , tidak ragukan terdapat kesenambungan tindakan dan pengumpulan tujuan dan niat ( community of a purpose and design).

39. Mahkamah kerap merujuk kepada kes Chong Kim Seng v PP [1949] MLJ 109 di mana keterangan res gestea tidak dterima dan fakta kes berkenaan adalah sukar dan berbeza.

40. Tertuduh dalam kes ini dapati membawa sebuah beg pakaian mengandungi peluru dihadapan pintu masuk rumah (tuduhan pertama) . Di dalam rumah tersebut dijumpai pistol, handgranade , peluru dan seorang lelaki didapati melarikan diri dari rumah tersebut semasa polis sampai (tuduhan kedua) . Lelaki berkenaan tidak dapat ditangkap. Dalam kes ini tidak ada keterangan pemilikan ekslusif pistol, hand-granade dan peluru yang dijumpai di dalam rumah. Mahkamah dapati tidak ada sebarang peruntukan undang-undang untuk menghubungkan pistol, hand grenade dan peluru dalam pertuduhan kedua.

41. Beberapa hari kemudian mahkamah yang sama memberi penghakiman yang sama pada kes Wong Chik & Anor v PP [1950] 16 MLJ 157.

42. Perayu dituduh kerana membawa senapang patah ,hand-granade dan peluru. Pembicaraan hanyalah dibuat kepada membawa senapang patah sahaja. Dalam kes ini walaupun pembicaraan pada membawa senapang patah, keterangan membawa peluru dan handgranade juga diterima.

43. Dari fakta tidak diragukan bahawa membawa hand-granade dan peluru membentuk sebahagian dari transaksi yang sama dan boleh diterima di bawah seksen 6.

44. *Hamsa Kunju V R [1963] 29 MLJ 228

–satu kejadian yang berlaku pada pagi dikira sebahagian dari transaksi yang sama kepada kejadian yang berlaku waktu malam. 3 tuduhan dibuat kepada perayu kerana mencederakan dengan sengaja pada malam 21.3.62 di mana perayu telah memukul Samsudin dan Simpson yang berkerja di tempat pembinaan. Mahkamah juga telah menerima keterangan pada kejadian pagi tersebut di mana perayu datang dan cuba memukul Simpson dan ditahan oleh Shamsuddin. Semasa kejadian pada waktu pagi Shamsudin berkata dia akan memaklum kepada persatuan dan perayu juga telah berkata kepada Samsudin “jika awak mahu, awak boleh turun juga” dan pada malam itu kedua-dua mereka telah di pukol.

45. Hakim Buttrose berkata

“Kesemua keterangan pada pendapat saya adalah jelas sebahagian dari res gestea dan adalah material dan relevan` (kejadian ugutan pada pagi dan dipukol waktu malam)

46. Tep V R

– jurang 26 minit dikira sebagai fakta yang terputus dengan fakta yang lain. Masa pendek, tindakan dalam kedekatan yang rapat adalah ketat dalam peruntukan seksen 6. Seperti dalam kes Tep V R jarak 20 ela dan masa 26 minit adalah statement yang bukan sebahagian dari res gestae sebab ianya tidak berterusan kepada masa dan tempat dan perempuan itu ada kemungkinan mereka cerita keterangan –jadi ianya hearsay.

47. Walaupun terdapat penggunaan liberal res gestea dalam kes Hamsa Kunju. Mahkamah masih tidak melanjutkan penggunaannya kepada masa beberapa hari. Ianya boleh dirujuk kepada kes-kes berikut :

48. *Leong Hong Khie v PP [1986] 2 MLJ 206 .

2 perayu dituduh bersama kerana mengedar heroin. Keterangan pendakwa adalah bergantung kepada keterangan lisan pegawai kastam

“pemberi maklumat memberitahu saya” (keterangan hendak dibuat adalah berdasar apa yang beritahu oleh pemberi maklumat) . Penerimaan keterangan ini dibantah kerana bercanggah dengan peraturan penerimaan hearsay dan tidak ada sebarang peruntukan mengenainya.

49. Hakim Seah memberi penghakiman berkata

“ianya adalah keterangan dengar cakap yang tidak boleh menjadi sebahagian dari transaksi sama oleh kerana statement dibuat dalam masa 4 hari dan ada kemungkinan cerita rekaan dan tidak ada keputusan lepas yang disebut keterangan dengar cakap yang telah berlaku beberapa hari diterima sebagai sebahagian dari rea gestea”.

50. *JAAFAR BIN HUSSAIN v PUBLIC PROSECUTOR [1950] 1 MLJ 154

Facts:
In this case the appellant was charged with two offences, first with carrying a shot gun at Kuala Krau, Pahang, on 5 January 1950, and secondly with carrying a hand-grenade at the same time and place. At the trial the learned trial Judge directed that the trial should proceed on the second charge only. On the trial of this second charge, evidence was given that the appellant was carrying a gun. The appellant was convicted. On appeal it is argued that the evidence that the appellant was carrying a gun should not have been admitted, because the appellant was being tried on the second charge only, namely, for carrying a hand-grenade.

Held,
(1) that where the acts of carrying arms and ammunition are so connected together as to form one transaction the person so found carrying the arms and ammunition should be charged with both offences and tried at one and the same trial for both of them; (2) that where, as in this case, one of the charges is stayed and the other charge is proceeded with, the evidence touching the charge which has been stayed is admissible, as the facts are so connected with the facts on which the other charge is born as to form part of the same transaction; (3) that the evidence was rightly admitted in this case and therefore the appeal must be dismissed.

51. *KUNJU v REGINA [1963] 1 MLJ 228

Facts:
The appellant was convicted on three charges of causing hurt and grievous hurt by a dangerous weapon and was sentenced to various sentences which were to run concurrently. The learned District Judge found as a fact that the appellant without provocation and without acting in self-defence committed the offences with which he was charged.It was argued for the appellant that the learned District Judge had erred in law in admitting certain evidence, particularly with reference to an alleged incident at the Delta Road work-site on the morning of 21 March 1962. The assaults which formed the subject matter of the charges occurred on the night of 21 March. The evidence alleged to be prejudicial to the fair trial of the appellant was that on that very morning an incident occurred between the appellant and one Simpson, a fellow labourer at the work-site in which Samsuddin one of the complainants intervened. It appeared that during the course of this incident the appellant struck Simpson, and Samsuddin, who was on top of a piling frame nearby, called out that it was not right for the appellant to hit such a weak man and that the Union could deal with the matter. According to Simpson’s evidence the appellant said to Samsuddin, “if you want to you can come down too,” to which the latter replied that he did not go there to fight but to work and that he would report the matter to the Union.

Held:
(1) the whole of that evidence was part of the res gestae and was material and relevant.
Samsuddin’s interference in the incident and his threat to report the matter to the Union supplied a motive for the attack on him by the appellant a few hours later. It was on an entirely different footing to evidence tending to show the previous bad character of the appellant or to evidence of similar acts tending to show that the appellant was likely to have committed the offence for which he was tried;
(2) even if the evidence was inadmissible and had been excluded, the learned District Judge could not have arrived at any other conclusion than the one which he did.

52. *LEONG HONG KHIE v PUBLIC PROSECUTOR AND TAN GONG WAI v PUBLIC PROSECUTOR [1986] 2 MLJ 206

53. Facts:

These were appeals against the conviction of the appellants on a charge of trafficking in a dangerous drug. The principal evidence against the appellants was given by a Senior Customs Officer who stated that he acted on information from informers. It was sought at the trial to introduce evidence of oral statements made to the witness by two informers, neither of whom was called to testify. The defence objected to the evidence on the ground that it contravened the rule against the admission of hearsay evidence and also because it did not fall within any of the recognised exceptions thereto. The learned trial judge ruled that the statements were admissible and convicted the appellants — See [1985] 1 MLJ 355. The appellants appealed.

54. Held

(1) the general rule is that hearsay evidence is not admissible as proof of a fact which has been stated by a third person. In Malaysia certain exceptions have been set out in s 32 of the Evidence Act, 1950, but these statutory provisions were not relied in this case;

(2) the general proposition laid down by the Privy Council in the case of Subramaniam v Public Prosecutor [1956] MLJ 220 must be read subject to this condition viz that the statement must be directly relevant in considering the state of mind of the witness to whom it is made. In other words the proposition could only apply when the mental state of the witness evidenced by the statement was itself directly in issue at the trial;

(3) in this case the prosecution had failed to satisfy this strict test. Since the mental state of both the appellants was not in issue at the trial, the condition had not been satisfied. All the statements allegedly made by the informers to the witness are to be treated as hearsay evidence and therefore inadmissible in law and ought to have been rejected by the learned trial judge;

(4) none of the reasons given by the learned judge come within the statutory exception to the hearsay rule contained in s 32 of the Evidence Act 1950 and the res gestae rule does not and cannot apply to the facts of the case;

(5) the hearsay evidence of the informers was so interwoven with the testimony of the principal prosecution witness that its misreception had seriously prejudiced the fair trial of the appellants and resulted in a miscarriage of justice. Having regard to the other oral evidence, it would be unsafe to allow the conviction to stand, as there was no satisfactory oral evidence to support the con viction.

PETA PELAYAR