FOLLOWERS

Monday, 25 May 2009

NAK CUBIT DATO SERI SHAHRIZAT SIKIT !



Penghuni Gua dah begitu lama mengikuti perkembangan dan cara kerja Dato Seri Sharizat ( Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga ). Cara kerjannya macam bomba dan kadang-kadang macam Yo Yo.


2. PG katakan bagai bomba kerjanya kerana, YB ini akan bergerak dan nampak bergerak jika ada isu yang dipapar di media. Jika tiada maka senyap sunyilah . Kita pun kadang kala tertanya samada YB ini masih menteri ke atau dah berhenti.


3. Kalau ada isu, nampaklah bagai nak runtuh langit dan merekah bumi ke hulu ke hilir . Siboknya bukan main. Ada isu di media maka beliau akan mencadangkan berbadai akta, dasar, dan akan berjumpa dengan berbagai pihak. Kemudian diam. Sunyi sepi.


4. Kes terbaru , PG lihat di berita utama TV3 jam 8 malam tadi tentang kesulitan yang dihadapi oleh seorang anak untuk memberiak rawatan perubatan kepada ayahnya yang sakit di Kuala Terengganu. Si anak minta bantuan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jawapan yang diterima oleh di anak ialah permohonan gagal kerana bukan rakyat Terengganu.


5. Belajar di mana peraturan sebegini. Ia melibatkan nyawa. Si anak juga sudah tua dan uzur ( 75 tahun ) dan miskin juga. Jawapan yang diberikan oleh jabatan ini seperti peraturan rimba. Mungkin pengarah jabatan ini di Kuala Terengganu ini terlalu tolol untuk menguruskan hal ini.


6. Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan rakyat akan menyalahkan kerajaan. Padahal ia kelemahan Menteri dan ketua jabatan berkenaan yang tidak memantau prestasi pegawai bawahan mereka. Mungkin mereka bekerja hanya di pejabat dan hanya menanti aduan. Tiada aduan maka tak perlu susah payah turun kebawah kerja. Ini pegawai bodoh namanya.


7. Kepada Menteri yang berkenaan , sudah banyak kali isu-isu dan kes-kes sebegini keluar di media cetak dan elektronik. Bila keluar berita sebegini maka masing-masing beriya-iya lah menyelesaikannya. Jika tidak haram tak menjenguk. Jadi kepada YB Menteri, buatlah pemantauan terhadap ketua-ketua jabatan di bawah anda dan kepala mereka ini perlu di basuh hari-hari. Ambil tindakan tatatertib jika berlaku lagi kecuaian sebegini.


8. YB Menteri juga perlu lebih proaktif. Buat dasar baru mengenai bantuan perubatan, kemiskinan dan sebagainya. Inilah perkara yang mendekatkan rakyat dengan pemerintah. Buat akta dan peraturan yang baru. Yang tak sesuai dipinda dan diperbaharui setiap masa. Bukan menanti adanya kes atau isu yang berbangkit baru masing-masing nak menonjolkan diri di TV dan akhbar.


9. Cukuplah bekerja secara bomba ini. naik menyampah melihatnya. Tingkatkan KPI menteri dan ketua jabatan yang lembab begini. Ambil tindakan pembetulan dengan segera dengan menukar dengan Menteri atau ketua jabatan yang lain disamping tatatertib jabatan.


10. Kelembapan mereka ini akan terus menerus lembab sekiranya kita sebagai pemimpin tidak berkeras dengan mereka ini.


11. Bangunlah YB Menteri, hentak kepala ketua-ketua jabatan yang berjuang diatas permaidani merah ini. YB Menteri juga sepatutnya lebih kerap ke bawah. Ramai lagi rakyat yang melarat dan tidak tahu ke mana harus mereka mengadu. Tolonglah bangun dari tidor YB.


KPI YB setakat ini yang dinilai oleh banyak pihak seperti kami ini jauh lagi dari takap KPI yang diharapkan. Tahap cukup makan pun tak sampai.

1 comment:

PETA PELAYAR