FOLLOWERS

Sunday, 24 May 2009

MAKLUMAT KEPADA PENGANJUR DEMO MENYOKONG LTTE DI MALAYSIA : LIHAT KEKEJAMAN LTTE TERHADAP ORANG ISLAM



1. Hari ini di Bt Cave dianjurkan satu perhimpunan menyokong Pengganas LTTE dan membantah apa yang didakwa kononnya kekejaman Kerajaan Sri Lanka terhadap LLTTE dan masyarakat Tamil di Seri lanka. Kepada mereka ini PG ingin paparkan tulisan dari Blog : Faisal Tehrani yang menerangkan dengan jelas kekejaman LTTE terhadap minoriti India Islam di Semenajung Jaffna yang satu ketika dulu di kuasai oleh LTTE.

2. Kepada pengajur perhimpunan itu, jangan buta dan membutakan mata terhadap kekejaman pengganas LTTE ini hanya kerana persamaan kaum dan agama sahaja.

3. Lihatlah secara holistik kekejaman pengganas ini.


4. Pesanan ini juga di sampaikan kepada MIC yang membantah sokongan Malaysia kepada Sri Lanka berkaitan isu yang sama kelmarin dulu.


Dipetik dari Blog : Faizal Tehrani
24 May 2009

Bantahan Keganasan Perang atau Demo Pro LTTE?

Saat ini di New Delhi, media sedang hangat membincangkan tentang kabinet baharu Perdana Menteri Manmohan Singh. Lain dari itu berita kematian komander LTTE, Velupillai Prabhakaran turut mendapat liputan. Saat saya mengetik blog dan berita tanahair, saya agak terkejut membaca laporan mengenai ribuan orang berkumpul di kuil Batu Caves untuk membantah pembunuhan orang awam di Sri Lanka (baca orang Tamil: lihat sini).

Khabarnya mereka membantah jenayah perang oleh kerajaan Sri Lanka terhadap orang Tamil dalam peperangannya dengan LTTE yang mahu mewujudkan negeri Eelam di utara Sri Lanka. Protes tersebut dikatakan perlu, untuk menunjuk rasa terhadap nasib ribuan mangsa yang tidak berdosa: terkorban dan kehilangan kediaman.Saya ingin mengingatkan di sebalik kematian orang awam berbangsa Tamil yang tidak berdosa ini, orang terlupa polisi pembunuhan beramai-ramai LTTE terhadap muslim di utara Sri Lanka.


Sekiranya protes ini adalah protes terhadap pembunuhan orang tidak berdosa dan mangsa perang ia haruslah mengisi sama apa yang menimpa umat Islam Tamil di Sri Lanka. Sekiranya penganjur mengabaikan hakikat ini, maka protes dan perhimpunan ini hanyalah satu perhimpunan pro LLTE yang menurut saya amat amat menjengkelkan.Saudara pembaca mungkin terlupa atau kurang tahu apa yang berlaku pada 3 Ogos 1990, apabila LTTE Tamil Tiger (yang mendakwa pejuang masyarakat Tamil) ini telah membunuh 103 umat Islam Tamil yang sedang bersolat di Masjid Kattankudiy di Batticaloa.


Perkara sama berlaku pada 3 Ogos 2006 di Muttur. Badan hak asasi manusia - The Society for Peace, Unity & Human Rights in Sri Lanka (SPUR) - yang beribupejabat di Victoria, Australia menyatakan pembunuhan terhadap umat Islam Tamil oleh LTTE ini turut berlaku di Kebitigollewe (15 Jun 2006), juga di desa Kalyanapura, Gomarankadawala pada 23 April 2006 dan pembunuhan di Welikanda ada 29 Mei 2006.Untuk mengingatkan saudara akan tragedi berdarah ini, saya akan menurunkan sejumlah foto peristiwa kejam tersebut. Jangan teruskan melihat sekiranya saudara tidak cukup kuat.



Foto-foto mengejutkan ini dirakam oleh Martin Klejnowski dan Madeleine Leeson, dua orang jurnalis Reuters yang berjaya menyusup masuk ke dalam wilayah penguasaan LTTE pada waktu itu. Leeson melaporkan terdapat mayat ditemui tersandar di dinding masjid berhampiran jendela menunjukkan mangsa cuba melarikan diri tetapi tidak dilepaskan.


Pembunuhan beramai-ramai pada 3 Ogos 1990 tersebut menyaksikan kesyahidan Akram (6 tahun), Ajimeel, Jaroon dan Rizwan (10 tahun), Asroof 11 (tahun), Dalhan Haris, Fauser Hassan, Arip, M. Ajimal, Makeen, Kamaldeen dan Imtiaz (semua berusia 12 tahun), Anas, Faizal, dan M.B.Jawad (13 tahun), Sameeen, Jaufer, Samath, Mohammed Fauzer, Safar, M. S. M. Jaufer (14 tahun), dan Fazlan (15 tahun). Anak-anak ini dari sebuah sekolah yang sama dan dikatakan ke masjid pada hari tersebut untuk belajar membaca al-Quran.


Pembunuhan ini berlaku ketika mereka sedang sujud sedang mereka bukanlah tentera atau bersenjata.Pada jam 7.20 malam, seluruh pekan Katankudi bergelap. Jemaah meneruskan solat dalam gelap. Tidak lama kemudian muncul kenderaan Hiace putih, van rasmi LTTE dengan anggota bersenjata. Mereka masuk menembak secara membuta babi, malah kesan peluru turut tertanam di dinding masjid.Peristiwa ini dilaporkan oleh A. I. Ismail yang pada waktu itu berusia 55 tahun. Dan oleh M.M. Akbar yang ketika itu berumur 16 tahun.


Kedua-duanya terselamat dari pembunuhan dengan berpura-pura mati. Tetapi mereka cedera parah kerana gerila LTTE terus menembak mayat yang terbujur di lantai masjid demi memastikan mereka benar-benar mati.Dalam keghairahan Pakatan Rakyat khususnya PAS meraih sokongan bukan Islam (Melayu), saya ingin mengingatkan supaya parti PAS tidak sekali-kali ikut terlibat menyokong motif perhimpunan ini (meski dalam senyap). Malah saya berpendapat, sekiranya PAS mendiamkan diri pun tidak wajar.


Ini kerana PAS adalah parti Islam yang bertujuan untuk mengangkat maruah umat Islam secara global.Biarkan pemimpin sebuah 'parti sekutu' dalam Barisan Nasional dengan penuh desperado memuja Liberation Tigers Of Tamil Elam (lihat sini). Perhimpunan untuk mengutuk keganasan perang memang harus disokong, ia adalah hak dalam demokrasi; tetapi perhimpunan untuk menyokong LLTE harus dikecam dan harus dikekang.


LTTE adalah teroris yang bukan sahaja membunuh orang Islam tetapi juga bertanggungjawab terhadap pembunuhan Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi pada 21 Mei 1999 oleh Thenmuli Rajaratnam dari skuad berani mati LTTE (lihat di sini).LTTE bukanlah juara masyarakat Tamil seperti yang didakwa. Mereka adalah pengganas. Ini dianalisis secara akademik oleh Professor Shantha K. Hennayake dalam eseinya yang terkenal berjudul 'Is LTTE the Sole Representatives of Tamils?' (klik sini)Masyarakat Tamil tempatan perlu sedar mereka berada di Malaysia; dan kerukunan serta keharmonian antara ras perlu dikekalkan.


Apa pun masalah bangsa Malaysia harus diselesaikan dengan formula lokal. Perhimpunan pro LTTE hanya akan menyalakan api antara kaum dan agama tanpa kita sedari. Jika tidak, perseteruan di luar negara ini dapat berjangkit di negara kita. Maka pihak berkuasa amat perlu mengambil aksi preventif secara berani. Ini termasuklah, Barisan Nasional sendiri perlu mengambil tindakan terhadap 'pemimpin mereka' yang tanpa segan silu mengidolakan pengganas LTTE.


No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR