FOLLOWERS

Wednesday, 30 June 2010

BUBAR SAHAJA SPRM !!!!!

( Ini barangkali wajah........................)



SHAH ALAM 30 Jun - Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan, Mohammad Hamdan Wahid hari ini dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan RM925,000, tujuh tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohammad Hamdan, 47, dari Bandar Baru, Sri Petaling, Kuala Lumpur. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lepas dan lepas lagi jerung-jerung yang makan kedarah rasuah ini. Pusingan ini akan terus berjalan.

2. Kerajaan dah menambahbaik BPR kepada SPRM. Lantik lembaga Pengarah dan Ketua Suruhajaya baru. Hasilnya masih sama. Lepas dan terus lepas. Serupa macam dulu semasa namanya BPR. 85 % , kes-kes yang dikendalikan oleh SPRM semuanya lepas dan terus lepas.

3. Berpuluh dan beratus juta dibelanjakan untuk meningkatkan prestasi SPRM. Tak cukup peralatan, ditambah berbagai peralatan termasuk peralatan risikan. Kata tak cukup pengawai penyiasat, kerajaan tambah pengambilan beribu pegawai penyiasat SPRM yang berijazah dalam pelbagai bidang. Hasilnya masih sama. Lepas dan terus lepas / buang kes.

4. Siasatan SPRM pun dilihat macam kura-kura dari segi masa yang diambil unuk menyiasatnya. Lihat ajelah kes rasuah haji TGNA dan menantu serta keluarganya. Sehingga kini, habok pun tak ada.

5. Terbaru, SPRM meminta kuasa mendakwa. Kes atau kebenaran mendakwa tidak perlu diminta dari YAA Peguam Negara. Mereka nak kuasa sendiri.

6. Pada PG, kerajaan jangan layan lagi kerenah SPRM ini. Tak pernah cukup. Kerjanya hampas juga. Baik tutup dan bubar aje SPRM . Serap aje ajensi ini ke agensi lain. Buat habis ke beras aje. Baik kerajaan arahkan RELA atau pelarian Balasundram aje yang menyiasat. Dia duduk di London pun tak ada kerja juga. Baik beri kerja kepadanya. Boleh juga bagi sub kontrak kepada YM Raja Petra. Ada juga hasilnya.

7. Bubar aje SPRM. Bubar terus.!!!!!!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HARBEAS CORPUS / KETERANGAN DENGAR CAKAP !


[1993] 1 MLJ 12
Teoh Yook Huwah v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Ors
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
05–95–91

Judges GUNN CHIT TUAN SCJ
EDGAR JOSEPH JR SCJ
EUSOFF CHIN SCJJ SCJ

Date 21 DECEMBER 1992
Citation [1993] 1 MLJ 12


Catchwords:

Constitutional Law — Habeas corpus — Allegation that detainee had been assaulted — No evidence produced — Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Peruntukan Pencegahan Khas) 1985. Suatu permohonan untuk habeas corpus telah dibuat atas alasan bahawa perayu telah diserang semasa beliau ditahan di balai polis sementara menunggu penyiasatan. Permohonan itu hanya berasaskan afidavit kakak perayu yang difailkan sebagai menyokong permohonan itu. Tidak terdapat afidavit yang menafi.

Hakim yang arif mendapati sebagai fakta bahawa perayu telah diserang seperti yang dikatakan tetapi beliau telah menolak permohonan untuk habeas corpus atas alasan bahawa habeas corpus bukan remedi apabila orang tahanan dibuktikan telah diserang. Perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Konsesi oleh peguambela kanan persekutuan bahawa fakta seitu patut dianggap sebagai titik persamaan adalah salah kerana tuduhan serangan yang dibuat di dalam afidavit oleh kakak pemohon adalah tidak berguna kerana ia sepenuhnya dengar cakap. Oleh kerana tidak ada keterangan menunjukkan bahawa perayu telah diserang, tidak terdapat apa-apa yang perlu dinafidan oleh itu tidak perlu afidavit menafikannya.

(2) Asas fakta untuk perkara undang-undang yang dikemukakan oleh peguambela perayu, iaitu tuduhan serangan itu, tidak wujud dan oleh itu rayuan mestilah ditolak.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

MB SELANGOR : BERCUTI TERUS LE !!!!





Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan bercuti selama lima mulai esok, berkata kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor tanpa berkuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru."

Bermula esok, Khalid akan ke Singapura bagi menghadiri Persidangan Bandar Sedunia esok dan seterusnya ke Brisbane, Australia untuk menghadiri satu sesi perbincangan dengan para graduan terpilih University of Queensland. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hai bercuti pulak nampaknya YAB MB Selangor ni. Mungkin bercuti bagi mengubat hati yang luka.

2. Kuasa / tulang rusuk kanan nya telah dipatahkan oleh Azmin Ali. YAB MB Selangor kedudukan sekarang ini, berjalannya senget sebelah kanan. Chasis lari kerana kerangka kanan telah dipatahkan oleh Azmin.

3. Dicadangkan YAB MB Selangor, bercuti terus dari politik dan dari MB Selangor. Anda telah dimalukan. Jadi baik cuti terus. Ramai yang sedang menunggu untuk merebut hasil rampasan perang yang akan berakhir pada PRU 13. Cepat sebelum terlambat.

Tuesday, 29 June 2010

KUDA DAP !

Dipetik dari : Malaysia Instinct Com


Penghuni Gua : Fikirkanlah Bangsa Melayu. Fikirkan. Inilah apa yang berlaku kini ! Fikirkan.

ULAMA PIPI TERSORONG !



'Hosni ulama tak diundang Umno'
Jimadie Shah Othman
Jun 28, 10
7:35pm


Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah UMNO dan Shahidan Kasim kerana berjaya menarik minat beberapa ulama dan mereka yang berlatar belakangkan agama menyertai parti ini. Semuga UMNO terus segar dengan keislamannya.

2. Biarlah tidak mencukupi 4 orang pun. Faktanya , ulama dan mereka yang berkelulusan Phd agama menyertai UMNO pada tarikh tersebut. Banyak lagi yang lain tak sertai pun tetapi masih menjadi pendokong kuat parti ini.

3. Seorang dua yang todak menyertainya dan mendakwa di sabotaj oleh beberapa pihak kononnya di tipu untuk masuk UMNO tu, biarkanlah. Menurut anak Dr Asri pun, beliau tak di jemput pun ke majlis tersebut. Mungkin spy yang nak spin majlis tersebut. Biasalah, ini kerja mereka pun.

4. Ulama ini ini pipinya tersorong. Tak dijemput pun datang ke majlis . Biasalah. Daj di ajar oleh gurunya begitu. Ulama pun manusia juga. Dari dulu lagi, ulama begini bersepah di dunia ini. Lihat ajelah di Malaysi ini pun, terutama ulama politik. Mulut mereka mengalah mulut kita yang awam ini. Siap memaki hamun dan mendoa bala untuk orang lain. Kita jauh lebih baik dari mereka walaupun tak berkopiah dan berserban. Kalau bab fitnah ini jangan cakaplah. Lihat ajelah Harakah tu. Pergi haji pun kedarah duit rasuah tetapi di pusing jadi duit sponsor ( RM 60 seorang pulak tu, satu keluarga lagi siap dengan menantu yang dok menyelit / undercover ). Jadi itulah wajah mereka. Di luar negara pun , siap mereka berbunuh sesama islam. Hanya kerana mereka merasakan mereka lebih islam dari yang lain. Lihat aje di Pakistan, Iraq, Afghanistan dan sebagainya.

5. Apa pun , tahniah kepada ulama ini. Semuga penyertaaan mereka dapat menyegarkan UMNO dan memperbaikinya secara perlahan-lahan.

Monday, 28 June 2010

INI PUN SEORANG LAGI ANAK ORANG BAIK-BAIK !!!!



SHAH ALAM 27 Jun - Seorang anggota polis trafik cedera selepas dirempuh mat rempit semasa sedang menjalankan operasi cegah lumba haram berhampiran masjid negeri, di sini awal pagi ini.
Sarjan Abd. Wahid Dikon, 42, kini dirawat di wad pemerhatian Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, seorang penunggang motosikal yang dipercayai suspek kejadian telah ditahan bagi membantu siasatan. - Utusan

Penghuni Gua : Ini pun seorang lagi remaja dari kalangan anak orang baik-baik. Biar le dia langgar polis pun. Mati pun tak apa. Kejar , mati kena langgar pokok pulak nanti dikatanya polis kasar dan sebagainya. Sekarang pun , polis dicadang bawa kayu penukul aje masa bertugas. Pistol dicadang supaya jangan di bawa.

2. Sehingga kini PG perhatikan tak ada pun sekelibat manusia iaitu pejuang-pejuang hal asasi di Malaysia seperti SUHAKAM, Majlis Peguam, pemimpin PKR seperti si Koya Kutee, Tian Chua, Mahfuz, Tantawi dan sebagainya yang mengeluarkan kenyataan mengutuk perbuatan remaja ini melanggar anggota polis berkenaan. Ke mana pejuang ini yang saban hari riuh terutamannaya dalam kes di Shah Alam tempoh hari. Segala manusia pejuang ini melalak dan melawat rumah remaja ini untuk dapat faedah politik jangka pendek.

3. Nak menjengok hospital di mana anggota ini di rawat pun sehingga kini tak ada lagi lawatan oleh manusia " prihatin " hak asasi ini. Cakap aje lebih. Ke mana pergi lalakan anda tentang hak asasi selama ini?

4. Tak ada ke hak asasi untuk anggota polis yang saban hari berpanas untuk keselesaan anda?

5. Tak apalah! Nak buat macam mana, remaja ini anak orang baik-baik dan berhak asasi.!!!!!!!!Biarkan.

Sunday, 27 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN KONTRAK / PAJAKAN PREMIS !


[1993] 2 MLJ 250
Yap Nyo Nyok v Bath Pharmacy Sdn Bhd
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CIVIL APPEAL NO KG 27 OF 1991

Judges CHONG SIEW FAI J

Date 27 APRIL 1993
Citation [1993] 2 MLJ 250


Catchwords:

Contract — Terms — Implied terms — Whether termination term can be implied into a contract — Intention of parties — Business efficacy

Landlord and Tenant — Determination — Sublease for a fixed term of ten years — Whether plaintiff entitled to terminate sublease prematurely

Landlord and Tenant — Notice to quit — Three months’ notice — Whether length of notice sufficient — Burden of proof on plaintiff

Words and Phrases — ‘Sooner determination’
Civil Procedure — Pleadings — Necessity for express pleadings — Material facts not pleaded — Whether plaintiff should be allowed to adduce evidence of such pleading

Bahasa Malaysia Summary:

Tan Soi Lui (‘Tan’), sebagai pentadbir harta pusaka mendiang suaminya (‘Chong’), telah bersetuju memajak kecil sebuah rumahkedai (kepunyaan Chong) kepada defendan untuk tempoh sepuluh tahun. Defendan telah mengambil milikan sebagai penyewa rumahkedai itu pada 16 Ogos 1988. Apabila Tan meninggal dunia, Joseph Chong telah dilantik sebagai pentadbir de bonis non harta pusaka Chong. Melalui suatu memorandum pajakan kecil yang bertarikh 15 Julai 1989, Joseph Chong sebagai pentadbir, telah memajak kecil rumahkedai itu kepada defendan untuk baki pajakan kecil selama sepuluh tahun itu.

Pada 30 Mei 1989, Joseph Chong sebagai pentadbir telah mengikat suatu perjanjian jualbeli rumahkedai itu dengan plaintif, tertakluk kepada pajakan kecil defendan. Melalui suatu notis bertarikh 27 Disember 1989, plaintif telah memberi defendan suatu notis keluar dalam masa tiga bulan. Atas kegagalan defendan berbuat demikian, plaintif telah memulakan prosiding di mahkamah majistret untuk menuntut, antara lain, milikan rumahkedai itu serta gantirugi untuk tuduhan pencerobohan. Majistret telah menolak permohonan plaintif, dalam mana plaintif telah membuat rayuan terhadap keputusan itu dan membangkitkan perkara undang-undang seperti yang berikut:

(1) sama ada plaintif berhak untuk menamatkan pajakan kecil itu pramasa; dan

(2) sama ada notis keluar yang telah diserahkan oleh plaintif kepada defendan adalah munasabah serta baik dari segi undang-undang.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Menurut fasal 4 dalam terma dan syarat pajakan kecil itu, perkataan-perkataan ‘sooner determination’ merangkumi situasi di mana syarat atau waad yang terkandung di dalam pajakan kecil itu memperuntukkan penamatan pajakan kecil itu dalam tempoh sahnya; tetapi penggunaan perkataan-perkataan tersebut dengan tersendiri tidak akan mewujudkan suatu syarat atau waad tersirat untuk membolehkan pemegang pajakan kecil menamatkan pajakan kecil itu sebelum tamatnya tempoh yang telah ditetapkan. Jika dimaksudkan bahawa satu atau mana-mana pihak mempunyai pilihan menamatkan suatu tenansi bagi suatu tempoh yang tetap sebelum tamatnya tempoh itu, kebebasan memilih sedemikian biasanya diperuntukkan. Mahkamah tidak patut memasukkan waad atau stipulasi tersirat yang mungkin atau yang seharusnya dinyatakan.

(2) Pada amnya, semua pihak kepada suatu kontrak dianggap sebagai telah memasukkan kedalam kontrak itu segala terma dan syarat yang mereka kehendaki. Sesuatu terma tidak boleh tersirat kecuali kesemua pihak bersetuju membuat sedemikian dan sesuatu terma hanya boleh tersirat ke dalam suatu kontrak jika ia dapat memberi ‘business efficacy’ kepada kontrak tersebut dan jika ianya jelas. Fasal 4 perjanjian itu boleh berkuatkuasa tanpa keperluan untuk memasukkan waad tersirat yang membolehkan pemberi pajakan kecil menamatkan pajakan kecil itu dalam tempoh sahnya dan ujian bagi ‘necessary for business efficacy’ tidak memerlukan waad tersirat yang dicadangkan yang memihak kepada pemberi pajakan kecil kerana kewujudan fasal 4.

(3) Beban membukti dipikul oleh pihak plaintif untuk menunjukkan bahawa tempoh masa yang diberi olehnya di dalam dalam notis keluar itu adalah memadai. Di dalam kes ini, mahkamah berpendapat bahawa tempoh tiga bulan yang diberi di dalam notis keluar itu tidak mencukupi dan tidak boleh menamatkan pajakan itu.
Obiter:

Semua fakta penting yang menjadi asas tindakan hendaklah dikemukakan. Setiap pihak mestilah mengemukakan kesemua fakta penting yang mereka ingin bergantung di dalam perbicaraan itu. Meskipun defendan tidak membantah terhadap kegagalan plaintif mengemukakan material yang diperlukan untuk menyokong tuntutannya, plaintif tidak seharusnya dibenarkan untuk mengemukakan dalam penyampaiannya, sebarang hal atau perkara yang penting kepada tuntutannya dalam tindakan ini yang langsung tidak dinyatakan, dan di mana keterangan juga tidak dikemukakan. Plaintif tidak akan dibenarkan untuk mengemukakan sebarang keterangan mengenai pliding yang sedemikian.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

RIADAH KUDA DI HUTAN REKREASI AYER KEROH MELAKA !




Pagi , petang semalam dan pagi ini, PG beriadah menunggang kuda di Ayer Keroh Melaka. dapat jugalah dalam 3 kali tunggangan untuk jarak 35 km. Sihat juga rasa badan kerana sudah 3 minggu tidak menunggangnya. Nama kuda ialah Patriti ( hitam menawan ).

2. Cuma ada perkara baru di sekitar Ayer Keroh semasa PG menunggang kuda tersebut ialah kemudahan dan prasarana baru yang diujudkan di kawasan ini iaitu di sediakan Buggy jenis seorang, 2 orang dan keluarga yang mana di kenakan sedikit bayaran antara RM 10 ke RM 20 satu Buggy. Dengan menggunakan Buggy ini, anda semua yang melawat Melaka khasnya di Ayer Keroh, dapat meninjau dan menikmati rasa nyaman dan kehijauan di sekitar dan di dalam hutan Rekreasi Ayer Keroh berkenaan. Jaraknya lebih kurang 3.5 km sekali pusingan.

3. Keduanya , baru dibangunkan tempat riadah keluarga iaitu Melaka Wonderland ( Theme Park ) yang didirikan di belakang Hutan Rekreasi Ayer Keroh bersempadan dengan Taman Tasek Utama. Amat baik dan ramai pengunjungnnya. Ia lebih kurang sama seperti Taman Tema di Sunway Lagoon. Dengar katanya dalam tempoh 2 tahun lagi , ianya akan menjadi taman tema yang terbesar di Malaysia.

4. Selamat berkunjung ke Melaka. Melaka ada segalanya untuk faedah keluarga anda. Melawat Melaka, anda melawat seluroh Malaysia sebenarnya.

Nota : Maaf kerana tak dapat disiarkan gambar kemudahan Buggy dan Taman Tema untuk tatapan pembaca kerana gambar yang diambil pagi tadi kurang baik mjtunya. Lain kali , PG akan paparkan.

KJ ! YB IBRAHIM KIRIM SALAM !!!!





KOTA BHARU 26 Jun – “Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi.”

Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Ibrahim berkata, pertubuhan tersebut sememangnya ‘jaguh kampung’ kerana di kawasan tersebut terdapat ramai orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan pembelaan.

Katanya, Perkasa terpaksa memperjuangkan hak kaum pribumi kerana nasib mereka semakin dihimpit apatah lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin Khairy semakin lesu.

“Saya gembira (dengan kenyataan Khairy) sebab saya memang dibesarkan dengan nyamuk di kampung dan bukannya dilahirkan di Kuwait apatah lagi belajar di Oxford.

“Maka sebab itu nasib orang kampung khususnya Melayu dan bumiputera perlu dibela kerana banyak isu yang dibangkitkan hari ini membabitkan kepentingan bumiputera.

“Perkasa hanya mengisi ruang di atas kegagalan Pemuda UMNO yang semakin lesu di bawah pimpinan Khairy,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa pendekatan digunakan Perkasa terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Jawapan itu diberikan Khairy ketika ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu.

Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Khairy turut dilaporkan berkata, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.

Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyibuk kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputera dalam isu biasiswa.

“Kenapa tiba-tiba dia pertahankan Ka Siong sedangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana saya percaya laporan akhbar tidak silap.

“Saya ingin bertanya di mana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dihentam kerana membela Melayu?,” katanya.

Beliau turut mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO dan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Apakah Khairy faham konsep 1Malaysia, Perdana Menteri sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa konsep tersebut tidak sama dengan gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP kerana 1Malaysia masih di bawah payung Perlembagaan negara,” katanya.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada pelajar Melayu tidak mendapat biasiswa walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Semalam seorang ibu menghubungi saya kerana anaknya, Muhd. Asyraf Fahmi Abdul Razak dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu yang mendapat 12A tidak mendapat biasiswa untuk ditempatkan ke universiti yang lebih baik.

“Saya akan membawa kes ini mengikut prosedur tetapi sekiranya pelajar ini tidak diberikan biasiswa saya akan memulakan langkah untuk menyaman kerajaan,” katanya.

Penghuni Gua : Sudah lah KJ. Di luar ni, semua orang menyampah kepada anda. Anda adalah liabiliti kepada parti dan kerajaan........................Cuba buat kaji selidek kalau tak percaya.

2. Tahniah YB Ibrahim. Anda betul . Pandangan anda terhadap KJ tepat sekali. Salam untuk KJ. Lihat-lihatlah ke bawah sikit . Juga lihat ke belakang sekali sekala. Lihat juga siapa kita..................

Saturday, 26 June 2010

MAKANAN LAUT DI PERKAMPUNGAN PORTUGIS MELAKA !!! JOM DATANG !!!!



PG dan keluarga bersama ibu mertua pada malam ini jam 8 malam telah keluar makan di perkampungan Portugis di Ujung Pasir , Bandar Hilir Melaka. Kebetulan pada malam ini di dapati perkampungan tersebut begitu meriah dengan Pesta San Pedro yang bermula dari 23 jun dan akan berakhir pada 29 jun.

2. Berbagai gerai dan persembahan diadakan di perkampungan tersebut dan pengunjungnya begitu ramai. PG dan keluarga telah menjamu selera di Restoran De Costa ( gerai no. 8 ). Inilah gerai paling enak makanan lautnya. Samada masak lala bersambal, ketam masak lada hitam atau dengan butter dan ikan jenahak masa stim halia. Berpeluh jugalah dibuatnya. harganya tak mahal untuk makan 6 orang. tetapi bengkok juga lah RM 176.20.

3. Sesiapa yang melintasi ke Melaka, PG cadangkan singgahlah makan di perkampungan Portugis ini terutama di Restoran De Costa ini. Tak rugi. Amat enak masakannya. Cuma gerai ini dibuka dari jam 6 petang hingga 12 malam sahaja. Gerai ini PG dah mula makan pada tahun 1986 lagi sehinggalah sekarang.

4. Di perkampungan ini juga , bagus untuk riadah bersama keluarga kerana ada kawasan rekreasi yang mana keluarga dan anak-anak boleh bermain dan makan-makan dengan dihembusi angin Selat Melaka. Kawasan riadah / benteng / jeti , amat indah pemandangannya. anda akan nampak kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka semasa menjamu selera. Kedudukan dan keindahan Pulau Besar pun nampak di kejauhan.

5. Jemput datang ke Melaka untuk menjamu selera di sini. Anda takkan rugi kerananya. Kampung ini telah diistiharkan sebagai " Malacca world heritage city ".

HUDUD , SENDIRI MAHU INGAT LAH PAS : AGENDA DAILY



PAS: Sendiri mahu ingat…

Oleh: ROSLI ISMAIL


Cakap memang senang begitu juga kalau setakat untuk retorik saja dan cara yang paling mudah untuk menutup kegagalan tuding jari salahkan orang lain.

Ini merujuk kepada pengakuan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS belum mampu untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

Apa yang dinyatakan oleh Presiden PAS itu dalam ucapan dasar merasmikan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di Kota Bharu Jumaat bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Ini kerana di Kelantan sendiri yang ditabir oleh PAS dibawah Musyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat selama lebih 20 tahun sistem pemerintahan yang dihajatkan oleh PAS belum dapat dilaksanakan.

Malah ada yang bertanya contohnya, apakah cara Menteri Besar itu melantik menantunya sendiri sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan tabir urusnya dipertikaikan sesuatu yang selaras dengan prinsip parti itu.

Haji Hadi tentu tahu kerana beliau mengetuai rombongan pimpinan PAS ke Kota Bharu untuk memujuk Nik Aziz supaya meminta Ariffahmi Abdul Rahman melepaskan jawatan itu.

Bagaimana pula dengan kenyataan taiko DAP, Karpal Singh langkah mayatnya jika PAS nak laksanakan pemerintahan Islam di negara ini yang belum ditarik balik sampai ke hari ini.

Kata Haji Hadi parti itu terpaksa mencuba sedaya upaya melaksanakan Islam mengikut bidang kuasa kerajaan negeri.

"PAS yang berjaya memerintah Kelantan, pernah di Terengganu dan Perak, dan terkini memimpin kerajaan di Kedah di samping menyertai kerajaan campuran di Selangor dan Pulau Pinang telah mencuba sedaya upaya melaksanakan Islam mengikut bidang kuasa kerajaan negeri," katanya.

Menariknya beliau menyalahkan kelemahan itu berpunca daripada tekanan daripada kerajaan pusat secara terbuka dan halus.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan bagaimana bentuk halangan dan tekanan yang dilakukan kerajaan pusat.

Ucapan dasar Abdul Hadi pada muktamar itu, yang bertemakan "Islam Adil untuk Semua", dilihat lebih banyak retorik dengan banyak menuduh UMNO dan Barisan Nasional melakukan kesilapan dalam pentadbiran negara.

"PAS wajib berjuang mengembalikan martabat umat Islam ke atas landasan yang sebenar dalam segala lapangan, dan seterusnya memulihkan imej Islam walaupun terpaksa berdepan dengan rintangan," katanya.

Tolak sebelah Kelantan,ramai juga yang bertanya apalah sangat undang-undang Islam yang dilaksanakan di Kedah setelah dua tahun PAS perintah.

Bukan rahsia bahawa PAS juga gagal semasa perintah Terengganu selama satu penggal selepas pilihanraya umum ke 11 sebelum jatuh balik kepada BN dalam pilihanraya umum ke 12.

Di Perak pula sepanjang setahun Datuk Seri Nizar Jamaluddin mentabir dalam kerajaan negeri yang dikuasai oleh DAP itu ia lebih banyak diselubungi oleh kontroversi.
Ada pemerhati yang menilai halangan PAS untuk melaksakan apa yang dihajatinya ialah rakan dalam rakatan pembangkang sendiri yakni PKR dan DAP.

Yang pasti PKR dan DAP tidak mungkin mahu kehilangan pengaruhnya terpaksa tunduk kepada kehendak PAS.

Di Pulau Pinang jangan mimpilah.Cuba jenguk ke Selangor.Adakah sesuatu yang istimewa yang dibawa oleh PAS ke negeri itu?

Ada yang mungkin kata ini kerana pakatan pembangkang belum ada kuasa politik nasional kerana Putrajaya masih ditangan BN.

Soalnya mimpi PKR tetapi berbeza dengan mimpi PAS dan begitu juga DAP. PKR dan DAP tahu mereka cari nahas jika setuju misalnya dengan undang-undang hudud yang nak dibawa oleh PAS.

Jika Haji Hadi tidak retorik dan lebih realistik beliau pasti sedar realiti politik. Ia tidak perlu ditunggu sehingga dapat melangkah ke Putrajaya. Kalau empat buah negeri masih belum apa-apa bagaimana pula bila dah ada 13 negeri.

Dalam keadaan semuanya berhajat untuk mencapai satu impian memang semuanya nampak indah belaka.Dalam politik siapa boleh tolak lain jadinya nanti.Maka ini belum mengambil kira lagi ' tanduk ' yang mungkin keluar dari kepala DAP dan PKR jika sudah berkuasa satu Malaysia.

Jangan nanti Presiden PAS itu terpaksa ulangi kenyataan yang dibuatnya pada muktamar PAS hari ini bersandarkan pada alasan baru pula.-11/6/2010

Penghuni Gua : Malas nak kata apa. Cuma satu ajelah. Bab hudud PAS ini, PAS dah cakap bab hududnya itu sudah melampaui 50 tahun dah. Bila Tun Mahathir cabar PAS , bentangkan hudud yang kerap mereka gemburkan selama 50 tahun ( selepas berjaya menawan dan memerintah Terengganu ) , barulah terkial-kial buat. Hampir 2 tahun selepas memerintah Terengganu baru siap undang-undang bertulis yang kononnya hududd PAS di Terengganu.

2. Itu pun kelam kabut bila Tun cabar. Bila kena cabar agar buat dan laksana hudud di dapati satu hapah pun tak ada. Cuma cakap aje lebih. Cakap bab konsep aje sedaplah. Budak sekolah pun boleh cakap bab hudud.

3. Terpaksalah PAS memerah Tun Salleh Abas ( YAA Ketua Hakim yang dibuang kerja ) menuliskan hudud PAS berkenaan. kemudian menjajalah PAS tentang hududnya itu. Siang malam . Kemudian kononnya tak boleh laksana hudud kerana halangan kerajaan pusat.

4. PG ada dan sudah beberapa kali membaca hudud PAS ini. Tak lebih dan tak ada apa-apa yang baru pun. Cuma tambah sikit dalam jenayah hudud PAS aje dari segi hukuman zina, rogol , mencuri dan sikit-sikit yang lain. Selebihnya, hampas. Meniru bulat-bulat dari kanun Keseksaan yang asal dan juga bulat-bulat meniru Akta Keterangan dan Kanun Prosedur Jenayah.

5. Rupanya sama aje hudud PAS ini. Cakap dah 50 tahun bab hudud. Tetapi bila dicabar tunjukkan undang hudud secara bertulis, terkial-kial membuat dan akhirnya meniru undang-undang sedia ada. Sehingga kini pun, macam tu lah sahaja undang-undang hudud yang ada. Bersepah lagi ( 90% ) pemimpin PAS pun tak pernah baca secara detail dan semuanya mengenai hudud ini. Hujung pangkal pun tak tahu detailnya. Tanyalah kalau tak percaya.

6. Cakap boleh lah!!!!!!!!!!!!!!!! Tak percaya, lihatlah undang hudud di Terengganu yang telah PAS luluskan dalam DUN nya dulu. Habok pun tak ada. Tiru semuanya. Terkial-kial Tun Salleh Abas membuatnya supaya PAS tak dimalukan apabila di cabar oleh Tun mahathir. Tak percaya, baca lah...............Kesimpulannnya hampas sahaja. Kemudian nak salahkan kerajaan.

7. Cuba tanya pemimpin PAS sekarang, berapa ramai sehingga kini, pemimpinnya mengambil tahu untuk menambah baik hudud yang telah diluluskan mereka? Tak ada langsung. hanya dalam otak mereka aje. Mereka amat pemalas untuk memperbaiki dan sebagainya. Cakap aje, bolehlah. Hudud tak lebih hanya untuk keuntungan politik. Sekarang hudud rugi jika disebut dan digunakan oleh PAS. Maka hudud dikubur dan didiamkan. Jika ada untung baru diwar-warkan semula.

8. Sudahlah PAS. Dah naik menyampah kami semua dibuatnya. Cakap tak pernah serupa dengan bikinnya.

TIADA LESEN JUDI SUKAN : PM



PM: K'jaan tidak akan keluar lesen judi sukan
Abdul Rahim Sabri
Jun 25, 10
11:30pm


Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Alhamdullillah . Tahniah DS Najib atas tindakan ini. Kalau boleh kurangkan juga yang lain. Yang bagusnya, hapuskan juga Big Sweet yang diluluskan oleh DSAI di Sabah dulu selepas sebulan diharamkan / batalkan lesen Loteri kebajikan Masyarakat di Semenanjung Malaysia dahulu. Perlahan-lahan, diharap DS Najid menarik balik lesen berkenaan beransur-ansur. Tak perlulah untuk orang bukan islam menikmatinya.

2. Kepada Awang Adek : Judi haram di sisi Islam. Ingat tu. Juga jangan mendahului PM sebagai Menteri Kewangan dalam perkara dasar. Jangan lebih sudu dari kuah.

3. Kepada PAS, Judi dan arak sama aje. jangan kata arak untuk bukan islam menikmatinya dan judi sebaliknya. Jangan hipokrit dalam perkara agama. Haram , haram lah. Kalau tak berupaya nak haramkan kerana sebab politik, baik diam dari bercakap. Kepada TGNA, arak dan judi semuanya tidak digalakkan dan diharamkan oleh agama lain. Tak ada agama menyuroh penganutnya berjudi dan minum arak...................

4. Cukup-cukuplah berpolitik Pok Nik.........................Menyampah.

Friday, 25 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN GERAN TANAH YANG DIPINJAM / DICAGAR !


[1993] 3 MLJ 476
Nallammal & Anor v Karuppanan & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL SUIT NO F449 OF 1985

Judges LIM BENG CHOON J

Date 6 AUGUST 1993
Citation [1993] 3 MLJ 476


Catchwords:

Land Law — Lien-holder’s caveat — Title obtained by fraud or misrepresentation — Whether first defendant could use document obtained by fraud or misrepresentation to enable creditor to lodge lien-holder’s caveat

Contract — Non est factum — Thumb-print obtained by fraud or misrepresentation
Land Law — Lien-holder’s caveat — Title obtained by fraud or misrepresentation — Validity of lien-holder’s caveat — Caveator not party to fraud or misrepresentation — Whether caveator could enforce security

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif pertama, yang merupakan tuan punya berdaftar sebidang tanah (‘tanah itu’), telah meminjam suratikatan hakmilik tanah itu kepada defendan pertama dengan kepercayaan bahawa beliau memerlukannya untuk membiayai kerja-kerja kontrak dan atas syarat bahawa suratikatan hakmilik itu dipulangkan kepada plaintif dalam tempoh satu atau dua bulan. Defendan pertama kemudiannya telah membawa satu dokumen (‘D6’) untuk dicap jari oleh plaintif pertama. Defendan pertama telah menggunakan suratikatan hakmilik itu sebagai cagaran untuk suatu pinjaman daripada defendan kedua dan defendan kedua telah memasukkan suatu kaveat pemegang lien ke atas tanah itu.

Plaintif telah membawa tindakan untuk:

(a) satu deklarasi bahawa semua dokumen yang telah ditandatangani atau diletakkan cap jari oleh plaintif pertama adalah batal dan tidak sah;

(b) bahawa semua catatan berkaitan dengan kaveat pemegang lien yang dimasukkan oleh defendan kedua disingkir dan dikeluarkan dari rekod;

(c) kaveat pemegang lien itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah;

(d) tanah itu dilepaskan oleh defendan kedua. Plaintif menegaskan bahawa defendan pertama telah gagal mendedahkan tujuan sebenar untuk meminjam suratikatan hakmilik tersebut dan beliau telah memperolehi cap jari plaintif pertama dengan melakukan fraud, atau sebagai alternatif, bahawa defendan pertama telah memperolehi suratikatan hakmilik itu melalui salah nyata.

Dalam pembelaannya, defendan pertama menegaskan bahawa beliau telahpun memberitahu plaintif bahawa beliau memerlukan suratikatan tersebut sebagai cagaran untuk satu pinjaman daripada sebuah bank. Sementera itu, defendan kedua menegaskan bahawa tidak ada fraud yang dilakukan oleh sesiapa dalam kes ini dan walaupun ada, ia telah dilakukan oleh defendan pertama.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Defendan pertama tidak memberitahu plaintif bahawa beliau ingin menggunakan suratikatan hakmilik tanah itu sebagai cagaran untuk pinjaman daripada defendan kedua. Defendan pertama telah melakukan fraud ke atas plaintif untuk mendapatkan suratikatan hakmilik tanah itu dan melalui perbuatannya yang sengaja hendak memperdayakan plaintif, plaintif pertama telah kehilangan keempunyaan dan milikan tanah itu.

(2) Doktrin non est factum dengan jelas boleh digunakan oleh plaintif kerana: (a) plaintif pertama tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai kandungan D6 di atas mana beliau telah mengecap jarinya; (b) ketiadaan pengetahuan ini mengakibatkannya memikir bahawa beliau telah menandatangani suatu dokumen yang dipercayainya tidak akan mempunyai kesan undang-undang yang diwujudkan oleh D6; (c) tanpa mengetahuinya dan tanpa apa-apa kesalahan dilakukan olehnya, beliau telah mengecap jarinya pada D6 yang memudaratkan keempunyaan dan milikannya terhadap tanah itu. Defendan pertama memang telah memperdayakan atau mendorongnya supaya mengecap jarinya pada D6. Dengan membenarkan pli non est factum terhadap defendan pertama, defendan pertama dengan itu tidak mempunyai sebarang hak di sisi undang-undang untuk menggunakan D6 sebagai cagaran untuk pinjaman dan membolehkan defendan kedua memasuki kaveat pemegang lien ke atas tanah itu.

(3) Oleh kerana milikan suratikatan hakmilik tanah itu telah diperolehi oleh defendan pertama melalui fraud atau salah nyata, deposit suratikatan hakmilik itu tidak diberikuasa oleh plaintif pertama, tuan punya tanah itu. Tidak terdapat keterangan yang mencukupi tentang lien Torrens atau lien statutori yang dikatakan telah diwujudkan oleh plaintif pertama. Sebaliknya, plaintif telah membuktikan bahawa hakmilik tanah itu telah diambil dengan salah daripada plaintif pertama. Dengan demikian, kaveat pemegang lien juga telah dimasukkan dengan salah ke atas tanah itu. Defendan kedua tidak berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada defendan pertama dan oleh itu, tidak boleh menguatkuasakan cagaran itu. Dengan itu, kaveat ke atas tanah tersebut dilepaskan dan kos untuk tindakan ini ditanggung oleh kedua-dua defendan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

PERCAKARAN TOKOH AGAMA : DAH NAIK MENYAMPAH !



Zamihan Pendusta - Mohd. Asri
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Tuduh-menuduh antara dua tokoh agama berhubung isu Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) semakin rumit apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin melakukan 'pendustaan yang nyata'.
Mohd Asri mendakwa, pegawai kanan ILIM itu melakukan pembohongan dalam taklimatnya yang dilakukan secara tertutup oleh Bukit Aman kepada pucuk pimpinan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengaitkan beliau 'sepemikiran dengan Wahabi'. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sudah masuk 2 minggu isu JI dan ekstremis yang melibatkan tokoh agama dan ulama di paparkan di akhbar. Letih kita sebagai awam memikirkannnya.

2. Setiap hari di TVatau diakhbar atau di mana sahaja ceramah Perdana yang kadangkala ulama-ulama ini juga yang menyeru agar pertikaian dan perselisihan diselesaikan melalui rundingan, syuro, muhasabah dan sebagainya . dakwa mereka cara ini ikut islam. Kata mereka / ulama inilah.

3. Hakikatnya , apabila diuji oleh Allah sedikit, semuanya melenting. Tak ada lagi penyelesaian cara islam yang kerap dan yang mereka sendiri anjurkan dan cakapkan. Hampas pun tak ada.

4. Bagaimana kita sebagai awam ini hendak percaya dan menghormati orang beragama ini yang saban hari bergaduh dan berseliseh pendapat mengalahkan orang politik / ulama politik dan kita sebagai orang awam. Mungkin diri mereka semua ini telah dirasuk syaitan sehinggakan telah dibutakan oleh Allah mata dan mata hati mereka dari mencari penyelesaian.

5. Orang agama, ulama, tokoh agama ( dakwa mereka lah ) , kadangkala / kebiasaanya ,mulut mereka lebih teruk dari syaitan yang direjam. Memaki hamun, bergaduh dan pertikaian tak pernah berhenti.

6. Apa semua ini? Tak ada ke dipemikiran mereka untuk mencari jalan bangi menyelesaikan kemelut dan pertikaian ini secara baik? Cakap mereka bukan main. Berdegar-degar. Itu islam, ini islam, hudud lah dan sebagainya. walhal dalam perkara kecil dan seremeh perkara diatas pun bergaduh tak henti.

7. Mereka inikah yang boleh kita hormati dan percaya kepada percakapan mereka. Sesuaikah perilaku dan suara mereka serta pandangan mereka untuk diikuti dan dicontohi oleh anak-anak kita ?

8. Mungkin di serban, janggut dan jubah mereka , bergantungan syaitan . Semuanya keranan ego dan tidak tahan ujian Allah. Mungkin juga kerana mereka ini di balas sedemikian kerana lebih sangat bercakap, ego atas kepandaian dan kealiman mereka, ketidak jujuran mereka dalam meneybarkan ajaran islam. jadi inilah ujian dan balasan Allah kepada mereka. Kehinaaan.

Nota : Ada tu, tokoh agama lagi ( bekas menteri ) bergaduh dengan jiran hanya kerana rumput sahaja. Dan seorang lagi tu, cuba membeli kereta tahanan polis melalui pintu belakang dan akhirnya ditipu oleh anggota polis berkenaan di Perlis. Kes pun masih di bicara hingga kini. Tapi kalau cakap bab agama! wau hebat! Amalannya hanyalah sampah di tepi jalan. Ulama politik jangan cerita lah. Jauh langit dari bumi. Itulah kot mengapa Allah masih tak izinkan dan tak memberi ruang kepada gulungan ini dan hasrat mereka untuk melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Jika Allah izinkan mungkin berlaku ketidak adilan dalam perlaksanaannya kerana pelaksananya ( gulungan ulama ini yang bergaduh sepanjang masa sebaik mencelik mata di waktu pagi ) tidak berpegang kepada tali Allah dalam perkara seamat kecil sekali pun.

Mungkin barangkali!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Semakin menyampah melihat tokoh agama setiap hari melihat ge;agat mereka seperti budak-budak.

Kealiman bukan terletak pada cakap dan penampilan dan berapa banyak ayat suci di baca tetapi kepada tindakan dan perbuatannya.

Thursday, 24 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TG JAAFFAR VS KARPAL SINGH / LOCUS STANDI / HASUTAN !


[1993] 3 MLJ 156
Tengku Jaffar bin Tengku Ahmad v Karpal Singh
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA BHARU) — CIVIL SUIT NO 22–165–1992

Judges IDRIS YUSOFF J

Date 29 MAY 1993
Citation [1993] 3 MLJ 156


Catchwords:

Civil Procedure — Locus standi — What constitutes locus standi — Various approaches by the court — Test for locus standi

Civil Procedure — Jurisdiction — Issues relating to criminality — Whether issues come within purview of civil court

Civil Procedure — Locus standi — Whether plaintiff could institute proceedings under the Sedition Act 1948 — Control of the Attorney General over all prosecutions — Sedition Act 1948 ss 4 & 5 — Federal Constitution art 145(3)

Civil Procedure — Libel — Matters relating to criminality — Power to make declaration discretionary — Rules of the High Court 1980 O 15 r 16
Civil Procedure — Pleadings — Striking out — Writ and statement of claim — Defendant put in unconditional appearance — Whether defendant was precluded from applying to strike out writ and statement of claim — Rules of the High Court 1980 O 18 r 19

Tort — Libel and slander — Locus standi — Private right distinguished from public right — Defamatory words must bear specific reference to plaintiff — Whether by referring to the rulers the defendant had defamed the Malay race and the plaintiff

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif telah memfailkan suatu tindakan terhadap defendan untuk memohon, antara lain, empat deklarasi, iaitu bahawa:

(1) pernyataan atau perkataan-perkataan yang disebutkan oleh defendan sepertimana yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 14 Disember 1992 merupakan libel hasutan;

(2) adalah menjadi hasutan untuk merendahkan maruah pemerintah atau sultan dalam cara yang dilakukan oleh defendan;

(3) dengan merendahkan maruah pemerintah, defendan telah secara tidak langsung merendahkan maruah orang-orang Melayu; dan

(4) mahkamah mempunyai kuasa yang tidak terhad untuk memberi satu deklarasi serta injunksi jika dipohon oleh sesiapapun sekiranya sultan enggan untuk memulakan prosiding undang-undang dan mana-mana rakyat boleh berbuat demikian kerana sekiranya tidak, rakyat atau warganegara Melayu tidak mempunyai apa-apa remedi terhadap ketidakadilan.

Defendan telah memohon untuk membatalkan writ saman serta pernyataan tuntutan plaintif di bawah A 18 k 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan/atau di bawah bidangkuasa sedia ada mahkamah atas alasan bahawa plaintif tidak mempunyai locus standi yang diperlukan untuk memulakan tindakan ini yang salah tanggap dan tidak mempunyai sebarang asas atau merit.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan defendan:

(1) Kuasa untuk menolak suatu tindakan secara terus tanpa membenarkan plaintif menerus ke perbicaraan adalah suatu kuasa yang mendadak dan sudah dimantapkan bahawa mahkamah boleh mengamalkan prosedur terus di bawah A 18 k 19 ini apabila tuntutan itu adalah ‘obviously unsustainable’.
(2) Untuk mempunyai locus standi, pemohon patut berusaha untuk melindungi atau mewajarkan kepentingannya sendiri. Plaintif, hanya atas alasan bahawa beliau adalah seorang berbangsa Melayu dan seorang rakyat Sultan Kelantan, tidak mempunyai locus standi yang diperlukan kerana tidak terdapat sebarang gangguan hak persendiriannya berbanding dengan orang Melayu serta rakyat Sultan Kelantan yang lain. Oleh itu, plaintif tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini terhadap defendan.

(3) Isu-isu yang berkaitan dengan perkara jenayah tidak termasuk dalam bidang mahkamah sivil kerana kalau sedemikian, mahkamah sivil mungkin dituduh mencerobohi bidang kuasa mahkamah jenayah. Di sini, plaintif telah membuat aduan kepada forum yang salah dan terpulanglah kepada Peguam Negara untuk memulakan tindakan di dalam kes seperti ini.

(4) Kuasa untuk membuat suatu deklarasi di bawah A 15 k 16 merupakan kuasa budi bicara dan untuk layak mendapatkan suatu deklarasi, plaintif mesti menunjukkan bahawa bukan sahaja tidak menjadi tidak berekuiti untuk mahkamah memberikannya tetapi juga ianya tidak bertentangan dengan prinsip yang diterima oleh mahkamah apabila menggunakan budi bicaranya.

(5) Di mana defendan tidak mencabar keesahan writ ataupun penyampaiannya, tidaklah perlu bagi beliau memfailkan kehadiran bersyarat.

(6) Adalah jelas bahawa dalam konteks perkataan-perkataan yang disebutkan oleh defendan, tidak ada apa-apa yang menunjukkan bahawa penyebutan sedemikian adalah ditujukan kepada atau dimaksudkan untuk plaintif. Perkataan-perkataan yang tidak diingini itu bukanlah bersifat fitnah, walaupun mengambil kira konsep sindiran, dan lebih-lebih lagi, ianya adalah terlalu jauh (remote) untuk mempunyai sebarang rujukan kepada plaintif. Adalah undang-undang lapuk bahawa orang yang boleh membawa suatu tindakan terhadap defendan ialah orang yang difitnah dan bukanlah lain-lain individu kerana satu tindakan fitnah adalah semata-matanya suatu tindakan peribadi dan tidak boleh diserahhakkan. Adalah tidak mencukupi sekiranya perkataan-perkataan itu merujuk kepada sekelas orang atau kepada satu bangsa yang tertentu.]

Penghuni Gua : semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

SHUT UP KJ ! YB IBRAHIM ALI ! SHUT UP DARI PG !





Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengingatkan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjual bangsa sendiri, dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwanya mempersoalkan pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA.

Semalam Khairy yang juga ahli parlimen Rembau membela Wee selepas 'diserang' oleh presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung isu biasiswa tersebut.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikirimkan melalui SMS pagi tadi.

Ibrahim yang juga pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata beliau mempunyai bukti berhubung kenyataan Wee itu dalam akhbar The Star yang bertarikh 16 Jun lalu.

Akhbar berbahasa Inggeris itu memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan.

Ibrahim menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.

...............................................................Berikutan itu, Khairy dan Wee kemudiannya dilapor mengadakan sidang akhbar masing-masing bagi menjawab isu tersebut

Ketika mempertahan Wee, Khairy berkata ketua Pemuda MCA itu tidak mempersoalkan hak orang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan. Sebaliknya, kata Khairy, Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Manakala Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa MARA.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau tetap "tidak berganjak atas kenyataan terhadap ketua pemuda MCA" itu.

"Siapa yang putar belit kenyataan kalau tidak Wee sendiri. Rujuk (akhbar The) Star pada I6 Jun (pada) muka 2.

"PERKASA wajib sentiasa berdiri di atas kebenaran. Bukan main politik tak tentu arah. Pemimpin perlu ada kredibiliti, amanah dan bermoral.

"(Pemimpin) yang ada masalah kredibiliti, tiada siapa percaya, ada dibayangi konflik dalaman diri....Saya akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Shut up KJ. Jika anda tak faham atau ada udang disebalik batu, baik diam sahaja. Inilah sebabnya anda tidak dilantik sebagai Menteri oleh PM kot. Lambat dan kurang nampak apa yang penting.

2. Biasiswa untuk Bumiputra dan pribumi telah dijamin oleh perlembagaan. Jadi baik anda diam dan jangan jadi ahli politik murahan. Apa pun anda buat dan katakan pun , tak ada pengundi bukan Melayu yang akan menyokong anda. Yang Melayu menyokong anda pun boleh dibilang dengan jadi.

3. Jadi baik diam. Banyak cakap, lagi kita nampak tak cerdik. Kepada PERKASA dan YB Ibrahim , PG setuju 100% kenyataanya di atas. Tahniah sekali lagi atas kenyataan beliau mengenai isu biasiswa MARA tersebut. Ada perkara boleh dipolitikkan. Yang dah dijamin oleh perlembagaan , jangan dipandai-pandai nak diubah. .........................Belajar hidup dulu, lihat, perhati dan fikirkan, barulah keluarkan kenyataan .

4. Siapalah pilih KJ sebagai MP ni. Mungkin semasa memilih beliau, pemimpin tersebut sedang mamai kot...................

GMI : TOLONG DIAM !



GMI: 9 tahanan ISA bukan pengganas

Abdul Rahim Sabri
Jun 24, 10
10:41am



Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mempersoalkan tindakan kerajaan menahan sembilan warga asing termasuk seorang rakyat tempatan yang dikaitkan dengan pengganas sedangkan negara asal mereka tidak menanggap mereka sebagai pengganas. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Diamlah GMI. Jangan nak sibok hal-hal mengenai ISA dan JI.

2. Hal-hak keselamatan adalah tanggungjawab pihak keselamatan / PDRM. Lihat sahaja kes Stephen Kalong Ningkan. Mahkamah sudah buat keputusan iaitu hal-hal keselamatan dan penentuan selamat atau tidak sesuatu keadaan adalah terletak di bahu PDRM.

3. Jadi dalam bab JI ini , baik anda diam. Rujuk balik undang-undang, baru cakap. Jangan cakap ikut sedap mulut aje.

Wednesday, 23 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TANAH / NOTICE TO QUIT !


[1993] 2 MLJ 196
Rosman bin Haji Abdul Rashid v Rosmah Begum bte Bahadur Beg
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CIVIL APPEAL NO 11–10–92(91)

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC

Date 1 DECEMBER 1992
Citation [1993] 2 MLJ 196


Catchwords:
Landlord and Tenant — Recovery of possession — Notice to quit — Claim for delivery of vacant possession and for damages for trespass — Whether notice to quit bad in law — Whether there was legal tenancy between appellant and respondent — Whether respondent as tenant was estopped from denying the title of the appellant as landlord — Evidence Act 1950 s 116

Landlord and Tenant — Recovery of possession — Notice to quit — Expenditure of money by respondent — Whether equity would come in aid of respondent

Bahasa Malaysia Summary:

Pada tahun 1954, perayu telah membina sebuah rumah yang tidak bernombor (‘rumah itu’) atas sebidang tanah dengan persetujuan pemilik tanah itu. Telah dihujah bahawa perayu dan keluarganya tinggal di rumah itu untuk 12 tahun sehingga 1965 apabila perayu dan keluarganya pindah ke Pulau Pinang dan rumah itu didiami oleh ipar lamai perayu dan mereka pada tahun 1974, telah menjemput penentang dan keluarganya untuk tinggal sementara di rumah itu. Kes penentang adalah bahawa, ibu penentang, Zainab, dan perayu, berkongsi sama rata di dalam pembinaan rumah itu.

Juga dihujahkan bahawa pada 19 Disember 1955, perayu sebagai pemindah telah mengikat perjanjian dengan Zainab sebagai penerima pindahan dan DW2 sebagai pembeli. Pada masa yang penting itu, rumah itu tertakluk kepada suatu waran penahanan di mana perayu diperintahkan supaya membayar kepada Lee Hock Seng wang berjumlah RM3,686.70 dan untuk mengelakkan waran itu, kedua-dua perayu dan Zainab telah meminta pertolongan DW2 yang telah membayar RM4,250 untuk menyelesaikan jumlah yang terhutang itu. Jumlah RM4,250 itu adalah dalam bentuk pinjaman dan sebagai balasan, perayu dan Zainab telah bersetuju memindah milik rumah itu kepada DW2 dan membayar sewa sebanyak RM60 sebulan. Sewa itu telah dibayar oleh Zainab atau penentang manakala perayu, kerana sedang menganggur, tidak pernah membayar sewa itu. Juga dihujahkan bahawa Zainab dan penentang selesai membayar balik pinjaman itu dalam tempoh dua tahun dan dalam tahun 1957, rumah itu telah diserahkan kepada Zainab melalui suatu perjanjian.

Penentang dan keluarganya telah tinggal di dalam rumah itu hingga kini dan semasa beliau tinggal di rumah itu, penentang telah membayar sewa dan bil elektrik. Pada 13 April 1987, perayu telah menyampaikan suatu notis untuk milikan kosong terhadap penentang. Mahkamah majistret telah menolak tuntutan perayu terhadap penentang untuk menghantar serahkan milikan kosong rumah itu bersama dengan gantirugi untuk pencerobohan. Perayu telah membuat rayuan. Apabila rayuan didengar, mahkamah mempertimbangkan dua isu utama:

(a) sama ada notis keluar dan untuk menghantar serah milikan kosong yang bertarikh 13 April 1987 itu adalah tidak sah dari segi undang-undang dan oleh itu tidak berkesan untuk menamatkan tenansi penentang; dan

(b) sama ada di dalam keadaan kes ini tenansi penentang disamakan dengan equiti yang tidak boleh ditamatkan dengan hanya suatu notis keluar dan untuk menghantar serah milikan kosong.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Tidak terdapat tenansi yang sah di antara perayu dan penentang. Oleh itu tidak mungkin terdapat tenansi yang berterusan seperti yang dibayangkan di dalam s 116 Akta Keterangan 1950. Oleh yang demikian penentang dengan sewajarnya mencabar kedudukan perayu dan penentang tidak boleh dianggap diestop daripada menafikan bahawa hakmilik perayu sebagai tuanrumah telah berakhir. Dengan itu, notis keluar adalah tidak sah dari segi undang-undang dan perayu tidak berhak mengusir penentang dari rumah itu.

(2) Sebagai alternatif, bayaran sewa oleh penentang jelas menunjukkan bahawa penentang menpunyai suatu tenansi di atas tanah di mana rumah itu dibina. Oleh itu terdapat perbelanjaan wang oleh penentang untuk menghalang rumah itu daripada dilelong oleh Lee Hock Seng. Oleh itu penentang mestilah menjangka bahawa beliau akan dibenarkan tinggal di rumah itu dan equiti akan menolongnya.

Per curiam:

Apabila terdapat versi yang bertentangan secara langsung, dan penerimaan atau penolakannya nyata sekali bergantung kepada testimoni lisan protagonis, peranan mahkamah rayuan adalah jelas, iaitu, mahkamah rayuan mestilah memberi penuh kehormatan kepada keputusan fakta mahkamah perbicaraan itu dan tidak patut mengganggunya kecuali jika ia berpuas hati bahawa mahkamah perbicaraan telah mencapai keputusan yang salah.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

M 16 TERTEMBAK SENDIRI? JANGAN BOHONGLAH TUDM !!!




Rabu Jun 23, 2010


KUALA LUMPUR: Satu kejadian tembakan secara tidak sengaja berlaku di dalam pesawat Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika satu latihan penerbangan di sekitar Pulau Labuan pada 10 Jun lepas.

Bagaimanapun tiada anggota yang cedera dan pesawat tersebut selamat kembali ke pangkalan di pulau itu.

Pegawai Perhubungan TUDM, Mej Kamarulzaman Ali berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi apabila satu das tembakan terlepas dari sepucuk senjata api M16 yang dipercayai terjatuh ketika pesawat itu dipukul angin kencang.

"Ketika kejadian, tujuh anggota penyelamat tempur termasuk seorang juruterbang berada di dalam helikopter berkenaan dan sedang menjalani latihan gerakan menyelamat taktikal.
"Dipercayai ketika kejadian, angin kuat dan senjata tersebut terjatuh menyebabkan peluru menembusi lantai Nuri tersebut," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, sebuah lembaga siasatan telah ditubuhkan untuk menyiasat punca kejadian. - BERNAMA

Penghuni Gua : Nak cover line pun biarlah dengan alasan yang menasabah. Ini alasan M 16 tertembak sendiri. Boleh percaya ke?

2. PG sudah melihat laman web pengeluar senjataapi M16. Pengeluar mengesahkan bahawa dalam keadaan apa sekali pun, samada M 16 ini telah di cekah atau tidak , ia tidak akan meletup. Hatta jika senjata api ini jatuh dari helikopter setinggi berapa ribu kaki pun , ianya tidak akan meletup.

3. Siapa yang bohong? Pengeluar M 16 tersebut atau TUDM?

4. Kalau senjataapi jenis Sterling yang dipakai oleh tentera di sekitar tahun 70an , adalah benar. Bila jatuh , ia akan meletup sendiri . Sebab itu ia diganti dengan M 16. M 16 tidak akan meletup sendiri jika jatuh dalam keadaan apa sekali pun. Dalam kes ini, PG pasti picu M 16 ini di tarik oleh salah seorang anggota berkenaan. Jangan salahkan angin. Salah pengendali M 16 ini.

5. Kepada pihak berkuasa TUDM / ATM, kenakan tatatertib atau buang aje kerja kepada pembohong ini.......................Buat rosak nama ATM dan kerajaan sahaja. Nak bohong pun, cari le alasan lain!!!!!!!!!!!!

BATU : CAKAP TAK SERUPA BIKIN !





Ahli parlimen Batu Tian Chua akan memfailkan permohonan bagi merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengenakan hukuman denda yang boleh menyebabkan kerusi parlimennya diisytiharkan kosong. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Dulu katanya tak akan merayu atas apa pun keputusan YAA Hakim dam kes nya. Sekarang lain pula.
2. Cakap tak serupa bikin. Itu pun penyokongnya bersorak sorai dengan pemimpinya yang tiada pendirian ini. Penyokong terus tertipu, ditipu dan membenarkan ditipu.

3. Kesian!!!!!!!!!!!!

ARAK HALAL : YB ZUL KULIM !


Dipetik dari blog : YB Zul Kulim

ARAK HALAL?
21 June 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 6:55 PM 0 komentar
Label: Arak, Judibola


Salam 2 all.

Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan kenyataan mengenai "fatwa" (sebenarnya kenyataan) yang dikeluarkan oleh YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 19.11.1992 mengenai lesen arak di Kelantan. Menurut YB Wee Choo Keong, YAB Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan saperti berikut:

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya".

Dua tahun selepas itu, iaitu pada 26.11.1994, semasa timbul isu mereka yang mengkritik pengeluaran lesen arak di Kelantan dan pengambilan hasil cukai arak oleh Kerajaan Kelantan, YAB menjawab,

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?".

Mengikut statistik, sebanyak 40 lesen arak telah dikeluarkan di Kelantan setakat ini.

Dan kita semua tahu, arak itu adalah "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat!!

Persoalan yang ditimbulkan dalam Dewan Rakyat ialah, kalau hasil arak boleh diambil dan digunakan oleh Kerajaan Kelantan untuk pembangunan, mengapa hasil cukai judi tidak boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan yang sama?

Dan persoalan kedua yang dibangkitkan, mengapa Pakatan Rakyat membantah pelesenan judi bola dan pengambilan hasilnya oleh Kerajaan Pusat sedangkan lesen arak dibenarkan dan hasil cukainya diambil dan digunakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat?

Persoalan-persoalan diatas menimbulkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan sikap double standard. Untuk Pakatan Rakyat boleh, tapi orang lain tak boleh! Untuk mereka halal, untuk orang lain haram!

Apa yang mengejutkan saya, semasa isu dibangkitkan oleh YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju), ada dikalangan badut-badut ingusan berkata "arak lain, judi lain"!? Ada yang lagi teruk mengatakan "arak dihalalkan oleh agama lain, tapi judi diharamkan!?".

Pada saya, arak dan judi sama sahaja hukumnya haram. Malahan arak lebih serius kerana ianya "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat. Samada judi atau arak, kerajaan pusat atau negeri sepatutnya mengambil langkah menghapuskannya samasekal, bukan memperlesenkannya. Mencegah lebih baik daripada mengubat.

Saya telah mengambil pendirian jelas dan tegas dalam isu lesen pertaruhan bola ini. Bagi saya, memperlesenkan pertaruhan bola ini tidak sepatutnya dibenarkan.

Sukan tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan. Sukan adalah sukan.

Tanggungjawab Kerajaan, pusat atau negeri, bukan memperlesenkan judi atau arak, tetapi hendaklah ianya dibenteras. Memperlesenkan judibola atau arak samalah dengan menggalakkan aktiviti judi dan arak.

Kelak nanti satu hari sukan bola akan dikaitkan dengan judi, sama saperti sukan lumba kuda. Sedangkan riadhah berkuda adalah sunnah Rasulullah!

Begitu jugalah arak. Arak ini ibu segala maksiat. Memperlesenkan arak samalah dengan menggalakkan peminuman arak. Kalau peminum arak dikalangan bukan Islam nak minum, biarkan mereka minum dirumah mereka,atau ditempat persendirian mereka. Kita (maksudnya orang Islam) tidak boleh menghalang bukan Islam minum arak, dan kita tidak sepatutnya mengambil keuntungan atau hasil kewangan daripadanya.

Disinilah maksud saya apa juga pendirian atau wadah politik kita, Islam mesti didahulukan. Kalau sesuatu itu bercanggah dengan Islam, ia tetap bercanggah tidak kira di wadah mana kita berada. Kita mesti berani menyatakan yang haram itu haram, yang halal itu halal. Satu aqidah pelbagai wadah. Inilah namanya istiqomah. Sebab itu kita berdoa "aamantu billah, summastaqim". Aku beriman dengan ALLAH, dan aku beristiqomah.

Yang paling saya kesal sudah muncul segelintir suara-suara sumbang yang mencari alasan dan justifikasi untuk menyatakan hasil arak itu halal, tapi hasil judi itu haram. Siap dengan beralaskan ayat quran dan sunnah. Astaghfirullah, ramai yang mengurut dada mendengar pak-pak janggoat ini mempermain-mainkan agamanya.

Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan semua pejuang dan aktivitis Islam marilah kita kembali kepada perjuangan Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kita boleh berada dipelbagai wadah, tetapi biarlah satu aqidah.

Wassalam.



Zulkifli Bin Noordin
Isnin
08 Rejab 1431
21 Jun 2010



Penghuni Gua : Arak PAS aje yang halal untuk bukan islam menikmatinya. Sesiapa nak minum arak bagi tujuan kenikmatan , maka pergilah ke Kelantan.

Nota : Puas juga baca dan search dalam Google, tak ada pun sepatah perkataan dalam Bible dan kitab Buddha yang membenarkan penganutnya meminum arak. Ada juga terbaca bahawa perkara-perkara yang memabukkan dan memberi keburukan kepada badan diharamkan oleh Buddha dan Bible. 2 Paderi dan seorang sami telah PG tanyakan mengenai perkara ini semalam. Tetapi jawapanya sama. Diharamkan oleh Buddha dan Kristian. Juga PG tel Persatuan Hindu Sanggam di KL. Jawapannya serupa juga. Sebab itu ketiga mereka mengatakan , mereka bertiga pun tidak pernah minum arak.......................Entahlah kalau arak Kelantan halal untuk bukan islam bagi kenikmatannya. Entah lah PaK Nik!!! Mungkin Pak Nik dapat fatwa ini dari ustat Ronnie Liu di Selangor kot!!!!!

Tuesday, 22 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HARBEAS CORPUS / TAHANAN SALAH !


[1994] 1 MLJ 60
Tan Hock Chan v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPLICATION
NO 44–54–92

Judges MOKHTAR SIDIN J

Date 20 AUGUST 1993
Citation [1994] 1 MLJ 60


Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Habeas corpus — Earlier unlawful detention of applicant — Whether second detention was also unlawful — Whether second detention was continuation of earlier unlawful detention

Constitutional Law — Preventive detention — Habeas corpus — Whether detention of applicant was null and void for non-compliance with requirements of Extradition Act 1992 — Extradition Act 1992 requires that requisition be made by a country through its diplomatic services — Whether letter of requisition signed by consular officer of the British High Commission — Onus on respondent to satisfy court that he was a consular officer — Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957 s 2(1)

Words and Phrases — ‘Country’ — Extradition Act 1992 s 38
Words and Phrases — ‘Consular officer’ — Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957 s 2(1)

Bahasa Malaysia Summary:
Suatu rekuisisi telah dibuat oleh kerajaan Hong Kong di bawah Extradition Ordinance 1958 (‘Ordinan itu’) untuk penyerahan-balik pemohon ke Hong Kong. Pemohon telah ditangkap, ditahan dan dibawa ke hadapan mahkamah majistret di mana beliau telah dilepaskan atas jaminan. Suatu siasatan serah-ballik telah ditetapkan untuk pendengaran tetapi tidak diadakan dan suatu tarikh kemudian telah ditetapkan. Bagaimanapun pada tarikh itu, responden kedua telah memohon supaya perkara itu ditangguhkan kerana mereka memerlukan masa untuk mengkaji yang mana satu daripada dua undang-undang serah-balik yang terpakai memandangkan bahawa Akta Ekstradisi 1992 (‘Akta itu’) telah berkuatkuasa pada 20 Februari 1992. Suatu permohonan untuk pelepasan pasport pemohon telah ditetapkan untuk pendengaran tetapi memandangkan bantahan kuat yang dibuat oleh responden kedua, mahkamah telah menangguhkan pendengaran permohonan itu. Disebabkan penjalanan masa, pemohon telah menghentikan permohonan untuk pelepasan pasportnya.

Apabila perkara ini dibawa di hadapan mahkamah, peguambela responden kedua telah memberitahu mahkamah bahawa oleh kerana Akta itu terpakai, beliau memohon supaya pemohon dilepaskan dengan tujuan memulakan tindakan baru di bawah Akta itu. Pemohon kemudiannya telah dilepaskan oleh mahkamah tetapi telah ditangkap semula dengan serta-merta telah ditangkap dan dituduh untuk kesalahan yang sama di bawah Akta itu. Pendengaran siasatan di bawah Akta itu telah ditetapkan sementara waktu dan pada setiap masa material, pemohon telah dilepaskan atas jaminan. Responden mengaku bahawa walaupun pemohon telah dilepaskan atas jaminan, secara teknikal beliau masih di bawah tahanan dan berhak membawa permohonan ini ke mahkamah. Pada pendengaran permohonan ini, peguambela pemohon telah menimbulkan dua isu: (i) bahawa penahanan pemohon di bawah Akta itu adalah batal dan tidak sah kerana ia adalah suatu sambungan tahanan lain yang menyalahi undang-undang (tahanan di bawah Ordinan itu); dan (ii) penahanan pemohon adalah batal dan tidak sah kerana ketidakpatuhan dengan keperluan Akta itu, yang memerlukan supaya rekuisisi itu dibuat oleh sesebuah negara melalui perkhidmatan diplomatiknya.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan pemohon writ habeas corpus
:

(1) Walaupun koloni Hong Kong termasuk dalam takrif negara asing di bawah Ordinan itu, ia dengan sendirinya tidak mencukupi untuk membolehkan Hong Kong membuat suatu rekuisisi. Suatu ‘negara asing’ boleh menggunakan Ordinan itu hanya jika ia memenuhi keperluan di bawah s 3 Ordinan itu, iaitu, mesti terdapat suatu persetujuan di antara Malaysia dan negara asing it, di dalam kes ini koloni Hong Kong. Tanpa suatu persetujuan sedemikian, mesti terdapat suatu arahan khas oleh Menteri. Dalam sesuatu perkara di mana kebebasan seseorang rakyat terjejas, iaitu di mana seseorang telah ditahan, pihak yang menjalankan tahanan itu mesti memuaskan mahkamah bahawa tahanan itu telah dibuat secara sah. Dalam kes ini, responden bukan sahaja gagal memuaskan mahkamah bahawa tahanan di bawah Ordinan itu dibuat secara sah, mereka juga tidak menimbulkan isu sama ada tahanan di bawah Ordinan itu sah atau tidak. Oleh itu, responden mengaku bahawa penahanan pemohon di bawah Ordinan itu tidak dibuat secara sah.

(2) Kedudukan di Malaysia adalah jika tahanan seseorang adalah akibat tahanan terlebih dahulu yang menyalahi undang-undang, suatu tahanan kedua itu juga menyalahi undang-undang. Oleh yang demikian, penahanan pemohon di bawah Akta itu menyalahi undang-undang kerana ia sebenarnya adalah suatu sambungan penahanan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, perkara itu adalah mencukupi untuk mahkamah membenarkan permohonan ini.

(3) Beban membukti terletak atas responden untuk membuktikan bahawa surat rekuisisi itu telah dibuat oleh seorang pegawai konsul Surahanjaya Tinggi British. Seksyen 2(1) Akta itu menyatakan bahawa seseorang itu boleh dikatakan seorang pegawai konsul di mana terdapat suatu surat pemberikuasaan daripada kerajaan Malaysia untuk orang itu menjalankan fungsi konsul. Surat sedemikian tidak ditunjukkan dan oleh itu tidak ada keterangan untuk menunjukkan bahawa penulis surat itu adalah seorang pegawai konsul yang dibenarkan membuat permohonan bagi pihak United Kingdom. Oleh demikian, jika surat itu hendak dianggap sebagai suatu permohonan, ia bukan suatu permohonan yang sah di bawah Akta itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

PETA PELAYAR