FOLLOWERS

Wednesday, 16 June 2010

HELO YB KARPAL : INGAT INI DEMOKRASI DAN KEBEBASAN!

( Inilah perkara yang diperjuangkan PR. Mengapa sekarang dipersoal dan nak disekat? )


Semalam di parlimen YB Karpal Singh mencadangkan kepada DS Najib agar digubal satu akta berkaitan melompat parti.

2. Apa ni Karpal. Dari dulu , anda dan kumpulan anda juga yang memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan berpesatuan dan sebagainya tentang kebebasan. Bila terkena diri sendiri pandai pula nak sekat itu dan ini. Apa nak sibuk MPs dan ADUNs melompat parti. Ia semuanya tentang kebebasan dan demokrasi. Undang-undang tak menyekat pun mereka dari berbuat demikian.

3. Lagi pun DSAI yang mempopularkan bab lompat melompat ini dengan pelan 16 sep nya. Ke hulu ke hilir ke Taiwan dalam ribut taufan di sana dalam usaha rasminya agar MPs BN melompat ke PR bagi merealisasikan pelan 16 sep. DYMM Agung pun ditipu dan dijualnya.. Di Perak , bukan main lagi DAP dan pemimpin PR yang lain bersorak sorai apabila seorang ADUN BN melompat ke PKR dulu selepas PRU 12. Tak ada pun berbunyi nak gubal akta lompat parti .

4. Bertaubat aje lah Karpal. Bertaubat aje seperti mana anda meminta DSAI bertaubat. Lagi pun , MPs dan ADUNs PR yang dikatakan melompat parti tu pun bukannya melompat parti. Mereka keluar PR ( DAP, PKR ) aje dan menjadi ahli bebas. Mana ada lompatnya.

5. Apa lah Karpal. Cakap tak serupa bikin. Bikin pun tak serupa cakap. Kebebasan yang anda perjuangkan. Maka inilah hasilnya. Apa yang nak cakap banyak-banyak. Cukup-cukup le jadi ular. Kami semua bukan bodoh!

12 comments:

  1. e'eleh..
    itu pun nak kecoh ke?
    dajjal gua dah muncul
    tujuannyer hanya nak hancurkan bangsa sendiri

    ReplyDelete
  2. Bai OKU tu kee ?? Biasa ler. Jgn layan sgt. Buat abis beras jee.. satakat Lawyer Kampung jee.. ta relevan lagi daa.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    1 Walhal, klau Mlayu-Muslim tguh-kukuh dgn politk di atas jln politk knabian yg dcntoh-tladankan olh Nabi saw, seorang Karpal itu [& yg srupa dgnnya] hnya ahluz dzimmah yg krdil & dtuntut mmbayar jizyah, krana lslam pasti mndomnasi smuanya, mnepati mksud hadis, "lslam itu paling tinggi, & tiada yg lebih tinggi drpnya'.

    2 Tapi, krana umat Melayu-lslam, khusus dlm brpolitk & brideologi, tdak mngimani hadis itu, trjadilah apa yg trjadi skarang; umat yg hina meski mnganut agama ideologi yg paling bnar; lmah, dprleceh & diacah2, pcah-belah, susup-sasap & sakit mmprtahnkan diri drp musuh yg swajarnya tlah lama dpat ditndukkan; krdil; dperlekeh & dkikis-kisisi khormtannya; brcakaran; musuh [dlm akidah] djadikan kawan, sedara seakidah djadikan lawan. Smua brpunca drp politk yg mndukung idologi kufur Sekular-Demokrasi-Kapitalis, sama spt yg ddukung oleh puak2 yg tak kenal al-Quran itu.

    3 Prcakaran ini bukan politk lslam, bukan ideologi lslam. lni prangkap, intrik yg pnjajah sngaja smai utk mmecah-belah & mlemahkan lslam & umatnya, di mana2 saja ngrai umat lslam.

    4 Walhal, lslam slain agama ritual, juga adalah ideologi - bahkan yg paling bnar krana ddatangkan oleh Zat Yg Maha Benar. Kpd ideologi yg paling bnar inilah bukan saja umat Melayu-lslam yg blum mampu mlihatnya dgn akal jernih, bahkan sluruh umat lslam global pun sama. Krana itu juga dunia lslam hncur dlam prpecah-blahan, & snasib dgn umat Melayu juga.

    5 ldeologi utk umat lslam adalah sstsm khidupan di bawah naungan Daulah Khilafah
    yg mnerapkan [melaksanakan] syari'at scara kaffah, yg memprsatukan sluruh umat lslam global, yg mmpu mnghadapi musuh [kkufuran dlm sgala bntuknya].

    Marilah kita prjuangkan pnegakkannya - demi mngembalikan kmuliaan & khormatan umat lslam.

    Wallahu a'lam.

    Abufaiq

    ReplyDelete
  4. hak berpersatuan hendaklah bermakna, ahli-ahlinya boleh keluar masuk. Kalau masuk boleh, keluar tak boleh, payahlah. Setiap keahlian dikenakan yuran keahlian, bagaimana pula mereka yang tidak bayar, masih perlu diahlikan? Beginilah, serahkan kepada pengundi samada hendakkan wakil rakyat yang melompat parti. Apapun, itu bidangkuasa pengundi bukannya bidangkuasa Parti politik. Bidangkuasa parti politik dalam penerimaan dan pemecatan ahli-ahlinya macam Samy Vellu memecat ahlinya yang menyuruhnya letak jawatan. Sebaliknya, saya cadangkan lebih baik digubalkan undang-undang supayah parti tidak boleh pecat ahlinya daripada menghalang ahli-ahli parti keluar parti.
    Bagi Anon 09-09, apa masaalah sebenar dia? Apa salahnya PG bagi pandangannya.

    ReplyDelete
  5. sembang lebat la lu anon 10:46
    kalau hebat sangat bersuara la depan2
    x payah nak suggest dkm blog bangang ni
    x dapat ape pun
    jgn jadi anjing menyalak bukit brader

    ReplyDelete
  6. Brader anon 1112, lu pun salak bukit juga, sama macam aku nie ha.

    ReplyDelete
  7. SLM BRO..OTAK OTAI OKU TU DH BUNTU SB MULA KERISAUAN DGN TREND KLUAR PARTI. MULA2 PEEKAYYRARR PSTU PASRAELL. SKANG NI YB DEEAYYPEE MULA MENGORAK LANGKAH YG SAMA GAK. KENE BTG IDONG SENDIRI BARU TAU PEDIH KE TAK. PADAN MUKE DIAAA BEBB KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  8. ALOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU........


    BILA HANG TAKLEH NAK JAWAB HUJAH ABANG.... HANG HABAQ ABANG LAGU TU.
    SAPA YANG MENGKAPIAQ SAPA NI.
    ABANG HANYA MENYAMPAIKAN AYAT2 DI BAH.... ABANG TAKKAN NAK MENGKAPIAQKAN ORANG. ALLAH YANG MENGKAPIAQ.... AKU TULUNG HABAQ.

    HANG UBAH LA MAKNA KURAN TU DULU. LEPAIH TU BULIH LA HANG SALAHKAN ABANG.

    Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. - surah al-Maidah, 5

    من أطاع العلماء والأمراء في تحريم ما أحل الله أو تحليل ما حرمه فقد اتخذهم أربابا من دون الله

    Maksudnya;
    “Barangsiapa taat kepada ulama dan pemerintah pada mengharamkan perkara yang Allah telah halalkan dan menghalalkan perkara yang telah Allah haramkan, maka sesungguhnya dia telah mengambil mereka sebagai syirik selain Allah SWT”(Al-Qaul As-Sadid Syarh Kitab At-Tauhid : m.s 134)


    الرابع : من اعتقد أن هدي غير النبي صلى الله عليه وسلم أكمل من هديه ، أو أن حكم غيره أحسن من حكمه ، كالذين يفضلون حكم الطواغيت على حكمه ، فهو كافر

    Maksudnya;
    “yang keempat : barangsiapa beri’tiqad bahawa petunjuk yang lain dari Nabi SAW lebih sempurna daripada petunjuknya, atau bahawa sesungguhnya hukum yang lainnya (dari Nabi SAW) lebih baik daripada hukumnya, seperti mereka melebihkan hukum taghut atas hukumnya, maka dia adalah kafir” (Nawaqid Al-Islam : m.s 2)


    السادس : من استهزأ بشيء من دين الرسول صلى الله عليه وسلم أو ثوابه أو عقابه كفر ، والدليل قوله تعالى : { قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ }{ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ }

    Maksudnya;
    “yang keenam : barangsiapa yang mempermain-mainkan (mempersenda-sendakan) sedikit dari agama Rasulullah SAW, atau dari pahalanya atau dari azabnya, maka telah kafirlah ia. Dan dalilnya adalah firman Allah : Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman” (Surah At-Taubah : 65-66)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)


    التاسع : من اعتقد أن بعض الناس يسعه الخروج عن شريعة محمد صلى الله عليه وسلم فهو كافر ؛ لقوله تعالى : { وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ }

    Maksudnya;
    “Yang Kesembilan : barangsiapa beri’tiqad bahawa sesungguhnya setengah manusia mempunyai ruang untuk keluar dari Syariah Muhammad SAW, maka dia adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah : “barangsiapa yang mencari lain dari islam sebagai agama, maka tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat daripada kalangan orang-orang yang rugi” (Surah Al-Imran : 85)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)

    1.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.- al-Maidah 5:44.
    2.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.- al_Maidah 5:45.

    ARAP LEPAIH NI HANGPA TAK MAI SALAK ABANG LAGI.

    he he he

    ReplyDelete
  9. Salam, Lord Reid,

    1 Ada satu lagi yg banyak orang tergolong di dlmnya, tapi mati-matian nak pertahan pegangan yg sesat lagi menyesatkan itu juga dgn mengingkari maksud ayat ini, "Sesiapa saja yg tidak menghukum dgn apa yg telah diturunkan
    oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang
    yang FASIQ" [al-Ma'idah (5):47]

    2 Bukahkah sekarang ini sedang dijunjung hukum2 sivil-sekular?

    Abfaiq.

    ReplyDelete
  10. Ada yg kaki bontot tugas siapa yg nak hukum...

    Mat Jerontot

    ReplyDelete
  11. kepada Anon 11.12,

    saya bagi pandangan saya supaya lebih baik digubal undang-undang supaya mana-mana ahli parti politik tidak boleh dipecat keahliannya berbanding undang-undang anti lompat parti yang dicadangkan. Itu bukan menyalak bukit kerana anjing menyalak bukit diumpamakan orang yang tak ada kedudukan mempersoalkan yang berkedudukan dan berkuasa. Sekadar wakil rakyat - boleh ke dikatakan bukit atau paling lebihpun busut aje? Macam tidak reti bahasa atau tidak berperibahasa.

    ReplyDelete
  12. menyalak busut takpe, tapi jangan dikencingkan pula. Dah lah anai-anai tu tak mandi dikencingkan lagi.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR