Semalam di parlimen YB Karpal Singh mencadangkan kepada DS Najib agar digubal satu akta berkaitan melompat parti.
2. Apa ni Karpal. Dari dulu , anda dan kumpulan anda juga yang memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan berpesatuan dan sebagainya tentang kebebasan. Bila terkena diri sendiri pandai pula nak sekat itu dan ini. Apa nak sibuk MPs dan ADUNs melompat parti. Ia semuanya tentang kebebasan dan demokrasi. Undang-undang tak menyekat pun mereka dari berbuat demikian.
3. Lagi pun DSAI yang mempopularkan bab lompat melompat ini dengan pelan 16 sep nya. Ke hulu ke hilir ke Taiwan dalam ribut taufan di sana dalam usaha rasminya agar MPs BN melompat ke PR bagi merealisasikan pelan 16 sep. DYMM Agung pun ditipu dan dijualnya.. Di Perak , bukan main lagi DAP dan pemimpin PR yang lain bersorak sorai apabila seorang ADUN BN melompat ke PKR dulu selepas PRU 12. Tak ada pun berbunyi nak gubal akta lompat parti .
4. Bertaubat aje lah Karpal. Bertaubat aje seperti mana anda meminta DSAI bertaubat. Lagi pun , MPs dan ADUNs PR yang dikatakan melompat parti tu pun bukannya melompat parti. Mereka keluar PR ( DAP, PKR ) aje dan menjadi ahli bebas. Mana ada lompatnya.
5. Apa lah Karpal. Cakap tak serupa bikin. Bikin pun tak serupa cakap. Kebebasan yang anda perjuangkan. Maka inilah hasilnya. Apa yang nak cakap banyak-banyak. Cukup-cukup le jadi ular. Kami semua bukan bodoh!

