FOLLOWERS

Tuesday, 31 March 2009

SIAPA HANTU : YANG MENGATA ATAU YANG DIKATA


Berita Harian

31 mac 2009

Dakwaan pengundi hantu taktik lapuk: Hishammuddin

SUNGAI PETANI: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai kewujudan pengundi hantu pada pilihan raya kecil Bukit Selambau, sebagai taktik lapuk.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) Bukit Selambau itu berkata, Kedah dan empat negeri lain tidak akan dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu, jika pengundi hantu benar-benar wujud. Berita lanjut Lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Siapa hantu. Yang mendakwa atau di dakwa. Untuk makluman semua , pengundi hantu hanya sekali dikesan di Malaysia ini dan telah disahkan oleh Mahkamah . Kes YB Yong Tck Lee Sebagai Ketua Mneteri Sabah. Poliharaya di DUN yang di wakilinya telah disahkan seorang hantu hadir mengundi . Hantu ini telah dikesan adalah seorang warga negara Filipina dan menggunakan KP orang lain yang tercicir.


Mahkamah sahkan ia adalah tindakan persendirian dan bukan di dalangai oleh mana-mana ahli dan parti politik.


Selepas itu, pengundi hantu ini tak pernah muncul di mana-mana tempat di Malaysia , Sabah dan Serawak. Tak ada. Yang ada hantu ialah mereka yang mendakwanya. Mereka sebenarnya hantu. Sebab hanya hantu yang nampak hantu. hantu syaitan ini hanya seperti yang Allah terangkan hanyalah kerjannya memfitnah dan menghasut orang agar berasa curiga dan syak wasangka sesama sendiri. Dakwaaan tanpa bukti adalah fitnah.


Jadi ini kerja hantu syaitan. kerana asyik memfitnah. Jika BN menang ada hantu. Jika mereka menang, senyap kemetot. Tak ada pulak hantu. Contoh di PRK di Parlemen Kuala Terengganu tempoh hari. Kecoh kata ada hantu. Bila menang tak ada pulak repot polis untuk mahkamah istiharkan pRK tersebut tidak sah. Mana mereka yang pakai kopiah dan berserban yang asyik mendakwa hantu ada semasa pilihanraya ?


Mereka hanya mendakwa tanpa bukti . Jadi ini fitnah. Ini kerja mereka yang tuhan dah katakan adalah kerja hantu syaitan. Kerja yang membuat sesama bangsa bergaduh dan saling syak wasangka. Berilah bukti. Jika anda telah buat dakwaaan dan tuduhan maka beban bukti pembuktian adalah di atas anda. Jika ada prima facie pihak polis akan membuat siasatan lanjut. Jangan buat dakwaan kosong dan meletakkan beban pada orang lain. Konsep islam pun begitu. Beban bukti terletak pada mereka yang menuduh.


Pada Penghuni Gua, hantu yang dikatakan itu hanyalah fitnah sahaja. dah muak dengarnya. Yang sebenarnya didalam diri mereka inilah terdapatnya hantu kerana kerap bersyak wasangka dan berdengki kianat dan hanya mengalakkan permusuhan sesama islam. Dakwaan tanpa bukti adalah finat. Ingat ini. Jangan bercakap sedap mulut sahaja. Buktikan.


Penghuni Gua : Berkawan dan mengundi caalun lambang HANTU RAYA.

CUKUP LE APA YANG DAH ADA. BERILAH CADANGAN LAIN !


Utusan Malysia



KANGAR 31 Mac — Masjid-masjid di Perlis perlu mempunyai gelanggang sukan selain meningkatkan keindahan senitamannya sebagai langkah mempelbagaikan peranannya, kata Mufti Dr Juanda Jaya hari ini.


Menurutnya, selama ini masjid sering dipakejkan dengan tanah kubur sedangkan ia sewajarnya menjadi pusat masyarakat yang penuh dengan kegiatannya di samping peranan utama sebagai tempat beribadah.


“Apa salahnya, masjid mempunyai segala kemudahan riadah dan apabila tiba waktu solat, semua meninggalkan kegiatan riadah untuk solat berjemaah,” katanya semasa menyampaikan taklimat mengenai rumusan forum bulan dakwah peringkat negeri Perlis di Galeri Diraja Istana Arau di sini. Berita lanjut: KLIK

Penghuni Gua : Bab ini saya nak menyanggah sikit terhadap mereka yang imej agama seperti Mufti Perlis di atas. Pada pandangan saya , walaupun cadangan di atas tidak salah dari segi agama, tetapi dari sudut lain seperti sudut ekonomi dan sebagainya saya berpendapat cadangan ini satu yang membazir.

Cukuplah dengan gelanggang sukan dan padang permainan yang dah ada. dah banyak sangat padang dan gelanggang sukan yang terdapat di Malaysia ni. Dalam bendang dan tepi pantai pun boleh nak pergi main bola. Nak dengan tak nak aje. Nigeria tak ada padang bola pun. Mereka main atas pasir gurun aje. Boleh juga mereka masuk Piala Dunia. Yang sebenarnya semangat itu yang penting bukan prasaranannya.

Gelanggang yang ada pun tak terurus dan terjaga. Tengoklah berapa banyak padang bola di negara ini yang telah menjadi padang ragut. Lepas itu salahkan kerajaan. JKKK semuanya tidor aje. Apa lagi imam masjid. Kebanyakkannya banyak tidor dan asyik main politik sahaja. Jika ditambah dengan padang bola dan gelanggang, sempat dan boleh ke mereka menjagannya.


Keseluruhan masjid yang ada di Malaysia ini, semuanya kosong dari dihadiri makmum untuk bersembahyang. Masjid yang tersergam indah dan berjuta kerajaan bina hanya digunakan pada hari jumaat sahaja. Hari-hari lain kosong. Paling banyak pun ada dua saf. Itupun yang tua-tua aje yang hadir. Setengahnya masjid ditutp terus dan dibuak hanya hari jumaat sahaja. Mana imam dan bilal dan siak pergi? Tahi cicak dan kawasan masjid penuh dengan sampah.


Tak ada apa yang mereka di atas ini buat. Tak ada usaha nak tarik orang datang sembahyang. Hanya azan sahaja. Elaun mereka ambil. kalau ada 2 imam ( imam 1 dan Imam 2 ), tak pernah ada kedua-duanya di masjid pada waktu sembahyang biasa. Boleh juga mereka bergilir. Apa salahnya keduannya datang dan memang patut mereka datang kerana telah diberi elaun.


Ini nak tambah gelanggang sukan lagi. Alamatnya jadi tempat parking motosikal dan basikal. Silap gaya jadi tempat lembu tidor untuk cari kepanasan malam.


Kadang-kadang malu dibuatnya tengok keadaan persekitaran masjid di negara ini. Nak kata tak tahu tak boleh. Mereka yang diamanahkan untuk menjagannya semuanya berilmu agama.


Kalau kita lihat Wat-Wat siam di Kelantan tu, jangan kata dalam WAT, persekitaran wat amat indah. Nak cari sampah atau rumput lebih panjang dari satu inci pun tak ada. Sebab semua kakitangan mereka ikhlas. Mereka tidak berpolitik tetapi memainkan peranan mereka sebagai pemimpin agama. Mereka jadikan wat-wat tempat beribadat yang aman dan tempat perpaduan.


Ini kebanyakkan Imam kita asyik berpolitik. Bukan semua. Kalau tak adalah tukang kebun yang di gajikan oleh kerajaan , Penghuni Gua rasa boleh ada ular sawa 30 kaki di dalamnya. Lihat ajelah di Taiping dan Bukit Selambau. Penuh dengan mereka yang beragama ke sana dok asyik sibok berkempen. Mereka lebih suka ke sana dari berkempen di kariah masjid masing-masing agar jemaah kariah tu datang beramai-ramai ke masjid.


Mungkin orang akan marah tulisan saya ini. Tapi kita jangan hipokrit. Pergilah ke Tumpat dan Pasir Mas di Kelantan atau di Kedah , juga ada juga Wat di Jertih Terengganu. Wat mereka macam taman di Nirwana. Kita nak pijak tanah pun segan bimbang akan kotor. Penghuni Gua amat suka melihat wat-wat mereka. Jika ke sana , memang penulis akan melawat tempat sebegini. Kerana apa. Kebersihannya dibandingkan dengan masjid-masjid kita. Pergilah kalau tak percaya. Kesemua Wat berkeadaan yang sma.


Jadi cadangan Mufti Perlis tu pada pandangan Penghuni Gua , tak payahlah kerajaan buang masa nak memikirkannya. Mufti, imam-imam dan mereka yang beragama ini satu sahaja yang penting mereka lakukan sesegera mungkin.


Mainkan peranan ujudkan perpaduan dan kemesraan antara umat Islam. Imam dan mereka yang beragama ini berhentilah berpolitik. Pergi ke peranan yang lebih utama dan dituntut oleh islam. Serulah kepada persaudaraan islam dan fikirkan mengenainnya.


Buang sementara keangkuhan kita. Seluruh dunia islam mereka yang berserban asyik berbunuhan sesama islam atas alasan mudah iaitu mereka lebih islam dari pihak yang satu lagi. Kejadian terbaru , serangan ke Akedemi Polis Pakistan. Beratus orang islam terkorban. Siapa lebih islam. Yang menyerang atau yang di serang dan terkorban.


Fikirkanlah. Lupakanlah cadangan di atas. Imarahkan masjid yang sedia ada. Ini peranan anda.

SUHAKAM : APA LAGI NGOs NAK ?


Malaysiakini



Sekumpulan besar NGO Malaysia terus mendesak badan antarabangsa yang memantau institusi hak asasi nasional di seluruh dunia ICC agar tidak lagi memberikan "status A" kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Penurunan status suruhanjaya itu kepada "B" membawa akibat ia hanya dibenarkan sebagai pemerhati dan tidak boleh menyertai perbahasan di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan "status C" bermakna sama sekali gagal mematuhi Prinsip Paris, syor kebebasan institusi hak asasi di sesebuah negara.

"(Jika Suhakam dikekalkan status A), tindakan ini akan memberikan keabsahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia membuat pindaan sewenang-wenangnya tanpa berunding dengan pihak berkepentingan, termasuk NGO, dan juga pindaan (Akta Suhakam) yang bersifat permukaan," kata 46 pertubuhan itu dalam surat yang ditujukan kepada ICC hari ini. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : NGOs ni nak apa lagi. Nak bebas macamana lagi. Bandingkan kebebasan negara kita dengan US. Adakah kita tidak bebas berbanding US. Negara Malaysia atau US yang lebih menitik beratkan hak asasi awam ini ? Jawapannya Malaysia. Lihat di Asia Tenggara. Siapa yang lebih baik dalam menjada hak asasi awam. Malaysia juga.


Lihat Asia , Cina, Russia, Eropah dan sebagainya, semua nya Malaysialah yang terbaik dari segi kebebasan dan penjagaan hak asasi awam berbanding dengan negara-negara di atas. Apatah lagi dengan bapa hak asasi dunia US. Mereka ini hanya pandai bercakap sahaja. Tahun 2008 berapa ribu US telah membunuh rakyat Iraq, Afghan, Palestin.


Mana NGOs ini berada semasa pembunuhan ini berlaku. Mana suara mereka. Mana NGOs ini dalam memperkatakan hak asasi rakyat kebanyakkkan yang merempat dibawah jambatan dan dibawah tangga di US. Berjuta orang. Apa perjuangan mereka.


Apa perjuangan dan suara NGOs ini tentang hak asasi awam yang terjejas akibat tunjuk perasaan setiap hari oleh Hindraf ( sehingga kini pun ). Mana hak asasi polis yang pecah kepala dan kecederaan lain serta yang mati akibat tunjuk perasaan dan juga yang ditembak oleh perompak. Apa yang telah mereka perjuangkan kepada hak asasi mereka ini. Sepatah pun mereka tidak bercakap.


Kepada kerajaan, Jangan melayan lagi kehendak dan agenda mereka ini. Mereka akan terus mengkritik dan mempersoalkan hak asasi Malaysia walaupun apa yang di lakukan oleh negara. Mungkin mereka hendak bebas seperti hidup belantara yang tiada peraturan dan undang-undang. Lupa dan pekakkan telinga kepada desakan mereka ini. Mereka ini hanya mewakili minoriti yang boleh dibilang dengan jari. Pihak kerajaan perlu menjaga hak kami yang sentiasa mempertahankan kerajaan dan ini disahkan di dalam ORU ke 12 walaupun berkurangan sedikit.


Persetankan desakan mereka ini yang hanya mementingkan diri dan sentiasa menjadi rakyat yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh negara ini.


Lupakan suara mereka. Suara kami ada sepatutnya lebih diutamakan. Kami semua bersyukur dengan apa yang ada. sebarang rasa tidak puashati , kami salurkan melalui saluran yang betul dan dengan cara berhemah dan bukan dengan meludah negara ini di luar negeri. Mereka ini sebenarnya adalah penderhaka yang hanya berniat merosakkan negara.


Penghuni Gua : Hak asasi awam lebih utama dari hak asasi individu.

Monday, 30 March 2009

CONFICKER.C : SELAMATKAN KOMPUTER ANDA



Berita Harian
30 mac 2009

CyberSecurity usaha tangani Conficker.C

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia, pusat pakar nasional bagi keselamatan siber, sedang berusaha untuk menangani sebarang kemungkinan kesan cecacing Conficker.C kepada pengguna komputer.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt-Kol (Bersara) Husin Jazri, berkata CyberSecurity bekerja sama rapat dengan pendaftar domain .my dan rakan kongsi antarabangsa lain untuk mengurangkan penyalahgunaan domain oleh Conficker.

"Situasi terkawal dan nasihat ini adalah sebahagian daripada inisiatif kesedaran kami untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai apa yang sedang berlaku berkaitan dengan keselamatan ruang siber," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Conficker.C adalah versi cecacing yang diubah suai dan diprogram untuk dihubungkan kepada domain secara rawak bermula Rabu ini.

Ia menyerang komputer dengan sistem operasi tetingkap yang tidak dikemas kini atau dilindungi dan kemudiannya menghubungkan kepada laman web milik pencipta cecacing conficker untuk dapat kembali arahan mengenai "what to do next" ("apa yang perlu dilakukan seterusnya").

CyberSecurity menerusi Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengeluarkan kenyataan amaran berkaitan Conficker.C pada Januari.
Kenyataan amaran itu boleh diakses menerusi: laman web http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index.html

Husin menasihatkan pengguna komputer mengemas kini sistem operasi tetingkap dalam komputer mereka dan merujuk kepada kenyataan yang menerangkan langkah untuk menangani cecacing tersebut.

"Kami amat menggalakkan orang awam untuk sentiasa mengunjungi laman web kami untuk membaca perkembangan terkini kami dan nasihat mengenai cecacing Conficker.C.

Organisasi dan individu juga dinasihatkan melapor kepada keselamatan siber insiden seperti serangan perisian bahaya dalam komputer mereka menerusi emel kepada cyber999@cybersecurity.my untuk analisis dan tindakan selanjutnya oleh pakar keselamatan siber kami," katanya. - Bernama

Penghuni Gua : saya sudah ambil tindakan seperti yang disarankan oleh NISER. Ia mengikut langkah seperti yang dicadang di laman Niser iaitu : http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index.html.

Kesannya amat baik. Hasilnya komputer Penghuni Gua samada bila buka Internet dan lain-lain program, datanya terbuka dan akses maklumatnya bagai halilintar kepantasanya. jadi ambil tindakan segera untuk " Remove " benda buruk ini. Ikut langkah di bawah tajuk Mitigation di laman web Niser iaitu http://download.eset.com/special/EConfickerRemover.exe .
Ini program yang bagus. Penghuni Gua baru saja selesai ambil tindakan. Hasilnya " WOW ". Ia lambat laun akan menjahanamkan komputer anda jika terlewat.
Segerakan.

P . UTHAYAKUMAR KOMPLEN LAGI !!




Malaysiakini


Tahanan ISA: Saya jumpa daging lembu dalam sambal ayam
Syed Jaymal Zahiid Mar 30, 09 4:50pm


P Uthayakumar membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar kerana didakwa tidak menghiraukan sensitiviti penganut Hindu apabila daging lembu didakwa disaji di Kem Kamunting, tempat pemimpin Hindraf itu ditahan.Dalam laporan yang dibuat Rabu lalu, beliau menuduh Syed Hamid berbohong apabila berkata pemimpin Hindraf, yang beragama Hindu, yang ditahan di situ, tidak disajikan makanan mengandungi daging lembu yang dilarang oleh agama mereka.


Syed Hamid membuat kenyataan tersebut sebagai menafikan dakwaan Uthayakumar bahawa pihak berkuasa kem tersebut menghina agama Hindu apabila menyajikan makanan yang mengandungi daging lembu.Uthayakumar mendakwa, beliau menemui "beberapa ketul daging lembu" dalam sambal ayam yang disajikan sewaktu makan tengahari pada 22 Mac lalu.


"Saya telah disajikan sambal ayam dengan nasi. Saya (nampak) apa yang kelihatan seperti ketul daging lembu dalam sambal ayam tersebut," katanya dalam laporan tersebut. Salinannya diperolehi Malaysiakini.


"Bila saya bertanya kepada tahanan lain, mereka mengesahkan sambal daging lembu dan daging ayam dimasak dalam bekas yang sama," katanya sambil mendakwa ayam tersebut diasing dan diletakkan dalam pinggan dan disajikan kepadanya.


Beliau juga mendakwa, pihak berkuasa belum lagi menyajikan makanan yang bersesuaian dengan penyakit kencing manis, walaupun mengetahui beliau menghidap penyakit tersebut.



Penghuni Gua : Jika benar seperti didakwa oleh Uthaya tentang makanannya terdapat ketulan daging lembu maka tindakan tatatertib harus atau wajib diambil terhadap Penguasa Pusat Tahanan Kemunting. Ini kerana dengan kecuaian ini ia boleh menjejaskan nama baik kerajaan di mata dunia. Jika benar ini bukan kesilapan kerajaan.


Ia lebih kepada kecuaian yang tidak boleh dimaafkan yang dilakukan oleh penguasa Pusat Tahanan berkenaan kerana tidak sensitif terhadap penganut agama Hindu. Tindakan yang paling keras haruslah dikenakan kepada pihak terbabit.


Begitu juga dakwaannya bahawa makanannya tidak mengikut menu yang sepatutnya sebagai seorang yang mengidap kencing manis. Tindakan tatatertib yang paling keras harus dikenakan oleh pihak kerajaan sekirannya dakwaan ini benar. Kecuaian ini memamng tidak dapat dimaafkan.


Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod dan sejarah tahanan ini berada di Pusat Tahanan Kemunting perkara ini pada pandangan saya tidak mungkin berlaku.


Utayakumar yang sebelum ini pernah mendakwa tidak mendapat layanan perubatan yang memuaskan untuk penyakit kecing manisnya dari Pusat Tahanan ini. Kemudian lapuran dikeluarkan . Sebenarnya beliau sebenarnya enggan menerima rawatan yang disediakan oleh doktor perubatan kerajaan.


Ini semua adalah gimik politik dan helah orang seperti dia. Pusat Tahanan ini sudah beroperasi lebih 50 tahun. Mereka semuanya terlatih dan tiada satu pun berlaku penginayaan terhadap tahanan. Penghormatan terhadap agama seseorang amat dititik beratkan dan diberi kemuliannnya. inilah lebihnya negara kita.


Walau bagaimana pun , kebiasaannya alasan yang popular mereka yang seperti tahanan ini adalah masalah kesihatan dan ingin mendapatkan rawatan di luar negara. Bagitahu mereka semua bahawa kawan mereka yang begitu kuat mengkritik negara ini dan memburukkan negara di seluruh dunia bahawa berlaku penghapusan etnik di negara ini telah terlantar sakit tenat di London.


sekarang mengemis dengan kerajaan yang dia burukkan dahulu untuk minta kebenaran pulang ke negara ini untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Malaysia. Bila berada di luar negara baru mereka tahu semua yang ada di Malaysia ini adalah yang terbaik.


semua mereka jenis ini apabila di tangkap akan mendakwa tidak sihat dan sakit. racun arsenik, HIV, rawatan kesihatan tidak baik dan sebagainya. Apabila kelaur dari penjara atau pusat tahanan serta merta baik segala sakit. Kalau masa di penjara bukan main sakit. Berjalan pun dipapah. Kononya sakit belakang yang kronik dan sakit lutut dan perlu dapatkan rawatan di Jerman. Tun Mahathir nak bawa pakar Jerman yang dimahukannnya dan segala alat kelengkapannnya ke negara ini, tak mahu pulak diannya. Bila bebas, sampai sekarang, terus sihat walafiat. Segar bugas sehingga boleh pula mengulangi aktiviti lamanya.


Kepada kerajaan, jangan layan sangat kerenah mereka ini. tahan mereka selama mungkin. Biar mereka tahu tinggi rendah dunia ini. Jangan mereka menghancurkan keindahan kepelbagaian yang ada di negara ini. Mereka inilah yang mencalit segala keindahan kepelbagaian negara ini hingga ujud sedikit kekeruhan antara kaum dan agama yang terdapat di negara ini sekarang.


Jangan layan si putar belit ini. Keselamatan negara kita lebih utama. Hak asasi awam lebih utama berbanding hak asasi individu. Berita jam 8 malam ini menunjukkan serangan militan di akedemi polis Pakistan . Ramai yang maut. Jika kerajaan berkompromi dan terlalu bertolak ansur di dalam hal-hal dasar maka tidak mustahil negara kita akan mengalami perkara yang sama seperti di Pakistan itu.


Negara bukan tempat membuat ujikaji. Ambil tindakan sekeras mungkin jika ada pihak yang masih cuba menganggu dan mempersoalkan perkara-perkara asas pembentukan negara ini.

BERHENTI MEROKOK JIKA TIDAK JADI LEMBU : PATUH NASIHAT YB TUAN GURU NIK AZIZ


Pada 27 mac 2009 Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat mengatakan mereka yang pakai jubah dan ketayap tetapi masih menghisap rokok lebih hina dari lembu. Lihat komen saya sebelum ini.( KLIK ). Jadi macam Penghuni Gua katakan pada komen tersebut minggu ini Penghuni Gua akan berhenti merokok dengan mengambil nasihat YAB Tok Guru Nik Aziz tersebut. Yang baik kena ikut. Yang buruk kita kritik. Tapi tak tahu le berapa lama boleh tahan. Insyaallah sehingga ke mati kalau boleh.

Isteri dah senyum sampai ketelinga bila diberitahu azam Penghuni Gua untuk mengikut nasihat YAB Tok Guru tu. Walau apa pun Penghuni Gua akan cuba bermula dari esok pagi kerana rokok terakhir ( lihat gambar : Rokok Lucky Strike terakhir. Di dokumenkan untuk menjadi kenangan kepada diri sendiri dan kepada anak cucu nanti. Bukan senang nak berhenti ni. Masuk ni dah 6 kali. Paling lama bertahan 2 tahun aje. Moga yang ni lebih dan berpanjangan.) dijangka akan habis jam 3 pagi nanti .


Jadi menjelang jam 6 pagi subuh esok , maka penghuni Gua adalah manusia bebas dari rokok dan pencemar alam sekitar. Insyaallah. Kepada semua Bloggers terutama Bloggers Pembela Negara , kalau boleh , jom ikut sekali.


Amin. Terima kasih Tok Guru. Tapi kalau Tok Guru buat tak betul dan mencarut serta berpolitik tidak baik dan membuat dakwaan tanpa bukti , saya akan kritik juga. Memang Nabi kita mewajibkan kita kritik pemimpin kita tak kira apa parti pun jika buat silap.


Semua Bloggers. Mulakan kempen TAK NAK sekarang. Semuga kita semua terus sihat untuk menulis..................

Sunday, 29 March 2009

Masjid : Nak Berpolitik Jugak ?



Berita Harian
29 mac 2009

Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry
oleh Nurhayati Abllah

TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajant anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam. .................................................... ......................................................................................................
"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya . Berita Lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Sudah lah tu. Insaf lah. Jangan masjid jadi medan berpolitik . Masjid tempat umat islam berpadu dalam jemaah. Bukan tempat berpolitik.


Kalau tak cukup tempat bercakap , atau tak letih lagi bercakap, banyak padang di Bukit gantang tu. Letak kerusi pegang pembesar suara. Bercakap lah sampai suboh. Boleh buat sembahyang hajat lagi. Tapi ingat! Banyak sudah sembahyang hajat yang anta buat di seluruh Malaysia. Satu pun Tuhan tidak perkenankan lagi. Apa sebabnya.


Fikirlah. Sebabnya anda semua sombong dan angkuh dalam perjuangan dan menggunakan agama untuk kepentingan sendiri. Banyak menfitnah. Inilah jadinya. Perjuangan dan doa anda semua tidak ditunaikan oleh Allah.


Sudahlah tu. Malu ke anak-anak kecil dan anak-anak muda, orang tua berperangai sedemikian. Carilah tempat lain. Juga jangan politikkan TADIKA seperti apa yang berlaku di Terengganu dan Pulau Pinang serta Kedah.


Penghuni Gua bukan ahli mana-mana parti. UMNO pun kalau salah Penghuni Gua kritik juga. Dengan lain perkataan sudah-sudahlah politikkan masjid, dan Tadika. Lain tu gasak le sampai tak ada suara jika anda semua masih belum letih bercakap.

BACA DAN INSAFLAH KEPADA SEMUA UMAT MELAYU : SUSAHNYA KITA DAHULUNYA



Berita Minggu

29 mac 2009


Personaliti Veteran Umno: Siti Rahmah rela dipukul demi Umno

Parut dibantai ibu selepas serah gelang kepada Tunku bukti cintakan parti hingga akhir hayat

KUALA LUMPUR: Bersandarkan kecintaan yang amat mendalam terhadap agama, bangsa dan negara, pejuang wanita Melayu yang sehingga kini masih terserlah semangatnya sanggup berbuat apa saja dalam memastikan kemerdekaan negara tercapai. Meskipun usia mencecah 82 tahun, Datuk Siti Rahmah Kassim tidak pernah ketinggalan mengikuti Perhimpunan Agung Umno sejak 1946. Mungkin ramai tidak mengetahui ketika Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bergelut mencari dana ke London menuntut kemerdekaan, wanita bersemangat waja itu menjadi insan pertama menyerahkan gelang emas kesayangan pemberian bapa, semata-mata kerana perjuangan bangsa.

Beliau sanggup menghulurkan gelangnya kepada Bapa Kemerdekaan itu dengan meletakkannya dalam selendang merah sehingga menjadi dana untuk Perdana Menteri pertama ke London menghadiri satu persidangan, di Dewan Hang Tuah Bandar Hilir, Melaka. "Tunku berangkat ke London bersama Raja Melayu.

Tunku berucap dalam loghat Kedah sambil mengalirkan air mata, 'saya ni nak pi London, Umno tak dak duit, saya pun tak dak duit, saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden Umno, nak bagi Malaya merdeka.' "Ketika sebut perkataan tak dak duit, Tunku menangis. Orang biasa menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipi. Saya duduk di depan ketika itu terus bangun sambil berkata, 'patik menyahut seruan tunku, patik reda'.

"Saya suruh dua wanita pegang selendang merah. Saya buka gelang hadiah ayah dan letaknya dalam selendang. Tunku turun pentas mengambil gelang. Selepas itu saya keliling dewan. "Orang lelaki bagi tongkat berkepala emas, cincin, jam emas dan golongan ibu pula serah barang kemas. Memang saya tabik, wanita ketika itu langsung tidak sayang harta, buka rantai, subang, cincin dan kancing baju. "Ahli Umno di tingkat atas jatuhkan duit tidak ubah seperti daun getah berguguran. "Ayah faham semangat perjuangan saya, tetapi emak memang konservatif. Orang bagi tahu emak pasal sumbangan gelang itu dan dia marah.


"Apabila balik, emak tunggu di tangga rumah dan terus tanya, mana gelang? Saya kata sudah beri kepada Tunku. "Emak tanya mengapa. Saya jawab sebab Tunku nak ke London, jumpa Ratu England rundingkan kemerdekaan. Dia tanya lagi, apa kena mengena dengan kau? "Emak bantai belakang saya dengan rotan belah empat, tidak kurang lima kali sehingga darah membasahi baju. "Saya sanggup menahan sebatan itu kerana darah yang menitis di belakang badan itu ialah darah perjuangan. Saya masih dalam Umno hingga hari ini. Sampai sekarang masih ada parut.

Setiap kali berceramah saya akan ceritakan kejadian ini. "Ketika sambutan kemerdekaan ke-51, saya diundang ke program anjuran Putera Umno. Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai wakil Perdana Menteri menghadiahkan sepasang gelang, keris dan destar (tengkolok). "Saya menitiskan air mata kerana menerima gelang itu selepas 51 tahun ia hilang. Kedua, saya kagum kerana destar biasanya untuk lelaki, tetapi kali ini saya menerimanya. Saya seperti pahlawan, semangat begitu membara dalam jiwa," katanya.

Siti Rahmah yang masih kuat daya ingatannya mampu menceritakan setiap peristiwa berkata, perjuangan dulu tidak semudah kini. "Generasi muda perlu dipupuk dengan semangat juang sejak remaja dan pada peringkat akar umbi. Mereka perlu diberi latihan berucap dan paling penting faham erti perjuangan demi agama, bangsa dan negara. "Kalau masuk Umno, bayar yuran dan pegang jawatan, bagi saya itu bukan pejuang tulen. Semangat juang semua orang ada, cuma kadangkala tidak tulen.

Apabila diajak masuk parti pembangkang, tanpa berfikir panjang mereka menerimanya. "Jika orang beri kain pelekat berharga RM30, duit RM50, katakan kepada mereka, apa yang ada dalam tangan saya ini akan menentukan parti saya berkuasa, pegang kerajaan. "Apalah nilai RM80 jika kita sanggup beri undi kepada pembangkang," katanya.

Penghuni Gua : Kepada semua pemimpin muda samada di dalam UMNO atau diluar UMNO juga kepada semua orang muda Melayu di dalam negeri dan juga di luar negeri termasuk pelajar-pelajar !!!!!!!!!!!!. Renung dan hayati tulisan dan kisah sejarah ini. Sebagai orang yang terdidik sepenuhnya di dalam bidang sejarah, Penghuni Gua sudaah lama mengetahui kisah ini. Cuma inilah tulisan yang baik dilihat menggambarkan susah payah pemimpin kita yang terdahulu berjuang untuk memerdekakan dan membangunkan negara ini.

Jangan kita mudah mencaci cerca pemimpin yang kita ada. semua pemimpin dan kita juga mempunyai keburukan . Jadi jangan jadikan keburukan seseorang pemimpin itu , untuk kita memperlekehkan sumbangan mereka kepada negara.

Kehidupan anda semua masih panjang berbanding kami yang bila-bila masa kan dijemput oleh Ilahi. Jadi semasa membaca tulisan ini , hayati sepenuhnya hikmah disebalik kisah yang dipaparkan di atas. Baiki kepimpinan kita dengan cara berhemah. Sokonglah kepimpinan yang ada dan buat teguran sekerap mungkin. Kaedahnya bukan memaki hamun dan memfitnah. Insaflah, mentadbir negara bukan satu tugas mudah. kita juga berpernanan dalam membuat pembetulan dan kritikan disertakan dengan cadangan. Jangan jadi seperti ramai peguam dan NGOs, yang hanya pandai bercakap dan menuding jari kepada kerajaan yang ada tanpa cadangan yang konkrit.

Ingat! Kita hanya ada Malaysia. Tidak ada negara lain lagi untuk kita. Ingat ! sebarang kejadian buruk yang akan merosakkan negara kita akan memberi musibah kepada anak cucu anda semua. Tiada tempat lain untuk kita lari dan menghuni di planet ini kecuali di Malaysia. Negara Malaysia ini bukan tempat dan medan ujian untuk mengujui tiori demokrasi, islam, kominis dan sebagainya. Kesilapan dalam membuat ujian akan membawa padah dan amat sukar untuk dipulihkan.

Kita jangan hipokrit. Jangan fikir tentang kita. Fikirlah tentang mereka yang hidup selepas kita.


Apa pilihan yang kita ada sekarang selain dari pimpinan negara yang ada. Berikan contoh jika ada. Jangan hanya mendengar mereka yang pandai bercakap sahaja. Kita hidup di dunai nyata dan bukan dunia maya. Sokong lah yang telah terbukti kebolehannya dan yang kuat. Tegurlah denga bernas beserta dengan cadangan.


Jangan sesekaali kita membakar apa yang terbina dengan baik untuk anak cucu kita. Lupakan politik buat sementara. Insaflah kita semua. Malaysia hanya ada satu tiada dua. Kita tak boleh lari ke mana-mana jika sesuatu yang buruk berlaku kepada kita. Bukan seperti mereka yang pandai bercakap dan menuding jari tersebut. Mereka akan lari meninggalkan negara ini kita negara kucarkacir. Merka akan kembali bila negara aman dan menguntungkan mereka.


Mereka mengatakan Malaysia melayan mereka sebagai rakyat kelas kedua dan berbondong " migrate" ke Australia pada tahun 1975. Mereka membaling telur busuk kepada Tun Abd Razak PM kita pada masa itu di sana. ( Salah seorangnya ada seekor Melayu si Hishamuddinn : sekarang telah ada di Malaysia dan masih cuba membuat kacau )..

Kita di Mana. Di Malaysia juga kita.

Jadi jaga dan peliharalah negara Malaysia ini dengan baik. Bukan dan jangan cuba membuat negara ini sebagai medan untuk ujikaji berbagai tiori dalam politik. Bahana nya adalah anak cucu kita. Insaflah.


Penghuni Gua : Masih dan akan terus menulis dan memaparkan kisah sejarah sebegini. Sesekali dan mungkin banyak kali kita terpaksa menoleh kebelakang. Sejarah itu adalah cerminan hidup kita. Membaca sejarah adalah seperti kita melihat diri kita di cermin. Sejarah akan berulang ( lambat dengan cepat sahaja.) cuma watak, masa dan tempat ia berlaku sahaja akan berubah. Jadi ingat jangan sesekali kita membenaarkan sejarah hitam berulang. Kita boleh melambatkan atau mengurang impaak sejarah hitam akan berulang jika kita insaf pada sejarah terdahulu dan ambil ikhtibar darinya.

Saturday, 28 March 2009

BLOG MENGHINA ISLAM : SEGERAKAN TINDAKAN


Blog yang menghina Islam : SURIND :



(Scroll Down For Updates - Above 'Related Posts')Please note that the title of this post (still titled the same with a "?" question mark) and the video & words earlier posted (now removed for certain reasons, but can still be found on YouTube) is from a YouTube user called 'victimlesscriminal' (the video is part of a series of his).... and the video does not reflect my views! - which does not matter & of which no one will ever know about (the disclaimer to this blog, has been up on the sidebar since it started!).


If the beliefs, opinions & views of everyone in this country is subject to laws, acts (Abolish the Sedition Act!) & punishment, then as Raja Petra has also said before (please help me find the link to that & also check out this link - Raja Petra: Respect Cannot Be Demanded, it Must Be Earned & his latest post 'Walking on Thin Ice') half the Western World & many non Muslims (even those in this country) should be taken to court, jailed & punished for beliefs, perspectives & view points! If advocacy for "freedom of & from religion" (secularism), liberty & cosmopolitanism is a crime, I am certainly guilty :)

Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kepada pihak berkuasa sila ambil tindakan pendakwaan segera. Ia boleh menimbulkan suasana tidak selamat sekiranya tindakan lambat dijalankan. 5 repot polis telah dibuat terhadap blog ini tetapi dilihat tiada tindakan proaktif terutama tindakan Suruhanjaya Mulitimedia untuk menutup segera blog ini. Tindakan pendakwaann boleh dijalankan kemudian. Penulis blog ini boleh di dakwa di bawah Akta Hasutan.

Inilah contoh mereka yang tidak menghargai kepelbagaian yang terdapat di muka bumi ini dan hanya mmentingkan diri sahaja. Mereka inilah yang sepatutnya diambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut undang-undang Negara. Jika kita lewat mwngambil tindakan mengikut undang-undang maka ia akan memupuk perasaan kebencian antara agama dan kaum yang terdapat di negara ini.

Segerakan tindakan.
Penulis ini kemudiannya cuba mencuci tangannya. Lihat :http://surind.blogspot.com/2008/12/sabbatical-i-will-be-back.html
Walaupun beliau cuba mencuci tangannya , tindakan masih boleh terus diambil. Penghuni Gua percaya beliau masih berada di negara ini.

SAH PAK LAH JUMPA DYMM AGUNG 2 APR 2009




KUALA LUMPUR 28 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong 2 April ini untuk menyampaikan maklum hasrat bagi melepaskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Beliau berkata, sekiranya mendapat perkenan, tarikh rasmi untuk majlis penyerahan kuasa akan diadakan. - Utusan

Penghuni Gua : Terima kasih kepada Blog Mesin Taip Buruk yang mendahului berita di Utusan Mlaysia di atas. Sah Pak Lah akan letak jawatan PM pada 2 APR 2009. Bersedialah dengan secukupnya untuk menggalas cabaran kepada PM baru : DS Najib.


Penghuni Gua juga amat gembira apabila menonton TV jam 130 ptg tadi. Ini kerana melihat kelibat Tun Mahathir hadir ke Perhimpunan Agung UMNO hari ini. Ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir merestui kepimpinan DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin ( kecuali KJ ? ) untuk meneruskan perjuangan beliau yang sedikit terbantut selepas beliau ( TUN ) meletakkan jawatan dulu. Semuga DS Najid , cergaskan semula segala perancangan yang telah dibuat oleh Tun dibawah wawasan 2020. ( Gambar bawah : di petik dari Agendadaily : kehadiran TUN di PAU ).
Jika tiada idea baru, maka DS Najib boleh meneruskan perancangan yang telah disediakan oleh Tun sebelum belaiu bersara. Jika ada tambahan lagi baik. Jangan terjadi lagi, dimana idea sendiri tiada dan yang telah Tun rancangkan telah di " DELETE " oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sebahagian lagi ditangguhkan dan dipinda.

Terimakasih Tun atas kehadiran anda juga terharu melihat Tun berpegangan tangan di atas pentas bersama-sama pemimpin UMNO yang lain. Semuga Tun kembali semula ke pangkuan UMNO.

Janji DS Najib bahawa beliau akan menjemput Tun untuk berunding bagi memantapkan parti dan negara dalam tempoh terdekat juga amat dialukan . Tahniah juga kepada DS Najib atas rendah diri beliau yang masih melihat kelebihan pemimpin berkaliber ini untuk memainkan peranan di belakang tabir.

3 APR 2009 : DS NAJIB ANGKAT SUMPAH ?



Dipetik dari Blog : MESIN TAIP BURUK
27 March 2009

Najib angkat sumpah PM 3 April!

Huh.. aku baru terima SMS dari seseorang memaklumkan bahawa Pak Lah akan mengadap Agong pada 2 April untuk mendapat perkenan bagi membolehkan beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan memilih Najib sebagai pengganti.

Najib pula dijadualkan angkat sumpah sebagai PM pada keesokan harinya iaitu Jumaat, 3 April 2009.

Aku harap ini bukan April Fool...!!

Posted by Mesin Taip Buruk at 3:23


Penghuni Gua :


Kalau sungguh bagai dikata,

lega hamba tak terkata

lagi cepat bertambah ceria

mudah najib mengatur negara

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO : MENGAPA TUN MAHATHIR TIDAK HADIR ?




Dipetik dari blog : Chetdet

KENAPA SAYA TIDAK HADIR


By Dr. Mahathir Mohamad


on March 27, 2009 4:24 PM


1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.


Penghuni Gua : Entahlah TUN. Pening juga dibuatnya. Letih juga kami fikirkannya. Semuga DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin dapat membuat " Pembetulan ".

Friday, 27 March 2009

TAHNIAH PDRM : TERUSKAN TEMBAKKAN ANDA



Berita Harian

27 mac 2009


Polis tembak mati 3 penjenayah di Bukit Merah


IPOH: Polis menembak mati tiga lelaki dan menahan tiga yang lain dalam operasi berhampiran Bukit Merah Lake Town Resort, dekat Taiping, hari ini. Dalam kejadian jam 2 petang itu, seorang anggota polis turut tercedera akibat ditembak penjenayah berkenaan. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.



Katanya maklumat lengkap mengenai kejadian itu akan diberitahu pada satu sidang akhbar yang akan diadakan kelak. - Bernama


Penghuni Gua ; TahniaPDRM atas kejayaan membunuh 3 penjenayah ini. Ini sahaja caranya untuk mengajar mereka dan mengerunkan penjenayah yang lain. Penghuni Gua nak tengok juga ada atau tidak pejuang-pejuang Hak Asasi Manusia di Malaysia ( ahli-ahli Politik, Majlis peguam dan peguam2 yang handal serta Prof2 undang serti Malik Imtiaz dan Prof Aziz Bari dan NGOs ) yang begitu bersungguh berjuang mempertahankan hak asasi penjenayah ini. Penghuni Gua nak lihat apa yang mereka semua di atas itu buat dan komen tentang seorang pegawai polis turut tercedera di dalam kejadian berbalas tembakan ini.


Pejuang-pejuang ini selalu menyalahkan polis kerana tidak memberi amaran secukupnya sebelum menembak mati penjenayah, polis sengaja menembak mati., Penjenayah tidak pernah menembak polis tetapi polis yang sengaja mengatakan sedemikian untuk menghalalkan tindakan nnya. Inilah diantara alasan dan hujah peguam-peguam dan pejuang hak asasi penjenayah ini. Lihat anggota/pegawai polis yang cedera itu. Adakah itu yang kita mahukan dan sehinggga terjadi sedemikian ( ditembak hingga cedera : barulah polis dibenar mangambil tindakan ?


Juga hendak lihat juga mereka di atas datang melawat dan menderma walau satu sen ke anggota yang cedera ini. Nak tengok esok. Ada ke mereka yang pandai bercakap ini datang melawat dan menderma ke polis yang cedera ini. Biasanya kosong aje. Macam cakap mereka juga. Cakap kosong aje. Orang yang opandai bercakap dan menyalahkan orang lain tanpa cadangan ini, begitulag sifat dan sikaap mereka. Kalau penjenayah K Kugan mercerdes Benz di sponsor untuk berarak mayat ke perkuburan.


Tapi yang pasti ramailah ahli politik akan melawat polis yang cedera tersebut. Termasuk dari YB Nizar dan sebagainya. Bertuah lah .


Apa pun Tahniah PDRM. Teruskan tembakkan anda. Bunyi sangkakala ini akan mengerunkan penjenayah dan juga penyokong mereka ini. Anda semua sebagai pegawai dan anggota polis jangan sesekali TAKUT KEPADA SINDROM JUBAH HITAM DAN JUGA PENYOKONG MEREKA TERMASUK NGOs dan sebagainya. Jubah hitam ini kebanyakkannya hanya hebat dijubah dan cakap mereka sahaja tetapi dalam dunia sebenar adalah seorang yang amat penakut dan selalunya berlindung dari kekebalan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. ( Contohnya 2 Singh baru-baru ini ) . Mereka berani bila dilindungi. Jika tidak , hampas pun tak ada. Jadi jangan takut pada sindrom jubah hitam.


Penghuni Gua : Tiap hujung minggu menembak.

MEROKOK : YB NIK AZIZ KATE....................


Utusan Malaysia


Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz
27/03/2009 2:26pm

KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).





“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama


Penghuni Gua : A yo yo Tok Guru. Tok Guru bagi fatwa kamikaze tu. Penghuni Gua hisap rokok juga ni tapi tak ade le pula pakai kopiah , ketayap dan juga jubah . Selamat le juga Penghuni Gua dari jadi lembu yang Tok Guru cakap. Sebab aku tak pakai serban, ketayap dan jubah. Lega rasanya. Agak-agaknya Penghuni Gua ni macam apa pulak. Macam ni kot. Apache yang dah kantoi ( Lihat gambar. Jadi ini kot ).




Apa pun kalau pakai jubah, ketayap dan serban tapi masih memaki hamun dan memfitnah ( tuduh tanpa bukti ) sesama islam lagi berat hukumannya. Apa pulak jadinya Tok Guru. Ini lagi besar dosanya. Yang jadi lembu tu mungkin mereka jadi lembu seperti gambar di bawah. Lembu ini badannya separuh mekanikal. Isinya pun sedap juga rasanya. Badannya jadi warna warni tu sebab termakan racun kimia posporus yang dilepaskan oleh Zionis di Gaza baru-baru ni.


Bergurau sikit Tok Guru. Sesekali tu bagus juga. Kita ni hidup tak lama. Jadi sesekali tu kena le ada " sense of humor ". Baru hidup ceria.



Penghuni Gua : Akan ambil nasihat Tok Guru. Mungkin minggu depan Penghuni Gua akan STOP merokok. INSYAALLAHHHHHHHHHHHHHHH. AMINNNNNNN.BERHENTILAH MEROKOK. JIKA 没有ANDA 阿寒JADI LEMBU. 说TOK 大师聂阿齐兹

TINDAKAN GENTLEMEN : TAHNIAH YB DATO SHAHRIR



Berita Harian

27 mac 2009

Shahrir tetap lepas jawatan menteri


KUALA LUMPUR: Datuk Shahrir Samad menegaskan beliau akan melepaskan jawatan menteri selepas tewas pemilihan ahli Majis Tertinggi (MT) Umno semalam. Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, beliau akan mengemukakan keputusan itu kepada mesyuarat Kabinet Rabu depan.


"Keputusan saya adalah muktamad kerana berpegang kepada prinsip parti sesiapa yang tidak lagi dipilih dalam MT beliau tidak layak memegang jawatan dalam Kabinet," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.


Penghuni Gua : Tahniah Dato. Sikap beginilah yang sepatutnya ada di dalam diri setiap pemimpin negara. Inilah sifat dan sikap terpuji yang jarang-jarang dimiliki oleh pemimpin di negara ini. Dengan mengambil tindakan begini ia akan meringankan beban kepada DS Najib yang bakal mengambil alih jawatan PM dalam tempoh terdekat untuk menyusun kabinet baru. Diseru agar semua mereka yang kalah pemilihan Agung semalam ( apa tah lagi yang tak menang dalam pilihanraya umum ke 12) seharusnnya mengambil tindakan yang sama seperti YB Shahrir. Akar umbi sudah menilai dan membuat pilihan. Maka sekarang giliran pemimpin pula untuk membaca isyarat pemilihan tersebut. Jangan anda membutakan mata dan memekakan telinga dan bersifat ingin menongkat langit.


Sekiranya tidak terpilih maka fahamilah dan berlaku gentelmen serta bersikap lelaki sejati. Keluarlah dari barisan kepimpinan. Apatah lagi dalam keadaan begitu sukar DS Najib untuk menyusun strategi bagi memilih pemimpin untuk menangani cabaran ke atas parti dan negara. Segerakan tindakan anda untuk meletakkan jawatan dan mengundur diri secara terhormat. Jangan terhegeh-hegeh menagih jawatan dari pemimpin atasan. Ini akan menyusahkan lagi kepimpinan baru nanti. Dan ada yang lebih teruk , cuba mengugut kepimpinan tertinggi parti dan kerajaan untuk meninggalkan parti serta melakukan sabotaj di dalam pilihanraya sekiranya tidak mendapat jawatan Menteri dan Tim. Menteri , atau S.U Parlimen seperti yang diminta.


Sekiranya anda semua masih berlengah-lengah untuk mengundur diri dari jawatan kabinet yang disandang ian juga akan menyekat dan menafikan peluang pemimpin lain untuk mencurah bakti dan menunjukkan prestasi masing-masing yang mungkin lebih cemerlang dari aanda semua sebelumnya. Jadi berundur lah secara terhormat dan sebagaai seorang gentelmen. Jangan menjadi liabiliti kepada DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin.


Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan oleh mereka berdua selain dari hendak melayan kerenah anda semua yang telah kalah. Berilah sumbangan anda dalam bentuk yang berlainan dan saluran. Menteri san Tim. Menteri mana yang telah tidak terpilih dalam PAU semalam. Antara yang diingati ialah Tan Sri Mohamad Taib, Dato Azalina, Dato Khalid Nordin, Dato Rais Yatim, Dato Syed Hamid Albar, dan beberapa nama lagi yang lain.


Pada pandangan Penghuni Gua dan pilihan Penghuni Gua yang patut kekal walaupun kalah ialah Dato Rais Yatim dan Dato Syed Hamid Albar sahaja. Yang lain tu faham-faham aje le. Belayarlah sebalum anda dilayarkan. Lebih senang dan memudahkan pemimpin utama membuat keputusan. Sebab apa Penghuni pilih mereka , kerana mereka pemikir dan tegas dalam tindakan dan momentum mereka tetap stabil dalam keadaan apa sekali pun. Keduanya tidak nampak macam lalang. Mereka mempunyai pendirian dan kekal dengan pendirian tersebut.


Penghuni Gua : Selamat bersara YB Dato Shahrir. Anda telah menjalankan tugas Menteri dengan cemerlang. Tahniah atas tindakan anda tersebut dan anda adalah pemimpin sejati. Begitulah sikap anda dari dulu. Disitulah penghormatan saya terhadap Dato.

Thursday, 26 March 2009

UMNO : SENARAI PEMENANG TERKINI !!!


Presiden UMNO : DS Najib Tun Abd Razak.

Tan Sri Muhyiddin Yassin : Timbalan Presiden UMNO.


Senarai penuh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipilih sempena pemilihan pucuk pimpinan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang diadakan di sini hari ini.


1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239)
2. Datuk Noh Omar (2,084)
3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)
4. Datuk Azian Osman (2,060)
5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)
6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854)
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838)
8. Datuk Lajim Ukin (1,804)
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700)
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)
12. Datuk Idris Haron (1,658)
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624)
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622)
15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611)
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580)
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)
19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)
20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517)
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481)
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)
24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)
Penghuni Gua : SELAMAT BEKERJA. TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEMUA DENGAN SEIKHLAS MUNGKIN.

PAU : TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH










Penghuni Gua : Inilah di antara pilihan Penghuni Gua yang telah menang dan terpilih untuk menerajui UMNO dan negara pada masa depan. Tahniah , tahniah, tahniah. Semuga semua mereka di atas mendapat petunjuk Allah untuk menjadi pemimpin yang baik bagi kepentingan Agama, bangsa dan Negara. Sebab apa penghuni Gua pilih mereka ialah : Mereka semua adalah pemikir, pemikir dan terus menjadi pemikir. Insaflah semua. Jawatan ini adalah amanah dan bersifat sementara. Jadi pikullah amanah ini dengan baik dan untuk ke arah kebaikan sementara anda semua masih ditampuk kuasa. Kembalikan kekuatan Agama, bangsa dan negara agar lebih kuat kuat dari sebelumnnya.

Datuk Mukhriz Tun Mahathir : Jangan kecewa.

TERUSKAN PERJUANGAN ANDA. JANGAN KECEWA. BERAKHIRNYA SESUATU PERKARA ITU BUKAN BERMAKNA TAMATNYA SESUATU PERISTIWA DAN PERJUANGAN . TETAPI IA BERMAKNA BERMULANYA SATU PERISTIWA , TUGAS DAN PERJUANGAN YANG BARU. TERUSKAN PERJUANGAN ANDA.

PERTAHAN PDRM: TAHNIAH DATO HISHAMUDDIN



Tahniah Dato Hisham kerana mempertahankan Intitusi kepolisan negara ( PDRM ) dalam ucapan di perhimpunan Agung Pemuda baru-baru ini. Di dalam ucapan tersebut Dato Hisham telah membangkitkan di mana terdapatnya usaha-usaha pihak-pihak tertentu memburukkan PDRM secara berterusan. Beliau mengingatkan bahawa PDRM banyak berjasa kepada negara.



Penghuni Gua : Tindakan Dato yang secara terbuka mempertahankan PDRM amat dialukan oleh kami sebagai rakyat biasa ini. Ini kerana PDRM adalah Institusi utama negara dan merupakan tulang belakang kepada keutuhan sesebuah negara. Sesetengah pihak diluar kerajaan termasuk NGOs mempunyai agenda mereka . Mereka semua tahu bahawa UMNO/kerajaan, tidak akan dapat ditumbangkan sekiranya pihak polis stabil dari sudut pandangan rakyat. Oleh yang demikin sekiranya mereka mahu misi mereka berjaya iaitu menumbangkan UMNO dan kerajaan maka tindakan pertama mereka ialah dengan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada pihak polis.


Inilah usaha yang telah, sedang dan akan dibuat dengan terancang oleh pihak-pihak tertentu di negara ini secara teratur, terancang serta berterusan. ini bagi menjejaskan imej polis keseluruhannya. Dengan polis kelihatan lemah maka ini memudahkan meraka menjatuhkan UMNO dan kerajaan. Ini kerana mereka ini tahu bahawa polislah yang sentiasa berdiri teguh dan setia di belakang kerajaan sejak merdeka lagi. Mereka tahu sejak merdeka telah beberapa kali kerajaan/ UMNO hampir tumbang. Tetapi dalam keadaan krisis ini PDRM lah satu-satunya agensi yang menyelamatnya. PDRM menyelamatkan kerajaan tanpa soal walaupun kerap dikritik dan di kecam termasuk oleh mereka di dalam kerajaan sendiri ( kadangkalanya ) tetapi kesetian PDRM tiada seorang pun di dalam kerajaan hari ini boleh mempersoalkannnya.


Jadi kepada semua pemimpin UMNO, ingat bahawa sokongandan mempertahankan institusi ini dari diperlekehkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini adalah tanggungjawab wajib anda. Inilah tulang belakang " survival " anda semua. Anda semua tidak akan berada di kedudukan sekarang sekiranya polis tidak setia kepada anda. Siapa yang menjaga ketuanan Melayu yang kerap diancam sejak merdeka. Jawpannnya polis. Siapa yang menjaga ketuanan negara ini dari dirosakkan oleh musuh negara termasuk kominis. Jawapannya polis.


Tidak dinafikan terdapat anggota dan pegawai termasuk PDRM sendiri kadang kala melakukan kesolapan. walau bagaimana pun sebelum daripada ini sehingga ke zaman Tun Mahathir belum ada mereka yang berani memperlekehkan PDRM termasuk dari kerajaan secara besar-besarn secara terbuka. Pemimpin sebelum ini: sekirannya terdapat kesilapan dari polis maka pemimpin kerajaan akan memanggil dan menegur PDRM secara tertutup. Sebab mereka tahu PDRM adalah tulang belakang kepada tegaknya kerajaan sehingga kini.


Ibarat kata pepatah sekiranya ingin marahkan anak, kita tidak perlu memarahi dan memukulnya di khalayak. Marah dan pukulnya di dalam rumah. Jika marah dan pukul anak diluar rumah, tak ada yang memuji tindakan kita. Apa yang masyarakat akan kata ialah " padan muka. Anak tak sedar diri. Atau mereka akan kata " bapa bodoh , pukul anak depan orang ". Mereka tidak akan membantu pun keluarga dan anak ini. Jadi begitulah jika ingin menegur dan memarahi PDRM yang merupakan tunggak utama dalam menentukan kestabilan kerajaan.


Selepas pada ini diharap ada lagi insan dan pemimpin seperti Dato Hishamuddin yang memebri kenyataan terbuka mempertahankan PDRM di dalam perhimpunan agung Pemuda UMNO semalam. Apa tujuan kita tidak tahu. Apapun tahniah Dato, atas keprihatinan Dato, dan institusi ini perlu dipertahankan walau dalam apa carapun. Tentukan meomentum ini berterusan di kalangan pemimpin dan pemimpin UMNO di masa depan.


TAHNIAH DATO HISHAMUDDIN. KADANGKALA BANYAK YANG LUPA MEREKA YANG KERAP BERDIAM DIRI INI. JADI INGATLAH MEREKA DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN.

YB FAIROS DI TAHAN ?




Berita Harian: 26 mac 2009


Fairus ditahan SPRM untuk membantu siasatan

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Prai. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu ditahan di Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) di Johor, kira-kira jam 11 malam tadi. "Beliau ditahan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, pagi ini.


Difahamkan, Mohammad Fairus yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I berkuat kuasa 8 April ini, ditahan oleh sepasukan pegawai imigresen sebelum diserahkan kepada SPRM Johor. Beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Air Molek kira-kira jam 2.45 pagi ini dan pegawai SPRM sedang mengambil keterangannya.


Penghuni Gua : Itu le. Jangan nak mengata orang. Jaga le diri sendiri. Lepas ini, PR akan kata ini konspirasi UMNO untuk jadikan isu dan kalahkan PR dalam pilihanraya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Salah, salah lah. Jangan menyalahkan orang lain. jadi kepada PR politik wang ke , rasuah ke berlaku pada semua parti. jadi sama-samalah kita membenterasnya. Jangan memperlekehkan parti lain seolah kita maksum semuanya.

PM CADANG TEMPOH PEGANG JAWATAN



Utusan Malaysia



KUALA LUMPUR 26 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini menyarankan supaya UMNO menetapkan syarat tempoh maksimum memegang jawatan dalam parti sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan UMNO. Berita lanjut : Klik


Penghuni Gua : TAK PAYAHLAH. SISTEM ADA DAH BAGUS. YANG TERBAIK LAMA PUN TAK APA. BIAR SUMBANGAN MEREKA BERTERUSAN.

PEMUDA UMNO : ALAHAI !




Alahai Pemuda UMNO. Alahai Pemuda UMNO. Apapun keputusan telah dibuat oleh perwakilan ( walaupun tidak mengambarkan kehendak akar umbi ). Terimalah keputusan ini dan anda semua ( pemimpin yang terpilih ) wajib berubah serta merta dari segi perwatakan dan pembawaan anda. Jika anda tidak berubah, maka UMNO keseluruhannya akan menghadapai masalah dan masa depan yanag suram. Kekalahan dan prestasi buruk UMNO dalam PRU 12 bukan silap UMNO tetapi orang ramai benci kepada setengah personaliti dalam UMNO. Jadi berubahlah. Berubahlah.



Penghuni Gua : Memang sedikit kecewa. tetapi semua pihak harus menerimanya dan ada hikmah disebaliknya.

ELI : MANUSIA BERTUAH !!




MB selangor menyambung lagi cuti exconya yang menghadapi skandal gambar bogel. Bertuah sungguh exco ini yang dapat gaji buta sahaja. Tidak perlu bekerja tetapi memperolehi gaji melebihi 20 ribu ringgit ( termasuk elaun dan kemudahan lain ). Ini semua nasib seseorang. Tetapi dalam keadaan ekonomi meleset ini sepatutnya keadaan ini tak berlaku jika MB Selangor tidak melengahkan kes ini.


Kes Eli tiada sangkut paut dengan siasatan polis. Siasatan polis menjurus kepada siapa yang menyebarkan gambar bogel berkenaan. tapi dalam kes ini isunya moral iaitu hidup tanpa ikatan perkahwinan dengan seorang lelaki. Adakah perbuatan ini wajar dan boleh diterima oleh nilai, agama dan moral masyarakat Malaysia? Jadi jangan lengahkan lagi dalam membuat keputusan terhadap isu ini. Kelewatan ini nampak seperti bertujuan untuk politik. PR akan menghadapi pilihanraya kecil di 3 tempat dalam tempoh terdekat.


Jadi kelihatan MB Selangor tidak mahu membuat keputusan yang boleh menjejaskan pilihanraya ini. Saya pasti sekiranya PR menang 2 kerusi sahaja di pilihanraya di dua DUN Perak dan Kedah maka tiada tindakan lanjut yang akan diambil ke atas Eli. Jika keputusan pilihanraya ini PR kalah, maka Eli mungkin akan ditamatkan perkhidmatannya kerana dianggap liabiliti kepada PR. lihatlah nanti.

Wednesday, 25 March 2009

MP DAP CELUPAR LAGI : MULUT, MULUT



Hari ini di Parlimen, YB Lim Kit Siang Celupar lagi . YB ini menuduh UMNO sedang GILA dan UMNO GILA KUASA di PWTC. Beliau akhirnya diperintahkan keluar dewan sehingga tengahari apabila enggan tarik balik kata-katanya .


Penghuni Gua : Inilah diantara contoh mulut seorang MP yang bermulut busuk. MP berkenaan sepatutnya malu mengeluarkan perkataan sedemikian di dewan yang mulia tersebut. Dengan umur, pendidikan dan sebagao orang lama di dalam kancah politik dan di Parlimen tidak sewajarnya beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. Mungkin ibu bapa beliau jika masih hidup akan malu melihat anak mereka begitu buruk dari tutur percakapannnya.


Perkataan tersebut seolah keluar dari mereka yang hidup di zaman batu. Salah siapa jika berlaku lagi peristiwa di lobi parlimen terhadap YB Karpal. Adakah akan dipersalahkan kepada orang lain dan pihak polis kerana tidak memberi perhatian kepada keselamatan di Parlimen. Saya berkeyakinan, perkara/kejadian tersebut akan berulang dengan terjadinya insiden lebih buruk jika MP-MP ini terus membuat kenyataan provokasi yang melampau.


Kepada kerajaan, speaker dan MP-MP kerajaan yang lain agar terus mengambil tindakan yang keras dari aspek peraturan dewan terhadap MP-MP yang bertata kelakuan sedemikian di masa akan datang walau pun ia ditarik balik kemudiannya. ini sahaja caranya mengajar mereka ini seperti yang dilakukan oleh speaker terhadap Yb Gobond singh Deo. Ini masalah penguatkusaan sahaja. Peraturan dewan telah termaktub perkara tersenut tinggal lagi perlaksanaan nya sahaja. Beri hukuman lebih keras daripada hukuman kelauar dewan untuk beberapa jam. Kerosakan yang dibuat oleh YB sebegini bukan sedikit . Ia amat memberi kesan besar kepada rakyat terbanyak dari segi polarisasi kaum jika tidak dibendung.


Kepada Speaker, MP BN, ambil tindakan keras kepada MP yang bermulut besar sebegini. Ini sahaja cara pengajaran yang boleh diberikan kepada mereka. Mulut mereka perlu kerap dicuci samada melalui peraturan dewan atau undang-undang yang sedia ada di negara ini jika berlaku di luar dewan.

PENGURUSAN BENCANA : KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI BANJIR : DSP Shaikh Abdul Adzis b. Shaikh Abdullah




Nota : Kawan lama mengirimkan artikel ini untuk disiarkan di dalam blog Penghuni Gua. Mungkin berguna kepada semua.


PENGURUSAN BENCANA : KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI BANJIR
DSP Shaikh Abdul Adzis b. Shaikh Abdullah 2004

PENDAHULUAN

Krisis adalah suatu masalah global yang boleh berlaku dimana-mana pada bila-bila masa tanpa dapat dijangka. Jika sesuatu krisis gagal ditangani dengan efektif dan sistematik ianya boleh mencetuskan suatu impak terhadap keselamatan dan ketenteraman awam. Pengurusan krisis yang efektif memerlukan komitmen yang menyeluruh dari semua pihak yang terlibat di setiap peringkat.

Tanggungjawab polis di dalam apa-apa jua kejadian bencana/krisis adalah untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda, mengekalkan undang-undang dan peraturan. Seterusnya memberi apa juga bentuk bantuan dan keperluan kepada Jawatankuasa bantuan bencana/krisis.

OBJEKTIF KAJIAN

Objekif kajian ini antara lain:-

· Memastikan perlaksanaan serta pelan tindakan oleh Polis Di Raja Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan krisis (bencana) berdasarkan garis panduan MKN No. 20.
· Mengenalpasti punca kegagalan dalam pengurusan krisis bencana.
· Mengemukakan syor penambahbaikan pengurusan krisis bencana.

DEFINISI PENGURUSAN KRISIS

Wujud beberapa takrif yang berbeza mengenai definisi krisis. Ianya bergantung kepada jenis dan bentuk situasi serta respon yang perlu diambil.

Holsti, K.J. (1986) mentakrifkan “A crisis can be defined as any unplanned event, occurence or sequence of events that has a specific undesirable consequences” Hermann, C. (1972) pula mendefinasikan konflik sebagai “ a crisis is a situation that (i) threatens high priority goals of the decision making unit, (ii) restricts the amount of time available for reponse before the decision is transformed, and (iii) suprise the members of the decision making unit by its occurence”

Davies (1977) pula menyatakan “konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya keadaan ketidaksetujuan, kontroversi dan pertentangan di antara dua atau lebih pihak secara berterusan”.

Pearson (1997) mentakrifkan “ Crisis management is a mindset and process that, on daily basis, drives and organization’s decision and actions. The goal of crisis management is to help organizations avert crisis or more effectively managed those that do occur. To achieve this goal the organization’s senior executives must actively endorse and participate in crisis management efforts even prior to signals of an impending crisis”

PUNCA KRISIS

Terdapat beberapa punca yang dikenalpasti boleh mencetuskan krisis, punca-punca ini jika gagal ditangani akan menyebabkan berlakunya konflik.

(a) Persaingan sumber yang terhad

Di dalam sesabuah organisasi sering berlaku persaingan untuk mendapatkan pengagihan sumber-sumber seperti jawatan, kewangan, kelengkapan pejabat dan kelengkpan peribadi bagi memenuhi kehendak jabatan masing-masing. Namun sumber-sumber tersebut adalah terhad. Akibatnya berlaku ketidakpuasan hati dan ketidakadilan dalam pengagihan sumber tersebut apabila masing-masing mengutamakan kepentingan sendiri dari mencapai matlamat operasi keseluruhannya.

(b) Persandaran Tugas

Persandaran tugas memerlukan individu atau unit lain untuk membantu menyelesaikan sesuatu tugas yang memerlukan kerjasama dan persefahaman antara pihak-pihak terlib. Kerjasama tersebut diperlukan untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih efektif dan berkualiti. Apabila kerjasama yang diharapkan tidak seperti yang dikehendaki oleh pihak yang berkerjasama ia mungkin melahirkan rasa tidak puas hati. Pergolakan konflik antara pihak-pihak tersebut menjejaskan kerjasama dimasa hadapan dan ini merugikan organisasi.

(c) Ketidakjelasan Tanggungjawab dan Kuasa

Dalam organisasi terdapat petugas yang masih samar dalam menjalankan tugasnya dan mengharapkan orang lain melakukan tugas tersebut. Apabila timbul masalah dalam penyelesaian tugas, pergeseran antara petugas akan berlaku. Ketidakjelasan tanggungjawab antara petugas akan menyebabkan kegagalan pencapian sesuatu matlamat. Selain itu wujud juga konflik dalam pemusatan dan pembahagian kuasa antara jabatan. Pemusatan kuasa bermaksud individu yang diberi kuasa (authority) membuat keputusan untuk semua jabatan.

(d) Kekurangan Maklumat

Masalah kekurangan maklumat selalu terjadi dalam sesebuah organisasi. Ini kerana komunikasi yang lemah antara jabatan atau individu yang gagal menguruskan maklumat tersebut. Pengurusan maklumat yang lemah menjejaskan mutu kerja dan akhirnya gagal mencapai matlamat yang di tetapkan. Apabila berlaku kegagalan tersebut konflik yang telah pun terjadi akan menjadi lebih buruk dalam hubungan antara jabatan.

(e) Matlamat Yang Berbeza

Kebiasaannya berlaku perbezaan matlamat di antara jabatan kerana organisasi tertentu mempunyai agenda tersendiri. Konflik juga boleh berlaku di antara individu dan kumpulan. Perbezaan tersebut berlaku kerana latarbelakang dan pemikiran yang berbeza antara petugas.

STRATEGI MENGATASI KONFLIK

Terdapat lima strategi atau teknik yang boleh digunakan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku sebagaimana model berikut
Rujukan: www.intanbk.my

(a) Strategi Persaingan

Strategi persaingan selalunya digunakan untuk mengalahkan pihak lawan dan ia mewujudkan situasi menang kalah kerana kedua-dua pihak yang berkonflik bersaing untuk mencapai matlamat masing-masing. Keadaan ini berlaku dalam kumpulan yang kurang mementingkan perpaduan dan lebih mengutamakan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

(b) Strategi Pengelakan

Isu-isu konflik dipendamkan atau tidak diendahkan buat sementara waktu untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis masalah yang berlaku. Ahli kumpulan cuba mengelak tercetusnya perbalahan kerana perpaduan pasukan yang rendah dan keinginan untuk mencapai matlamat adalah rendah.

(c) Strategi Kompromi

Strategi kompromi menggunakan teknik arbitrasi (rundingan dan tawar menawar). Strategi ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak yang berkonflik daripada penyelesaian yang dilakukan. Kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan kepentingan masing-masing untuk menerima faedah bersama yang telah dipersetujui. Kebiasaannya teknik ini melalui proses penyelesaian dengan melibatkan orang ketiga (mediator yang menjadi kepercayaan kedua-dua pihak).

(d) Strategi Penyesuaian

Strategi penyesuaian biasanya bermatlamat untuk memelihara perhubungan dan kedudukan, ingin mendapatkan kerjasama dan menyelesaikan konflik dengan cepat. Sesetengah ahli kumpulan akan mengalah kepada pihak yang lebih dominan kerana keadaan perpaduan kumpulan yang tinggi. Teknik ini hanya memuaskan sebelah pihak sahaja dan lazimnya digunakan oleh pihak yang berkuasa.

(e) Strategi Pemuafakatan

Dalam teknik ini, kedua-dua pihak mencapai matlamat masing-masing dalam situasi menang-menang. Sikap bertolak ansur dan mementingkan pencapaian matlamat serta perpaduan pasukan menjadi keutamaan.

PENGURUSAN BENCANA

Bencana alam ditakrifkan sebagai suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Kejadian ini memerlukan pengendalian sumber, peralatan, kelengkapan dan tenaga manusia daripada agensi-agensi serta enyelarasan yang berkesan.

ARAHAN BERKAITAN PENGURUSAN BENCANA

Dalam konteks pengurusan konflik bencana di Malaysia, satu arahan khusus berkaitan dengannya telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagaimana ARAHAN MKN No.20 ( Sila lihat Lampiran A). Tujuan Arahan ini ialah untuk menggariskan satu Dasar Pengurusan dan bantuan bencana di darat mengikut tahap bencana dan mewujudkan satu mekanisma pengurusan yang menentukan peranan serta tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku.

Disamping itu juga pihak Majlis Tindakan Bencana Negara (MTBN) melalui “ Peraturan Tetap Operasi Bencana Banjir” turut menggariskan Sistem pengurusan bersepadu bagi menyelras tindakan bersama semua agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan sesuatu kejadian bencana. Tindakan bersama dalam mewujudkan hubungan yang harmoni dikalangan agensi-agensi terlibat untuk menangani serta memulihkan keadaan kembali kepada sediakala (normalcy).

Selari dengan PTKPN B 110 (Sila lihat Lampiran B) semua Pegawai Pemerintah hendaklah menyediakan Perintah Tetap Gerakan Banjir masing-masing mengikut kesesuaian tempat.

Amnya objektif umum pelan tindakan bencana yang dijalankan bertujuan:-

· Untuk menyelamatkan nyawa
· Mencegah bencana dari merebak
· Memberi bantuan dan pemulihan kepada mangsa
· Memelihara harta benda daripada kemusnahan
· Memelihara keadaan alam sekitar
· Memulih keadaan dengan secepat mungkin

BENCANA BANJIR

Fokus kajian tertumpu kepada bencana banjir yang sering melanda negara ini terutamanya dimusim tengkujuh. Akibatnya banyak kawasan-kawasan rendah ditenggelami air dan mengakibatkan kerosakan serta kemusnahan harta benda dan turut mengorbankan nyawa manusia. Banjir yang melanda Malaysia boleh dikategorikan kepada banjir kilat/ribut tropika dan banjir monsun. Banjir kilat biasanya berlaku di kawasan pembangunan yang tidak mempunyai sistem saliran yang mampu menanggung jumlah air yang banyak secara tiba-tiba. Banjir ini biasanya surut dalam masa yang singkat.

Banjir musim tengkujuh biasanya berlaku semasa angin monsun timur laut dari bulan November hingga Mac diikuti angin monsun peralihan dari bulan September hingga Oktober. Kawasan yang sering dilanda banjir ialah di pantai timur Semenanjung Malaysia, bahagian barat Sarawak serta pantai timur Sabah.

Bagi membantu mangsa banjir, maka kerjasama dan tindakan bersepadu dari agensi kerajaan, badan sukarela dan pihak swasta serta orang awam perlu digembelingkan dan diselaraskan. Sehubungan itu, Peraturan Tetap Operasi (PTO) dilaksanakan.

LANGKAH-LANGKAH AWAL PENCEGAHAN

Bagi menangani permasalahan banjir, langkah-langkah awal perlu diambil seperti berikut:-

· Langkah struktur yang melibatkan program seperti penebatan banjir, pembinaan empangan, menyalur sungai dan memperbaiki sistem saliran, meninggikan tebing sungai, membina benteng pemecah ombak, kolam takungan (retention ponds) dan lain-lain.

· Langkah bukan struktur melibatkan ramalan dan amaran banjir yang dibuat berdasarkan kepada maklumat kelebatan hujan dan aras air sungai.

· Bagi langkah pencegahan bukan struktur, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (PKM) perlu menyediakan ramalan angin dan kelebatan hujan serta amaran banjir bagi membuat persediaan dan memberi amaran awal kepada orang ramai.

PERSIAPAN LOGISTIK

Persiapan ke arah penyediaan bantuan logistik dan bantuan kebajikan perlu dibuat lebih awal lagi. Persediaan ini merangkumi perkara-perkara asas seperti

(a) Pusat pemindahan sementara (biasanya sekolah atau
dewan orang ramai.
(b) Penyediaan makan-minum serta pakaian
(c) Pemeriksaan kesihatan dari penyakit berjangkit
(d) Kemudahan pengangkutan seperti bot, enjin, minyak
dan jaket keselamatan
(e) lori tentera/polis bagi membantu membawa mangsa
banjir ke pusat pemindahan.

Disamping itu, pihak polis dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan maklumat banjir kepada orang awam bagi memberi nasihat kepada pengguna jalanraya mengenai banjir yang akan ditempuhi serta mencadangkan laluan alternatif.

PUSAT PEMINDAHAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dipertanggungjawabkan bagi mengenalpasti pusat-pusat pemindahan banjir bagi memudahkan urusan pemindahan. Sekiranya bangunan-bangunan dikenalpasti itu adalah milik persendirian atau di bawah tanggungjawab agensi lain, maka kebenaran hendaklah terlebih dahulu perlu diperolehi. Bangunan mempunyai ruangan yang mencukupi dan selamat untuk digunakan.

Pihak polis dikehendaki mengawasi dan menentukan keselamatan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecurian dan pergaduhan merebut bantuan yang dihulurkan.

BILIK GERAKAN BANJIR POLIS

Bilik gerakan banjir (daerah) hendaklah mula digerakan sebaik sahaja menerima maklumat dari orang awam, anggota polis yang bertugas ataupun dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Maklumat-maklumat berikut perlu diperolehi untuk menjadi rujukan dan panduan lokasi bencana banjir, merangkumi perkra-perkara berikut:-

(a) Grid reference (GR)
(b) Nama bandar/bandar-bandar atau kampung yang terlibat
(c) Sukatan paras air sungai
(d) Jumlah kehilang nyawa (jika ada)
(e) Kerosakan hartabenda
(f) Pemindahan penduduk-penduduk
(g) Langkah-langkah pemindahan yang sedia ada atau yang akan
dilakukan
(h) Butir-butir pertolongan yang perlu (jika ada) dari luar, seperti
keanggotaan, dan bot-bot penyelamat.

Maklumat banjir ini perlu dimaklumkan kepada Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) dan seterusnya laporan ini hendaklah disalurkan ke Pusat Kawalan Malaysia (MCC). Laporan perkembangan banjir hendaklah dimajukan secara berkala sekurang-kurangnya dalam tempoh 4 jam sekali. Semasa berlakunya banjir, Ketua Polis Daerah (KPD) akan bertindak sebagai “Pegawai Medan” dan bertanggungjawab kepada Pegawai Daerah (DO). Antara tugas-tugas KPD semasa operasi tersebut:

(a) Menyelaras tugas-tugas menyelamatkan mangsa banjir
(b) Mendapatkan bantuan logistik dari agensi-agensi berkaitan
(c) Menyediakan anggota yang secukupnya, dan
(d) Membentuk satu pasukan penyiasatan khas

PAPAN TANDA AMARAN BANJIR

JKR bertanggungjawab memasang papan tanda, kayu pancang amaran banjir di kampong-kampung dan jalan-jalan di bawah tanggungjawabnya yang sering dilanda banjir untuk panduan orang ramai.

AMARAN BANJIR

JPS, Pihak Berkuasa Air dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertanggungjawab untuk mempastikan semua sungai, parit utama, empangan, pam, ban sungai, ban pantai, struktur pengairan dan saliran yang di bawah jagaan masing-masing adalah dalam keadaaan baik. JPS juga bertanggungjawab mempastikan semua sistem telemetri, tolok sungai, siren amaran banjir, papan amaran banjir, alat komunikasi dan kenderaan adalah dalam keadaan yang baik. Semua laporan cuaca dan amaran yang dikeluarkan oleh PKM dan laporan perubahan kedudukan aras air sungai oleh JPS hendaklah dimaklumkan kepada pihak-pihak berikut melalui mesin faksimili:
· Bilik Gerakan Bahagian Keselamatan Negara.

· Pusat Kawalan Malaysia (PDRM).

· Bilik Gerakan Pertahanan (DOR).
Nota: Diperingkat Negeri dan Daerah diwujudkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana
(Sila lihat Lampiran C dan D )

KEPERLUAN TENAGA KERJA

Semua agensi yang membantu dalam gerakan menangani banjir memastikan keperluan kakitangan mencukupi dan boleh ditugaskan pada bila-bila masa diperlukan untuk penugasan bantuan banjir.

PROGRAM KESEDARAN DAN KEPENDIDIKAN

Usaha dan program kesedaran, kependidikan, panduan dan nasihat tentang larangan dan bahaya banjir hendaklah dipertingkatkan. Panduan serta nasihat kepada orang ramai serta pihak yang terlibat tentang langkah-langkah menghadapi banjir hendaklah dijalankan oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran (melalui hebahan media) hendaklah digerakkan untuk penugasan ini.

ANALISA KAWASAN YANG BERISIKO

JPS, JKR, Jabatan Geosains dan Mineral dan MACRES perlu menjalankan kajian/analisa kawasan yang berisiko tinggi yang berkemungkinan akan dilanda banjir dan lain-lain bentuk bencana mungkin timbul akibat banjir. Ini akan membolehkan tindakan persediaan awal dapat diambil oleh pendiduk uyang terlibat samada berpindah ke tempat yang selamat atau lain-lain langkah bagi mengelakkan ancaman terhadap nyawa dan harta benda. Laporan kajian hendaklah dikemukakan kepada Urusetia JPBBN/JPBBD untuk dibawa ke mesyuarat persiapan menghadapi bencana.

KEGAGALAN DALAM PENGURUSAN BENCANA

Diantara kegagalan-kegagalan adalah seperti berikut:-

· Kegagalan dalam merancang
· Kegagalan mengendalikan keadaan
· Kegagalan untuk memahami bentuk kejadian
· Kegagalan untuk membuat keputusan berdasarkan fakta tanpa dipengaruhi emosi
· Kegagalan untuk menjangka perubahan
· Kegagalan untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan
· Kegagalan untuk menerima kritikan
· Kegagalan untu belajar dari kesilapan
· Kegagalan untuk berurusan dengan pihak media

Kebanyakan perancangan lebih menumpukan kepada isu-isu “emergency response” dan “preparedness” serta tidak memberikan tumpuan kepada usaha-usaha pemulihan dan pembaikan.Perancangan diatas kertas dan merujuk kepada pelan tindakan yang lepas(post-mortem) tidak diambilkira.Kebanyakan pegawai awam tidak mengetahui kandungan pelan tindakan atau membuat keputusan berdasarkan garis panduan yang ada.Perancangan dilihat sebagai penghasilan terakhir dan bukannya sebagai bahan rujukan dan asas kepada perbincangan dan perlaksanaan.

Kegagalan dalam merancang operasi berlaku kerana :-
· Kekurangan koordinasi
· Kekurangan objektif dasar
· Kegagalan mengenalpassti kesemua cadangan
· Ketidakhadiran kompenan organisasi dan pengurusan
· Tindakan yang bertangguh

Sebab-sebab kegagalan dalam pengurusan krisis:-

· Kegagalan untuk memahami prosidur/peraturan/arahan
· Tidak mematuhi prosidur/peraturan yang sedia ada
· Provokasi diantara pelaksana/perancang tindakan (emergency planners)
· Tidak memahami kepentingan “incubation”
· Kesilapanfahaman informasi
· Kegagalan mengenalpasti mangsa-mangsa yang terlibat
· Mengatasi kekurangan (under estimate constraint)
· Kegagalan menyediakan input-input teknikal
· Ketidakfahaman tentang penugasan
· Ketidaktentuan jangkamasa (time frame)
· Bajet yang lemah

Kegagalan dan cabaran dalam membuat keputusan

Tugas polis semakin komplek dan mencabar.Semua peringkat pegawai polis dikehendaki membuat keputusan secara menyeluruh keatas isu-isu dalam jangkamasa pendek dan kadangkala tidak mengetahui kesemua fakta yang ada. Keputusan sedemikian memungkinkan menyentuh persoalan undang-undang dalam masyarakat yang sentiasa bersedia mempersoalkan kewibawaan pasukan.

Dalam menguruskan bencana, kerjasama antara organisasi-organisasi (intra dan inter) amat diperlukan bagi menggelakan ketidakseragaman (uniformnity) dalam tindakan. Namun begitu kita dapati kerjasama sedemikian amat sukar untuk diwujudkan kerana terdapat halangan-halangan (limitation) yang dihadapi seperti kewujudan agenda yang berbeza serta kepentingan jabatan tertentu. Kegagalan dalam koordinasi salah satu punca kegagalan dalam pengurusan bencana adalah adalah kegagalan untuk menyelaraskan tanggungjawab kesemua jabatan yang terlibat.

“Crisis management requires some special skills and knowledge that can be acquired through the process of learning and experience.We must at all times prepared to face any eventuality by keeping ourselves abreast with up-to-date skills and knowledge on crisis management”(Tun Mohd.Hanif Omar,18 Jan.1987)

SYOR/CADANGAN

Kearah memantapkan pengurusan bencana adalah disyorkan beberapa cadangan seperti berikut:-

· Komander Operasi Bencana hendaklah menentukan garis-garis kasar yang dapat membantu perjalanan operasi bantuan bencana dan menyediakan asas-asasnya.
· Penyelarasan dan pengkhususan perkhidmatan harus diperjelaskan kepada anggota-anggota terlibat untuk mencapai matlamat operasi.
· Kebajikan anggota dan pihak yang terlibat dalam operasi perlu diberi perhatian dan penekanan serius.
· Perlu mendedahkan anggota serta pegawai dengan mengadakan latihan secara praktikal dan berterusan (physical move dan bukan di atas kertas sahaja)
· Peruntukan yang mencukupi serta bekalan peralatan yang bersesuaian dengan jenis bencana.
· Meningkatkan semangat setia-kawan (espirit de corp) dikalanganS para petugas.
· Melatih para petugas agar mempunyai daya ketahanan diri (mental dan fizikal) dalam menghadapi suasana tugas yang mencabar.
· Mengurangkan tekanan dari pihak atasan (keranah birokrasi) yang sering mengeluarkan arahan serta kenyataan (media) yang mengelirukan.
· Keselamatan anggota/para petugas perlu diberi keutamaan (priority).

PENUTUP

Setiap organisasi menghadapi konflik yang berlaku dalam urusan seharian, namun kekerapan dan punca timbulnya konflik perlu dititik beratkan demi menjayakan matlamat organisasi. Walaupun konflik sering dilihat meninggalkan kesan negatif namun ia juga memberi impak positif. Pengawalan konflik ke satu tahp tertentu dapat membantu meningkatkan persefahaman dan keberkesanan kumpulan dan organisasi. Oleh yang demikian, konflik yang berlaku perlu diatasi sebaik mungkin dengan mencari penyelesaian yang bersesuaian dengan situasi yang berlaku.

Pengurusan bencana adalah satu kemestian yang perlu dinaikk tarafnya di negara ini. Kepentingan negara dan rakyat adalah lebih utama dan sepatutnya diberi keutamaan daripada karenah birokrasi sepertimana yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Sehubungan itu untuk memastikan semua tindakan yang diambil untuk menangani bencana harus difikir secara kolektif dan efektif.

PETA PELAYAR