Dipetik dari Blog :Pejuang Bangsa
Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar baru terus dipertikaikan Pakatan Rakyat walaupun ia dilakukan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Menteri Luar, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berpengalaman luas dalam soal perundangan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengupas krisis itu
Boleh Datuk Seri jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan dalam Perlembagaan Persekutuan terutama dalam proses pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Besar?
Seseorang Raja khususnya Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga kuasa besar yang tidak boleh diganjak mengikut Perlembagaan. Pertama, melantik seseorang Perdana Menteri mengikut perkara 43 (2a) Perlembagaan Persekutuan. Kedua, sama ada bersetuju atau tidak bersetuju membubarkan Parlimen dan ketiga, menguruskan perkara berkaitan hak-hak keistimewaan atau pun adat istiadat Melayu dan yang berkaitan dengan agama Islam.Ketiga-tiga kuasa mutlak ini juga ada pada Raja Melayu atau Sultan di negeri-negeri. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai pelbagai fungsi dan kuasa mengikut Perlembagaan termasuk sebagai Ketua Turus Angkatan Ketenteraan.
Baginda juga mempunyai hak dan kuasa untuk memberi keampunan kepada pesalah yang kesalahannya berlaku di Wilayah Persekutuan. Hak ini juga ada di negeri-negeri, cuma Sultan tidak ada kuasa atau peranan sebagai Ketua Turus Ketenteraan di negerinya.Kuasa di Perak misalnya melantik seseorang Menteri Besar terletak pada Perkara 16 dan perkara ini ada ceraiannya antara satu hingga enam. Yang penting ialah bagi kita mengetahui kuasa baginda Sultan di Perak melantik Menteri Besar dari kalangan seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang pada pandangan baginda mempunyai sokongan teramai atau majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.
Bagaimanapun, peruntukan ini ada pada semua negeri. Bagaimanapun yang tidak ada pada semua negeri adalah Klausa 4 perkara 16 di negeri Perak itu yang berbunyi lebih kurang, Sultan mempunyai kuasa melantik seseorang Menteri Besar dari kalangan yang baginda dapati sesuai dan untuk melantik seseorang Menteri Besar di bawah Klausa 4 itu, baginda boleh mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri jika pada pendapat baginda ini sesuai dan berpatutan.Klausa atau peruntukan inilah yang pada hemat pakar Perlembagaan digunakan oleh Sultan Perak ketika melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tempoh hari.
Seharusnya pelantikan ini tidak dipertikai, tetapi politik sudah mempertikaikannya dan pada masa sama penasihat dan mereka yang bertanggungjawab mengenai Perlembagaan negeri Perak sendiri mungkin berasa terkejut dengan tindakan di luar dugaan itu. Inilah kuasa-kuasa am dan khusus yang ada.
Kenapa pelantikan Menteri Besar Perak terus dipertikaikan?
Politik mempunyai pelbagai mata, tetapi undang-undang mempunyai satu mata. Oleh demikian, politik di Perak yang diasuh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas nampak bahawa dengan peruntukan Klausa 4 tadi, mereka masih mempersoalkan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar. Kononnya pada ketika sama tidak ada ujian penentuan dibuat di DUN untuk menentukan siapa yang mempunyai kedudukan majoriti. Jadi dalam hal majoriti di DUN ini memang menjadi suatu kelaziman bagi mana-mana kuasa legislative (perundangan) untuk menentukan majoriti seseorang atau sesuatu kumpulan.
Di Perak, pembangkang terus menduga dengan hujah mereka kononnya Sultan tidak mengendahkan keputusan Dewan. Jadi pihak yang menyebelahi pandangan mereka terus mendesak supaya diadakan undian di Dewan dan menganggap hanya itulah yang sepatutnya diadakan. Tanggapan itu salah sebab menentukan majoriti di DUN hanya salah satu daripada kaedah dan ini diputuskan oleh kes di negeri Sabah pada 1994, Amir Kahar lawan Tun Mustafa. Dan hal ini sudah diterima sebagai hakikat keputusan universal (sejagat). Ia terkandung di dalam pelbagai kes lain juga dan dengan adanya kes di Sabah itu maka jelas bahawa Sultan tidak perlu mengikut kaedah lazim seperti dikatakan oleh pembangkang.
Pada pandangan Datuk Seri siapakah yang berhak bertindak kepada mereka yang mempersoalkan fungsi Sultan?
Kuasa untuk menahan mana-mana pihak daripada menyaman Sultan atau mengheret Sultan, atau menyaman atau mengheret Menteri Besar yang baru, tidak ada. Apatah lagi sejak 1994, pindaan Perlembagaan kepada Perkara 181 sudah dibuat dan pada pindaan itu seseorang Sultan boleh disaman atau sesuatu kesalahan atau salah laku atau atas sesuatu yang sabit dengan kes sivil. Asalkan Pendakwa Raya membenarkannya. Jadi soal dibangkitkan di Perak ini harus diamati dengan baik oleh kerana kita tidak mahu terbabit dengan suasana kita memperli atau memperkecil mahkamah lantaran ada satu dua perbicaraan sekarang yang berlaku di dalam mahkamah yang seharusnya tidak kita pertikaikan perjalanan atau perbicaraan itu.Tetapi soal ini adalah soal majmuk yang seharusnya masyarakat boleh mengambil perhatian mendalam.
Bloggers turut memperkecilkan fungsi Sultan?
Kita lemah dari segi penguatkuasaan undang-undang. Dan apabila saya nyatakan begini, saya tidak fikir ramai yang tidak bersetuju. Majoriti bersetuju apa saya rasakan. Kita ada Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama ada puncanya berasaskan kepada radio, televisyen atau blog di dalam internet, ia sama seperti seseorang itu menulis. Sebab niat yang wujud akibat perbuatan itu untuk mewujudkan suasana menghasut atau perasaan syak wasangka hingga menyebabkan perpaduan masyarakat berpecah. Jadi dengan itu, pihak berkuasa harus terus mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan atau Akta Polis dan ada beberapa akta lain. Dan tidak semestinya kita guna ISA.Saya cuma bercakap dari hal undang-undang semata-mata. Ini bukan soal hendak mempolitikkan sesuatu isu. Seharusnya, penulis blog ini sudah menerima saman dan juga untuk hadir di mahkamah. Jadi kita bandingkan kalau di beberapa negara jiran, mereka tidak berani menulisnya di blog, kenapa mereka berleluasa di Malaysia. Sebab mereka tahu kita tidak menjalankan tugas asas untuk menyusul sesuatu tindakan mengikut undang-undang.
Apa yang membezakan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dengan negeri lain?
Perbezaannya ada pada beberapa aspek. Salah satu daripadanya adalah kuasa diraja. Kuasa diraja negeri Perak yang ada di bawah 16 (4) tadi didapati hanya ada di beberapa negeri. Dua daripadanya ialah Perlis di bawah Sesyen 39 dan Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu. Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan di ketiga-tiga negeri ini berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional. Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Jadi bagi negeri Perak, Perlis dan Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu.Kuasa untuk memberi pengampunan semuanya ada. Kuasa untuk menentukan Raja itu boleh menjalankan tugas dalam bidang tradisi ada di beberapa kelompok kuasa di Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu, tetapi tidak ada di dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Boleh Datuk Seri berikan contoh kes lain yang boleh dibuat rujukan?
Tidak seratus peratus. Tetapi nasnya banyak. Misalnya dalam kes Adigbenro Akintola dari Nigeria ditentukan di situ bahawa dalam menentukan siapa yang boleh menjadi Gabenor harus mempunyai suara ramai. Jadi nas seperti itu juga dipakai di dalam kes Stephen Kalong Ningkan 1966 di Sarawak. Atas kes-kes Komanwel inilah muncul satu corpus undang-undang yang merujuk kepada keputusan DUN menentukan siapa yang mempunyai kuasa majoriti harus diikuti. Kes negeri Perak, keadaan itu telah dibatalkan oleh Klausa 4. Sebab itu Sultan Perak selepas memanggil semua Adun termasuk Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim, Yee Yit Foong (Adun Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering). Baginda berpendapat suara ramai sebenarnya sudah ada pada Barisan Nasional (BN). Sebab itu baginda bersetuju ambil Dr Zambry sebagai Menteri Besar.
Kewajaran Speaker gantung Menteri Besar dan 6 DUN daripada menghadiri Persidangan DUN Negeri Perak?
Kuasa itu tidak boleh diikuti sebenarnya sebab prosiding itu tidak dibuat dalam Dewan. Ia boleh dipertikaikan dan tidak seharusnya Menteri Besar akur kepada arahan itu. Sekiranya arahan itu dibuat dalam Dewan dan diluluskan usulnya di bawah Peraturan Tetap 18 atau 89 barulah menjadi perkara yang boleh dikuatkuasakan. Tetapi seseorang Speaker yang Dewannya pun tidak ada, beliau tidak ada kuasa menggantung Menteri Besar dan enam Exco daripada menghadiri persidangan DUN Perak. Sebab Speaker hanya boleh bertindak dalam Dewan.Begitu juga di bawah pokok, bukan Dewan. Seharusnya pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu, tetapi ia tidak dihalang. Di situlah saya mempertikaikan cara kita mentadbirkan kuasa undang-undang di negara ini yang sudah berlainan sangat ketika saya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dulu (tahun 1977-1978).
Ada pihak menyatakan Speaker DUN Perak tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan untuk mengadakan persidangan baru kerana persidangan terdahulu hanya ditangguhkan, bukan ditamatkan. Boleh Datuk Seri komen?
Itu pandangan biasa namanya. Pandangan yang tidak berasaskan kepada undang-undang. Tetapi jikalau seseorang itu meneliti perkara 36 dan melihat kehendak dan kuasa Sultan di situ, ialah bahawa Sultan mempunyai kuasa itu. Kita tidak boleh hanya menyatakan oleh kerana ini hanyalah kesinambungan kepada Dewan dulu. Sedangkan Menteri Besar sudah bertukar, Exco sudah bertukar, Menteri Besar lama sudah keluar daripada bidang tugas dan bidang kuasanya. Ia sudah menjadi suatu keadaan baru. Sebab itu perlunya kita mendapat arahan daripada Sultan. Sebenarnya ketika Dewan tidak bersidang, kuasa Sultan tetap ada. Sama ada hendak mengarah Dewan bersidang atau tidak. Ini perlu difahami semua orang yang berkaitan dengan DUN. Speaker tidak boleh berbuat sesuka hati di negeri begitu juga di Parlimen. Jika Yang di-Pertuan Agong menyatakan baginda hendak menangguhkan Dewan, jadi ini kuasa baginda.
Tindakan Speaker DUN Negeri yang mengadakan persidangan di bawah pokok dari sudut undang-undang?
Pertama, istilah Dewan mengikut amalan Parlimentary Practice Commonwealth termasuk yang diamalkan di House of Common (Dewan Rakyat) dan di House of Lord (Dewan Negara). Ia institusi berdinding, beratap dan menggunakan suatu bangunan. Jadi apabila seseorang itu bersidang di bawah pokok, ia bukan bersidang di dalam Dewan. Tidak ada rumahnya jadi mengikut Sesyen 27, seharusnya kita sudah boleh bertindak, tapi kenapa dibiarkan? Soalan ini saya tidak boleh jawab. Jadi saya berterus terang menyatakan tindakan-tindakan preventive (pencegahan) kita tidak cukup. Dan mesyuarat itu tidak sah.
Adakah tindakan pencegahan itu perlu tunggu arahan menteri sebelum polis boleh bertindak?
Tanpa menyinggung mana-mana perasaan, polis sendiri boleh bertindak. Sebab ini bukan berada di bawah cabang keselamatan. Ini kesalahan awam biasa. Ada tiga undang-undang berkaitan dengan tindakan awam. Pertama Akta Polis, kedua Akta Ketenteraman Awam dan ketiga ialah akta bersabit dengan mesyuarat atau berkaitan dengan Dewan Parlimen misalnya. Jadi mereka terbabit boleh diambil tindakan mengikut Akta Polis dan Akta Ketenteraman Awam 1959.
Jadi, jika persidangan dibuat tidak sah, bagaimana dengan tiga usul diluluskan oleh DUN di bawah pokok?
Ia juga tidak sah. Satu, prosedurnya ialah Setiausaha Dewan harus menyediakan notis sekurang-kurang tujuh hari atau menurut kehendak Speaker boleh disingkatkan. Dalam persidangan itu, Setiausaha Dewan tidak terbabit. Proses itu tidak dilakukan. Yang kedua, mengikut Perkara 36 Perlembagaan negeri Perak, Sultan hendaklah memanggil dari semasa ke semasa sidang DUN.
Bermakna masa tertentu, Sultan harus dimaklumkan lantaran konsep DUN di negeri-negeri, pertama Sultan dan kedua DUN.Jika di Parlimen, konsep Parlimen ialah pertama Yang di-Pertuan Agong dan kedua Dewan Rakyat dan ketiga Dewan Negara. Jadi di negeri, Speaker tidak boleh bertindak sesuka hati, sekurang-kurangnya setiausaha mesti berfungsi dan yang paling wajar Sultan perlu memainkan peranannya. Sultan juga boleh meminta supaya sidang diadakan. Menteri Besar juga mengikut petisyen di bawah kuat kuasa peraturan Dewan Negeri Perak boleh meminta Dewan diadakan. Timbalan Speaker pun boleh sekiranya Speaker mempunyai alasan, dan boleh buat petisyen mengikut Sesyen 8 Peraturan negeri Perak.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan menyatakan kekebalan Speaker DUN termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya. Boleh Datuk Seri komen?
Mereka yang cakap kebal ini sebenarnya kebal dari apa. Itu saya fikir satu terma yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan pelbagai pihak. Speaker tidak kebal dari segi undang-undang dan juga prosedur.Pertama, seseorang Speaker jika tidak mengikut prosedur, fungsinya terbatal. Speaker beroperasi di dalam Dewan bukan di luar Dewan. Speaker mesti menerusi Setiausaha Dewan, Speaker tidak boleh mengarahkan dengan sendiri.
Kerja-kerja Speaker mengadakan persidangan dan membubarkan Dewan mesti mendapat kelulusan Sultan sebab erti DUN, tampuknya ialah Sultan dan bawahnya DUN.Seterusnya, jika Speaker menyalahi keempat-empat prosedur ini, Speaker boleh dihadapkan kepada Jawatankuasa Keistimewaan atau Committee of Privileges apabila bersidang nanti. Jadi pandangan terbaik adalah oleh kerana BN sekarang sudah pun majoriti selepas dibuat perkiraan tempoh hari, kenapa tidak berani mengadakan Dewan, lantik Speaker baru. Di bawah Perkara 39 Perlembagaan Perak, ada peruntukan bagi Timbalan Speaker.
Kenapa ini tidak berlaku?
Inilah masalahnya. Kita kena berani sekarang melaksanakan tuntutan undang-undang. Paling penting, Perak sekarang ini dinasihati oleh satu kumpulan. Kita harus meneliti adakah kumpulan ini memadai bagi perjuangan negeri Perak menghadapi cabaran sekarang. Tapi ini bukan bagi saya untuk jawab. Terserah kepada pihak negeri. Kita mesti mencari alternatif yang praktikal jadi mesti orang yang betul-betul memahami prosedur politik dan juga prosedur dalaman legislative (perundangan) dan juga peraturan menguatkuasa undang-undang dalam DUN.
Adakah kerajaan baru ini boleh berfungsi sebagai kerajaan negeri?
Sebenarnya boleh dan yang terbaik ialah memberi legitimacy (kesahihan) kepadanya di DUN sekarang. Sebab BN sudah majoriti. BN sudah ada 31 Adun termasuk tiga DUN Bebas. Apa yang hendak ditakutkan. Cuma soalan saya, betulkah yang empat orang itu tidak berubah hatinya. Bak kata pepatah, anak sungai lagikan berubah ini pula hati orang. Jadi sekarang mahu tanya balik. Kalau betul kita majoriti, sebaik-baiknya dibuat petisyen di bawah Peraturan 8 ataupun 18 di dalam kaedah peraturan tetap, diadakan sidang. Speaker kalau tidak hadir pun tidak apa. Sebab petisyen boleh dibantu oleh arahan daripada Sultan mengadakan sidang. Menteri Besar sekarang pun boleh memohon menerusi petisyen, di situ lantik Speaker baru.
Ada pihak terutama Pakatan Rakyat menganggap masalah kecelaruan politik di Perak boleh diselesaikan jika DUN dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Komen Datuk Seri?
Itu pilihan mereka. Kalau hendak buat begitu, kini terpulang kepada Sultan Perak. Sekarang setahu saya baginda tidak bersetuju, tidak berkenan untuk bubar Dewan. Kalau Sultan tidak berkenan bubar Dewan, sebaik-baiknya kita memilih Speaker baru. Itu jalannya. Kita gunakan institusi DUN bagi memberi cop legitimacy kepada kerajaan negeri sekarang. Di situ kita boleh dengar petisyen daripada Menteri Besar, petisyen daripada Setiausaha misalnya dan kita buat usul dan diterima. Dan saya percaya akan lulus sebab majoritinya ada, iaitu sekurang-kurangnya satu. Ini yang terbaik.sumber
Penghuni Gua : Menteri - menteri lain bersuara lah sikit mengenai hal ini. Ini nampak Menteri Luar yang lebih ke depan dan bersusah payah mempertahankan kerajaan dan memberi penjelasan kepada rakyat. Mana RTM. Mana Menteri lain. Paling tidak pun RTM boleh siarkan sepenuhnya Taklimat Isu Semasa oleh Dato Seri Dr Rais Yatim di Angkasapuri baru-baru ini. Siarkan semula sepenuhnya jika anda sendiri tidak dapat berkata-kata.
SALAM....
ReplyDeleteRAIS YATIM DAH PUN MENYAMPAIKAN HUJAH AKAN KRISIS DI PERAK INI DENGAN FAKTA YANG CUKUP LENGKAP.
HARAP RAKYAT TERUTAMA RAKYAT PERAK SEDAR AKAN HAL INI.
SAPA LIWAT SAPA???
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/mat-sabu-dan-karpal-meliwat-anwar-al.html
Biar saya menjelaskan tindak tanduk dan keadaan sebab kecamukan yang berlaku diPerak agar tidak kita tidak mudah termakan hasut dan dikelirukan dengan menyalahi orang lain. Apapun ini hanya pandangan – banyak lagi pandangan2 lain yang disatu pihak dan disebelah pihak yang satu lagi dan ada yang atas pagar pun ada kot.
ReplyDeleteArticle 16 (6) Undang2 Tubuh Negeri Perak
“If the MB ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.”
Article 16 (7) Undang2 Tubuh Negeri Perak
“Subject to Clause (6) a member of the Executive Council other than the MB shall hold office at His Royal Highness’ pleasure, but any member of the Council may at any time resign his office.”
Fasal 16(7) menyebut “subject to clause (6). Maka berbalik kepada Fasal 16(6) jika permintaan MB Dato Seri Nizar untuk dibubarkan DUN tidak mendapat perkenan Sultan, MB Dato Nizar hendaklah mengemukakan perletakkan jawatan EXCO.
Samada beliau hendak atau tidak meletakkan perletakkan jawatan sudah tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan. Maka saya pasti sangat Sultan Perak bertindak mengikut undang2 Tubuh Negeri dan pemecatan Dato Nizar dan Exconya pun mengikut undang2 negeri?
Dalam hal majoriti, sila hayati perkataan fasal 16(6). Adakah ianya menyebut “members in” atau “members of the legislative Assembly”? Maka perlukah kehilangan sokongan majoriti mesti dibuat didalam sidang DUN? Ya atau tidak?
Perlukah sokongan majoriti diraih semasa diadakan sidang DUN?Perkataan “members of the Legislative Assembly” bukan “members in” bukankah sudah cukup jelas? Apakah tafsiran Tuanku Sultan Perak tersasar?
Persoalan Pakatan Rakyat tidak ada lagi majoriti tidak menjadi isu sebab itu Dato Seri Nizar sendiri memohon perkenan Sultan untuk dibubarkan DUN kerana jika Dato Seri Nizar memanggil sidang DUN nescaya usul tidak percaya BN (28 campur tiga ADUN lompat) terhadapnya tentu berjaya. Bermakna Kerajaan Pentadbiran Pakatan Rakyat tumbang juga.
Pandangan Prof Dr Aziz Bari’s;
http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/03/profesor-dr-aziz-bari-sanggah-pandangan.html
Ahad, 2009 Mac 08
Profesor Dr Aziz Bari sanggah pandangan Rais Yatim tentang kemelut Perak
sedikit Petikan dari web diatas;
Ujar Prof Dr Aziz Bari;
“Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya
Kuasa Sultan melantik MB mengikut timbangan/ fikirannya sudah cukup jelas dan dapat dilihat pada perlantikkan MB Trengganu dan Perlis baru2 ini. Bahkan, bagiperlantikkan MB Perakpun, PAS sekadar hanya mempunyai beberapa kerusi walaupun DAP dan PKRpun mempunyai calon masing2.
Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;
PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.
PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.
Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.
Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
yang di hadapan.”
Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah memalukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden sehingga dibuat dibawah pokok? Bukankah sidang dibawah pokok suatu “perhimpunan haram” dan suatu kesalahan oleh tangkap tanpa waran?
Berdasarkan Peraturan2 Tetap DUN Perak yang dikemukakan, bukankah Sultan mempunyai kata akhir/ kataputus (final say)? Saya bukan mengatakan Speaker tiada kuasa namun kuasa Speaker tidak pula boleh menafikan Kuasa (kedaulatan & ketuanan) yang ada pada Raja itu sendiri dibawah Undang Tubuh dan Peraturan Tetap DUN.
Speaker hanya kebal jika pada mulanya sidang DUN yang dibuat itu adalah sidang yang sah dan ditempat yang sah.
Tindakan Sivakumar menggantungkan MB Dato Zambri dan EXCOnya, bukankah itu melanggari titah dan lantikkan Sultan? Apakah menerima lantikkan Sultan Perak itu sendiri kesalahan dibawah Peraturan2 Tetap DUN? Bila pula DUN bersidang dan meluluskan usul tersebut?
Maka, kewajaran siapa yang perlu Sultan guna pakai untuk atau tidak membubarkan DUN? Kewajaran kamu, saya, Prof tersebut dan banyak lagi?
FAsal 16(6) membenarkan Sultan menggunakan kewajarannya , maka bila Baginda Sultan bertindak tidak mahu membubarkan DUN, ada yang tidak berpuashati. Apapun keputusan Baginda Sultan, akan ada yang tidak berpuashati. Bubar salah tak bubarpun salah.
Apa yang penting dipenghujungnya adalah siapa mempunyai “sokongan majoriti” juga.
Jika keputusan Sultan dihormati sehingga mahkamah memutuskan siapa MB dan exco yang sah, maka tidaklah kecoh. Ini tidak, digantungkankan MB dan exconya kononya telah bertindak melanggar Peraturan Tetap Dewan hanya kerana menerima perlantikan dan perkenan Sultan sebagai MB dan EXCO - bilapula Dewan bersidang?
Beginilah perumpamaannya - Ali dan Minah sepasang suami isteri- Minah lompat kemudiannya ke lelaki lain. Apakah tok kadi pula nak dipersalahkan dan minta tok kadi bubarkan juga akad nikah pasangan-pasangan suami isteri yang lain juga yang tiada masaalah hanya kerana mereka (ALi dan Minah) bermasaalah?
Maka, pada Sultan, membubarkan DUN hanya kerana tiga ADUN itu yang `menimbulkan masaalah’ bukan tindakan yang wajar kerana ia akan juga melibatkan ADUN2 yang lain yang tidak mempunyai masaalah.
Pembaca sekalian, jika kamu salah seorang dari pengundi2 DUN Behrang (contoh saja) dan “berang” dengan lompatan ADUN kamu dan “penipuan beliau” semasa pilihanraya, kenapa kamu tidak saman sahaja DUN kamu kerana mungkir janji (Undang2 kontrak - perjanjian)? Adakah Sultan yang menyuruh kamu mengundi ADUN tersebut? Bukankah kamu sendiri yang ditipu dan tertipu – lain kali perlu lebih berhati2 bila membuang undi – itu sajakan. Sultan ke ADUN yang menipu kamu?
Ataupun saman juga Pakatan Rakyat kerana “kecuaian” (undang2 Tort - kecuaian) mereka mencalonkan calon yang “tidak kredible”? Dimana pula “kecuaian” Sultan disini?
Apa yang saya nampak, Pakatan Rakyat cuba “mengalihkan pandangan” seolahnya kelam kabut yang kini berlaku adalah “silap” Sultan bukan Pakatan Rakyat kerana kononya Sultan “kurang kewajaran” bila tidak membubarkan DUN. BN apa lagi, menangguk di air kerohlah kot?
Parti-parti politik sekadar suatu pertubuhan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (Society Act). Apa-apa masaalah hendaklah diselesaikan mengikut Akta tersebut dengan Pendaftar Pertubuhan. Jika parti-parti seperti DAP dan PKR “berang dan terangkat” dengan ADUN Behrang dan Changkat, sila ambil tindakan mengikut piagam parti-parti masing seperti menggantungkan keahlian mereka namun kedudukan mereka sebagai hak ADUN kekal kerana itu keputusan dibawah Akta Pilihanraya berdasarkan pengundian pengundi2. Matlamat, objektif, piagam (Article and Memorandum of Association) sebuah pertubuhan samada parti politik atau tidak sudah jelas semasa pendaftaran dibuat dan diluluskan. Piagam suatu pertubuhan politik contohnya, antara lainnya untuk mencalonkan dan pertandingkan dikalangan ahli-ahli mereka calon wakil rakyat dikerusi DUN dan Parlimen.
Persoalan saya kepada yang tahu dan tidak tahu undang2 termasuk mana-mana Parti2 Presiden pertubuhan Politik (UMNO, PAS, DAP dll), adakah didalam piagam mana-mana pertubuhan parti2 politik adakah ada menyatakan bahawa antara lainnya;
(i)menggangu gugat, merampas dan memperlekehkan kedaulatan dan Ketuanan Tuanku dinegeri masing-masing/ Malaysia;
(ii)Menjadikan Malaysia sebagai Negara Republic;
(iii)Menyalahi mana-mana undang2
Bukankah itu perbuatan subversive (derhaka)? PKR dan DAP bernasib baik kerana Parti-parti tersebut boleh diharamkan dibawah Akta Pertubuhan dan mereka-mereka didakwa dibawah Akta Hasutan/ Kanun Keseksaan dan atau ISA.
CHAPTER VI (Kanun Keseksaan)
OF OFFENCES AGAINST THE STATE
121. Waging or attempting to wage war or abetting the waging of war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever wages war against the Yang di-Pertuan Agong or against any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, or attempts to wage such war, or abets the waging of such war, shall be punished with death, or imprisonment for life, and if not sentenced to death shall also be liable to fine.
121A. Offences against the Yang di-Pertuan Agong’s person.
Whoever compasses, imagines, invents, devises or intends the death of or hurt to or imprisonment or restraint of the Yang di-Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, their heirs or successors, shall be punished with death and shall also be liable to fine.
121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.
121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.
121D. Intentional omission to give information of offences against sections 121, 121A, 121B or 121C by a person bound to inform.
Whoever knowing or having reason to believe that any offence punishable under sections 121, 121A, 121B or 121C has been committed intentionally omits to give any information respecting that offence, which he is legally bound to give, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years or with fine or with both.
122. Collecting arms, etc., with the intention of waging war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever collects or attempts to collect men, arms, or ammunition, or otherwise prepares to wage war with the intention of either waging or being prepared to wage war against the Yang di-Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri or abets the waging or the preparation of such war, shall be punished with imprisonment for life or imprisonment for a term not exceeding twenty years, and shall also be liable to fine.
123. Concealing with intent to facilitate a design to wage war.
Whoever by any act, or by any illegal omission, conceals or attempts to conceal the existence of a design to wage war against the Yang di- Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, intending by such concealment or attempted concealment to facilitate, or knowing it to be likely that such concealment or attempted concealment will facilitate, the waging of such war, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years and shall also be liable to fine.
124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.
124A. (Repealed).
Maka,
(i)adakah pemecatan MB Dato Seri Nizar sah?
(ii)Adakah perlantikkan MB Dato Zambri dan Exconya sah?
(iii)Adakah penggantungan Dato Zambry dan Exconya sah dibawah Undang2 Tubuh Negeri Perak dan Peraturan2 Tetap DUN?
(iv)Adakah siding DUN dibawah pokok itu sah atau suatu “perhimpunan haram”?
(v)Adakah Speaker DUN Sivakumar dan kuncu-kuncunya telah menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah?
Diatas adalah perkara2 yang mahkamah Persekutuan perlu selesaikan pada 27 Mac 2009 (kes ditunda dari 20 Mac 2009).
Kedudukan Raja dalam Rukun Negara dan lagu Negaraku.
Fahamilah Rukun Negara
(i) Kepercayaan kepada Tuhan
(ii) Kepercayaan kepada Raja dan Negara
(iii) Keluhuran Perlembagaan
(iV) Kedaulatan Undang2
(v) Kesopanan dan Kesusilaan
dan lagu Negaraku!
Negarakau,
tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta.
Apa yang pelik tapi benar ialah, ramai tidak sedar termasuk yang mengajar perlembagaan itu sendiri siapa Tuan mereka dinegeri-negeri masing-masing diMalaysia.
Apakah Raja sekadar simbolik atau Raja sememangnya berkuasa?
Artikel 32 Perlembagaan Persekutuan (PP) menyatakan YDPA adalah Ketua/ Kepala Tertinggi (Supreme Head) dalam Persekutuan dan mengatasi semua orang didalam Persekutuan;
Artikel 36 PP adalah hak YDPA menyimpan dan menggunakan Mohor Awam Persekutuan (Public Seal);
Artikel 38 (4) PP menyatakan tiada Undang-undang yang menjejaskan keistimewaan, kedudukan, martabat atau maruah Sultan dan atau Yang DiPertua Negeri boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja – lihat juga Artikel 181 berkenaan dengan kedaulatan kedudukan dan keistemewaan Sultan-Sultan;
Artikel 39 (1) Perlembagaan Persekutuan (PP) menyebut kuasa eksekutif terletak pada YDPA.
Artikel 40(2) PP menyebut YDPA boleh bertindak mengikut budibicaranya dalam perlantikan Perdana Menteri.
Artikel 41 PP – YDPA adalah (shall) Pemerintah Tertinggi Tentera DiRaja Malaysia (armed forces of the Federation);
Artikel 137 (1) & (3) PP, Ketua Angkatan Tentera mestilah lantikan YDPA;
Artikel 43 (2) PP menyebut bahawa perlantikan Perdana Menteri adalah kuasa lantikan YDPA seseorang yang pada keputusan/ timbangan/ kewajaran YDPA akan memperolehi keyakinan majority ahli-ahli Dewan Rakyat;
Artikel 43 (6) – Minister shall take oath of allegiance (sumapah taat setia kepada siapa? - bukankah Raja?.
Artikel 44 PP, YDPA adalah sebahagian dari komponen Perundangan Persekutuan dan Artikel 66, mana-mana undang-undang yang hendak diluluskan perlu mendapat perkenan YDPA – pindaan pada Artikel 66 (4) & (4A) yang memperuntukkan bahawa perkenan YDPA tidak lagi penting adalah ultra vires Artikel 36 & 38(4) PP kerana menjejaskan kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja;
Artikel 45 PP – dalam perlantikan ahli-ahli Senate, mereka hendaklah pada pandangan/pendapat/ timbangan YDPA orang yang berwibawa;
Artikel 122(1A) PP perlantikan Ketua-ketua Hakim adalah atas kehendak YDPA (may appoint .. for such period of time as he may specify any person who has held high judicial office in Malaysia…).
Artikel 125 PP, pemecatan seorang hakim adalah atas kehendak YDPA (YDPA may on the recommendation of the tribunal remove the judge from office). Bukan tribunal tapi YDPA yang berhak memecatkan?;
Artikel 140(4) PP, jawatan Ketua Turus Polis hendaklah dibuat oleh YDPA atas saranan/cadangan Suruhanjaya Angkatan Polis;
Artikel 141A, ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan hendaklah dilantik oleh YDPA setelah mengambil kira nasihat PM dan setelah mendapat nasihat Majlis Raja-Raja;
Artikel 145 PP, YDPA yang melantik Peguam Turus Persekutuan.
Artikel 145(2) & (5), YDPA adalah Tuan kepada Peguam Turus Persekutuan dan boleh mengarahkannya dimana jawatan Peguam Turus Persekutuan itu sendiri adalah mengikut kehendak hati YDPA (during the pleasure of the YDPA);
Artikel 150, kuasa mengistiharkan darurat adalah kuasa YDPA jika dia berpuashati untuk berbuat demikian dan tidak boleh dicabar langsung;
Artikel 153 PP, tanggungjawab menjaga kepentingan orang Melayu, pribumi (Sabah & Sarawak) dan kepentingan-kepentingan yang berasas (legitimate) mana-mana kaum adalah tugas YDPA;
Dalam Jadual 8 PP, Sultan dan atau Yang Dipertua melantik Menter Besar mengikut budibicaranya (act in his discretion), pada keputusannya (in his judgment), dan atau pada pendapat/ timbangan/fikirannya (in his opinion) – ahli-ahli Majlis Executive (EXCO) memegang jawatan atas kehendak hati (at the Ruler’s pleasure).
Sultan juga boleh prorogue atau bubarkan Majlis Perundangan. Undang-Undang Negeri hendaklah mendapat perkenan Sultan. Seksyen 11 (2B) Jadual ini adalah ultra vires Artikel 36 & 38(4) PP Perlembagaan kerana pindaan ini menjejaskan kedudukan Sultan – iaitu kuasa perkenanya antara lain.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah IIUM (Public Law Dept)