FOLLOWERS

Sunday, 8 March 2009

SENANG NYA JAWAPAN JABATAN PERHUTANAN PERIHAL PEMBALAKKAN HARAM !!!!!!!




Berita utama TV3 7 mac 2009 menyiarka kenyataan Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah mengenai isu curi balak dan hasil hutan di Kedah. Senang sahaja jawapannya.
" Kita buka kertas siasatan, Dan kita telah siasat. Cuma kita sukar untuk membuat tangkapan. Yang kita jumpa hanya tunggul-tunggul balak sahaja ".


Senang nya jawapan Pengarah Jabatan Hutan Kedah semalam . Ramai le yang boleh jadi Pengarah Hutan. ...................Bagi Jabatan Perhutanan keseluruhannya, jangan memberikan jawapan yang begitu bodoh kepada rakyat tentang kelemahan jabatan anda dalam menguatkuasakan kegiatan pembalakan haram di seluruh negara. Jawapan begini hanya layak diberikan oleh kerani atau PAR ( Pembantu Am Rendah ) sahaja. Bukan bertaraf pengarah cara jawapan begini. Beliau sepatutnya dihantar berkursus cara-cara menghadapi media dan memberi respon bila diminta. Dengan jawapan dan cara bekerja beginilah kerajaan akan menerima nama yang tidak baik dari kacamata masyarakat. Kerajaan akan dikatakan korup dan mempunyai kepentingan dalam kes-kes kecurian dan pembalakkan haram di seluruh negara. Inilah angkaranya kerana mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan dasar kerajaan mengambil sikap lepas tangan dan membuat serta menjalankan tugas seperti melepaskan batuk ditangga sahaja.


Sekiranya Jabatan Perhutanan samada di Kedah atau di seluruh negara tidak mengetahui dan begitu dangkal dalam usaha menjejaki serta menyiasat tentang pembalakkan haram dan kecurian balak di hutan-hutan seluruh negara , di bawah ini di cadangkan beberapa kaedahuntuk Jabatan Perhutanan ikuti dan mengambil tindakan lanjut ke atas kes pembalakan dan kecurian haram balak . Di antaranya ialah :
  • Menjemput wartawan TV3 Khaider Ahmad dan krew penggambarannya sebagai penceramah di kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan bagi mengajar dan memberi latihan kepada kakitangan Jabatan ini termasuk semua pengarah-pengarah jabatan berkenaan dari seluruh negara. Pada pandangan saya Khaider Ahmad lebih cekap dari segi kaedah menyiasat dan membongkar kes pembalakkan haram di seluruh negara. Dengan beberapa kakitangan seperti jurugambar, pemandu dan seorang krew twmbahan beliau sudah berapa banyak pendedahan dan kejayaannya dalam membuat pembongkaran jenayah ini. Berbanding dengan Jabatan Perhutanan dengan tiap negeri ada pengarah dan sejumlah kakitangan dan dengan berbagai kemudahan logistik yang ada gagal dalam menangani jenayah ini. Secara perbandingan boleh dikatakan Khaider Ahmad ( TV 3 ) telah membongkar hampir 99 % jenayah pembalakkan haram ini berbanding dengan jabatan Perhutanan sendiri bagi seluruh negara. Adakah anda tidak merasa malu dan dimana muka anda sepatutnya diletakkan. Seorang pemberita boleh mendedahkan tiap minggu dan setiap bulan jenayah pembalakkan haram di seluruh negara. Jika kakitangan dan semua pegawai Jabatan ini menjalankan kerja sudah tentu tidak sukar untuk mennangkap penjenayah ini. Beritahu rakyat, mana kes yang didedahkan oleh beliau yang tidak benar.
  • Buat sekatan jalanraya di kawasan pembalakkan setiap petang. Semua lori balak yang yang lalu diperiksa. Selalunya lori ini bergerak hampir malam. Orang buta pun boleh nampak pergerakkan lori balak ini. Bukan banyak sangat contoh di Kedah kawasan yang diberi kawasan untuk pembalakkkan. Senang nak kesan.
  • Buat sewaan helikopter dengan pihak swasta atau dengan pihak polis untuk memantau dari udara kegiatan pembalakkan haram di seluruh negara. Kalau kita membuat penerbangan dengan helikopter dari atas lebuhraya Pantai Timur amat senang melihat kegiatan pembalakkan haram yang berlaku dibawahnya. Selalunya mereka akan mejalankan kegiatan haram ini 200 meter dari lebuh raya. Ini bagi mengelakkan dari di kesan. jadi bagi jabatan Hutan , bukan susah untuk mengesan jenayah ini, bawa peta hutam dan terbang. Senang sahaja kalau kita hendak. Tapi masalahnya buat-buat tiidak nampak.
  • Seperti dicadangkan oleh TV3, buat ordit di kilang papan antara balak yang dibenarkan ditebang dangan jumlah balak yang dibawa keluar. Juga dengan ordit dan pemeriksaan dikilang , Jabatan berkenaan boleh menjumpai balak mana yang belum ada kesan tukuh di kayu balak berkenaan ( cop ; kalau tak ada kesan cop / tukul maka bermakna ini balak curi ). Senang saja untuk mengesannya.
  • Membuat pemantaun dan menugaskan pegawai kanan atau pegawai jabatan berkenaan dari ibu pejabat sesekali membuat pemantaun dan pemeriksaan mengejut ke pusat-pusat pemeriksaan Jabatan Perhutanan di daerah-daerah dikawasan pembalakkan . Adakah mereka ini menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Boleh juga ditugaskan dan meminta kerjasama BPR untuk membuat pemantauan.
  • Memastikan semua Pegawai Hutan Daerah dan kakitangan nya membuat penyelian rapi terhadap kes pembalakkan haram ini. Jika pihak TV3 yang mendahului bagi mendedahkan pembalakkan haram ini maka Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri sepatutnya mengambil tindakan tatatertib ke atas Pegawai Perhutanan Daerah dan kakitangannya atas tuduhan tidak cekap atau tindakkan lanjut sehingga pembuangan kerja.

Penghuni Gua : Ini sebahagian dari cadangan selekeh sahaja dari pihak saya. Cukup senang untuk mengesan pembalakkan haram ini. Bukan banyak pun hutan di Malaysia ini. Lainlah kalau di Sabah dan Serawak. Jadi kalau alasan tidak cukup kakitangan tu, jangan cakap lah. Ini cuma alasan pegawai atau ketua jabatan yang dangkal dari segi pengurusan sumber manusianya. Adakah kakitangan yang ada ini sudah digenbeling sepenuhnya untuk mengesan pembalakkan haram ini. Sekiranya setiap negeri menangkap dan berjaya membongkar 1 kes pembalakkan haram ini setiap hari maka berapa banyak kes dalam sebulan bagi seluruh negara.

Juga , cukup senang untuk mengesan pembalakkan haram ini. Pembalak atau mereka yang diberikan kawasan balak tidak akan menjalankan kerja-kerja pembalakkan ditempat yang diluluskan. Pembalak=-pembalak ini akan / misti mencuri balak di kiri kanan jalan untuk ke kawasan pembalakkan yang diluluskan. Juga selepas balak di iri kanan jalan masuk telah habis , mereka ini akan membalak dan mencuri balak disebelah kawasan balak yang diluluskan. Jadi kalau menurut resmi pembalak mereka akan berkata " tidak dinamakan pembalak jika tidak mencuri Balak".

Kami orang biasa pun tahu cara nak ordit balak . Ini kerana sebelum satu-satu kawasan balak diluluskan kepada seseorang, jumlah kayu balak di kawasan berkenaan sudah di ketahui jumlah nya. Jadi tidak sukar untuk membuat ordit diantara tempat pemriksaaan balak jabatan perhutanan dan dibandingkan dengan jumlah balak yang keluar. Juga boleh dibuat perbandingan dengan balak yang ada di kilang.

Bagi SPRM jika anda menyiasat kegiatan pembalakkan haram ini, sila lihat tanda yang terdapat di batang-batang pokok balak yang belum ditebang. Sekiranya ada tanda merah atau dipangkah merah maknanya balak ini bukan untuk pembalak tetapi untuk...................

Jadi dengan lain perkataan , kisah pembalakkan haram ini adalah cerita dan lagu lama sahaja. Hutan di Malaysia sudah Gondol. Kebanyakkan tugas Jabatan Perhutanan Negeri dan daerah sekarang hanya bertugas menjaga HUTAN REKREASI SAHAJA. Jabatan Perhutanan Malaysia tidak malu ke. Anda sepetutnya melestarikan hutan di Malaysia. Bukan membotakkan bumi ini. Kerana selekehnya tugas yang anda jalankan semua sungai dan hutamn belantara kita yang menghijau telah musnah. Anda semua akan dikutuk oleh generasi yang akan datang kerana kegagalan anda atau penyelewengan anda dalam pengurusan hutan di negara ini.

Penghuni Gua : Lagi sedih kalau kita mandi di hutan-hutan rekreasi. Kemudahan dan penjagaan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Contohnya Hutan Rekreasi dan Air Terjun Pancing Selatan di Kuantan. Tidak pernah selesai kerja membaiki dan membina kemudahannya. Buat baru kemudian rosak, buat lagi kemudioan rosak. Begitulah seterusnya. Sudah berapa banyak wang rakyat dihabiskan. JADI KEPADA PENGARAH JABATAN HUTAN SAMADA DI KEDAH ATAU DI MANA NEGERI PUN, CUKUPLAH DENGAN ALASAN SELEKEH YANG ANDA TELAH BERIKAN. BUAT KERJALAH. DAN SIASAT JUGA HARTA-HARTA KAKITANGAN ANDA. ..................BANYAK TANDATANYA KEPADA KAMI INI. Cukuplah beban yang telah anda dan kakitangan anda berikan kepada kerajaan. Cukuplah. Dan fikirkan balik, tak malu ke dengan tugas anda sekarang yang kebanyakkannya hanya menjaga hutan rekreasi sahaja!!!!!!!!!!!





No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR