FOLLOWERS

Monday, 30 March 2009

P . UTHAYAKUMAR KOMPLEN LAGI !!




Malaysiakini


Tahanan ISA: Saya jumpa daging lembu dalam sambal ayam
Syed Jaymal Zahiid Mar 30, 09 4:50pm


P Uthayakumar membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar kerana didakwa tidak menghiraukan sensitiviti penganut Hindu apabila daging lembu didakwa disaji di Kem Kamunting, tempat pemimpin Hindraf itu ditahan.Dalam laporan yang dibuat Rabu lalu, beliau menuduh Syed Hamid berbohong apabila berkata pemimpin Hindraf, yang beragama Hindu, yang ditahan di situ, tidak disajikan makanan mengandungi daging lembu yang dilarang oleh agama mereka.


Syed Hamid membuat kenyataan tersebut sebagai menafikan dakwaan Uthayakumar bahawa pihak berkuasa kem tersebut menghina agama Hindu apabila menyajikan makanan yang mengandungi daging lembu.Uthayakumar mendakwa, beliau menemui "beberapa ketul daging lembu" dalam sambal ayam yang disajikan sewaktu makan tengahari pada 22 Mac lalu.


"Saya telah disajikan sambal ayam dengan nasi. Saya (nampak) apa yang kelihatan seperti ketul daging lembu dalam sambal ayam tersebut," katanya dalam laporan tersebut. Salinannya diperolehi Malaysiakini.


"Bila saya bertanya kepada tahanan lain, mereka mengesahkan sambal daging lembu dan daging ayam dimasak dalam bekas yang sama," katanya sambil mendakwa ayam tersebut diasing dan diletakkan dalam pinggan dan disajikan kepadanya.


Beliau juga mendakwa, pihak berkuasa belum lagi menyajikan makanan yang bersesuaian dengan penyakit kencing manis, walaupun mengetahui beliau menghidap penyakit tersebut.



Penghuni Gua : Jika benar seperti didakwa oleh Uthaya tentang makanannya terdapat ketulan daging lembu maka tindakan tatatertib harus atau wajib diambil terhadap Penguasa Pusat Tahanan Kemunting. Ini kerana dengan kecuaian ini ia boleh menjejaskan nama baik kerajaan di mata dunia. Jika benar ini bukan kesilapan kerajaan.


Ia lebih kepada kecuaian yang tidak boleh dimaafkan yang dilakukan oleh penguasa Pusat Tahanan berkenaan kerana tidak sensitif terhadap penganut agama Hindu. Tindakan yang paling keras haruslah dikenakan kepada pihak terbabit.


Begitu juga dakwaannya bahawa makanannya tidak mengikut menu yang sepatutnya sebagai seorang yang mengidap kencing manis. Tindakan tatatertib yang paling keras harus dikenakan oleh pihak kerajaan sekirannya dakwaan ini benar. Kecuaian ini memamng tidak dapat dimaafkan.


Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod dan sejarah tahanan ini berada di Pusat Tahanan Kemunting perkara ini pada pandangan saya tidak mungkin berlaku.


Utayakumar yang sebelum ini pernah mendakwa tidak mendapat layanan perubatan yang memuaskan untuk penyakit kecing manisnya dari Pusat Tahanan ini. Kemudian lapuran dikeluarkan . Sebenarnya beliau sebenarnya enggan menerima rawatan yang disediakan oleh doktor perubatan kerajaan.


Ini semua adalah gimik politik dan helah orang seperti dia. Pusat Tahanan ini sudah beroperasi lebih 50 tahun. Mereka semuanya terlatih dan tiada satu pun berlaku penginayaan terhadap tahanan. Penghormatan terhadap agama seseorang amat dititik beratkan dan diberi kemuliannnya. inilah lebihnya negara kita.


Walau bagaimana pun , kebiasaannya alasan yang popular mereka yang seperti tahanan ini adalah masalah kesihatan dan ingin mendapatkan rawatan di luar negara. Bagitahu mereka semua bahawa kawan mereka yang begitu kuat mengkritik negara ini dan memburukkan negara di seluruh dunia bahawa berlaku penghapusan etnik di negara ini telah terlantar sakit tenat di London.


sekarang mengemis dengan kerajaan yang dia burukkan dahulu untuk minta kebenaran pulang ke negara ini untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Malaysia. Bila berada di luar negara baru mereka tahu semua yang ada di Malaysia ini adalah yang terbaik.


semua mereka jenis ini apabila di tangkap akan mendakwa tidak sihat dan sakit. racun arsenik, HIV, rawatan kesihatan tidak baik dan sebagainya. Apabila kelaur dari penjara atau pusat tahanan serta merta baik segala sakit. Kalau masa di penjara bukan main sakit. Berjalan pun dipapah. Kononya sakit belakang yang kronik dan sakit lutut dan perlu dapatkan rawatan di Jerman. Tun Mahathir nak bawa pakar Jerman yang dimahukannnya dan segala alat kelengkapannnya ke negara ini, tak mahu pulak diannya. Bila bebas, sampai sekarang, terus sihat walafiat. Segar bugas sehingga boleh pula mengulangi aktiviti lamanya.


Kepada kerajaan, jangan layan sangat kerenah mereka ini. tahan mereka selama mungkin. Biar mereka tahu tinggi rendah dunia ini. Jangan mereka menghancurkan keindahan kepelbagaian yang ada di negara ini. Mereka inilah yang mencalit segala keindahan kepelbagaian negara ini hingga ujud sedikit kekeruhan antara kaum dan agama yang terdapat di negara ini sekarang.


Jangan layan si putar belit ini. Keselamatan negara kita lebih utama. Hak asasi awam lebih utama berbanding hak asasi individu. Berita jam 8 malam ini menunjukkan serangan militan di akedemi polis Pakistan . Ramai yang maut. Jika kerajaan berkompromi dan terlalu bertolak ansur di dalam hal-hal dasar maka tidak mustahil negara kita akan mengalami perkara yang sama seperti di Pakistan itu.


Negara bukan tempat membuat ujikaji. Ambil tindakan sekeras mungkin jika ada pihak yang masih cuba menganggu dan mempersoalkan perkara-perkara asas pembentukan negara ini.

1 comment:

  1. Adalah lebih elok di dakwa Pengurus pusat tahanan tersebut..

    Mungkin berlaku kecuaian atau kesilapan..

    Mungkin ada juga pihak dalam mahu memburukkan nama kerajaan..

    apapun.. hormatilah pegangan agama lain..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR