Rahsia terbuka. Semua pihak memperkatakan tentang politik wang dan calun-calun MT, Naib Presiden dan Tim. Presiden akan diambil tindakan tatatertib kerana terlibat politik wang menjelang PAU pada akhir bulan ini. Berbagai andaian timbul. Apa pun pada pandangan Penghuni Gua, bagus tindakan ini tidak kira siapa yang akan menerima akibatnya. Ini menunjukkan UMNO serius dalam tindakannya membersihkan parti .
Samada pemimpin, penyokong dan ahli hendaklah menerima dengan dada terbuka sebarang tindakan yang akan dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO petang ini. Pandangan-pandangan nakal dari Harakah seperti ia adalah untuk pembersihan orang ABDULLAH dan juga beberapa pemimpin yang akan berdepan dengan tindakan disiplin ini adalah merupakan kambing hitam pada pandangan saya adalah satu pandangan yang mengundur kebelakang dan tidak ikhlas.
Kita jangan mendewakan mana-mana pemimpin. Jika kita memperjuangkan Islam maka terima ini sebagai sesuatu yang dituntut oleh Islam. Tidak seperti yang biasa , sekiranya perkara ini terkena kepada ahli atau pemimpin pembangkang mereka akan menganggap ini konspirasi, sabotaj dan tindakan BN yang cuba menjatuhkan mereka. Jadi kena ikhlas. Andaian-andaian ini merupakan syak wansangka . Syak wasangka ini adalah pekerjaan syaitan. Kita sepatutnya sebagai mereka yang berakal dan beragama sepatutnya menyokong sebarang tindakan yang menjurus kepada perkara kebaikan. Ini semuanya dipolitikkan. Berhentilah sekejap berpolitik. Pandang dari sudut yang positif.
Jika UMNO tidak mengambil tindakan seperti hari ini, kerajaan dan UMNO dikatakan menggalakkkan rasuah. Mereka menghina dan mencerca pemimpin. Tetapi jika diambil pula tindakan disiplin untuk membenteras gejala ini dikatakan pula kambing hitam, pembersihan oranr tertentu dan sebagainya. Jadi kita jangan hipokrit kepada diri kita sendiri atau kepada sesama insan. Yang bagus , katakan bagus.
Tahniah UMNO atas usaha dan komitmen ini.
No comments:
Post a Comment