Pada 27 mac 2009 Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat mengatakan mereka yang pakai jubah dan ketayap tetapi masih menghisap rokok lebih hina dari lembu. Lihat komen saya sebelum ini.( KLIK ). Jadi macam Penghuni Gua katakan pada komen tersebut minggu ini Penghuni Gua akan berhenti merokok dengan mengambil nasihat YAB Tok Guru Nik Aziz tersebut. Yang baik kena ikut. Yang buruk kita kritik. Tapi tak tahu le berapa lama boleh tahan. Insyaallah sehingga ke mati kalau boleh.
Isteri dah senyum sampai ketelinga bila diberitahu azam Penghuni Gua untuk mengikut nasihat YAB Tok Guru tu. Walau apa pun Penghuni Gua akan cuba bermula dari esok pagi kerana rokok terakhir ( lihat gambar : Rokok Lucky Strike terakhir. Di dokumenkan untuk menjadi kenangan kepada diri sendiri dan kepada anak cucu nanti. Bukan senang nak berhenti ni. Masuk ni dah 6 kali. Paling lama bertahan 2 tahun aje. Moga yang ni lebih dan berpanjangan.) dijangka akan habis jam 3 pagi nanti .
Jadi menjelang jam 6 pagi subuh esok , maka penghuni Gua adalah manusia bebas dari rokok dan pencemar alam sekitar. Insyaallah. Kepada semua Bloggers terutama Bloggers Pembela Negara , kalau boleh , jom ikut sekali.
Amin. Terima kasih Tok Guru. Tapi kalau Tok Guru buat tak betul dan mencarut serta berpolitik tidak baik dan membuat dakwaan tanpa bukti , saya akan kritik juga. Memang Nabi kita mewajibkan kita kritik pemimpin kita tak kira apa parti pun jika buat silap.
Semua Bloggers. Mulakan kempen TAK NAK sekarang. Semuga kita semua terus sihat untuk menulis..................
Semua Bloggers. Mulakan kempen TAK NAK sekarang. Semuga kita semua terus sihat untuk menulis..................
Hello Brader,
ReplyDeleteSatu keazaman yang baik untuk berhenti merokok.. . nampaknya lepas ni den keno hisap rokok kat luar bilik le.......Tapi saya rasa berhenti rokok je. tapi hisap paip tak leh berbunyi nak berhenti.
Dari Penghuni Gua Junior ( Teganu Kite ...)
baiklah berhenti merokok, boleh jadi lembu pengotor pulak tuh,
ReplyDelete