FOLLOWERS

Wednesday, 29 June 2011

ANALISA GAMBAR : UNTUK YB JOE DAN PEMINUM KENCING DSAI !!!!!!

Dipetik dari blog : Kickdefella


Penghuni Gua
: Ini sebahagaian dari kaedah yang digunapakai oleh pakar-pakar diseluruh dunia mengenai kaedah pengecaman dan pengalisaan gambar. Ini carapakar. Bukan cara paku yang mengaku pakar dalam penganalisaan gambar dalam isu vedeo zina lelaki Y.


2. Jadi baguslah kalau YB Joe dan peminum kencing lelaki Y termasuk PAS. Tak lupa kepada penjaga stor Mahfuz. Pesan PG : kalau dah bodoh tu, buatlah cara bodoh. Tanya kalau tak tahu................Kesian ke Mahfuz. Kesian lagi kepada peminum kencing Mahfuz. Termasuk juga TGHH. Kesian.

3. Tak gitu? Bacaan lanjut mengenai ini : KLIK

Tuesday, 28 June 2011

BERANI KE PAS QAZAFKAN MAT SABU AL JUBURI ?



Dipetik dari blog : YB Zul Kulim





Salam 2 all.

Kalau PAS benar-benar ikhlas dan istiqomah dalam prinsip mengenai qazaf, maka PAS wajib menghukum pemimpin-pemimpin mereka dahulu dengan 80 kali sebatan. Kerana mereka terang-terang melakukan fitnah dan tuduhan liar terhadap manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Para pimpinan, penceramah, termasuk ustad-ustad PAS menuduh Anwar Ibrahim sebagai AL-JUBURI, tanpa bukti, tanpa 4 saksi, hanya dengan dakwaan daripada seorang punjabi tak berturban!

Buktinya. Pada 22.10.1997, mursyidul am Pakatan pembangkang, Karpal Singh, mendedahkan didalam Dewan Rakyat bahawa Anwar Ibrahim pengamal homoseks, terlibat dengan kegiatan meliwat kakitangannya Azizan Abu Bakar. Tidak cukup dengan itu, Karpal mengulangi tuduhan itu semasa berceramah di Hotel Federal, Kuala Lumpur. YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju), bekas Ketua Penerangan dan pimpinan kanan DAP pada masa itu mengakui beliau mendengar sendiri ucapan Karpal tersebut.

Karpal juga telah menemui beberapa orang pimpinan PAS. Karpal memberikan taklimat mengenai kegiatan homoseks dan liwat Anwar Ibrahim, yang pada masa itu adalah Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Kepimpinan PAS, termasuk para ustad dan agamawan PAS pada masa itu terus menghukum dan mengisytiharkan Anwar Ibrahim dengan pertuduhan Al Juburi. Satu dunia menjadi saksi melihat gelagat penceramah dan ustad-ustad PAS pada masa itu, tanpa segan-silu tanpa malu, membelasah Anwar Ibrahim dan menghukumnya sebagai Al Juburi. Dalam ceramah, dalam kuliah, dalam tazkirah, dalam himpunan dan dibanyak tempat..label Anwar Al Juburi bergema disegala pelosok negara pada masa itu, diiringi dengan lolongan takbeer dan derma jihad.

Teman tak pernah dengar masa itu kepimpinan, ulamak dan ustad-ustad PAS berkata tentang qazaf. Teman tak dengar langsung ustad-ustad PAS bercakap tentang fitnah. Teman tak dengar langsung pada masa itu ulamak-ulamak PAS berpatwa mengenai hudud qazaf dan lain-lain. Teman tak dengar langsung pemimpin PAS mendakwa kenyataan Karpal tidak cukup 4 persaksian. Teman tak dengar langsung muktamar PAS membuat resolusi dakwaan Karpal hanya sekadar "besi buruk" yang tidak boleh menjadi bahan pembuktian syariah. Teman tak dengar langsung usul untuk membahaskan dakwaan Karpal itu.

Malah PAS langsung tidak menyiasat, bertanya atau mendapatkan bukti. Hanya berdasarkan dakwaan Karpal Singh, mereka secara membabi buta terus menghukum dan melabel Anwar Ibrahim sebagai Al Juburi!!! Mereka tiada 4 saksi, mereka tidak ada bukti, mereka tidak ada apa-apa langsung!!!

Sekarang, berdepan dengan videoklip, berdepan dengan saksi mata iaitu Datuk Eskay yang ada ditempat kejadian, berdepan dengan pembuktian pakar dalam dan luarnegara akan kesahihan videoklip tersebut, berdepan dengan pengesahan DNA, berdepan dengan kengganan Wan Azizah dan Anwar menunjukkan jam Omega, dan terlalu banyak bukti dan keterangan; para ulama, ustad dan kepimpinan PAS bukan sahaja menolak secara membabi buta (sebab mereka tengok videoklip tu pun tak), malah mereka menjatuhkan hukuman qazaf dan mengisytiharkan ianya fitnah. Dalam kuliah, tazkirah, ceramah, sampai kerabat tangga mimbar Jumaat mereka menghukum qazaf semua orang; demi membela seorang manusia yang mereka sendiri isytihar sebagai Al Juburi beberapa tahun lepas!

Jadi, kalau hanya berdasarkan dakwaan Karpal Singh, seorang kafir harbi yang bersedia mati daripada membenarkan PAS menubuhkan Negara Islam, ulamak, ustad dan kepimpinan PAS boleh menerimanya dan terus menghukum Anwar dengan label Al-Juburi tanpa sebarang keraguan, tanpa sebarang siasatan, tanpa sebarang bukti, malah tanpa sebarang saksi syarie', mengapa bukti persaksian Datuk Eskay, videoklip, jam Omega, DNA, keterangan pakar dan lain-lain tidak boleh diterima?

Persoalannya sekarang, mengapa dengan bukti saksi mata, videoklip, keterangan pakar, DNA, jam Omega dan lain-lain, tetiba keluar pulak patwa qazaf, hukum fitnah?!

Kesimpulannya mudah. Ini semua adalah retorik dan sandiwara politik semata-mata; dengan memperkudakan ayat Al Quran dan hukum-hakam agama. Begitulah tahap pelacuran politik yang boleh dilakukan manusia bila sudah menjadi politikus kalkatus yang rakus kerana ketaksuban dan ketamakan duniawi. Hingga kalimah ALLAH pun dijual, anak bini menjadi gadaian politik, perjuangan negara Islam pun ditongsampahkan hanya kerana takutkan seorang punjabi yang tak berturban! Mereka berubah makhluk menjadi kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta!

Rumusannya, kalau PAS beriya-iya nak hukum qazaf dan fitnah dalam isu videoklip, jadi wajib PAS menghukum para kepimpinan, penceramah dan para ustad mereka yang menuduh Anwar dengan label Al Juburi tanpa 4 saksi, tanpa qarinah dan tanpa bukti menurut hukum syara'. Jika tidak, PAS akan dilihat sebagai tidak konsisten, tidak istiqomah; dan lebih bahaya, PAS akan dilihat sebagai pengamal politik double standard, hipokrit, dan memperkudakan agama hanya kerana habuan politik kepartian.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu
26 Rejab 1432
28 Jun 2011


Penghuni Gua
: Berani ke PAS nak qasaf presiden dan pemimpinnya. Ludah mereka terkena kepada mereka semula.

2. Macam mana sekarang. Nak ke PAS, Qazafkan Naib Presidennya Mat sabu ?????

3. Pelacur PAS ini cakap aje lebih. Buat tak berani. Pandai cakap tapi tak pandai nak laksana.

MEMANG BENAR PUN !!!!!!









Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mencerca Majlis Peguam yang didakwanya hipokrit dan dwistandard dalam sesuatu kenyataan.

Katanya kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis tersebut "menyokong (pihak) yang menentang kerajaan".

"Majlis Peguam ini tak boleh ikut. Majlis Peguam, pada pandangan saya, adalah bastard (anak haram) punya council (majlis).

"Sebab mereka hipokrit dan double standard. Semua yang Majlis Peguam sokong, (mereka) yang lawan kerajaan, kebanyakkannya.

"Tengok, dia marah, ada ahli PERKASA bakar gambar (pengerusi BERSIH) S Ambiga. Waktu ada penyokong India, atas isu Interlok, gambar Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussin dibakar, mana kenyataan daripada Majlis Peguam?

"Jadi dia double standard. Saya tak hormat langsung dekat Majlis Peguam," katanya.

Ibrahim turut dengan mempersoalkan pendirian Majlis Peguam berhubung penyiaran gambar menghina Islam menggambarkan seekor babi berada di atas kaabah atau seekor anjing membaca surah Yassin.

"Apa yang Majlis Peguam buat?" soalnya lagi yang juga anggota parlimen Pasir Mas. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Memang betul pun apa yang dikatakan oleh Ibrahim Ali. Benar semuanya.

2. Majlis Peguam hanyalah dan tak lebih dari anjing yang menyalak untuk pembangkang. Itulah wajah dan jenis nya. Atau dan mungkin lebih hina dari apa yang YB Ibrahim Ali katakan.

3. Masuk politiklah kalau rasa dah popular sangat. Daftar aje Majlis Peguam tersebut sebagai Parti Majlis Peguam Perkauman.

UNTUK SUHAKAM , PROF AZIZ BARI DAN AMBIGA : DR SHAMRAHAYU A . AZIZ UIAM !!!!!







Amalan demokrasi bukan tiket peserta demonstrasi ganggu ketenteraman

EKORAN isu semasa mengenai perhimpunan atau demonstrasi, mungkin ramai pembaca yang sudah merujuk dan menghayati peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan asasi. Peruntukan yang paling berkaitan ialah Perkara 10(1)(b) yang menyatakan, ‘Tertakluk kepada Fasal (2), 3 dan (4), semua warga negara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata’. Fasal 2(b) menjelaskan mengenai kuasa Parlimen untuk ‘…mengenakan ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam’. Kebebasan untuk berhimpun begitu penting di dalam amalan demokrasi. Atas dasar itulah ia dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, seperti kita lihat peruntukan di atas, kita tidak harus lupa bahawa peruntukan yang sama mengiktiraf kuasa Parlimen untuk mengenakan sekatan kepada kebebasan ini sekiranya difikirkan ‘perlu atau suai manfaat’ kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Saya amat yakin mereka yang terdidik di dalam bidang undang-undang, terutama peguam memahami peruntukan ini – sama ada mengenai hak untuk berhimpun dan kuasa Parlimen untuk membuat sekatan yang ‘perlu dan suai manfaat’ kepada kepentingan keselamatan negara atau ketenteraman awam.

Tetapi menerusi perbincangan dan pembacaan, saya agak sangsi sama ada mereka yang menyokong perhimpunan sebegini menghargai kuasa Parlimen dan juga maksud frasa ‘keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya’ dan ‘ketenteraman awam’. Mungkin pada mereka, kebebasan untuk menyuarakan pendapat melalui perhimpunan tidak akan mengganggu keselamatan negara atau ketenteraman awam kerana mereka berjanji akan sentiasa patuh kepada undang-undang negara. Alangkah baiknya sekiranya ini benar.

Namun begitu, adakah janji seperti ini akan dapat meyakinkan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara? Ia agak mustahil. Pihak keselamatan tidak mungkin yakin dengan janji sebegini kerana perhimpunan sebegitu besar semestinya payah untuk dikawal. Cuba kita bayangkan sekiranya peserta perhimpunan ini yang mengawal keselamatan dan ketenteraman awam. Tidakkah mereka juga bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku?

Dari kacamata siapakah kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam perlu ditentukan? Siapakah sebaik-baik pihak yang patut menentukan sama ada kebebasan berkumpul ini akan mengancam keselamatan atau ketenteraman awam ataupun tidak? Sejauh mana orang awam mengetahui mengenai tahap ancaman dan juga tahap keselamatan negara. Mungkin benar orang awam boleh mengagak dan membuat andaian, tetapi mungkin tidak begitu tepat seperti mereka yang ahli.

Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal kerana perasaan fanatik peserta perhimpunan, saya percaya mereka akan menuding jari kepada pihak keselamatan negara. Sekiranya ini berlaku mungkin orang lain, terutama pihak keselamatan pula akan disalahkan.

Mungkin perlu juga kita ketahui maksud dua frasa penting yang berkaitan. Apa maksud ‘keselamatan Persekutuan’ dan ‘ketenteraman awam’? Ini penting untuk difahami. Ia membolehkan kita membuat analisis mengenai maksud yang ingin dicapai oleh undang-undang ketika meletakkan sekatan ke atas kebebasan berhimpun.

Secara umumnya kedua-dua frasa ini amat berkait rapat walaupun kita dapati tiada tafsiran undang-undang yang khusus mengenainya. Frasa ‘keselamatan negara’ menunjukkan keperluan untuk menjaga negara daripada ancaman aktiviti subversif (Black’s Law Dictionary, 1999, hlm. 821). Ketenteraman awam pula merujuk kepada keteraturan sistem kehidupan di kalangan khalayak awam untuk kebaikan mereka (reP.P Long@Jimmy & Ors[1976] 2MLJ 133, hlm. 136). Ia mempunyai maksud yang sama dengan keselamatan awam (re Tan Boon Liat [1976] 2 MLJ 82, hlm.86).

Kekacauan kepada ketenteraman awam adalah berbeza daripada perbuatan melanggar undang-undang. Perbuatan melanggar undang-undang hanya membabitkan individu atau beberapa individu saja. Sekiranya perhimpunan dilakukan tanpa permit, ia adalah melanggar undang-undang. Tetapi, ia berbeza dengan perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam yang bermaksud perbuatan yang menjadikan persekitaran atau patologi tidak selamat di kalangan orang awam.

Ujian perundangan untuk menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu hanya perlakuan melanggar undang-undang atau ia menjejaskan ketenteraman awam ialah, adakah perlakuan itu menyebabkan rasa tidak selamat orang awam atau kumpulan masyarakat yang berada di suatu tempat; atau adakah ia hanya membabitkan individu tertentu saja tanpa menjejaskan kestabilan atau ketenteraman awam.

Sekiranya perlakuan itu hanya mengganggu seorang atau beberapa individu saja, ia hanyalah perbuatan melanggar undang-undang. Sekiranya ahli masyarakat tidak dapat menjalankan aktiviti atau rutin harian, maka perbuatan itu adalah gangguan kepada ketenteraman awam. Oleh itu maksud keadaan yang menjejaskan ketenteraman awam ialah ia mengganggu aktiviti atau rutin harian ahli masyarakat.

Berdasarkan tafsiran undang-undang itu, bukankah perhimpunan seperti dirancang itu adalah ancaman kepada keselamatan negara dan keselamatan awam? Adakah mereka yang menyertai perhimpunan mementingkan diri tanpa menghiraukan hak orang lain dalam sistem demokrasi? Bukankah mencegah itu lebih baik?

Penulis ialah Penolong Profesor di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM

Penghuni Gua
: PG harap Prof Aziz Bari dan SUHAKAM serta Ambiga membaca artikal oleh Dr Shamrahayu ini. Cukup-cukuplah menipu dan membelitkan fakta undang-undang dan menipu orang ramai.

2. PKR dan PAS ini jangan cakaplah. Telinga mereka dah jadi tuli dan mata mereka semuanya buta. Mereka ini semuanya serupalah dengan yahudi. Cakap apa pun tak kan dengar. Allah pun sebut mengenai Yahudi ini dalam surah Al Fatihah. Yahudi ini cakap apa pun takkan dengar kerana Allah dah anggap mereka macam orang mati dah.

3. Tangkap aje !!!!!!!

PAKAI OTAK SIKITLAH SUHAKAM !!!!!





KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, perhimpunan aman tidak harus disekat daripada diadakan kerana ia adalah hak asasi awam untuk berbuat demikian.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam berpendirian bahawa perhimpunan jalanan yang ingin dianjurkan oleh Bersih, perhimpunan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Gerak Aman pada 9 Julai ini harus dibenarkan selagi ia diadakan dalam suasana yang aman dan tenteram.

Penghuni Gua
: Hoi SUHAKAM. Berhentilah berkokok. Masa penduduk kampung Pala Pulau Pinang berdemo di depan pejabat Komtar dan di layan buruk oleh DAP, kamu tak berbunyi pun. Wajah apa kamu ni.

2. Perhimpunan 9 jul ini bukan perhimpunan awam. Tetapi perhimpunan kelompok kecil yang sengaja nak cari pasal. Banyak saluran lagi nak selesaikan masalah. Apa masalahnya sehingga nak adakan demo haram.

3. Hak asasi kami yang awam terbesar ini bagaimana. Semua urusan tergendala. SUHAKAM tahu ke perhimpunan dan demo haram ke tiga kelompok puaka itu akan berakhir dengan aman?

4. Lihat keputusan ke Stephen Kalong Ningkan : " YAA Hakim memutuskan, selamat atau tidak selamat sesuatu keadaan keselamatan adalah menjadi tugas dan tanggungjawab polis menentukannya mengikut undang-undang". Kes itu kekal hingga kini. Takan SUHAKAM sebodoh itu tak tahu mengenai undang-undang.

5. Bab ini jangan nak lihat dari satu sudut aje. SUHAKAM tak ada kepakaran mengenai perisikan. Polis mempunyai kepakaran ini. Inilah asasnya mengapa permit tidak dikeluarkan. Bukan hanya melihat dari sudut hak asasi kelompok sempit ini. Banyak elemen lain yang perlu diambil kira. Ini yang SUHAKAM perlu pakai otak.

6. Kalau terjadi apa-apa tak elok atau petaka, maka semua puaka haram ii dan SUHAKAM hanya main cuci tangan aje !!!! Lihat ajelah sebelum ini !!!!

7. Nak jadi sesuatu yang buruk dulu ke, baru kita nak bertindak? Nak memusnahkan memang mudah tetapi nak membinanya memerlukan jangka waktu yang panjang.

8. Pakai otak lebih sikitlah SUHAKAM. Pada PG, ketiga pihak puaka demo ini hanya menyusahkan hak awam terbanyak. ISAkan aje mereka semua ini!!!!!!!!!!!!!!! Beri mereka berehat kejap di Kemunting.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, 27 June 2011

GELI-GELI PETANG : GELI GERAM KAK JIJAH !!!!!!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct Com

Sunday, 26 June 2011

PENGECAMAN WAJAH LELAKI Y : LIHATLAH KEBODOHAN MAHFUZ !!!!!


Dipetik dari blog : Kickdefella




“Pas menyangkal kenyataan laporan pakar pengecaman wajah yang menyebut pelaku dalam video seks sebagaimana didedahkan, mirip 99.99 peratus Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, teknik mengubah wajah menyerupai individu tertentu telah dipraktikkan dalam industri penerbitan filem.

“Mereka hanya kata 99.99 peratus mirip, tidak semestinya bermaksud memang itu Anwar.

“Watak Omar Mukhtar yang dilakonkan Anthony Quinn dalam filem Lion of The Desert juga menyerupai Omar Mukhtar sebenar. Jadi, apa nak dihairankan, semua teknik begini boleh digunakan untuk memerangkap seseorang,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun isu itu diberi liputan media di negara ini, ia tidak menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat malahan mampu melonjakkan nama ketua pembangkang itu.

“Ia akan melariskan lagi publisiti Anwar seperti pertambahan undi dalam program realiti televisyen, Maharaja Lawak.

“Bagi saya, ini adalah sebahagian daripada cerita lucu zaman moden,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebarang dokumen dikemukakan berhubung perkara itu malah ia sekadar kenyataan lisan daripada peguam.

“Ia tiada kaitan mengenai kerjasama Pas dalam PR, kerana perjanjian parti dengan PR, bukan dengan Anwar.

“Justeru, isu Pas keluar PR tidak timbul kerana Pas masih tetap bekerjasama dengan PR,” katanya.” – Sinar Harian

Saudara Mahfuz, watak Omar Mukthar dan juga watak Saidina Hamzah, kedua-duanya lakonan Anthony Quinn, langsung tidak menyerupai wajah kedua-dua tokoh sejarah itu. Hakikat ini diakui sendiri di dalam pengarahnya, Allahyarham Moustapha Akkad di dalam beberapa tulisan dan temubualnya. Bagaimanapun, apa yang menjadi ingatan dan pujian ialah bagaimana Anthony Quinn menjayakan watak itu dari segi gerak lakunya sehinggakan ia menyakinkan sesetengah penonton bahawa kedua-kedua watak itu dilakonkan oleh seorang Islam.

Omar Mokhtar sewaktu ditahan oleh Tentera Fasis Itali

Mendiang Anthony Quinn selaku Omar Mokthar dalam Lion of The Desert

Mendiang Anthony Quinn selaku Saidina Hamzah bersama Pengarah Allahyarham Moustapha Akkad di lokasi The Message

Adegan Omar Mukhtar mengambil air sembahyang sebelum menjalani hukumannya dianggap oleh pengkritik sebagai adegan yang cukup melahirkan keinsafan.

Mendiang Anthony Quinn, seorang pelakon berketurunan Mexican-American membawa watak Saidina Hamzah di dalam filem The Message (1977) dan watak Omar Mokhtar di dalam filem Lion Of The Desert (1981).

Apa yang Mahfuz tidak faham ialah keberkesanan lakonan seseorang bukan di nilai dari sudut bentuk wajah dan fizikal tetapi dari sudut teknik di mana seseorang pelakon berjaya ‘make-believe’ atau membuat kita percaya kepada lakonannya.

Seorang lagi pelakon hebat, Anthony Hopkins yang berlakon dalam filem Nixon arahan pengarah besar Oliver Stone pada tahun 1995, sedekad selepas filem yang dikatakan Mahfuz turut mengakui bahawa kehebatan penataan-rias Holywood tidak berjaya menjadikan wajahnya seperti bekas Presiden Amerika itu.

Jika sebuah filem Hollywood yang berbajet besar pun tidak dapat melahirkan wajah yang seiras dengan tokoh sebenar, apakah lagi filem berbajet rendah diluar Hollywood seperti yang diperkatakan oleh pemimpin Pas itu?

Kata orang jangan bercakap sesedap mulut. Mahfuz Omar adalah Naib Presiden PAS dan tak usahlah bercakap seperti orang yang tidak berakal. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam usah di duga.

Mahfuz ternyata tidak memahami bagaimana pengecaman di buat oleh dua pakar Amerika Syarikat dari Dartmouth College New Hampshire. Teknik pengecaman sebegini sudah biasa di Amerika Syarikat dan ianya digunakan untuk tujuan keselamatan dan perisikan. Ianya bukan berdasarkan keserupaan wajah tetapi berdasarkan elemen-elemen seperti kedudukan mata, saiznya, kedudukan mulut dan bibir dan lain-lain faktor lagi yang tidak boleh diubah dengan solekan, topeng dan sebagainya. Ianya digunakan dengan meluas oleh agensi-agensi terbabit bagi mengecam orang-orang yang dikehendaki ataupun yang dipercayai mempunyai motif subversif.

Di dalam kes mengesahkan lelaki di dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim, ia dibuat bukan sahaja dengan membandingkan elemen-elemen tersebut dengan Anwar Ibrahim sendiri tetapi dengan membandingkannya dengan data ribuan sample gambar yang diberikan.

Di dalam kata lain, menerusi teknik ini, walaupun Mahfuz Omar disolek sebiji menyerupai Mr. Bean, teknik pengecaman ini akan pasti dapat mengecam bahawa ‘Mr. Bean’ itu tetap Mahfuz. Ini kerana geometeri wajah yang dinilai.

Tiga teknik pengecaman wajah boleh dibuat adalah seperti berikut,

(1) Teknik Tradisional - mengecam wajah dengan menilai tanda-tanda pada wajah, atau bentuk dari imej yang dibekalkan. Contohnya ia akan membuat analisa posisi, size, bentuk mata, hidung, tulang pipi dan rahang. Ia kemudian di bandingkan dengan sample di dalam database.

(2) Teknik 3-D – Teknik baru ini dikatakan berjaya membuat perbadingan pada aspek-aspek yang belum dapat dibuat oleh teknik sebelum ini iaitu menggunakan teknik pengecaman wajah secara tiga dimensi. Menerusi teknik ini, maklumat bentuk muka di perolehi dengan imbasan 3 dimensional ke atas imej. Ia akan mengenalpasti ‘distinctive feature’ pada permukaan wajah seperti ‘the contour of the eye sockets, nose, and chin’. Kelebihan teknik ini ialah penilaian tidak terjejas menerusi perubahan pencahayaan atau ia tetap berkesan walau dalam kekurangan cahaya. Wajah juga boleh dikenalpasti menerusi sudut-sudut yang sukar. Teknik tiga dimensional ini juga peka terhadap mimik muka dan reaksi wajah.

(3) Teknik Tekstur Kulit – Ia merupakan teknik yang semakin digunapakai. Ia menggunakan visualisasi perincian kulit yang dirakamkan menerusi imej yang diimbas. Teknik ini akan menukarkan maklumat garis-garis kedutan, pattern dan titik-titik pada kulit kepada nilai matematik. Menerusi teknik ini, keberkesanan pengecaman ditingkatkan kepada 20 dan 25 peratus.

Penilaian terhadap imej Lelaki X dalam video seks yang dihantar ke Kolej yang merupakan top-notch Ivy League institution and among the most distinguished educational establishments in the world.

Dan seperti DNA Lelaki Y yang akhirnya disahkan secara saintifik adalah DNA milik Anwar Ibrahim, imej Lelaki X dalam video seks itu juga adalah imej Anwar Bin Ibrahim.

Keputusan ini tidak diharapkan mengubah pendirian penyokong-penyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi di dalam membahaskan sesuatu yang telah dibuktikan secara saintifik, hendaklah menggunakan akal yang waras. Jika benar wujud pelakon pornografi dari Thailand yang wajahnya serupa dengan Anwar Ibrahim, saya berharap pihak yang enggan menerima keputusan ini akan membawa lelaki tersebut ke hadapan


Penghuni Gua
: Lawak sungguh kenyataan Mahfuz. Naib Presiden PAS boleh cakap begitu. Nampak sangat kedunguannya. Itulah taraf seorang naib Presiden Parti Islam.

2. Apa nak hairan. Kelulusan takat SRP dan hanya bekerja sebagai penjaga stor lapangan Terbang Kepala Batas, Alor Star aje. Jadi tak hairanlah pandangan bodoh begini terkeluar dari mulutnya.

3. Kesian penyokong PAS , yang memilih Naib Presiden begini. " Low Class ".

MALAYAN LAW JOURNAL : PERKAHWINAN UNDANG-UNDANG ADAT ANAK WATAN SABAH !!!!




[1994] 1 MLJ 545
Nancy Kual v Ho Thau On
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — ORIGINATING SUMMONS
NO K20 OF 1992

Judges SYED AHMAD IDID J

Date 29 JULY 1993

Citation [1994] 1 MLJ 545



Catchwords:


Family Law — Marriage — Customary marriage — One party a native of Sabah and the other party a non-native — Marriage not registered in accordance with the provisions of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 — Whether marriage valid and subsisting in law — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 ss 3(1) & 5(4)


Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif, seorang anak watan Sabah dan defendan, yang berbangsa Cina, telah menjalani suatu upacara minum teh untuk meraikan perkahwinan mereka menurut adat kaum Cina pada 5 Mei 1990. Selepas itu, plaintif dan defendan telah bersekedudukan sebagai suami isteri. Pada 24 Jun 1990, plaintif dan defendan telah menjalani satu lagi perayaan perkahwinan mereka, kali ini menurut adat Kadazan Tatana. Plaintif dan defendan terus bersekedudukan sehingga mereka mengalami masalah domestik. Defendan kemudiannya telah meninggalkan kediaman suami isteri. Apa yang berikutan adalah perjumpaan di antara plaintif dan defendan bersama dengan mahkamah adat. Di dalam suatu perjumpaan tersebut, defendan setelah ditunjuk gambar-gambar perkahwinan, telah menyatakan bahawa, ‘Itu main-main sahaja’.

Plaintif sekarang menuntut suatu deklarasi bahawa beliau merupakan isteri defendan yang sah dan bahawa perkahwinan mereka yang telah diupacarakan di bawah adat anak watan pada 24 Jun 1990 itu, adalah sah dan wujud di sisi undang-undang. Isu di dalam kes ini adalah sama ada, memandangkan s 5(4) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta itu’) dibaca bersama s 3(1) Akta itu, suatu perkahwinan yang telah diupacarakan di bawah undang-undang adat anak watan dan tidak didaftarkan menurut peruntukan Akta itu di antara seorang bukan anak watan (defendan) dan seorang anak watan (plaintif) adalah sah.

Diputuskan
:
Diputuskan, membenarkan perintah yang dipohon oleh plaintif dan mengisytiharkan bahawa plaintif merupakan isteri defendan yang sah:

(1) Perintah yang dibuat oleh mahkamah adalah berdasarkan alasan-alasan perikemanusiaan untuk menyokong perhubungan di antara suami isteri dan tidak menggalakkan sesebuah pihak daripada menganggap ringan upacara dan upacara amal perkahwinan.

(2) Walaupun satu pihak kepada kes ini merupakan seorang bukan anak watan, mahkamah berpendapat bahawa perkahwinan yang dijalani oleh plaintif dan defendan, menurut adat Kadazan Tatana, akan diiktirafkan sebagai sah, serupa dengan s 104, walaupun seksyen itu adalah berkenaan dengan ‘perkahwinan yang dilakukan di luar Malaysia’. Perkahwinan di dalam kes ini diadakan dalam bentuk yang diperlukan atau diperuntukkan oleh undang-undang negara di mana ia dilakukan, iaitu menurut undang-undang adat anak watan di Sabah.

Per curiam:


Adalah menjadi bantuan besar jika Akta itu, pada s 4, menambah: ‘Tidak apa-apa jua dalam Akta ini yang akan menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan menurut undang-undang adat anak watan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan.’ Kes ini akan diselesaikan jika Akta itu mengandungi kata-kata sakti itu.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini membawa menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Saturday, 25 June 2011

PAKU NAK JADI PAKAR !!!!!!!!!!!!

( Tak sama pun. Mengapa tak solek mukanya seperti DSAI? )


PKR terbit video 'versi Johari'
Lee Way Loon & Norain Saleh
Jun 24, 11
4:42pm


Anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.

Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu.

Tindakan itu sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar.

Johari (bertali leher), antara yang terawal menonton video itu pada 21 Mac lalu, berkata demikian dalam sidang media bagi menguatkan dakwaannya bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar.

Dalam video itu, beliau bertindak sebagai pengulas yang membangkitkan keraguan demi keraguan.
Lelaki X

'Versi video itu akan dimuatnaik ke Youtube selepas jam 4 petang ini. PKR juga akan menjual VCD dalam ceramahnya bermula hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Ha ha ha ha !!!! Paku nak jadi pakar. Peminum tegar kencing lelaki Y ini nak jadi pakar pulak. Keterangan pakar yang khusus dalam bidang ini tak nak diterima. Bukan setakat pakar tetapi bebarapa pakar. Paku ini boleh pulak buat versi vedeo lawaknya sendiri.

2. Mungkin paku ini tak faham apa itu pakar dalam undang-undang. Pakar adalah mereka yang mempunyai kelulusan dan kemahiran dalam bidang mereka dan menjalankan amalan mengenainya.

3. Mungkin gambaar paku ini yang disolek untuk meniru P Ramlee sama tetapi tak serupa. Yang hairannya mengapa paku Johari ini tak solekkan wajahnya menyerupai lelaki Y di dalam vedeo tersebut? Hairan juga. dah dia kata solekkan membolehkannya menyerupai sesiapa sahaja, jadi mengapa tak solekkan wajahnya menjadi lelaki Y dalam vedeo zina tersebut?

4. Untuk makluman paku di atas dan paku-paku PKR di luar sana tu, pakar gambar bukan menganilasa gambar vedeo atau gambar " still " seperti caranya membuat perbandingan. Pakar akan menganilsa dengan cara kedududkan simitri muka, mata, hidung , pipi , rambut dan sebagainya.

5. Juga dengan tengkorak pun, pakar boleh membuat perbandingan sesuatu tengkorak dengan gambar seorang yang dibunuh. Contohnya dalam kes Dato Mazlan yang dibunuh oleh Mona Fendi dulu. Masa tu , DNA masih baru. Jadi pengenalan dan perbandingan tengkorak yang dijumpai dengan gambar Dato Mazlan disahkan oleh pakar dan diterima oleh mahkamah dan Mona Fendi disabitkan kesalahannya.

6. Kesian juga melihat peminum dan penjilat tegar lelaki Y ini , buat lawak bodoh dipagi buta. Nampak sangat begitu dungu otak seorang yang bergelar YB ini. Terlalu dungu.................Kesian.!!!!!!!

7. Kalau nak ulasan lanjut mengenai lawak bodoh paku ini yang mengaku dan nak jadi pakar, maka bolehlah lihat di Agenda Daily : KLIK juga YB Zul Nofrdin KLIK

Friday, 24 June 2011

PERANGAI LELAKI Y !!!!








LAWANLAH DULU !!!!!!!!!!!!!!



















KEMASKINI 15.45 PM KALAU dalam permainan catur, ini kira macam checkmate lah @ kantoi...bila pihak pendakwaraya sendiri beritahu mahkamah bahawa polis telah memperolehi rakaman CCTV dari pangsapuri di Ampang, mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah berada di lobi pangsapuri tersebut pada 21 Februari, hari yang sama video seks itu dirakam.

Untuk rekod, CCTV ini membuktikan bahawa Anwar memang berada di lokasi itu pada waktu dan ketikanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kamalluddin Md Said juga memberitahu pakar dari Dartmouth College yang menjalankan ujian analisis juga memperakui bahawa wajah pelaku video seks itu menyerupai Anwar Ibrahim.

Sebelum ini soal adanya CCTV yang tunjuk Anwar dan Eskay berada di lobi itu tidak diketahui sehinggalah dinyatakan dalam prosiding mahkamah kes Datuk T.

Ini dikira satu fakta kes yang sangat menarik dari segi pembuktian.

Anwar sebelum ini mendakwa beliau berada di rumah pada masa dan ketika itu.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memberitahu pemberita kemudiannya bahawa menurut laporan pakar-pakar mereka 99.99 peratus pasti bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Menurutnya, dalam laporan bertarikh 4 Jun, yang disediakan oleh Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani, ia telah menyatakan bahawa mereka telah mengkaji video dari camcorder dalam sebuah bilik dan disalinkan kepada thumbdrive, satu video dari kamera pengawasan yang diambil di dalam bilik dan diekstrak terus dari DVR, satu video dari camcorder kedua diambil di luar lif, 320 ratus imej satu orang yang dinamakan sebagai "Mr X", 26 imej satu orang yang dinamakan sebagai "Encik Y" dan 4,423 ribu imej "rakyat Malaysia".

Laporan itu membuat kesimpulan bahawa berdasarkan kajian itu, "Encik X" adalah orang yang sama dalam gambar yang diberikan kepada mereka oleh pihak berkuasa tempatan, iaitu Anwar.

"Kesimpulannya menyatakan dengan jelas bahawa Encik X adalah Anwar. Mereka tidak boleh mengatakan secara langsung bahawa Encik X adalah Anwar kerana mereka tidak mengenali dia, tetapi mereka membuat kesimpulan bahawa ia adalah 99,99 peratus daripada analisis memperakui muka lelaki dalam video adalah sama dengan lelaki dalam gambar (Anwar) yang ditunjukkan kepada mereka, "kata Shafee.

Oleh itu, beliau memberitahu mahkamah bahawa Anwar patut dikenakan di bawah seksyen 192, 193 atau 199 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, menafikan identitinya dalam video tersebut. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua
: Kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!!!! Konspirasi hotak dia. Pakar dah sahkan. Siap dengan berbual di pangsapuri lagi. Kata ada di rumah. Masa liwat Saiful tu, kata ada di rumah. Akhirnya kantoi. Vedeo keluar ada di kondo tempat meliwat.


2. Cuma yang PG geram nya ialah mengapalah bodoh sangat 3 makhluk ini pi mengaku salah. Patut minta bicara. Barulah semua perkara mengenai vedeo tersebut akan terdedah. Lapuran pakar juga boleh didedahkan secara tak langsung.


3. Di cadangkan Dato Eskay panggil sekali lagi sidang media dan dedahkan semula tayangan vedeo seks lelaki Y tu di tempat terbuka. Kemudian akan di tuduh lagi di mahkamah. Jika dituduh maka , Eskay jangan mengaku salah. Minta bicara. barulah semuanya dapat didedahkan di mahkamah. Mungkin selepas PRU 13 nanti adalah m,asa yang sesuai untuk tayangan semula vedeo tersebut oleh Eskay.


4. Sebabnya, kami di luar ini nak tahu kebenaran dan kedudukan sebenarnya. Kebenaran wajib didedahkan untuk keselamatan negara ini. Lelaki Y ini bukan kecik anak. Dia nak jadi PM. Jadi latarbelakangnya wajib diketahui oleh kami semua di luar ini.


5. Tapi takat ini, liwat kedua dah sahkan beliau seorang peliwat. Adakah kita tak mahu berfikir? Sains adalah anugerah Allah untuk semua kita guna bagi faedah manusia. Jadi jangan kita kesampingkan anugerah dan rahmat Allah ini yang kita minta tiap kali kita sembahyang. Allah dah beri anugerah ini pada kita, kita tolak pulak. Tak ke , kita secara halus menghina Allah?


6. Jangan dok ambil kira dengan tok guru songsang tu, yang mengatakan vedeo tu tak ada mata dan telinga tapi hanya besi. Tapi dia tak sedar itulah mata dan telinga tambahan yang Allah telah berikan kepada kita . Tak ke bodoh , setelah Allah anugerahkan mata dan telinga tambahan melalui sains, kita ini menolaknya..........................


7. Sedih dengan ketololan setengah ulama Islam ini. Ye ke ulama? Oppsss!!!!Lupa. Ulama politik. Bukan berotak sangat !!!!!!!!!!!!!!

Nota : Fakta kes penuh yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya kepada mahkamah boleh dibaca di KLIK

Thursday, 23 June 2011

PEDULIKAN MEREKA TUN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Dipetik dari blog : Tun Mahathir




on June 20, 2011 8:07 PM )






1. Saya berterimakasih kepada Amin Tan yang memperingati saya bahawa saya bukan ulama. Justeru itu saya lebih baik tumpu kepada bidang yang saya miliki kebolehan, seperti bidang perubatan dan pentadbiran.

2. Tiap kali saya sentuh hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam saya menerima peringatan ini. Saya umarak dan bukan ulama. Jangan bercakap berkenaan agama Islam.

3. Apakah seorang Muslim tidak perlu faham akan ajaran Islam barang sedikit pun? Apakah seorang Muslim dikehendaki mengikut secara buta-tuli apa sahaja yang didakwa oleh orang yang berpelajaran agama walaupun dakwaannya jelas bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang diketahui oleh semua orang Islam?

4. Jika hari ini ada ajaran sesat, sebabnya ialah kerana pengikut terima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka oleh orang yang mereka anggap sebagai terpelajar dalam agama Islam.

5. Jika hari ini ada puak Assabiah, sebabnya ialah kerana puak ini menerima dakwaan oleh orang tertentu tanpa soal.

6. Apabila sesiapa menyoal, bukan hujah dibelakang soalan itu yang diberi perhatian. Yang ditumpukan ialah siapa dianya yang menyoal.

7. Bahawa hujah dan soalan tetap tepat dan sesungguhnya boleh disahkan melalui rujukan kepada Al-Quran dan Hadith yang sahih, tidak dipedulikan. Yang diutamakan ialah siapa yang berhujah dan menyoal. Jika ia bukan ulama maka ini bermakna ia tetap salah dan perlu ditolak tanpa usual periksa.

8. Sifat inilah yang ada pada puak fanatik kepada kumpulan mereka dan pemimpin mereka. Terdapatnya Assabiah ialah kerana ada orang yang seperti ini. Kerana taksub dengan fahaman puak mereka, akal fikiran yang dianugerah oleh Tuhan kepada manusia diketepikan.

9. Kerana tidak tahu mengguna akal fikiran kurniaan Tuhan, maka tak dapatlah mereka menghurai dan menjelas kenapa dakwaan dan soalan terhadap pegangan mereka salah. Selalunya jawapan terhad kepada "kamu tidak tahu, kerana kamu bukan layak berhujah". Kamu bukan ulama, kamu umarak.

10. Saya percaya petikan ayat dari Al-Quran yang saya perturunkan di bawah ini juga akan ditolak kerana saya umarak.

11. Lagipun ia dalam bahasa Melayu justeru ia akan dikatakan bukan dari Al-Quran.

12. Ayat ini berbunyi, "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan." Al Hujarat ayat 6.

13. Ayat ini ditujukan kepada orang yang beriman, tidak khusus bagi orang yang terpelajar dalam agama Islam. Dengan perkataan lain ayat ini ditujukan kepada umarak bersama ulamak.

14. Yang ditekankan ialah mereka beriman. Tidak sesiapa boleh dakwa hanya ulama sahaja yang beriman.

15. Ayat ini jelas menyuruh orang yang beriman menyoal berita yang dibawa oleh orang yang fasik akan kebenaran berita itu. Umpamanya apabila orang itu mendakwa mengundi sebuah parti politik akan menjamin syurga bagi orang berkenaan dan lain-lain lagi.

16. Apabila saya membuat teguran terhadap dakwaan yang tidak berasas apakah ini bermakna saya menentang ajaran Al-Quran. Atau apakah saya patuhi kehendak agama Islam seperti yang ternyata jelas dalam Surah Al Hujarat ayat keenam?

Penghuni Gua
: Sejahtera dan dilindungi Allah terhadap Tun. Kepada PAS dan kepada ulama senang aje jawapanya. Kalau amarak tak boleh sentuh dalam bab agama / ulama, maka ulama juga jangan nak tunjuk pandai dalam perkara umarak.

2. Tak ke gitu ?

3. Persetan mereka Tun. Kita teruskaan cara kita. Mereka hanya ada air liur basi aje. Cakap aje lebih mereka ini tapi tindakan hapah pun tak ada.

SENGAJA CARI PASAL 4 : !!!!!!!

Dipetik dari blog : YB Zulkifli Noordin



KOTOR 2: POLITIK JALANRAYA



Kalau benar tak bersih
bagaimana mereka menang 5 negeri
nafikan dua pertiga majoriti
boleh jadi montori besau laie!

Kalau benar tak bersih
letak lah jawatan
bubarkan dewan
biar rakyat tentukan!

Diberi stadium tidak mahu
appointment dengan Istana
langsung tiada yang tahu
SPR ajak bincang ditolak tanpa malu

Apa niat mereka?
Mahu berhimpun dijalanraya
mereka tidak berminat dengan pilihanraya
tetapi politik rimba dijalanraya

biar berlaku rusuhan
lagi bagus ada tangkapan
dan tembakan
lalu mereka akan melaung melolong
ini kerajaan zalim perlu dijatuhkan
dataran tahrir mahu di ulangkan
taktik rusuhan mahu diciplakkan

agar hanyir DNA bisa tenggelam
agar jam Omega tidak kedengaran
agar China-doll dilupakan
karung kunyit Saiful dikambuskan
mahu saja Eskay dihapuskan
dan videoklip dipadamkan
agar belalai terus bisa memuntahkan!

Kita menentang bukan kerana mereka Hindu!
Kita menentang bukan kerana mereka Melayu!
Kita menentang bukan kerana mereka Cina, Kadazan atau Bidayuh!
Kita menentang bukan kerana keagamaan,
atau api-api perkauman

Tetapi kita menentang mereka
kerana mereka pengkhianat & petualang
yang mahu memporak-perandakan negara
meliwat keamanan kaum berbilang
merakus Putrajaya secara haram!

bila rusuhan Melayu pasti kesusahan
bila kekacauan Cina pasti keperitan
bila gangguan India pasti kedukaan
ini bukan soal agama
atau perkauman
tetapi soal keamanan & keselamatan

bangkitlah rakyat tentanglah petualang
bangunlah umat cegah kemungkaran
bangunlah Melayu suarakan bantahan
bangunlah Cina pertahankan keharmonian
bangunlah India pastikan keamanan
jangan dibiar para petualang
jangan dibenar politikus jalang
menyepak terajang
tamadun yang cemerlang
negara yang terbilang

Bersatu rakyat
berpadu umat
menghapuskan maksiat
menentang politik lalat
jangan biar diri diperalat
oleh pendendam kesumat
politikus musibat!


Zulkifli Bin Noordin
Rabu
20 Rejab 1432
22 Jun 2011



Penghuni Gua : Sengaja cari pasal . Nak cari isu sebab dah tak ada isu.

Wednesday, 22 June 2011

GELI-GELI TENGAHARI : PR BERTAMBAH GELI !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct Com



Penghuni Gua : Pakatan haram namanya. Mana ada bendera. Bendera lanun ade le !!!!!!!!!!!! Keh keh keh keh keh !!!!!!!!!!!!!!!!!!

BERSIH 2.0 : NAK TUNGGU APA LAGI !!!!

Penghuni Gua : Letih, letih !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Letih !!!!!!!!

Tuesday, 21 June 2011

GELI-GELI PETANG : JOM KITA GELIKAN BOB !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com

Penghuni Gua : Kah kah kah kah !!!! Kah kah kah kah kah!!!!!!!! Bob , Bob !!!!!!!!!!!!!!

WANITA INI KENA QAZAF NAMPAKNYA !!!!!




KENINGAU 20 Jun – Polis menahan seorang pemuda berusia 27 tahun setelah dipercayai merogol kakak saudaranya berusia 16 tahun sebanyak dua kali di Kampung Biah, di sini pada 30 April dan 30 Mei lalu.

Suspek ditahan semalam, beberapa jam setelah mangsa yang tidak bersekolah bersama ibu bapanya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, siasatan mendapati kejadian pertama berlaku pada pukul 9.30 malam di bilik tidur mangsa, manakala kali kedua pada 30 Mei lalu di kawasan belakang gereja kampung itu.

“Suspek tinggal berdekatan rumah remaja itu dan dalam kejadian pertama suspek dikatakan mabuk selepas menghadiri majlis pertunangan kakak mangsa.

“Suspek naik ke bilik mangsa dan merogolnya ketika keluarga mangsa sedang tidur dan suspek sempat keluar daripada rumah mangsa sebelum keluarganya bangun,” katanya di sini hari ini.

Zahari berkata, dalam kejadian kedua pula mangsa dikatakan telah menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suspek untuk berjumpa bagi memberikan barang.

“Dalam pertemuan itu, suspek telah membawa remaja terbabit ke belakang gereja sebelum merogolnya,” katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Mangsa ini iaitu yang membuat repot polis mengatakan ia dirogol mungkin akan dikenakan Qazaf.

2. Ikut Hukum Islam versi TGHH dan PAS serta mengikut hukum lelaki Y wanita ini wajib dikenakan qazaf. Sebab bukti sainstifik tidak boleh dipakai kerana aia tidak ada telinga dan mata. Itu kata mereka di atas lah.

3. Mungkin juga bukti sainstifik dan lapuran pakar adalah merupakan satu konspirasi..............tak gitu ?

4. Fikrkan semua orang muda. Jangan kita terminum air kencing mereka ini. Hukum akan berubah atas kesesuaian politik mereka. ....................Fikirkan!!!!!!!!!!!!!!

Monday, 20 June 2011

MEMANG YA PUN !!!!!!










MAKIN ramai yang bersuara mengecam tindakan Bersih yang cuba mencipta persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan memihak kepada kerajaan.

NGO yang ahlinya semua penyokong pembangkang ini memang terkenal sebagai 'kaki pusing' dengan mencipta berbagai gambaran negetif kepada SPR.

Mungkin sebab itulah SPR sendiri pada Isnin minta Bersih yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan badan pengurus pilihan raya itu sebagai kambing hitam.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihak SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan Bersih dengan syarat perhimpunan haram itu tidak diadakan.

"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Abdul Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

"Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

"Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya.

Pengerusi SPR itu menjelaskan pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan.

Katanya lapan perkara itu juga telah diperjelaskan oleh beliau di media sebelum ini yang antaranya memerlukan pindaan undang-undang dilakukan terlebih dahulu.

"Mereka (Bersih) mahu berjumpa saya sekali lagi pada Mac atau April lalu, tapi pada masa itu, kita (SPR) sibuk dengan beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

"Jadi, saya kata tak boleh kerana saya sibuk sangat, dan mencadangkan mungkin lain kali. Lepas itu, senyap dan tiba-tiba dengar nak buat perhimpunan," katanya.

Abdul Aziz berkata beliau berpendapat kumpulan itu mempunyai agenda lain dan bukan hanya membabitkan isu ketelusan SPR.

"Saya fikir kumpulan ini bukan bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan yang sepatutnya, saya fikir kumpulan itu telah dipengaruhi oleh parti politik (tertentu).

"Mereka tidak lagi berkecuali, tidak lagi bebas, ia dipengaruhi oleh sesuatu kumpulan, tanpa sokongan kumpulan-kumpulan itu, Bersih tidak ada apa-apa," katanya.-20/6/2011


Penghuni Gua
: Memang ya pun. Hanya nak kambing hitamkan SPR aje. Basuh berak sendirilah lagi baik.

2. Diri sendiri dan parti sendiri pun cacamarba cara pemilihannya. Kepada Pihak keselamatan : Bantai aje secara kekerasan mereka yang membuat kacau dan mengganggu ketenteraman awam ini. Hak asasi awam jauh lebih penting dari hak asasi kelompok samseng ini yang setelah gagal dalam segenap sudut, maka mereka membuat onar lain.

3. Semua nak alih isu dan SPR nak dijadikan mangsanya. Menang bersih dan adil. Kalau kalau, tak bersih dan zalim. Pemikiran mereka jadi begini kerana minum terlalu banyak kencing lelaki Y ini.

4. Pengundi muda : Fikirkan !!!!! Fikirkan tentang niat jahat dan kecewa pakatan haram ini. Kerja mereka tak lain hanya untuk merosakkan apa yang dah kita semua miliki. Bila dah rosak padfa apa yang telah dicapai, mereka hanya lepas tangan dan hanya pandai munding jari. !!!! Itulah wajah mereka .

LELAKI Y NI MAMAI KOT ?


Hazlan ZakariaJun 19, 11
9:00pm




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meminta pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga membatalkan perhimpunan 9 Julai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Satu ajePG nak ulas mengenai cabaran lelaki Y ini. Kalau selama ini PRU 12 tak bersih dan adil, maka PG mintalah semua kerajaan negeri PR dibubarkan oleh mereka dan diadakan PRK semula!!!!

2. Berani ke? Atau sengaja nak cari pasal. Apa ukuran adil dan bersih? Bila PR menang baru bersih. Lelaki Y ini nak cakap bab adil dan bersih ? Adil dan bersih ke pemilihan agung PKR baru-baru ini?

3. Punggung mereka lagi penuh dengan tahi mereka sendiri.

Saturday, 18 June 2011

SIAPA HERET , SIAPA NI ......PROF KURANG AKAL !!!!





Meskipun mengakui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja Melayu, namun pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mempertikaikan cara nama Seri Paduka diheret setiap kali bagi membidas dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Hanya selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Pulau Pinang, tiba-tiba peranan Agong menjadi tokoh yang signifikan. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua
: Prof ini nak menyendok juga. Tak ada isu , nak jadikan isu.

2. Apa yang dia nak sibok dan mengatakan DYMM Agung diheret dalam piliharaya masjid di Pulau Pinang? Siapa yang heret siapa sebenarnya. Kerajaan PRlah yang mengheret Baginda dalam isu ini. Kuasa DYMM Agung cuba diceroboh oleh kerajaan si kafir ini. Dah memang dalam perlembagaan , DYMM berkuasa di negeri yang tiada Beraja.

3. Jadi siapa yang heret siapa. Kebodohan Kerajaan PR dan kebodohan exco agama kerajaan PR lah yang mengheret Baginda ke dalam isu ini. Kerana kebodohan exco ini, senang aje, si kafir ini mencerobohnya.

4. Bila dapat kedudukan dan jawatan sikit dengan gaji tak seberapa, maka exco ini seperti lembu pondan dicucuk hidung. Biar aje si kafir ini melakukannya dan menceroboh bidang agama kita sesuka hati.

5. PG cadangkan, Kerajaan PR wajib cadangkan mereka buat piliharaya bagi To' Kong dan Kuil Hindu mereka. Berani ke mereka buat? Mengapa dok sibok dalam isu ini? Nak pecahkan orang Melayu Islam? Dan memang itu pun matlamat akhir mereka.

6. Itu pun YB Mansor Tim Ketua menteri tak berkuasa itu juga diam membisu. Tim Ketua Menteri yang hodoh dalam segala rupa dan perbuatannya. Itulah exco agamanya pun..., Tak gitu ?

Nota
: Kepada Prof ini, sudahlah. Kami dah kenal lama . Dah tahu wajah anda bagaimana. Lucut aje jubah Prof tu dan jadi calun PKR dalam PRU 13 nanti. Itu pun kalau rasa kuatlah. Letak jawatan prof tu. Berani ke ?

GELI-GELI PETANG : KHALID DAH MULA GELI GELEMAN !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com

Penghuni Gua : Berani ke ? Cakap aje banyak parti kencing rakyat ni. Cabar orang itu ini untuk PRU 13. Kena diri sendiri , haram tak berani. Terutama si Samsul AMK tu. Kalau bab mencabar orang, wah bukan main. Tetapi beliau tak lebih dari hanya seekor ulat kayu aje. Dok mengerit dalam kayu. Tak kemana pun. Kah kah kah kah kah kah !!!!!


2. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan tentang parti sampah ini.

MEREKA HALAL PULAK !!!!

Utusan Malaysia


Penghuni Gua
: Mereka buat tak apa pulak. Tak ada pulak , puak peminum kencing ini bising-bising dan buat lapuran polis kata Zunar hina agama. Kartunis mereka halal, kartunis lain haram dan dikatakan menghina agama.

2. Semuanya kerana otak mereka dah songsang kerana meminum kencing lelaki Y terlalu banyak sehingga kembong semua kepala otak mereka. Kesian !!!!

3. Tak gitu ?

SCUBA DIVING ( ADVANCE ) : BERJAYA !!!!


( Setiap seorang penyelam wajib minum coke dan sedikit air laut setelah berjaya menyelam.

Ini adalah acara semasa majlis tamat latihan di Pantai Panuba Inn Tioman )




Penghuni Gua
: 17 Jun 2011 dah selesai dan berjaya menamatkan kursus berkenaan . Selaman paling dalam 100 kaki ( sejauh / setinggi bangunan 10 tingkat ). Pemandangan yang amat mengkagumkan. Terima kaseh kepada jurulatih Emy dari Swissland, Gatner dari Peranchis , Tony Labenon, dan Endrea Jerman kerana begitu komited dalam mengajar kami hingga berjaya. Juga kepada Min , Samsul , dan lain-lain yang membantu kami dan menjadi Buddy kami semasa menyelam. Tahniah kepada rakan-rakan lain juga.

2. Hari ini 18 june 2011 berada di Langkawi. Berjalan-jalan dan kalau ada masa lapang nak guna menyelam di Langkawi. Tinggal di Sand Chalet. Pemandangan yang baik di sini dan amat tenang. Pagi ini sedang dok tinjau-tinjau nak cari rakan untuk menyelam. Nampak gayanya ada peluang untuk menyelam. Cuaca amat baik.

Thursday, 16 June 2011

PUM PUN NAK JADI PEMBELIT JUGAK !!!!!




Ulama mahu pelukis, penerbit didakwaJun 15, 11 6:00pmKongsi 2305Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Pembelit baru. PUM nak tumpang semangkok juga dalam isu poltik yang dimulakan oleh TGHH dan PAS. TGHH yang beri alasan bahawa dalam isu vedeo seks DSAI ( mirip kononnya ) bukti vedeo tak boleh digunakan. Mesti ada saksi. Kerana menurutnya vedeo tu hanya besi ( tak ada mata dan telinga serta mulut ). Jadi ia tak boleh dipakai mengikut hukum Islam PAS.

2. TGHH hanya cakap separuh aje mengenai hujahnya tentang hukum Islam. Beliau tak cakap mengenai Hukum Islam yang boleh dan diterima keterangan vedeo / bukti vedeo bagi membuktikan kesalahan zina tersebut. Beliau cakap separuh sahaja mengenai hukum Islam ( Islam PAS lah ). Beliau tak terang pulak ( kerana hukum islam Politik PAS ) mengenai Qarinah dan takzir dalam Islam yang boleh gunakan vedeo ini bagi membuktikan kesalahan tersebut.


3. Jadi kartun itu bukan hina Islam. Tetapi menghina TGHH dan PAS yang cuba pusing mengenai isu ini. Perkara yang dipaparkan oleh kartun itu bukan mengenai isu menghina islam tetapi menghina TGHH dan PAS kerana cuba membelit mengenai vedeo seks DSAI. Kartun ini memperli beliau dan PAS. Memang Islam membolehkan bukti ini digunakan. TGHH dan PAS aje yang kata tak boleh kerana nak membela DSAI. Jadi hukum Islam diterang separuh-separuh aje. Itu isunya.

4. Jadi dilihat di sini, PUM juga membelit juga dan memusingkan isu. Nampak sangat siapa dan wajah sebenar PUM. Rupanya wajah PAS juga PUM ini. Nampak sangat kebodohan mereka yang bergelar ulama dalam PUM.

5. Dicadangkan PUM daftar dengan PUM . daftar sebagai parti politik dan ada baiknya bertanding dalam PRU 13 nanti.

6. Nampak sangat kedunguan mereka yang bergelar ilmuan agama ini. Kalau nak belit pun, cari siu lain lah !!!!!!!!!!!!!!!! Tak gitu ?

Nota
: kartun itu hanya menjelaskan perpektif TGHH dan PAS aje yang membelitkan hukum hakam islam dengan menolak bukti sains dan pakar. TGHH dan PAS lah yang sebenarnya menghina Islam kerana berkata bukti vedeo tak boleh pakai kerana ia hanya besi. Patut satu lapuran polis dibuat oleh PUM terhadap TGHH. Berani ke PUM buat begiut? Semuanya jenis munafik dan pembelit. Yang lain menghina Islam dan mempolitikkkan Islam : yang lain pulak di tuduh. Tak ke pelik. Ulama akhir zaman. Ulama jahat sebenarnya. Ulama Politik. Letih, letih, melihat ulama yang makin kemaruk dengan politik ni.

Wednesday, 15 June 2011

MEREKA SENDIRI PENUH KOTORAN YANG TAK DAPAT DICUCI !!!!!!



Dipetik dari blog : YB Zul Kulim








Salam 2 all.

Himpunan haram "Bersih-2" yang dijadualkan pada 09 Julai nanti adalah satu perhimpunan dengan niat yang "Kotor-2". Konon cerita ianya dianjurkan oleh badan-badan NGO untuk menuntut pilihanraya umum yang bersih! Ianya sebenarnya Himpunan Bersih dengan niat kotor untuk sapu bersih negara ini daripada pemerintahan Islam-Melayu! Agenda jahat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu-Islam dengan cara haram - ala Dataran Tahrir!!

Adakah pilihanraya di negara ini tidak bersih? Kalau tidak bersih, masakan 5 negeri boleh tumbang, dan 2/3 majoriti Kerajaan hilang. Teman akui pilihanraya kita tidak sempurna, sebagaimana pilihanraya umum banyak negara lain, termasuk Amerika dan negara Eropah, tetapi nak kata tidak bersih adalah fitnah sama sekali. Memang boleh beberapa perkara diperbetulkan. Contohnya undi pos. Bukan menghapuskan undi pos, tetapi memperkemaskannya, saperti membenarkan wakil calon hadir semasa pengiraan dan Borang 14 undi pos ditandatangani oleh semua wakil calon dan masing-masing menyimpan salinan sehingga pengiraan undi sepenuhnya. Ini akan memastikan ketelusan dan transparensi.

Teman tengok pilihanraya mereka sendiri pun tak bersih. Cuba tengok pilihanraya PKR. Ahlinya sendiri mengadu berlakunya penipuan, putar belit, penafian hak, ujudnya pengundi hantu dan macam-macam lagi. Calon Timbalan Presiden komplen kena buang terus yop. Calon Timbalan Presiden Mustafa Kamil Ayob membuat aduan berkajang-kajang langsung tak dilayan. Calon Ketua AMK Badrulhisham mengemukakan memorandum bantahan berkati-kati namun dibakulsampahkan. Cerminkan diri sendiri dululah yop.

Tengok pilihanraya haram masjid-masjid yang mahu dibuat di Pulau Pinang. Perkenan Tuanku YDP Agong sebagai Ketua Agama Islam langsung tidak diperolehi. Suatu penderhakaan yang jelas. Dan paling teruk, daftar pengundi anak kariah masjid pun tidak ada!!! Habis siapa yang berhak mengundi. Kata barua biaDAP yang jahil muraqab, terpulang kepada Pengerusi Masjid dan AJK menentukan siapa boleh mengundi. Nak kata bodoh, pergi sekolah. Nak kata cerdik, cakap macam orang bodoh. Maknanya Pengerusi Masjid diberi ruang untuk manipulasi menentukan siapa boleh mengundi. Sudah pasti Pengerusi akan hanya benarkan mereka yang menyokongnya sahaja boleh mengundi. Anak kariah yang tak menyokong, pasti akan diketepikan. Maka akan berlaku kekecohan dan perpecahan dikalangan anak kariah. Dan yang pasti senyum khinzir ialah kaum kafir harbi juga! Tidak kah bodoh segelintir umat Islam yop?

Tetapi persoalan pokok sekarang ialah mengapa himpunan haram Bersih 2 dijalanraya mahu dibuat juga? Pertama mereka dakwa ini hak untuk berhimpun yang dijamin oleh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Benar Artikel 10 membenarkan hak berhimpun, tetapi ada had batasannya. Bukan hak sembrono boleh dibuat ikut nafsu sendiri. Bukannya pihak polis tidak beri berhimpun. Tetapi pihak polis benarkan, malah mencadangkan himpunan dibuat di stadium. Samada stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, malah Stadium Shah Alam pun boleh. Tetapi mereka menolak! Jadi persoalannya bukan hak berhimpun, tetapi niat jahat nak mencetuskan kekacauan dijalanan!!!

Kedua, mereka mendakwa tujuan himpunan haram itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku YDP Agong. Teman dah periksa dengan pihak istana, setakat ini tidak ada langsung temujanji dibuat dengan pihak Istana untuk mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum tersebut. Bermakna ini satu pembohongan dan putarbelit. Dan kalau setakat nak serah kepada Tuanku YDP Agong, sesudah mendapat perkenan Istana untuk mengadap, hantarlah wakil beberapa orang dan serahkan memorandum tersebut. Mengapa perlu nak buat himpunan haram ditengah bandaraya Kuala Lumpur?

Kalau sekadar nak tunjukkan rakyat menyokong, buat sahaja memorandum yang ditandatangani oleh para penyokong mereka. Ini yang kami Pertubuhan Pembela Islam buat semasa kes murtad Azlina Jailani tahun 2006. Beberapa orang kami yang mewakili badan-badan NGO memohon perkenan mengadap Tuanku YDP Agong membawa bersama kami 1,000,000 @ sejuta tandatangan umat Islam yang membantah kes itu. Dan itu pun kami tidak dapat mengadap Tuanku, hanya bertemu Pemegang Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Tetapi tidak pulak kami marah melompat. Cuba bayang kalau kami mahu main kotor macam Bersih 2 ini, kami boleh minta sejuta umat yang menandatangani memorandum itu turun ramai-ramai. Tetapi kami tiada niat jahat, tujuan kami hanya untuk menyerahkan memorandum bantahan umat Islam kepada Tuanku YDP Agong. Dan matlamat kami tercapai alhamdulillah. Tiada kecoh, tiada rusuhan; ianya benar-benar proses yang aman.

Jadi rumusannya, niat golongan pelampau yang mahu mengadakan himpunan haram Bersih 2 pada 09 Julai ini sebenarnya adalah kotor; mempunyai niat jahat dan agenda kepentingan sendiri. Kalau nak berhimpun Polis benarkan buat di stadium. Kalau nak serah memorandum temujanji dengan pihak Istana pun tidak dibuat. Kalau nak buktikan ada penyokong, mereka boleh kemukakan memorandum dengan tandatangan tetapi langsung tidak dilaksanakan. Jadi apa sebenarnya niat mereka?

Niatnya jelas. Cuba baca twitter, facebook dan laman web kaum pelampau ini. "Mari kita tumbangkan kerajaan 9 Julai ini". "Jom sapu-bersih Be End 09 Julai". "Dataran Merdeka Dataran Tahrir". "Basahkan bumi KL dengan warna merah". "Kalau rakyat Mesir berjaya, kita juga akan berjaya". Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membawa kepada satu sahaja rumusan, mereka berniat mahu menjadikan 09 Julai sebagai hari rusuhan, kekacauan sebagaimana berlakunya dinegara-negara 'Arab. Dengan niat supaya Kerajaan yang dipilih rakyat ini tumbang secara ganas, kasar dan haram.

Teman cukup yakin dalang-dalang disebalik himpunan haram ini mempunyai agenda mereka sendiri. Ambeega Sreenavasan, bekas Pengerusi Majlis Peguam, badan yang terkenal anti Islam, sudah pasti mahukan kerajaan yang ada pada hari ini tumbang kerana "terlalu Islamik". Yang ini takkan rakan-rakan dalam PAS dah lupa. Dengar kata manusia yang ditabal bininya sendiri dah pukul kompang nak turun. Apa niat Majlis Peguam, terutamanya Ambiga Sreenavasan yang dilantik menjadi Pengerusi Himpunan Haram ini? Apa niat dan agenda Anwar dan kaum Anwarinas untuk mengadakan himpunan haram ini. Insyallah akan teman kupas dalam masa terdekat ini.

Jadi yop, janganlah jadi lembu bodoh yang dicucuk hidung. Teman tahu ramai rakan teman dikalangan ahli PAS mempunyai niat baik, mahukan pilihanraya yang adil dan sempurna. Tetapi adakah mereka lupa siapa dia Ambiga Sreenavasan dan Bar Council; yang kini mereka tabalkan sebagai ketua himpunan haram ini. Dan ramai rakan teman yang berhati suci putih bersih ini tidak mengenali Anwar. Mereka tidak sedar yang parti PAS sudah dikuasai oleh kaum Anwarinas yang menyembah Anwar. YB Datuk Hassan Ali pun boleh dibuang, YB Datuk Harun Taib pun boleh diketepikan; dan ini adalah antara tokoh Islam yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan Islam dan menentang sebarang kemungkaran termasuk para peliwat dan pengenjut China-doll. Dan kini mereka tumbang.

Pada teman dan rakan yang masih cintakan Islam didalam PAS, teman ingatkan diri teman dan mike semua, bacalah Surah Al Baqarah: 7-18, Surah Yaasin 6-17, dan Surah Al Kahfi: 1-10. Jelas ALLAH berikan amaran kepada umat Islam, yang ada Al Quran ditangannya, tetapi menjadi kaum kalkatu PBB - Pekak, Bisu & Buta hanya kerana kilauan kekuasaan duniawi. Bangkitlah, dan jadilah umat contoh. Ta'muruu nabil ma'ruf, wayanhau na 'anil mungkar, watu' minu nabillah- sadaqallah hal adheem.

Yang baik daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam & wassalam.

Adios amigos, grasias senor.


BOIKOT BERSIH 2
TOLAK PEMIMPIN KOTOR
SOKONGLAH PARA ULAMA'

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
12 Rejab 1432
14 Jun 2011

Penghuni Gua
: Mereka yang tak bersih sebenarnya. Mereka yang terkotor. Pilihanraya kita tak bersih. Baik PKR dan AMiga dan Lim Guan Eng lihat diri mereka dulu. Pemilihan umum mereka pun macam bakul sampah. Semuanya ditetapkan terlebih dahulu.
2. BERSIH ? Lihat ajelah Mat Sabu, DSAI / lelaki Y. Bersih ke ? kah kah kah kah kah kah !!!!! Fikirkan pengundi muda. Fikirkan. Mereka semua ini nak bodohkan melayu Islam. Hati-hati!!!! Jangan kita semua terminum air kencing mereka. !!!!!!!!!!!!! Semuanya kencing sahaja. PG sokong penuh tulisan YB Zul Kulim di atas.

MALAYAN LAW JOURNAL : KEPERLUAN UTAMA HABEAS CORPUS !!!!!!!



[1993] 1 MLJ 65
Aw Ngoh Leang v Inspector General of Police & Ors
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
05–238–90

Judges HASHIM YEOP A SANI (MALAYA) CJ
HARUN HASHIM SCJ
LC VOHRAH J

Date 8 OCTOBER 1992

Citation [1993] 1 MLJ 65



Catchwords:


Constitutional Law — Preventive detention — Application for habeas corpus — Failure to give a detainee the correct number of prescribed forms for making representations — Whether failure resulted in prejudice and injustice — Public Order and Prevention of Crime (Procedure) Rules 1972 r 3(2)
Bahasa Malaysia Summary:


Perayu telah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Penayah) 1969. Apabila beliau ditahan, hanya satu salinan borang yang ditetapkan untuk membuat bantahan terhadap penahanan itu telah diberikan kepadanya, bertentangan dengan k 3 Kaedah-Kaedah Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah (Acara) 1972 (‘Kaedah itu’). Permohonan untuk habeas corpus telah ditolak di dalam Mahkamah Tinggi dan perayu telah membuat rayuan.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Peruntukan k 3(2) Kaedah itu adalah mandatori kerana ia mehak seseorang yang ditahan tanpa pembicaraan untuk meminta pelepasannya melalui suatu prosedur untuk membuat bantahan yang memerlukan pengisian sekurang-kurangnya dua borang dan satu lagi jika orang yang ditahan itu bertujuan supaya beliau diwakili oleh seorang peguambela di hadapan Lembaga Penasihat. Sebarang keingkaran keperluan mandatori untuk perhak itu akan mentaksahkan suatu perintah penahanan yang telah dibuat walaupun orang yang ditahan itu tidak di.

(2) Maxim de minimis non curat lex (undang-undang tidak mengira perkara yang kecil) yang digunakan oleh hakim yang arif tidak boleh terpakai di dalam kes seperti ini kerana perlanggaran kemandatori tidak boleh dianggap sebagai perkara yang kecil apabila ia melibatkan kebebasan sivil seseorang.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

PETA PELAYAR