FOLLOWERS
Monday, 31 January 2011
PAS ??????????????????
UMNO LIDAH BERCABANG? BIAR BETUL IDRIS !!!!
"Bercakap dengan orang bukan Islam mereka memberi tahu PAS hendak tegakkan negara Islam, berhadapan dengan orang Islam mengatakan PAS sudah buang negara Islam kerana takut kepada DAP." Berita lanjut : KLIK
Sunday, 30 January 2011
GELI-GELI PETANG : DSAI TAK TENANG DAN PENING !!!!!
Saturday, 29 January 2011
EXCO PAS KELANTAN LABELKAN PENIAGA KECIL KB SEBAGAI BIAWAK PASIR !!!!
PRK TENANG : APA PULAK FATWA PAS TENTANG INI ?
PRK TENANG : PANAS !!! SURAT TERBUKA NORMALA KEPADA PAPAGOMO !!!
Apa yang lu merapu Papagomo?
Gua sebenarnya bukan tak chenta sama dia .. gua cuma bosan makan ayam.. Tiap kali dating dan sampai dah berumahtangga dia asyik kasi gua makan ayam..
Sekali sekala gua nak jugak makan nasi lemak..
Setibanya gua di maktab, gua berkenalan dengan abang misai yang sudi temankan gua sekerap boleh..biarpun dia terpaksa ambil MC untuk tuang kelas..lagipun dia kacak dengan misai kucingnya.
Ada kawan-kawan dia yang beritahu gua walaupun dia poyo tapi gua tak ambil port itu semua kerana memang gua dah bosan makan ayam..
Gua cuma nakkan seorang lelaki yang boleh bantu menjadikan gua calon.. Menang belum tentu tapi tak apa, gua memang dah tak larat nak makan ayam.
Lu bayangkan Gomo sampai bila gua nak makan ayam... takkan selepas bersara nanti gua nak ternak ayam pulak.. Gua tak sanggup jika nanti anak-anak gua terpaksa makan ayam setiap hari.
Laratkah kalau setiap pagi gua terpaksa makan roti telur ayam dan telur ayam setengah masak.. Tengahari makan kari ayam.. dan malam makan ayam lagi..
Gua jemu Gomo.. Lu cubalah faham.
Takkanlah kemahiran gua cuma perlu berkisar pada ayam.. Lu bayangkan kalau dalam tempoh berkempen gua cuma boleh bercerita pasal ayam.. Takkanlah peruntukkan yang gua dapat gua cuma mampu rakyat Tenang bina reban ayam? Sampai bila Gomo sampai bila?
Lu tahu Gomo.. Gua sudah seakan badi dengan ayam.. Kalaulah gua menang di dalam Pilihanraya ini gua tak mahu terbang seperti ayam.. sekejap terbang dan kemudiannya jatuh.. gua mahu jadi seperti burung.. Lagipun daging burung lebih mahal berbanding daging ayam..
Di dalam ruang sesempit reban ayam ini..
Ketahuilah Gomo bahawa gua bukan tak chenta sama dia cuma gua sudah terlalu alergik dengan ayam..Berdamailah kita Gomo dan gua takkan kedekut ilmu jika lu mahu mendalami ilmu ayam..
Tahniah Gomo dan kerjalah dengan iklhas di Tenang.. Jangan buat-buat sakit dan minta MC walhal sebenarnya lu sihat.. Ketahuilah Gomo..memalsukan MC hanya akan menyebabkan lu makan duit gaji haram.
Yang benar,
Aku bukan penchenta ayam..
Dari seekor ayam yang kuat berkokok
Nukilan Husin Lempoyang Pada 2:03 PM
PRK TENANG : ISLAM PAS UNDI DAP JADI JAHILIYAH KE KAFIR POK NIK OIII !!!!
Friday, 28 January 2011
PRK TENANG : SIJIL SAKIT CARA ISLAM PAS !!!
PRK TENANG : PAS MENANG, ? KEH KEH KEH !!!!
3:31pmKongsi 35Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman. Berita lanjut : KLIK
Wednesday, 26 January 2011
ANDALAH PENDERHAKA BESARNYA !!!!!
"Saya setuju (ini politik regresif) dan saya tidak berkongsi pandangan (perlabelan seumpama itu),” katanya di Shah Alam hari ini.
"Isu yang didebatkan adalah pindaan perlembagaan (Selangor) dan martabat Raja-raja Melayu, jadi tumpuan adalah sama ada ia akan memperkukuh atau melemahkan perlembagaan.” Berita lanjut : KLIK
Tuesday, 25 January 2011
MALAYAN LAW JOIRNAL : ISU KEGAGALAN YAA HAKIM MEMBUAT KEPUTUSAN !!!!!
Mathavan a/l Shunmugam v Woo Bee Leng
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CIVIL APPEAL NO 12–31 OF 1993(T)
Judges ABDUL MALIK ISHAK J
Date 28 DECEMBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 841
Catchwords:
Civil Procedure — Appeal — Findings of fact — Judge without jury — Governing principles — When appellate court may interfere with lower court’s conclusion
Civil Procedure — Pleadings — Necessity for express pleadings — Contributory negligence pleaded but not particularized — Whether fatal
Bahasa Malaysia Summary:
Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:
(1) Beban yang berat terletak pada pihak yang cuba mencabar kesimpulan yang telah dibentuk oleh hakim perbicaraan atas soalan fakta. Sesuatu mahkamah rayuan haruslah jarang membuat keputusan yang berbeza jika tidak terdapat sebarang salah arahan oleh hakim kerana hakim perbicaraan mempunyai kelebihan dalam melihat dan mendengar para saksi.
(2) Daripada keterangan bercetak, hakim perbicaraan telah mempertimbangkan kesemua perkara yang relevan dan penting sebelum membuat keputusan itu. Lebih-lebih lagi, tidak terdapat salah arahan oleh mahkamah perbicaraan berdasarkan keterangan yang ada dan mahkamah rayuan tidak terdorong untuk membuat keputusan yang berbeza kerana ia tidak mempunyai kelebihan mahkamah perbicaraan untuk melihat dan mendengar para saksi. Mahkamah rayuan berpuas hati berdasarkan keterangan bercetak bahawa keputusan mahkamah perbicaraan adalah berjustifikasi.
(3) Kenyataan bahawa mahkamah perbicaraan telah membuat pendapat fakta yang tertentu di dalam kes ini merupakan satu lagi alasan yang lebih kuat untuk mengesahkan keputusan mahkamah perbicaraan tersebut.
(4) Atas isu kecuaian sertaan, sungguhpun perayu tersebut telah mengemukakan kecuaian sertaan dalam plidingnya, kegagalan untuk membutirkannya telah membawa padah dan sama seperti tidak mengemukakannya dalam pliding sama sekali.
(5) Dalam rayuan ini, mahkamah perbicaraan telah mempertimbangkan soalan kecuaian sertaan dengan betul dan telah membuat keputusan bahawa berdasarkan keterangan yang ada, tidak terdapat kecuaian sertaan pada pihak responden.].
Monday, 24 January 2011
PENDERHAKA SRI MUDA POHON MENGADAP !!! ABAIKAN !!!!
SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei mengesahkan telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan dan memohon maaf berhubung kenyataannya menerusi satu laman blog.
Shuhaimi berkata surat berkenaan dihantar secara serah tangan oleh wakilnya kepada pihak istana pagi ini.
"Saya akan menunggu perkenan daripada pihak istana," katanya kepada emberita ketika ditemui semasa sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat di sini, Isnin. Berita lanjut : KLIK
Sunday, 23 January 2011
PRK TENANG : BETUL KE TAK BOLEH SALAM NORMALA ???? !!!!!
Jan 23, 11
Calon PAS Normala Sudirman hari ini membidas BN, khususnya MCA kerana gagal memahami adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.
"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain.
"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan. Berita lanjut : KLIK
Saturday, 22 January 2011
PRK TENANG :DOA BALA PAS UNTUK UMNO / BN !!!
Nota : Gambar dan vedeo bersumber dari blog : House PK
GELI-GELI PRK TENANG : AIR TENANG JANGAN DISANGKA TAK ADA BUAYA !!!!
RIADAH KUDA DI AYER KEROH !!!!
PRK DUN TENANG : PRIMA TUDUH TPM PENDUSTA !!! BIAR BETUL NI !!!!
Jan 22, 11
2:17pmKongsi 8
Friday, 21 January 2011
BAZAAR TOK GURU aka LUBANG KUBOR TOK GURU / DIBINA MENGIKUT KAEDAH ISLAM PAS !!!!
Penghuni Gua : Di atas adalah contoh terbaik sebuah bazaar yang dibina oleh kerajaan PAS Kelantan mengikut konsep pembinaan cara islam PAS. 3 kaki luas antara kedai dan sekiranya berjalan / berselisih antara lelaki perempuan, maka akan bersentuhlah punggung antara lelaki dan perempuan. tapi tak apalah, itukan pembinaan cara islam PAS katakan.
2. Kalau terbakar, semuanya rentung. Tetapi tak apa, sebab Tok Guru dah janjikan syurga untuk peniaga bazaar ini. Bazaar Tok Gurukan namanya.
3. Tapi Kickdefella gelarkannya Lubang Kubor Tok Guru. Fikir-fikir sekali menasabah jugak. Lubang kubor PAS , pun ye jugak. Pakai ramai-ramai naikkan papan tanda esok untuk ubah nama tu. Boleh masuk dalam buku rekod Malaysia ni !!! Tak gitu ?
4. Mahfuz boleh komen kot? Diakan pengerusi GLC Kedah tu. Kelulusan pun tinggi. Penjaga stor Air Port Kepala Batas. Apa komen Mahfuz barangkali!!! Halal kot kaedah pembinaannya.!!!
YB BADRUL : YB ZUL KULIM CAKAP KERAJAAN PR SELANGOR KAKI KELENTONG DAN HANYA SEEKOR KERA !!!!
(Sangat menghairankan apabila Azmin memanggil YB Gobala "paria" tidak pulak mereka memekak nak bakar Azmin macam mereka bakar novel "Interlok". Agaknya memang dema dah pekak yop!!)
.............................................Bangkitlah wahai umat Islam. Sedarlah wahai bangsa Melayu. Bangunlah wahai rakyat Malaysia. Kita sedang diperkuda dan dipootarbelit dan dipoootar-pooSingh oleh Pakatan Syaitan ini. Ingatlah pepatah Melayu, "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna". Pakatan Syaitan ini sebenarnya saperti kera mendapat bunga, habis kelak nanti mereka akan musnahkan kecantikan bunga-bunga perpaduan, kemakmuran dan keamanan negara ini semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah untuk memahkotakan seorang manusia kaki kelentong yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan! Lakukanlah perubahan, cegahlah kemungkaran kabir ini. .................................................................Berita lanjut : KLIK
MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMUNGKIRAN KONTRAK !!!!!!
Wong Hon Leong David v Noorazman bin Adnan
Case Details:
Malaysia
Judges GOPAL SRI RAM JCA
SHAIK DAUD JCA
VC GEORGE JCA
Date 28 SEPTEMBER 1995
Citation [1995] 3 MLJ 283
Catchwords:
Contract — Consideration — Promise of payment — Application of developer to convert and subdivide land — Aggrieved party promised to assist in obtaining approval of application — Developer promised to pay aggrieved party if approval obtained — Whether consideration existed — Whether executory consideration was good consideration — Contracts Act 1950 s 2(d) & (e)
Contract — Illegality — Corruption — Charge of bribery — Promisor applied to convert and subdivide land — Promisee knew government officials who could expedite promisor’s application — Promisor agreed to pay promisee if promisee assisted in obtaining approval — Whether convincing independent evidence needed to prove bribery — Whether agreement void because of illegality
Bahasa Malaysia Summary:
Perayu merupakan seorang daripada pengarah Wealth Sdn Bhd (‘syarikat itu’) yang memiliki tiga lot tanah pertanian di Kajang (‘tanah itu’). Oleh kerana syarikat itu ingin memajukan tanah itu sebagai sebuah estet perumahan, ia telah membuat suatu permohonan kepada pentadbir tanah untuk daerah Ulu Langat (‘pentadbir tanah’) untuk penukaran dan pemecahan lot tanah itu (‘permohonan itu’). Untuk mempercepatkan perkara tersebut, perayu telah meminta pertolongan penentang yang mengatakan bahawa beliau kenal Menteri Besar Selangor. Perayu bersetuju untuk membayar fee sejumlah RM268,888 (‘fee itu’) untuk perkhidmatan penentang.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:
(1) Seksyen 2(e) Akta Kontrak 1950 (‘Akta itu’) memperuntukkan bahawa setiap janji dan pasang janji, yang membentuk balasan untuk satu sama lain, adalah suatu perjanjian. Di dalam kes ini, penentang telah berjanji bahawa beliau akan membantu dalam mendapatkan kelulusan untuk permohonan itu. Sebagai balasannya, perayu berjanji untuk membayar penentang RM268,888 untuk perkhidmatan itu. Balasan yang berkenaan, iaitu pertukaran saling janji, walaupun eksekutori, adalah suatu balasan yang baik. Oleh itu, terdapat suatu perjanjian yang mengikat di antara pihak yang berkenaan.
(2) Hujah bahawa penentang tidak melakukan apa-apa untuk mendapatkan feenya adalah tidak bermerit. Penentang telah menggunakan pengaruhnya dalam mendapatkan sokongan Menteri Besar atas permohonan syarikat itu, dan permohonan itu pada hakikatnya telahpun diluluskan. Tindakan penentang adalah termasuk di dalam lingkungan s 2(d) Akta itu yang memperuntukkan bahawa apabila penerima janji telah melakukan sesuatu yang diingini oleh penjanji, tindakan tersebut adalah balasan untuk janji itu.
(3) Pengataan perayu bahawa beliau telah diperdaya oleh penentang supaya mempercayai bahawa kelulusan itu akan diberikan sedangkan ia telahpun diberikan, tidak disokong oleh keterangan. Daripada fakta kes ini, perayulah yang telah meminta penentang untuk pertolongan. Penentang telah mendapatkan kelulusan permohonan itu seperti yang dijanjikan dan patut menerima bayaran yang telah disetujui daripada perayu.
(4) Pertuduhan penyogokan adalah suatu pengataan yang serius walaupun di dalam prosiding sivil. Ia tidak harus diterima dengan mudahnya tanpa keterangan yang meyakinkan, dan seorang peguam yang membuat pertuduhan sedemikian tanpa asas menghadapi risiko beliau akan dikenakan tindakan tatatertib kerana salah laku. Di dalam kes ini, perayu telah secara tersirat menyatakan bahawa penentang telah melibatkan diri di dalam penyogokan ketua eksekutif kerajaan negeri, tetapi tidak terdapat keterangan yang bebas untuk menyokong pengataan ini.
Thursday, 20 January 2011
GELI-GELI PETANG : GELI PENYOKONG PAS LANGKAH DUA MAYAT !!!!
MALAYAN LAW JOURNAL : TUDUHAN BERASINGAN !!!!!
Public Prosecutor v Ridzuan Kok bin Abdullah
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CRIMINAL TRIAL NO
45–16–1993
Judges ABDUL MALIK ISHAK J
Date 27 MARCH 1995
Citation [1995] 2 MLJ 745
Catchwords:
Criminal Procedure — Charge — Joinder of — Two separate charges — Trafficking of drugs and possession of drugs — Alleged offences committed at the same time and same place — Whether distinct offences — Whether same transaction — Whether charges could be tried together — Court’s discretion — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 165(i) — Dangerous Drugs Act 1952 ss 6 & 39B
Facts:
Bahasa Malaysia Summary:
Tertuduh di dalam kes ini telah dipertuduh dengan kesalahan kerana mengedar dadah di bawah s 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘ADB’), dan kerana memiliki dadah di bawah s 6 ADM, di bawah dua pertuduhan yang berasingan. Pada permulaan pembicaraan pertuduhan pertama, timbalan pendakwa raya telah memohon kepada mahkamah supaya kedua-dua pertuduhan tersebut dibicarakan bersama, atas alasan bahawa kesalahan-kesalahan yang dinyatakan itu telah dilakukan dalam satu siri perbuatan yang begitu rapat hubungannya sehingga membentuk suatu urus niaga yang sama, oleh kerana kesalahan-kesalahan tersebut dilakukan pada masa dan tempat yang sama.
Diputuskan:
Diputuskan, tidak membenarkan bantahan permulaan tersebut:
(1) Sekyen 163 Kanun Prosedur Jenayah (NMB Bab 6) (‘KPJ’) telah memperuntukkan rukun umum bahawa setiap kesalahan berlainan hendaklah dikandung dalam pertuduhan yang berasingan, dan bahawa setiap tertuduh harus dipertuduh dan dibicarakan secara berasingan bagi setiap kesalahan berlainan.
(2) Jika dua atau lebih kesalahan yang berlainan dinyatakan di dalam pertuduhan yang sama, pertuduhan tersebut cacat akibat kependuaan, yang merupakan suatu kepenyalahan undang-undang yang tidak dapat dibetulkan di bawah s 422 KPJ. Maka, sebarang sabitan yang telah dibuat di bawah pertuduhan tersebut tidak dapat dikekalkan.
(3) Walau bagaimanapun, menurut s 165(i) KPJ, dua atau lebih kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh yang sama boleh dibicarakan bersama, jika perbuatan yang telah dilakukan itu adalah begitu berhubungkait hinggakan membentuk urus niaga yang sama. Sebagai suatu panduan, perbuatan-perbuatan tertentu akan membentuk urus niaga yang sama jika terdapat kedekatan masa, kedekatan tempat, keberterusan tindakan dan kesamaan tujuan atau niat di antara kedua-dua kesalahan yang dinyatakan tersebut.
(4) Mahkamah mempunyai budi bicara yang sepenuhnya untuk memutuskan sama ada untuk membenarkan kesalahan tersebut dibicarakan bersama atau tidak, pada masa pertuduhan tersebut dibuat.
(5) Dalam kes ini, mahkamah akan mengarahkan percantuman pertuduhan kerana kedua-dua kesalahan telah dilakukan pada masa dan tempat yang sama, terdapat keberterusan tindakan dan kesamaan tujuan atau niat, dan dengan itu, membentuk urus niaga yang sama. Perbicaraan juga akan dipercepatkan kerana timbalan pendakwa raya akan memanggil saksi yang sama bagi kedua-dua kesalahan tersebut.
KERUSI DUN KOSONG : SIAPA LEBIH BESAR ?
Jan 19, 11
Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun. Berita lanjut : KLIK
Wednesday, 19 January 2011
KITA : SELAMAT MAJU JAYA ZAID !!! KEH KEH KEH KEH !!!!
Jan 19, 11
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.
Antara mereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snap dan ...........................................Berita lanjut : KLIK
MALAYAN LAW JOURNAL : KES HAK PENJAGAAN ANAK / GUGUR HAK KERANA IBU BERSEKEDUDUKAN !!!!!!
Loura Dorris a/p Laurence v Thuraisingam a/l James
Case Details:
Malaysia MAHKAMAH TINGGI (SHAH ALAM) — SAMAN PEMULA NO
24–411–94
Judges FAIZA TAMBY CHIK H
Date 3 APRIL 1995
Citation [1995] 2 MLJ 229
Catchwords:
Undang-Undang Keluarga — Anak — Penjagaan — Permohonan — Anak di bawah umur tujuh tahun — Sama ada penjagaan harus diberikan kepada ibu — Ibu bersekedudukan dengan lelaki yang berumahtangga — Bapa kandung anak mampu menjaganya — Kebajikan kanak-kanak pertimbagan utama — Sama ada faktor-faktor lain diambilkira — Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 s 88(3)
Pemohon telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi secara ex parte untuk hak penjagaan sementara anak perempuannya berumur enam tahun, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan responden dalam kes ini. Selama ini, ibu pemohonlah yang menjaga anak mereka sewaktu mereka bekerja. Pemohon telah mengakui bahawa dia sedang bersekedudukan dengan seorang lelaki yang telah berumahtangga. Walau bagaimanapun, peguambela pemohon menyatakan bahawa menurut anggapan di bawah s 88(3) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 dan juga autoriti yang wujud, hak jagaan anak yang berumur di bawah tujuh tahun hendaklah diberikan kepada ibunya. Pemohon juga berhujah bahawa perzinaan pemohon tidak boleh mematahkan anggapan tersebut.
Holdings:
Diputuskan, menolak permohonan itu:
(1) Untuk memutuskan isu hak penjagaan anak, mahkamah harus memberikan pertimbangan utama kepada kebajikan anak yang berkenaan.
(2) Mahkamah harus melihat soalan kebajikan anak itu dari berbagai-bagai aspek. Pertimbangan hendaklah diberikan kepada umur, jantina, agama anak tersebut, adat resam tempat dia dipelihara selama ini, latar belakang, bangsa, budaya dan kelakuan ibu bapanya. Selain daripada itu, faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh anak itu dari segi pelajaran dan material, kesihatannya dan perubahan yang akan dialaminya perlu juga diambilkira.
(4) Selepas meneliti kes ini dengan cermat, mahkamah berpendapat bahawa adalah bertentangan dengan adat resam negara ini untuk membenarkan pemohon yang bersekedudukan dan menginginkan kehidupan yang bebas untuk menjaga anaknya. Pemberian hak penjagaan kepada pemohon akan menjejaskan kehidupan masa depan anaknya. Perzinaan pemohon, lebih-lebih lagi dengan seorang lelaki yang telah berumahtangga, dipandang jijik oleh masyarakat Malaysia. Lagipun, responden merupakan bapa kandung anak tersebut dan mampu pula menjaganya.
Tuesday, 18 January 2011
BAGUSLAH HATA, ITULAH KERJA YANG SESUAI UNTUK ANDA !!!!!!
Jan 17, 11
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari kini berkira-kira membuka gerai nasi lemak dekat rumahnya di Puchong dan kaunter aduan di depan pejabat Utusan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.
Ini ekoran penggantungan kerja terhadapnya masih tidak pasti tempohnya dan sama ada bergaji atau tidak. Berita lanjut : KLIK
Monday, 17 January 2011
ISU AZAN : DI MAAFKAN !!!!!
2011/01/17
KUALA LUMPUR: Peguam, Ng Kian Nam, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.
"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK
GELI-GELI PETANG : GELI ADUN MANGKOK DERHAKA !!!
MALAYAN LAW JOURNAL : KES DADAH / HARTA HARAM !!!!!!
Kanagasavey a/l Sinayah v Public Prosecutor
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (PULAU PINANG) — CRIMINAL APPEAL NO
42–404–93
Judges JEFFREY TAN JC
Date 26 JANUARY 1995
Citation [1995] 2 MLJ 238
Catchwords:
Criminal Procedure — Forfeiture — Dangerous drugs — Forfeiture of moneys in bank accounts — Claimant of property released by writ of habeas corpus — Whether claimant ‘liable person’ under s 7 of the Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 — Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 ss 7 & 32(2)
Statutory Interpretation — Construction of statutes — Penal statutes — Legislative intent to be given effect to — Whether statute should be construed narrowly where language clear and unambiguous — Whether judicial interpretation excluded — Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 s 7(1)(a)(ii)
Bahasa Malaysia Summary:
Perayu telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1988 dan jumlah sebanyak RM7,500 yang disimpan dalam dua akaun bank perayu (‘harta itu’) telah disita oleh responden di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 (‘Akta itu’). Perayu kemudiannya telah dilepaskan melalui suatu writ habeas corpus dan menuntut harta itu. Responden telah merujukkan tuntutan itu kepada mahkamah sesyen untuk keputusannya di bawah s 32(2) Akta itu. Mahkamah sesyen telah memutuskan bahawa perayu telah gagal mematahkan anggapan di bawah s 35 Akta itu dan harta itu diperintah untuk diperlucuthakkan.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:
(1) Tuntutan perayu kepada mahkamah sesyen adalah dikawalselia oleh s 35 Akta itu. Dari permulaan hingga penamatan prosiding di bawah Akta itu, mahkamah perlu menganggap bahawa orang terhadap mana tindakan itu dibawa adalah seorang yang berliabiliti dan bahawa harta itu adalah harta yang haram, kecuali jika sebab sebaliknya boleh ditunjukkan dengan keterangan boleh terima, dan orang terhadap mana tindakan itu dibawa perlu mematahkan anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian.
(2) Walaupun perayu telah dilepaskan melalui writ habeas corpus,secaraex facie, beliau tidak akan menjadi ‘seorang yang ditahan secara sah’. Walau bagaimanapun, itu tidak boleh disinonimkan dengan tidak menjadi seorang yang berliabiliti. Seksyen 7 mengenal pasti kategori orang-orang yang berliabiliti untuk ditindak terhadap dan perkataan ‘telah ditahan’ akan termasuk sebagai orang yang berliabiliti, seorang yang ditahan tetapi dilepaskan tanpa menjalani tempoh tahanan atau sekatan, seorang yang ditahan tetapi dilepaskan oleh suatu perintah kehakiman, dan seorang yang ditahan tetapi dilepaskan setelah menjalani tempoh penuh (atau sebahagian) daripada tahanan atau sekatan, tertakluk kepada proviso bahawa orang tersebut telah ditahan atau disekat setelah berkuatkuasanya Akta itu di bawah mana-mana undang-undang berkenaan dengan sebarang aktiviti yang berkaitan atau melibatkan pengedaran apa-apa dadah berbahaya.
(3) Apa-apa pembacaan atau pentafsiran s 7(1)(a)(ii) Akta itu dengan memasukkan perkataan ‘sah’ tidak akan termasuk kategori kedua di atas dan memberinya maksud yang lebih terhad. Bahasa dalam s 34 Akta itu adalah jelas dan tidak taksa, iaitu dalam prosiding di bawah Akta itu, Akta itu perlu ditafsirkan untuk memberi kesan kepada niatnya. Adalah jelas bahawa tafsiran kehakiman atau apa-apa tafsiran yang lain adalah tidak termasuk kecuali untuk memberi kesan kepada tujuan Akta itu.
4) Setelah mengenal pasti seorang yang berliabiliti untuk ditindak terhadap sebagai seorang yang kini ditahan atau yang pada masa lalu telah ditahan, keesahan tahanannya sebagai harus ditahan bukan sahaja merupakan tafsiran kehakiman yang bertentangan dengan tujuan Akta itu, tetapi juga mempertimbangkan ketaksaan atau kelemahan bahasa, atau kecacatan atau kekurangan dalam s 7(1)(a)(ii). Itu jelas tidak dibenarkan, kerana Akta itu memberikan kepada mahkamah budi bicara yang amat kurang untuk bergantung kepada tafsiran sendirinya apabila mengendalikan terma Akta itu.]
KARPAL YANG AUTA !!!!
Sunday, 16 January 2011
HUDUD : POK NIK DAN PAS TEMBERANG LAGI !!!!
Jan 16, 11
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksanakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri.