Moderator debat antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin dan
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengenai isu PTPTN Selasa malam cuba cetus
sensasi pada ulasan akhirnya.Apa lagi kalau bukan cabarannya supaya dianjurkan debat antara "Najib dan
Anwar" menjelang PRU ke 13.
Moderator Dr Maszlee Malik bahkan bertanyakan 'beranikah' Najib menyahut
cabaran tersebut...Apakah Najib takut berdebat dengan Anwar? Bunyi cakap moderator itu nampak
menjurus ke situ.Ini kerana Anwar sudah berkali-kali kata beliau sedia berdebat dengan
Najib.
Jika dilihat dalam konteks yang lebih halus sebenarnya ini bukan soal berani
atau takut.Soalan yang betul sepatutnya : Wajarkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Abdul Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?Hendak berdebat ini macam hendak bertanding tinju juga, mesti memenuhi
syarat-syaratnya sebelum boleh kita atur pertandingan.
Apa syarat-syaratnya, pertama mesti ada dengan lawan yang bermaruah, punya
kredibiliti khususnya dari segi moral.Kedudukan yang setara itu bukan soal pangkat semata tetapi lebih penting
adalah kredibiliti, maruah diri dan penerimaan lawan masing-masing.
Rasanya soal yang tuan moderator itu patut renung-renungkan wajarkah Najib
sebagai Perdana Menteri menerima cabaran dari seorang yang moral yang
dipertikaikan?
Kalau ayat itu belum jelas...wajarkah Najib berdiri
sepentas berdebat dengan seorang yang dicurigai bintang porno yang video seksnya
sudah disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulen.Juga wajarkah Perdana Menteri berdebat dengan orang yang didakwa meliwat, dua
kali di mahkamah terbuka dan mengambil pilihan membela diri tanpa bersumpah?
Fakta mahkamah jelas tertulis hitam putih Anwar bebas semata-mata kerana soal
teknikal.Itu baru soal moral dan kredibiliti, sebab jika di negara lain, termasuk
Amerika Syarikat, pemimpin politik yang ada masalah moral berkaitan seks
semuanya meletak jawatan.
Pemimpin di Turki, Indonesia,China, India hatta Russia sekalipun yang
didedahkan mempunyai video seks atau skandal seks semuanya meletak jawatan.Kecuali Anwar, beliau ketika didakwa atas tuduhan meliwat pembantu sendiri
pada Jun 2008, bukan meletak jawatan sebaliknya menyuruh isterinya Datin Seri Dr
Wan Azizah melepaskan jawatan sebagai MP Permatang Pauh dan beliau bertanding
pilihanraya dan diangkat jadi ketua pembangkang.
Harus diingat, Anwar jadi ketua pembangkang selepas didakwa di mahkamah kali
kedua berkaitan dengan tuduhan sama iaitu meliwat.Kes ini adalah rekod, kali pertama di dunia, sebab di Amerika ketika Bill
Clinton dituduh terlibat dengan skandal seks, Demokrat yang dipimpinnya kalah
pilihanraya dan karier politik beliau diambil alih isterinya Hillary, yang kini
merupakan Setiausaha Negara Amerika.
Kecuali Anwar, orang Utara kata terbalik kot, beliau dituduh ada skandal
seks, isterinya pulak yang merupakan MP dan ketua pembangkang kena letak jawatan
untuk beri laluan kepadanya.
Apa punya turrr....
Jadi apakah perlu Najib melayan orang yang begini, hendak berdebat sepentas
dengan beliau, yang secara tidak langsung mengesahkan keabsahan Anwar sebagai
pemimpin dengan kredibiliti, maruah dan moral yang setara?
Soal penyokong pembangkang boleh hidup dengan buat muka tebal ...itu soal
mereka. Soal Anwar sendiri tidak malu itu masalah peribadinya, tetapi Najib
sebagai pemimpin sebuah negara berdaulat perlu ada rasa malu untuk sepentas
dengan orang yang dicurigai 'aktor porno' ini.
Siapa boleh lupa klip video dia dok kibas boxer putih lepas baik punya balun
amoi itu... Ya ampunnnn....kata orang di tanah seberang, Indonesia.Itu baru hujah kredibiliti dan moral belum lagi soal hujah kedudukan Anwar
sebagai pemimpin yang dipilih secara demokratik.
Najib dipilih oleh ahli UMNO jadi Presiden. Presiden UMNO dipilih oleh BN
jadi Perdana Menteri, semuanya berdasarkan proses pemilihan yang dibuat
berdasarkan sistem demokrasi.Soalnya, macam mana Najib hendak berdebat dengan Anwar, dalam ruang
demokratik, sedangkan fakta di depan mata ialah status quo Anwar yang tidak
dipilih secara demokrasi.
Jawatan beliau tidak dipertandingkan, jawatan tertinggi dalam PKR adalah
presiden, bukannya penasihat atau ketua umum.Jadi apa locus standi Anwar hendak dakwa dirinya pemimpin sebuah
parti jika beliau tidak dipilih secara demokratik oleh ahli partinya
sendiri?Anwar dipilih jadi ketua pembangkang di Parlimen bukan sebab partinya
mempunyai kerusi paling banyak, tetapi kerana PAS dan DAP yang melantiknya
sebagai ketua kerana mereka tidak mempunyai pemimpin yang diterima kedua-dua
pihak untuk jadi ketua.
Jumlah MP PKR yang menang 2008 adalah 31 orang, yang keluar parti jadi bebas
lima orang, jadi 27 MP yang tinggal.
DAP menang 28 kerusi Parlimen dan kekal, PAS menang 24 kerusi Parlimen tambah
satu di Kuala Terengganu yang dimenangi dalam pilihanraya kecil.Atas kertas sekarang ketua pembangkang sepatutnya dari DAP, bukan PKR, tetapi
sebab PAS dan DAP berbeza ideologi, dan akan bangkang jika dicadangkan makanya
dipilih Anwar jadi orang tengah.
Sekali lagi dari segi demokrasi Anwar tidak ada locus standi untuk
jadi ketua pembangkang kecuali kerana keterbatasan pemimpin dalam pakatan
pembangkang itu sendiri.Akhirnya, ramai percaya, dengan segala pengalaman, rekod kerja, keyakinan
diri, wawasan dan semangat setiakawan BN, Najib langsung tidak takut berdebat
dengan Anwar.
Lebih melucukan semua orang tahu ketika pemilihan parti yang kononnya
perjuangkan demokrasi sana sini dicemari dengan acara 'baling kerusi'.Isteri jadi presiden, bekas pegawai sulit jadi timbalan presiden, anak dan
peguam jadi naib presiden...
Apakah hina sangat Presiden UMNO untuk berdebat dengan pemimpin dari parti
yang begini?Lebih jauh dari itu Anwar yang hanya bijak bercakap bukan seorang yang
'walk the talk'.Dia boleh janji bulan dan bintang hanya untuk dapat jawatan,dan kemudian
dengan 'tebal muka' nya buat-buat lupa apa yang dijanjikannya.
Seperti yang jadi kepada penduduk Kampung Pala di Pulau Pinang,juga seperti
fakta yang dibacakan oleh Khairy ketika menggulung debatnya.
"Jika pendidikan pra sekolah yang dalam manifesto PKR 2008 pun tidak dapat
diberikan secara percuma selepas menang, janganlah janji pendidikan di peringkat
lebih tinggi,"
Anwar hanya mahu menjadikan debat dengan Perdana Menteri bagi ' mengsucikan '
imej dan kredibiliti yang tercemar oleh dakwaan kebuasan nafsunya sendiri.
Siapa tidak mahu dapat duduk sepentas dengan Perdana Menteri untuk menjadi
tatapan rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa.
Sayang sikit tuan moderator itu tidak melihat dari aspek ini. Cabaran populis
itu memang mudah menarik tepukan gemuruh. Semua suka tengok orang bertinju.
Ingat ungkap kata Inggeris : mirror...mirror ..on the wall. Elok
sekali tuan moderator mengesyorkan agar Anwar jeling-jeling dulu pada cermin
sebelum nak mengidam berentap atas pentas dengan Perdana Menteri .
Ini bukan takut...ini soal maruah.- 23/5/2012- OLEH HELME HANAFI
Penghuni Gua : Wajar kah ? Tak wajar. Sebab nya ada pengetahuan ke lelaki Y ini untuk berdebat. Apa kepakarannya? Kelulusan pun sama lebih kurang Mahfuz aje. !!!!!! Modak pakai air liur aje.Kah kah kah kah kah !!!!!!
2. Pakar spin adalah lah dan pakar dalam bidang xxxxxx . Itulah kepakarannya. ..............Semua isu nak diliwatnya aje.Kah kah kah kah kah !!!!!!
3. Dalam berita semalam boleh dioa spin kononnya PM dah di dapati bersalah oleh mahkamah Peranchis!!!!!!!!!!!!!!! Lawak betul. Perbicaraan itu pun entah ke mana dan takat mana pun belum tentu hala. Tak ada tuduhan pun kepada PM difaiklkan dalam mahmakah Peranchis. Tapi lelaki Y ini boleh liwat isu tu.Kah kah kah kah kah !!!!!!
4. Yang dia dok membontot china doll dengan bukti vedeo boleh dia buat muka sardin. Yang PM dikatakan rasuah dalam isu kapal selam satu hapah bukti pun tak ada. Cuma hearsay sahaja. Itulah kelebihan lekaki Y. Meliwat atas semua perkara. Kah kah kah kah kah !!!!!!