[1994] 2 MLJ 497
Wong Li Fatt William (an infant) v Haidawati bte Bolhen
& Anor
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — SUIT NO KG
36 OF 1989
Judges RICHARD MALANJUM J
Date 16 MAY 1994
Citation
[1994] 2 MLJ 497
Catchwords:
Tort — Negligence — Road accident — Whether defendant had
failed to keep proper look out — Whether defendant in reasonable control of car
— Whether failure to observe s 23 of Highway Code — Highway Code s 23
Tort — Vicarious liability — Road accident — Whether car
owner vicariously liable for negligence of driver
Tort — Negligence — Contributory negligence — Plaintiff a
three-year-old infant — Whether liable for contributory negligence
Damages (Personal Injury or Death) — Personal injuries —
Severe brain damage — Spastic paralysis — Pain and suffering — Loss of
amenities — Factors taken into account
Damages (Personal Injury or Death) — Personal injuries —
Severe brain damage — Spastic paralysis — Nursing care — Past and future
— Services rendered by mother of plaintiff
Damages (Personal Injury or Death) — Personal injuries —
Severe brain damage — Spastic paralysis — Special damages — Wheelchair —
Medical treatment in Singapore — Transport — Acupuncture — What is recoverable
Damages (Personal Injury or Death) — Personal injuries —
Medical expenses incurred in Singapore — Whether exchange rate applicable at
time of loss or date of judgment
Damages (Personal Injury or Death) — Personal injuries —
Interest — General damages — Rules of the High Court 1980 O 42 r 12
Bahasa Malaysia Summary:
Bapa plaintif telah membawa dakwaan ini sebagai sahabat
wakil anak lelakinya yang berumur tiga tahun (‘budak plaintif itu’) yang telah
dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh defendan pertama dan dimiliki oleh
defendan kedua. Adalah tidak dipertikaikan bahawa cuaca hari yang berkenaan
baik, jalan itu lurus dan penglihatan tidak dihalang sejauh 250m sebelum tempat
di mana perlangaraan itu berlaku.
Budak plaintif itu telah mengalami kerosakan otak yang teruk
dan epilepsi sebagai akibat kerosakan otak itu dan telah diprognosis bahawa
beliau terpaksa bergantung kepada orang lain untuk keperluan asasnya buat
seumur hidupnya. Mengikut laporan perubatan, beliau boleh berasa kesakitan
tetapi tidak sedar akan keadaannya ataupun bahawa beliau sedang mengalami
penderitaan. Jangka hayatnya juga telah dipendekkan sebagai akibat
kecederaannya. Budak plaintif itu telah mendakwa untuk kesakitan dan
penderitaan dan kehilangan kebolehan mental dan fizikalnya (loss of amenities),
kos jagaan kejururawatan yang sudah ditanggung dan akan ditanggung pada masa
akan datang dan ganti rugi khas.
Diputuskan:
Diputuskan, mengawardkan ganti rugi kepada plaintif:
(1) Defendan pertama menggunakan jalan itu setiap hari dan
tahu bahawa kawasan itu dihuni orang. Oleh itu, beliau sepatutnya meletakkan
dirinya di dalam kedudukan di mana beliau boleh menghentikan kereta itu jika
berlaku sesuatu kecemasan. Lebih-lebih lagi, jika beliau berjaga-jaga dan
memandu pada kelajuan di mana beliau boleh mengawal keretanya, beliau akan
dapat mengelak daripada melanggar budak plaintif itu. Dengan demikian, beliau
juga gagal mematuhi s 23 Kanun Lebuhraya. Defendan pertama juga gagal memberi
amaran kepada budak plaintif itu dengan membunyikan hon atau menyalakan lampu
besar keretanya.
(2) Keputusan yang tidak dapat dielakkan adalah bahawa
defendan pertama cuai, dan dengan itu defendan kedua, yang merupakan tuan punya
berdaftar kereta itu, juga menanggung liabiliti vicarius untuk kecuaian
defendan pertama. Liabiliti kedua-dua defendan adalah bersesama dan berasingan
seperti yang dipohon di dalam pernyataan tuntutan.
(3) Budak plaintif itu tidak boleh dipersalahkan atau
dikenakan liabiliti untuk kecuaian sertaan. Oleh kerana beliau hanya berumur
dua tahun sebelas bulan pada masa itu, tidak ada tanggungjawab untuk menjaga
keselamatan dirinya yang dikenakan ke atasnya. Defendan juga tidak membuktikan
bahawa budak plaintif itu bersalah kerana gagal menjaga keselamatan dirinya.
(4) Berkenaan dengan ganti rugi untuk kesakitan dan
penderitaan dan kehilangan kebolehan mental dan fizikal, jumlah sebanyak
RM190,000 diawardkan, dengan mengingati bahawa hakikat kehilangan itu diambil
sebagai suatu kehilangan substansial dan memandangkan arah aliran award untuk
ganti rugi seperti ini. Apabila mentaksirkan ganti rugi, mahkamah mengambil
kira hakikat bahawa budak plaintif itu boleh berasa kesakitan walaupun tidak
menyedari akan keadaannya, pendapat perubatan bahawa keadaan fizikalnya akan
merosot dan kejatuhan di dalam nilai wang.
(5) Untuk kos jagaan kejururawatan yang sudahpun ditanggung,
mahkamah mengaward jumlah sebanyak RM260 sebulan selama 12 bulan (iaitu tempoh
apabila bapa budak plaintif mempunyai beberapa orang pembantu untuk
membantunya) dan kemudiannya, RM300 sebulan sehingga tarikh penghakiman untuk
perkhidmatan yang diberikan oleh ibu budak plaintif untuk menjaganya, dengan
mengambil kira hakikat bahawa beliau masih perlu menjaganya sekalipun budak
plaintif itu tidak tercedera. Berkenaan dengan kos jagaan kejururawatan pada
masa akan datang, jumlah sebanyak RM300 sebulan diaward dan, dengan mengambil
pengganda (multiplier) sebagai 10, jumlahnya adalah RM36,000.
(6) Untuk ganti rugi khas, antara lain, RM2,100 dibenarkan
untuk sebuah kerusi roda dan kerusi yang dapat direbahkan; RM300 untuk kos
pengangkutan ke hospital; RM520 sebagai tambang kapalterbang untuk mendapat
rawatan di Singapura; S$7,764.10 untuk perbelanjaan perubatan di Singapura; dan
RM20 untuk pakaian dan kasut yang rosak. Tuntutan untuk sebuah katil khas,
makanan khas yang berkhasiat, fee perantara Cina, akupunkture dan urut tidak
dibenarkan. Kegagalan plaintif untuk mengemukakan resit bagi pembeliannya tidak
membawa padah memandangkan beliau hanya orang kampung.
(7) Walaupun perbelanjaan perubatan di Singapura telah
ditanggung pada Februari 1988, jumlah itu tidak kena dibayar sebelum
penghakiman diberikan. Oleh itu, kadar pertukaran sepatutnya diambil pada
tarikh penghakiman dan bukan pada masa kehilangan itu dialami.
(8) Faedah pada kadar 6% setahun diawardkan atas ganti rugi
am untuk kesakitan dan penderitaan dan kehilangan kebolehan mental dan fizikal
dari tarikh penyampaian writ hingga tarikh penghakiman, dan seterusnya pada
kadar 8% setahun hingga penyelesaian mengikut A 42 k 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah
Tinggi 1980.
Penghuni Gua : Semuga pasparn ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq
No comments:
Post a Comment