Berita Harian Terkini
16 mac 2009
Melayu jangan jadi alat runtuhkan institusi Melayu, titah Raja Muda Perak
IPOH: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan bangsa Melayu yang berjati diri tinggi sama sekali tidak harus mengizinkan diri mereka untuk menjadi alat menjaguhi suara perjuangan yang boleh memusnahkan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu.
Titah baginda, telah menjadi amalan budaya bangsa Melayu bahawa ibu bapa dikasihi dan masyarakat dihormati, ulama disegani dan Raja ditaati.
"Itulah piagam budaya tidak bertulis yang menjadi faktor penyatuan dan faktor kekuatan umat Islam dan orang Melayu di bumi ini. Namun, piagam budaya ini, kini kelihatan mahu diruntuhkan oleh gerakan yang melakukan pelbagai kegiatan kerana matlamat perjuangan sempit untuk mendapatkan kuasa politik" .
"Jika kegiatan ini dibiarkan, maka identiti bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini lambat laun akan terhapus," titah baginda ketika merasmikan persidangan ke-165 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, di sini, hari ini.
Penghuni Gua : Ingat semua umat Melayu di Malaysia. Jangan menghina Institusi Raja-Raja Melayu di dalam keadaan apapun. Bezakan pindaan perlembagaan yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir. ( Pindaan yang dilakukan oleh Tun adalah bersifat untuk memelihara Institusi ini dari tindakan persendirian DYMM . Ia bukan satu penghinaan kepada DYMM tetapi bagi memantapkan Institusi ini). Ingat jasa Institusi ini kepada kita di Malaysia ialah ia memberikan ISLAM kepada kita. Ingat sejarah kita terdahulu. Kalau tidak kerana DYMM Raja-Raja Melayu tidak memeluk Islam apakah agama kita kini. Kemana halatuju kita kini. Jadi pandang DYMM bukan sebagai individu tetapi pandang ia sebagai Institusi . Jangan perlekeh dan menghina Institusi ini. Ambil tindakan perlu jika ada pihak yang cuba meruntuhkan Institusi ini. Tindakan yang diambil hendaklah mengikut perlembagaan dan undang-undang negara.
Penghuni Gua : INGAT : DYMM MEMBERIKAN / MENGANUGERAHKAN AGAMA ISLAM KEPADA KITA. Inilah anugerah yang tidak ternilai dan kita sepatutnya menjunjung kasih kepadanya sehingga bila-bila.
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
No comments:
Post a Comment