FOLLOWERS

Thursday, 5 March 2009

JANGAN BENARKAN PENGERUSI HINDRAF , Waythamoorthy PULANG KE MALAYSIA




Pengerusi Hindraf, Waythamoorthy menghidap sakit jantung yang jarang berlaku dan sedang berusaha mendapatkan jaminan kerajaan untuk membenarkan beliau pulang mendapat rawatan lanjut di Malaysia.Beliau kini sedang dirawat di sebuah pusat jantung di London dan telah menjalani rawatan 'angioplasty' Isnin lalu.Kenyataan penyelaras Hindraf (New York) R Shan hari ini menyebut, sewaku melakukan prosedur tersebut, para doktor mendapati Waythamoorthy menghidap sejenis penyakit jantung yang jarang berlaku.

Berita lanjut : ............

Penghuni Gua : Jangan, Jangan, jangan sekali-kali membenarkan perosak negara ini kembali ke Malaysia. Berapa banayk kerosakan yang telah dilakukan olehnya juga oleh mereka yang telah dihasutnya. Semua negara dijelajah nya termasuk beberapa kali ke India dengan memburukkan dan memperlekehkan negara dan pemimpin kita. Kerajaan jangan flip flop lagi. Cukuplah flip flop sebelum ini yang mengundang bukan sedikit kemarahan dan pandangan sinis rakyat kepada kerajaan. Mengapa perosak negara ini tidak dibenarkan kembali ke Malaysia . Banyak sebab, antaranya :

  • Beliau telah mengkucar kacirkan negara dengan menghasut masyarakat india di Malaysia melalui HINDRAF dengan berdemontrasi dan merosakkan harta benda serta mencederakan pihak polis.
  • Memburukkan kerajaan dan pemimpin Malaysia di luar negara dengan mengatakan negara ini memberikan layanan tidak adil kepada masyarakat India di Malaysia. Di samping itu memfitnah bahawa kerajaan telah menjalankan pembunuhaan terancang ke atas masyarakat India di Malaysia. Ini telah membangkitkan kemarahan dan reaksi negetif dari kerajaan India dan hampir-hampir merosakkkan hubungan dua hala antara India dan Malaysia sehingga beberapa ahli parlimen India mendesak diputuskan hubungan diplomatik dan menarik pelaburan India di Malaysia.
  • Sekiranya dibenarkan pulang ke Malaysia , dan mendapatkan rawatan dihospital-hospital di negara ini, sekiranya semasa mendapatkan rawatan, beliau meninggal dunia maka penyokong mereka akan mengatakan ini konspirasi kerajaan dengan membunuh pemimpin mereka.
  • Gulungan seperti beliau termasuk rakan seperjuangan nya di Kem Kemunting tidak mahu dirawat oleh doktor kerajaan kerana berbagai sebab. Tidak bermutu, bimbang racun arsenik, HIV/AIDS dan berbagai tohmahan lagi sebelum ini ( dalam kes kawan kita tu yang dituduh kes liwat sampai minta di rawat di Jerman atas dakwaan sakit tulang belakang yang AMAT SERIUS ), juga seperti di dalam kes penjenayah Kugan sehingga minta post mortem kedua dan banyak lagi kes-kes dan dakwaan yang lain ( terbaru kes liwat Mohd Saiful , yang mempertikaikan lapuran perubatan hospital besar KL ). Jadi mengapa hendak pulang dan mendapatkan rawatan di negara ini yang didakwa berbagai kekurangan dan begitu selekehnya doktor perubatan kita.
  • Jika beliau pulang, Kerajaan akan menahannya di bawah ISA. Ini akan menimbulkan masalah untuk memberikan rawatan. Meraka kan mendakwa rawatan tidak diberi dengan baik kepada pemimpin mereka ( seperti pemimpin mereka yang sedang di tahan Kemunting sekarang dan mengidap kencing manis ). Hari komplen dan terbaru 300 orang penyokong mereka termasuk pemimpin politik murahan telah berdemontrasi di depan IPD Brickfield minggu lepas sehingga polis terpaksa menyuraikannya. Kemudian polis juga disalahkan.
  • Beliau sepatutnya mendapatkan rawatan di tempat sekarang ( London ) atau di negara yang dipuja dan selalu menjadi tempaatnya mengadu di India. Dapatkan lah rawatan yang terbaik di sana. Tapi jangan haraplah. Malaysia ini juga lah tempatnya yang terbaik.

Penghuni Gua : Lihatlah. Akhirnya ludah sendiri dijilat semula. Inilah yang berlaku dahulu di mana pelajar-pelajar Malaysia di Australia ( pelajar undang-undang kebanyakkannya ) telah berdemontrasi semasa lawatan PM Malaysia Tun Abd Razak ke sana. Tidak cukup dengan itu mereka menutup muka dan membaling telur kepada PM kita. Kemudian dengan kebesaran tuhan , Allah telah tunjukkan. mereka ini yang juga mengatakan mereka dilayan sebagai rakyat kelas kedua oleh kerajaan Malaysia telah minta kembali semula semasa zaman Tun Mahathir memerintah. Yang terakhir kembali ialah Hishamuddin Rais yang dibawa kembali dengan daya usaha DSAI.

Itu pun sekali lagi Hishamuddin ini merosakkan negara dengan menjadi pemimpin reformasi. Jadi kerajaan jangan mengubah kembali keputusan membatalkan pasport perosak negara ini. Jika dibenarkan kembali , ia akan sekali lagi akan membuat negara kacau. Biarkanlah beliau mendapatkan rawatan dan tinggal di negara yang dipujanya selama ini. Ia itu negara yang mengamalkan demokrasi, pemimpin nya ramah dan begitu menjaga hak asasi rakyatnya seperti UK dan India. Biar dia tahu bahawa Negara Malaysia inilah yang terbaik.

Ini bagi memberi contoh dan tauladan kepada semua rakyat Malaysia yang lain yang cuba memburukkan dan memperlekehkan pemimpin dan negera ini sedar, bahawa inilah negara terbaik yang beliau patut sama-sama menjaga dan mempertahankannya. Biarkan beliau melarat di negara barat tersebut. Itulah yang dimahukannya. Dia pun peguam. Bagus jadi contoh dan isyarat yang jelas oleh kerajaan kepada peguam lain yang hanya pandai bercakap dan memburukkan Malaysia sahaja bahawa Malaysia lah yang terbaik dan kerajaan terus tegas dalam halm ini. Kerajaan jangan sesekali FLIP FLOP lagi mengenai isu ini.

2 comments:

  1. Kalau tak salah saya Hishamuddin Rais merayu kepada Tun Dr Mahathir agar dibenrakan pulang setelah "sahabatnya" Anwar liiat sikit melayan permintaannya.

    Rayuan ini dibuat semasa satu lawatan TDM ke UK; diberitakan Hisahmuddin Rais menangis-nangis meminta belas kasihan TDM. Bila dah balik tengok apa dia buat.

    Jadi saya setuju dengan saudara agar kerajaan lebih tegas dengan penderhaka. Kalau Malaysia tak baik sangat buat apa nak balik? Tak takut ke dibunuh oleh orang Melayu seperti didakwanya ada rancangan genocide yang dijalankan oleh orang Melayu terhadap orang India?

    Tak payah baliklah. Tak guna balik pun. Tak akan memanfaatkan negara. Sebaliknya dia akan berlaku seperti Hismauddin Rais.

    DEDAHKOT

    ReplyDelete
  2. tq. terimakasih atas pandangan anda. Biarlah ia berada di syurga pilihannya yang dipuja-puja. arifomar.

    lihat berita utusan 6 mac 2009
    Muslihat Uthayakumar
    KUALA LUMPUR 5 Mac – Di sebalik perhimpunan haram kerana mendakwa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), P. Uthayakumar tidak diberi rawatan di penjara, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menceritakan apa sebenarnya berlaku kepada tahanan itu.

    Menteri Dalam Negeri itu berkata: ‘‘Uthayakumar dari semasa ke semasa enggan menerima rawatan yang dijadualkan serta ubat-ubatan yang dibekalkan.

    ‘‘Berdasarkan rekod Tempat Tahanan Perlindungan (TTP) Kamunting, Taiping, Uthayakumar telah 18 kali menolak untuk rawatan dan ubat- ubatan termasuklah di Institut Jantung Negara (IJN).”.
    Syed Hamid dalam kenyataan akhbar di sini berkata, antara rawatan yang ditolak oleh Uthayakumar ialah pemeriksaan doktor pakar Hospital Taiping pada 28 April 2008, kardiologi di Hospital Pulau Pinang (6 Mei 2008) dan temu janji dengan IJN (22 Mei 2008).

    Beliau menambah, tahanan juga enggan diperiksa oleh doktor panel penjara untuk ujian kandungan gula dan bulanan (31 Oktober 2008), tidak mahu jalani ujian darah di klinik tempat tahanan (22 Januari 2009) dan enggan menerima rawatan di Hospital Taiping (13 Februari 2009).

    Sungguhpun begitu, Syed Hamid memberitahu, sejak Uthayakumar dikenakan perintah tahanan pada 13 Disember 2007, beliau telah diberikan rawatan dan menerima pemeriksaan kesihatan daripada doktor panel kerajaan dan Hospital Taiping sebanyak 42 kali.

    Di samping itu, beliau juga telah dibekalkan dengan ubat-ubatan secara berkala dari hospital sama.

    Syed Hamid menegaskan, Jabatan Penjara bertindak secara profesional dan melaksanakan segala usaha untuk memastikan tahap kesihatan tahanan terbabit terkawal.

    Jabatan tersebut juga sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan dalam pengurusan penahanan Uthayakumar, katanya.

    Beliau menjelaskan, hak semua tahanan untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan bekalan ubat tidak pernah dinafikan.

    Katanya, rawatan perubatan juga dijalankan oleh doktor kerajaan bertauliah.

    “Isu kesihatan Uthayakumar telah banyak diperkatakan. Malah perkara ini diberikan liputan meluas oleh media khususnya pada 15 dan 16 Februari lalu.

    “Antara tuduhan yang dilemparkan ialah kerajaan tidak memberikan perhatian sewajarnya terhadap kesihatan Uthayakumar dan dinafikan rawatan kesihatan,” katanya.

    Syed Hamid menambah, bagi memastikan tahap kesihatannya terkawal, TTP telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyediakan dan membekalkan diet bersesuaian seperti disyorkan pegawai perubatan.

    Katanya, diet tersebut diberikan bermula 21 Disember 2007 yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, roti jagung dan masakan tanpa gula dan garam.

    “Berhubung dakwaan kakinya bengkak kerana tidak diberi rawatan sempurna, pemeriksaan oleh doktor panel Jabatan Penjara menunjukkan hanya jari kelengkeng pada kaki kirinya bengkak tetapi tidak serius.

    “Pemeriksaan Hospital Kuala Lumpur pula mendapati jari tersebut sakit kerana tersepak batu dan tidak memerlukan untuk Uthayakumar ditahan di wad,” ujarnya.

    Pada 28 Februari lalu, keluarga dan penyokong Uthayakumar mengadakan perhimpunan haram di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields kerana mendakwa tahanan itu tidak diberi rawatan di dalam penjara.

    Uthayakumar merupakan salah seorang pemimpin tertinggi pertubuhan haram yang ditahan di bawah ISA atas sebab-sebab keselamatan sejak 13 Disember 2007.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

    ReplyDelete

PETA PELAYAR