FOLLOWERS

Thursday, 21 May 2009

LTTE KALAH : BLOG PENYOKONGNYA DI MALAYSIA TUTUP ?


1. Nak cakap banyak malas. Tetapi blog di mana kerap kali TKM 2 Pulau Pinang Prof Dr Ramasamy menulis menyatakan sokongannya kepada LTTE di Sri Lanka nampak gayanya dah tutup semalam bila LTTE telah tumpas sepenuhnya. Mengapa ?

2. Kepada rakyat Malaysia yang lain, kalau nak sokong pun biar berpada. Ini kumpulan pemberontak dan LLTE sendiri telah membunuh hampir 40 ribu orang awam Sri Lanka. Jumlah keseluruhan kematian sengketa ini ialah 70 ribu orang tidak temasuk yang cedera dan cacat.
3. Pengkhianat ini , kalau kita baca dalam blog-blog penyokongnya di Malaysia , dianggap sebagai dewa dan wira mereka.

4. Mata mereka ini sudah buta rupanya. Tak tahu antara pejuang pembebasan dengan pemberontak/ pengkhianat.

5. Blog yang dimaksudkan ialah :http://www.tamilnation.org/search.htm . Katanya " Site Closed for Maintenance " . Biasalah . Sebenarnya tutup. Masa LTTE kuat, gempaknya bukan main. Bila kalah teruk / bungkuih , tak bercakap sepatah haram. Bawah kalau ok. Atas kalu siap le.

2 comments:

  1. Ramasami..pergi lah sri lanka..

    Teruskan perjuangan bodoh kumpulan kamu

    ReplyDelete
  2. Itulah akibat manusia yang hanya memikirkan keganasan jalan untuk mendapatkan sesuatu, kalau hendak menentang kerajaan, perlukah mengorban orang-orang yang tidak berdosa ? Doa rakyat Sri Lanka yang mnderita akibat keganasan LTTE akhirnya termakbul, LTTE berkubur dibaham tanah...

    Begitu juga di Malaysia,ada juga manusia yang menganggapkan Chin Peng bekas anggota Kominis Bintang Tiga dan geng-gengnya "Wira perjuangan bangsa", Kumpulan Hindraf juga Wira, Al-Ma'unah juga Wira, JI juga Wira, tanpa mereka jaga perasaan keluarga Tentera, Polis dan orang awam yang terkorban akibat keganasan kumpulan-kumpulan ini. Malah. Tun Mahathir pulak dkatakan pengkhianat agama, mahazalim dan mahafiraun.

    Inilah pengaruh kepimpinan yang mengaku memperjuangkan Islam, bangsa, sedangkan tanpa disedari oleh penyokong mereka, pemimpin yang mereka agungkan ini mempunyai hasrta yang sebaliknya.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR