Mingguan Malaysia
31 mei 2009
Melayu dikhianati?
1. Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
2. ''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara.
3. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
4. Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
12. Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?
Penghuni Gua : PG ingin juga menjawab tentang persoalan yang dibangkitkan oleh Awang Selamat ini. Apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain ?
2. Dari satu segi PG memang merasakan bahawa pengorbanan orang melayu dikhianati dan tidak pernah dihargai oleh generasi muda bukan melayu hari ini. Mereka telah buta sejarah kerana lahir ketika negara sudah aman damai dan dapat menikmati semua kesenangan yang disediakan oleh kerajaan.
3. Ini termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang. Mereka ini kerap membangkitkan dan mempersoalkan tentang kontrak sosial yang terjalin dan dijalinkan oleh pemimpin terdahulu dengan tolak ansur dan persefahaman.
4. Mereka ini lupa bahawa setiap bangsa di Malaysia ini tidak akan mendapat semua yang diminta dan tidak akan hilang semua yang ada.
5. Tiada yang sempurna dalam kehidupan. Jadi semua pemimpin terdahulu amat tinggi tolak ansur samada Melayu, India atau Cina dan lain-lain kaum minoriti. Meraka menghargai perbezaan dan ketidaksamaan yang ujud dalam mana-mana negara. Perbezaan dan ketidaksamaan ini ujud dalam semua perkara seperti dari segi kaum, agama, kehendak dan sebagainya.
6. Mereka sedar bahawa perbezaan dan ketidak samaan itulah yang mennetukan kebijakasanaan seseorang pemimpin itu mengruskannya. Inilah yang telah mereka lakukan. Iaitu menguruskan perbezaan itu dengan baik sehingga Malaysia maju dan hidup aman damai ( walau sesekali ada persengketaan ).
7. Mereka berpegang pada perjanjian yang disepakati. Mereka berpegang pada kontrak sosial yang dimeterai. Mereka berpegang pada ini dan tidak mengungkitnya. Inilah kelebihannya. Tokoh-tokoh seperti TAR, TUN Razak, Tun Sambanthan, Tun Tan Siew Sin, Tun Manikavasagam, Tun Alex Lee, Tun Ling Liong Sik dan ramai lagi pemimpin ini yang menyumbang kepada kuatnya ikatan kontrak sosial ini. Mereka tidak pernah mengungkitnya secara terbuka.
8. Perbincangan dan dialog secara berhemah dibuat.
9. Bukan seperti sekarang, pemimpin-pemimpin ini bertindak seperti pelacur atau lebih hina dari itu yang kerap membangkitkan dan mempertikaikan kontrak sosial yang telah termeterai dalam perlembagaan. Mereka mempertikaikannya tanpa mengambil kira keadaan yang ujud semasa ianya digubal dan dipersetujui.
10. Mereka memandang dari sudut sempit dan perkauman. Oleh yang demikian maka kontrak sosial ini kerap dilihat tidak adil, tidak demokratik dan sebagainya. Mereka tidak berfikir secara holistikd an diluar kotak perkauman.
11. Jadi PG memang bersetuju persoalan yang dilontarkan oleh Awang Selamat.
12. Kepada kerajaan : Undang-undang yang ada di Malaysia telah lengkap bagi menangani pemimpin pelacur ini. Penguatkuasaan yang amat tegas dan khusus serta berterusan wajib dilaksanakan agar negara dan rakyat negara ini terus berdiri dengan megah tanpa rasa syak wasangka dan menjalani hidup yang tenteram dengan semua bangsanya.
13. 1 Malaysia. Bersatulah kita semua bangsa Malaysia.
No comments:
Post a Comment