FOLLOWERS

Sunday, 17 May 2009

PM TAK KE LUAR NEGARA TAKUT ATLANTUYA : FITNAH TERBARU USTAT NASHARUDDIN MAT ISA


Harakahdaily

Isu Altantuya Najib PM baru takut ke luar negara
Saidah Hairan Sun May 17, 09 1:30:52 pm MYT

SHAH ALAM, 17 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang sudah menjadi Perdana Menteri selama dua bulan tetapi tidak berani membuat lawatan ke luar negara kecuali Manado, Sulawesi dan Thailand.

Menurut beliau, sudah menjadi amalan Perdana Menteri sebelum ini selepas mengambil alih pentadbiran langkah pertama dilakukan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di luar negara.

Bagaimana pun katanya, perkara itu tidak berlaku terhadap Najib kerana beliau berasa takut disebabkan isu berkaitan dengan dirinya (kes pembunuhan Altantuya) sudah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Sekarang sukar bagi kita semua sebagai rakyat terbanyak nak meminta pandangan dan nasihat. Yang bergelar ustat, bertanda hitam di dahi, berserban, kopiah, berkomat kamit mulut berzikir sepanjang masa tetapi buka mulut aje mula memfitnah.


2. Lihat lah percakapan Ustat Nasharuddin Mat Isa : Tim Presiden PAS di atas. Ini ke cara seorang ustat dan pemimpin no 2 dalam parti yang dikatakan memperjuangkan islam? ya Allah. Apa nak jadi tak tahu le.

3. Apa makna fitnah mengikut kamus Dewan ? Menuduh seseorang dengan sesuatu perkara tanpa diberikan bukti hanya berdasarkan andaian. Ikut islam pun sama aje maknannya.


4. Jadi tuduhan bahawa PM takut keluar negara kerana isu Atlantuya ini apa ceritanya. Bukti ada ke. Apa yang perlu takut. Pm ada lah jadualnya sendiri. Bukan macam PAS. Asyik dok baca Quran dan hadith yang dipilih-pilih untuk membenarkan fitnah dan perbuatan mereka. Bukannya buat kerja pun. Asyik bercakap dan memfitnah orang boleh lah.


5. PM ni banyak kerjannya. Ada lah jadual untuk setahun . Ada pegawai yang mengaturnnya. Bukan macam YB-YB PAS. Sekarang ini je pun yang cerdik sedikit. Dulu tahun 80an, 90an, segala aduan orang pakai sumbat dalam dashboard kereta aje. paling kuat pun dalam briefcase yang ke hulu ke hilir di bawanya. Itupun macam tong sampah. Bila rakyat tanya perkembangan aduan, hampir setengah jam membelek dashboard dan briefcase. Sukarnya mencari.


6. Kalau lihat PAS Kelantan dulu? Hmmm. Mujurlah ada Ustat Nawi ( Bekas Lt Kolonel yang ditangkap ISA kerana disyakki pada mulanya terlibat dengan pertubuhan Jundullah, kemudian dibebaskan. ) yang mengajar hal-hal membuka fail mengikut perkara-perkara tertentu dan diajarnya cara ambil minit mesyuarat. Tidaknya , sampai sekarang le, macam parti kampung. Tapi cakapnya, Ya Allah, ampun.


7. Jadi kepada Ustattttttt Nasharuddin tu, periksa dengan jadual PM di Putra Jaya dulu. Bari kita cakap. Ini terus fitnah.


8. Tentang saman menyaman pula, apa yang sibuk sangat nak menyryh PM saman orang tu, orang ni. Hak PM .kut pandai dia le. Banyak kerja lain nak dibuat oleh PM.


9. Kalau tak saman pun, bukannya boleh mati PM tu, Melayan pemfitnah dan pembohong ini kita akan jadi bodoh sama. Jadi itu yang PM tak saman dan tak nak mengulas pun. Buang masa untuk PM melayannya.


10. Jadi kepada ustat Nasharuddin tu, kalau nak fitnah pun, buang lah tanda hitam di dahi tu dulu.( tanda hitam tu pun bukan tanda sujud seperti yang Allah firmankan dalam Quran . Tanda sujud yang di maksudkan ialah lepas sembahyang terus patuh pada perintah Allah dan Rasulnya iaitu salah satunya tak memfitnah orang. ). Buang kepiah dan serban. Amat memalukan seorang ustat boleh menfitnah sesenang itu.


11. Sebelum sembahyang Allah wajibkan ambil air sembahyang. Basuh mulut salah satunya. Tujuannya salah satunya ialah supaya mulut kita bersih dalam segala segi. Lepas sembahyang pun mulut terus bersih, bukan mengumpat dan memfitnah orang.


12. PG BUkan nak kata apa : sejak kenal PM ini, tak pernah lagi PG dengar PM memaki hamun orang dan bercakap kasar dengan orang, walaupun dia bukan ustat. Tak ada sekalipun PM ini becakap seperti mana ustat-uatat PAs bercakap.


13. Bertaubatlah ustat. Berdosa besar.

5 comments:

  1. salam bro,

    Biasalah bro, kalau pemimpin dah bercakap sesuka hati, pengikutnya sibuk main nombor ekor. hehehe.....masuk kedai toto kepiah tak bukak lak tu. Kalau menang tu sedekah la pulak kat ceramah.....hehehe

    ReplyDelete
  2. dia sedih tak boleh buat fitnah kepas YAB DS Najib. Jika PM keluar negara maka dia akan kata macam Saifudin Nasatiung....lihat lah Najib belanja 50juta ringgit sehari utk lawatan kerja ke luar negara,,,,,heheh

    ReplyDelete
  3. Lebih baik Ustaz Nasharuddin Mat Isa al Pas buat laporan polis daripada jaja fitnah sana sini.

    Oh ya, bila Hj Hadi nak keluar fatwa baru bahawa dibenarkan memilih pemimpin dari kalangan kafir harbi?

    Adakah fatwa UMNO kafir sudah dibatalkan?

    ReplyDelete
  4. Komen no. 1..koi amat bersetuju..masa operasi no. ekor oleh JAIP kat kuantan (keluar TV3), 4 orang adalah ahli pas..(sumber JAIP). Komen no. 2..Gelaran ustat Nasharudin koi cadang tukar kepada P**t*t Nasarudin

    ReplyDelete
  5. AKU DAH TENGOK BANYAK DAH PUAK PUAK PAS NI,YANG KAKI EKOQ,LEPAS TU LEPAK KAT WARUNG AKU.CUBA SIASAT KAT KEDAI EKOQ DI PJ OLD TOWN.MAI NAIK KERETA PAKAI KEPIAH PUTIH,PASTU PARKING KERETA AGAK JAUH SIKIT BUANG KEPIAH PUTIH JALAN MASUK KEDAI NOMBOR.MACAM MACAM PUAK PAS NI BERLAKUN MACAM ANWAR JUGA,JANGAN JANGAN ADA YANG LEBIH TERUK DARI ANWAR.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR