Dipetik dari blog : Kickdefella
Rasa Masam Lebuh Raya Husam
Setelah majlis pecah tanah dan pelancaran kutipan derma projek Lebuh Raya
Rakyat oleh Kerajaan PAS Kelantan, rasa masam mula menggangu kemanisan janji
tersebut.
Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti
didedahkan oleh RBF
Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula
datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya ‘Husam’ ini
bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah
Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas
Kelantan. Itu adalah senarai ‘pet project’ YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi
Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan. Habis
perasmian, masalah bermula.
Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga
menjadi jatidiri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz
sendiri.
Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak
pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek
Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok,
Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan
projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek
Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah
gersang.
Secara kasar, jika dicampur kesemua kos projek tersebut ianya membawa kepada
hampir RM10 Billion. Terkini dicampur pula projek Lebuh Raya Rakyat bernilai
RM1.9 Billion.
Tidak ada yang mustahilnya bagi Kerajaan Negeri untuk membina projek-projek
bernilai berbillion ringgit. Bahkan Kerajaan Negeri Melaka yang mendapat
peruntukan persekutuan yang amat kecil jika dibandingkan dengan Kelantan, mampu
melakukan lebih dari yang dapat dibayangkan oleh kebanyakan kita.
YAB Ketua Menteri Melaka, yang dikeji dan dihina oleh pimpinan PAS,
sebenarnya jauh lebih mulia dari YAB Menteri Besar PAS Kelantan di dalam
menunaikan janjinya kepada rakyat.
Segala kelemahan dan kekurangan PAS ini berpunca dari kelemahan urus tadbir
dan ketidakmampuan untuk mengembangkan sumber pendapatan negeri. Akhirnya,
pemimpin PAS Kelantan kembali kepada satu benda yang amat mereka pandai
lakukannya, iaitu mengutip derma. Setelah puas mengutip derma dari tauke-tauke
balak dan dari ahli partinya sendiri, sekarang rakyat Kelantan pula menjadi
mangsa kutipan derma PAS.
Selain dari mengutip derma, PAS juga bijak menyalahkan orang lain didalam
semua benda dan amat arif dalam strategi benci-membenci. Sudah pasti peristiwa
masam Lebuh Raya Rakyat ini akan disabit kesalahannya kepada Barisan
Nasional.
Apa yang PAS tidak pernah khabarkan kepada rakyat bahawa, hampir setiap jalan
di Negeri Kelantan, tidak kiralah jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah
dibuat hasil ‘derma’ Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Bahkan projek jalan
raya sepanjang 30 kaki untuk masuk ke rumah pimpinan-pimpinan PAS yang diberi
kepada kontraktor berkopiah hijau itu juga datangnya dari wang pemberian Barisan
Nasional.
Dari tahun 2006 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Barisan Nasional telah
memperuntukan sejumlah hampir RM500 juta terus kepada Kerajaan PAS Kelantan bagi
tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Ini tidak termasuk pemberian tahunan untuk
penyelenggaraan cerun jalan negeri, bil lampu jalan dan lampu trafik.
Dari 2008 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM
22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan. Data-data ini
terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di
dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan.
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan
untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.
Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di
Kelantan.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah juga menyediakan peruntukan
untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung. Di dalam Rancangan Malaysia
Ke 9, KKLW telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk tujuan tersebut di dalam
negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS.
Pimpinan PAS harus sedar, mereka perlu bijak mengurus tadbir negeri dan
berusaha menambah sumber pendapatan negeri bagi menjamin segala janji-janji
mereka dapat ditunaikan. Pemimpin PAS berceramah dan memaki hamun musuh politik
mereka hampir setiap malam tidak akan membawa sebarang hasil kepada rakyat
Kelantan. Ia hanya sekadar menambah sumber pungutan derma untuk parti PAS, tuan
punya tapak ceramah dan para penceramah.
Rakyat hanya dapat rasa masam dari janji manis.
Penghuni Gua : Begitulah PAS. Projek hanya temberang dan pakai air liur aje , Hapah pun tak ada. Yang mereka tahu dan terlalu pakar hanya kutip derma dengan jual nama Islam. Lepas itu telan duit derma. PAS... bukan kita tak kenal.
2. Pakar ceramah dan makin hamun dan fitnah. Rojek sendiri tak jalan. Mana nak jalan dan projek jadi baik kalau siang malam kepala dok asyik nak ceramah fitnah dan bohong. Dok fitnah projek orang, projek sendiri bagai tahi sembelit !!!!
3. Fikirkan pengundi muda !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Jubah , janggut , kopiah dan serban mereka ini hanya hiasan nak tunjuk lebai aje. Tapi semuanya kedarah projek. Yang dok di bawah tu jel;ah ditipu hari-hari dengan kencingan laungan takbir mereka. Itulah wajah PAS.............
4. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan !!!!!!!
Dalam ceramah dan dalam khutbah serta dalam kullah agama ataupun dalam tazkirah di masjid serta surau...para ustazah PAS mendakwa, UMNO dan Kerajaan BN dah mula gelabah dengan kejayaan Kerajaan Islam PAS Kelantan merancang projek kemudahan asas seperti, projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan serta projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau dan projek Bandar Baru Tunjong. Harakah dan harakah dialy turut melaporkan kejayaan Kerajaan Islam PAS Kelantan...yang tidak bergantung kepada peruntukan Kerajaan Pusat...
ReplyDeleteBerjaya letak batu asas je... yang lain tunggu BN sambungkan pulak... hehe
DeletePROJEK PELIR AJE PAS NI. YANG PROJEK KERAJAAN SEMUA DI KONDEM. PROJEK SENDIRI HAPAH [PUN TAK ADA. SEMUA PUTAR ALAM. BERNIAGA BULOH KASAB. PAS ? KAH KAH KAH AUTA AJE YANG TAHU. TEMBERANG LAH
ReplyDeleteMenyusahkan rakyat dan zalim. Teringat cerita dongeng bagaimana Sultan Melaka perintah rakyat buat highway emas dari istana hingga ke puncak gunung ledang. Hancus peluh dan harta rakyat dihabiskan untuk nafsu sultan. Sekarang MB Kelantan ikut cara sama. Isle oh isle...
ReplyDeletePerbelanjaan PRU 13 amat tinggi jadi nak sakau duit rakyat marheian.Itu pilih hampas asal ceramah pasti/wajib kena derma.lepas itu....? kohilal. kokhilang dalam serban dan jubah.Apalah nasib Pak Pandir Moden.menag sorak kampong tergadai kepada Dapig.
ReplyDeletedok kafirkan UMNO, tak sedar jalan ditanggung oleh UMNO selaku Pentadbir Utama Barisan Nasional yang mendapat mandat tadbir urus negara.
ReplyDeleteTak haram pula pakai jalanraya hasil usaha UMNO.
Langsi dan Dol Monggol kata apa pula?
hampir setengah billion diperuntukkan untuk pembinaan jalan. Kalau itu pinjaman dari Persekutuan, dah bayar balikkah pinjaman dari Persekutuan itu?
ReplyDeleteNak menyelengarakan lebuhrayapun rasanya dah meroyan sakit apatahlagi nak buat yang baru. Padanlah dok memanjang canang nak free itu dan ini.
Kalau tak mahu berhutang, bagaimana pula nak membangun infrastruktur negeri, lainlah kalau tak mahu membangun, tak payahlah berhutang.Bila dah berhutang, janganlah taknak bayar balik dan nak minta dihapuskan.
VERY GOOD BLOG..STYLE GMC JER...KAH..KAH..KAHHH
ReplyDelete