FOLLOWERS

Monday, 31 May 2010

60 / 40 % PEMBANGUNAN KG BARU : LAGI CADANGAN PENGKHIANAT BANGSA MELAYU !






KUALA LUMPUR 30 Mei - Kerajaan perlu mengkaji semula pemberian kuota 40 peratus kepada orang bukan Melayu untuk memiliki hartanah di Kampung Baru menerusi Pelan Cadangan Konsep dan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan kawasan tersebut. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pening kepala PG memikirkan cadangan dari Menteri Wilayah Persekutuan YBM Raja Nong Chik. Pening kerana dalam perancangan bagi membangunkan Kampung Baru Kuala Lumpur, sibok untuk membuat pembahagian 60 Bumiputra dan 40 % bukan Bumiputra bagi lot-lot komersial yang akan dibangunkan di kawasan perkamoungan melayu ini.

2. Mengapa pemimpin melayu ini sibok sangat nak membuat pembahagian tanah dan harta orang melayu yang sekangkang kera di tengah-tengah pusat Bandar di ibu Negara ini? Mengapa perlu 60/40 %. Mengapa tidak 100 % kepada Bumiputra. Bumiputra tidak mampu? Kalau Bumiputra tidak mampu, tidak adakah agensi amanah orang melayu seperti UDA dan MARA yang boleh membeli lot-lot kedai ini dan menyewakan semula kepada orang Melayu ( dengan kadar yang menasabah ) dan juga kepada bukan bumiputra. Hanya dengan penyewaan dan bukan pemilikan terus / jual terus 40 % kepada bukan Bumiputra!

3. Kampung Baru. Itulah satu-satunya perkampungan melayu di ibu kota Kuala Lumpur yang masih kekal. Ia perlu dikekalkan sebagai kampong / Bandar melayu selepas ianya dibangunkan. Nilai sejarahnya lebih tinggi dari segalanya.

4. Mengapa sibok kepada pembahagaian 60/40. Bukan melayu tak sibok pun nakkan Kg Baru. Tetapi melayu-melayu pengkhianat seorang dua di dalam jawatan kuasa pembangunan Kg. baru inilah yang sibok nak gadaikan kg baru dengan kouta di atas.

5. Sewakan. Bukan melayu pun akan sewa kawasan ini setelah ia dimajukan. Mungkin pembahagian 60/40% itu , mereka beralasan bagi mempercepatkan pembangunan kawasan ini dan dapat menarik pelabur untuk melabur di kawasan kg. Baru. Itu alasan lapuk dan dungu yang keluar dari pemikiran pemimpin begini. Kawasan ini jika dibangunkan pun dengan pemilikan 100 Bumiputra pun akan tetap maju dan amat berdaya saing kerana lokasi nya yang amat strategik.

6. Tak ada orang korporat dan peniaga tulen pun akan melepaskan peluang ini jika mereka dibenarkan menyewa lot-lot kedai di kawaan ini. Mereka akan tetap menyewa. Cadangan 60/40 tersebut adalah datang dari ketamakan sebahagian pemimpin melayu dan peniaga serta koporat melayu yang hanya mementingkan keuntungan jangka pendek. Tidak lain dari itu. Mereka ini tak pedulikan bagsa. Mereka akan member berbagai helah dan alas an bagi menjual semua harta dan maruah Bumiputra yang hanya berbaki begitu sedikit. Yang penting wang. Itulah yang mereka hanya nampak setiap masa.

7. Bangsa lain tak ada sibok pun dengan pembahagian 60/40 kampung Baru. Melayu-Melayu dan pemimpin serta korporat Melayu yang bodoh dan dungu inilah yang kerap dan selalunya menjahanamkan masyarakat dan bangsa Melayu.

8. Akhir sekali, PG tetap tidak setuju di atas kouta pembahagian pembangunan Kg. Baru ini. Ia seharusnya 100 milik Bumiputra . Jika Bumiputra tidak boleh beli semuanya di kawasan ini, satu agensi atau perbadanan khusus diujudkan bagi membeli premis dan lot-lot komersial di kawasan ini dan mereka boleh menyewakan kepada sesiapa sahaja. Bukan pemilikan kekal 40 % kepada bangsa lain.

9. Susah sangatkah nak laksanakan cara begini? Atau fikirkan cara lebih baik. Tetapi bukan 60 / 40.

10. Nasib Melayu: Terus diperbodoh oleh pemimpin dan bangsa sendiri. Ia tidak pernah berubah. Muka-muka pengkhianat nya sahaja yang berlainan dan dengan nama yang pelbagai.

Nota : Kepada YBM Raja Nong Chik , fikirkanlah dalam skala lebih luas dan holistik. Jangan YBM diperbodoh dan dipergunakan oleh beberapa kerat pengkhianat bangsa sendiri ini yang sentiasa mengintai peluang dalam keadaan apa cara pun.

15 comments:

  1. ini gimik politik mungkin dia mahu pas melatah semaksimum mungkin sebalum dia spin balik

    ReplyDelete
  2. TAKDER GIMIKNYA... MEMANG KAMPUNG BHARU TU, LAUK PALING SEDAP YANG DIIDAM-IDAMKAN SEMENJAK DARI ZAMAN SULEIMAN MOHAMED JADI MENTERI DULU LAGI... SEJAK DARI ZAMAN DIA LAGI, MAKHLUK-MAKHLUK PARASIT TU TERUS MENDESAK KERAJAAN AGAR GUBAL AKTA DAN STATUS TANAH KAMPUNG BHARU UNTUK MEMBOLEHKAN DEPA BUAT UNTUNG ATAS ANGIN!

    ReplyDelete
  3. AYUH MELAYU KG BARU ,BANGUN . PASTIKAN KG BARU 100% milik kamu .jgn biarkan pengkhianat merampas hak kamu.walaupun aku bukan warga kl,aku tetap tak setuju.

    ReplyDelete
  4. inilah pemimpin kamu yg kata syg melayu,hidup melayu,padahal bangsa lain tahu itu adalah tanah melayu,macam jinjang ada org nak pertikaike,pemimpin melayu memang bodoh,mereka ini pun pemimpin UMNO,jadi kamu terimalah ketua2 kamu yg goblok ni

    ReplyDelete
  5. ketua2 kamu memang dungu,lbh dungu dari kaldai,tgguuuuuuuuuu....PRU 13.....hancur kamu....

    ReplyDelete
  6. Come on itu baru cadangan so kita sebagai melayu timne nie la kena berjuang...dia pemimpin yang kita pilih so aper dia buat kena amik kira pendapat kita sebagai pengundi bukan main turut mcm yang sebelah sana..menjilat pun sanggup bila disuruh

    ReplyDelete
  7. 40% tu bagi pd Tabung Haji,KWSP,PNB dan Khazanah lebih manfaat.Kalau nak harap penduduk sendiri nak bangunkan boleh kempunan. Nak bayar cukaipun terkial2. Bila dah siap pembangunan suruh orang melayu je masuk berniaga. Jangan bagi cina sewa. Meniaga kain batik.gunting rambut,jual kueh dan apa jugak yg menguntungkan.

    Biarkan saja Kg.Baru macam asal. Jadikan tarikan pelancong. Buat projek perumahan sebijik rumah harga berjuta-juta, melayu mana yg mampu nak beli. Tanah mahal gila beb.

    ReplyDelete
  8. Ni tak dengar plak najib kutuk Yahudi Zionis pasal menyerang kapal misi kemanusiaan...kenapa ya?...Najib tentu segan sikit sebab penasihatnya kan APCO/YAHUDI/ZIONIS...hampeh punya manusia, bersekongkol dgn yahudi membunuh umat islam, namun dia masih tersenyum lebar mengira untung bersama2 APCO dan umnonya....

    ReplyDelete
  9. ....bagus....bagus... inilah pejuang bangsa, itupun Melayu penyokong UMNO tak pernah kedurjanaan pemimpin mereka....

    ReplyDelete
  10. Tahniah! YBM Raja Nong Chik idea anda memang bagus. Antara paling bagus dari yang pernah aku dengar. Raja Nong Chik ni sihat ke tak otak dia ni. PM DS Najib tak bukak mata ke melantik orang macam Raja Nong Chik pengkhianat bangsa. Dia ni belajar dari sekolah Yahudi ke? Jika inilah hasil mutu kerja dan idea dari UMNO teruskanlah perjuangan keledai-keledai UMNO (BN) PRU ke 13 habuan besar menanti BN. Penduduk Kpg. Baru mesti bersatu untuk mempertahankan hak-hak anda 100%. Biar jadi kampung kuno di tengah kota tapi maruah anak cucu penduduk Kpg. Baru tidak tergadai.
    Mana pejuang dan pendekar-pendekar UMNO? Jangan terkaung-kaung hingga bergegar PWTC setiap tahun tapi habuk pun tarakkkkk. Apa sudah jadi UMNO dan apa yang diperjuangan selama ini?

    ReplyDelete
  11. Aduhai orang2 Umno! Kamu semua sangat marah bila ada orang drp luar kalangan kamu meuar-uarkan lagak bodoh sombong & perbuatan2 pengkhianatan yg sudah terlalu banyak dilakukan oleh sebahagian drp para pemimpin Umno, bukan sahaja terhadap kamu, tetapi juga kdp negara & bangsa kita - Melayu. Baru saja kita kehilangan sumber 'nyawa' ekonomi negara yg tidak ternilai kekayaannya, yg sepatutnya menjadi jaminan kpd anak curu cicit kita nanti - padang minyak yg diserah kpd Brunei oleh pemimpin Umno; diikuti dgn 'pelelongan' tanah super strategik negara milik KTM kpd Singapura, juga oleh pemimpin Umno; lalu timbul yg ini pula, & ia berlaku di bawah batang hidung kita - oleh pemimpin Umno yg baru saja diangkat oleh Melayu sendiri ke kerusi kekuasaan, tetapi jadi pengkhianat juga kpd Melayu kita. lni satu lagi contoh jelas pengkhianatan yg sangat busuk lagi keji - pengkhianatan kpd saudara2 Melayu kita di Kg Baru itu. 'RAJA' - gelaran kemuliaan ini selayaknya disabitkan dgn title 'raja' - para
    penudukung ketuanan Melayu & pelindung kpd Melayu. Tapi sungguh malang, 'raja' yg ini sungguh hina hati-budinya - raja busuk yg merancang penipuan & pengkhianatan terhadap saudara2 sebangsanya sendiri orang2 Melayu para pewaris Kg Baru itu.

    Aduhai orang2 Umno! Sebab itu kami tinggalkan parti keramat ini; bukan tidak sayangkan bangsa, tetapi sebagai satu usaha utk mengakhiri
    pengkhianatan2 seperti ini oleh para pemimpin bangsa kami sendiri drp terus menggigit batang tubuh bangsa Melayu kita hingga ke tulang2nya.
    Setidaknya, ini usaha kami, dan jika ia tidak menepati sasaran, pasti kami akan cari jalan & alternatif yg lain pula. Kamu yg sudah lali dgn pengkhianatan2 spt ini, sudah-sudahlah kamu sekalian Melayu dlm Umno dgn para pemimpin spt ini, & akhirilah politik tipu-tipu serta pengkhianatan oleh mereka dgn MEMBUANG MEREKA.

    Spt kata Anon 31 Mei 2010 21:32 - "Time nie ler kena berjuang". Baguslah! Berjuanglah kamu; bermula dgn MEMBUANG MEREKA - kerana di tangan kamulah kuasa utk membuang mereka, tetapi sila ingat! undi kamu jugalah yg memberi jalan kpd orang2 spt ini terus menerajui pengkhianatan2 spt ini.

    Melayu kg lama

    ReplyDelete
  12. haha..bagos pg.bg londeh sume.aku heran la,klu bwh pr lg teruk melayu kene jual.kt cn bkn men mnyalak lg dieorg.nk kate dungu pun xle.tp tula,klu dh taksub xle nk pike logik lg.adepun blogger pr pun sume kecot telor xnk repot ape.elok la tu.same2 lingkop.tpekik tlolong hina org sane cn,pmimpin die lg terok xpenah nk amek tau.org kuar parti je die hina.xpernah plk nk amek tau kenape..
    anyway,bgs pg..xkire sape salah bg londeh je.

    ReplyDelete
  13. Pemimpin-pemimpin UMNO tak ada lagi ke yang perlu dibagi-bagi kuota 60/40? Telur-telur Melayu dan Bumiputera pun boleh bagi 60/40. Pemimpin Melayu dayus dan bacul. Pemimpin UMNO DAYUS dan BACUL. PAS dan PKR rasanya lagi teruk kot. Nasib Lu! Orang Melayu..Gua! peduli apa?? Gua kira untung jugak. Bagi Gua! MCA, DAP atau GERAKAN sama aja mesti ada untung.

    ReplyDelete
  14. kenkawan semua...
    jangan kutuk Umco macam tu...
    salah ke berkongsi kepintaran?
    inilah semangat 1Malaysia...
    yang untung Melayu jugak ye tak...
    yang kaya Melayu jugak...
    bole la TUMPANG bangga...
    kalu nak harap nama je kampung Melayu tapi tak ada pembangunan buat apa...
    jual la...
    bukak la syer 60:40...
    kami penyokong tegar Umco menyokong penuh cadangan tu...
    HIDUP MELAYU...
    wakaka...

    ReplyDelete
  15. jual!jual!asal masyukkkkkk
    then kroni blh jual kt cina!/foreigner
    masyuk ooooooo...then melayu dok la kt tepi longkang!apela bangang sangat melayu ni?
    common semua melayu!bangkit dari lamunan!
    bangkit!bangkit!
    jgn biarkan diri anda dikhianati oleh kroni2 yg ingin menghancurkan bangsanya sendri demi kepentingan peribadi mereka!
    bangkit melayu!
    sedarlah wahai anak bangsaku
    jgn biarkan diri anda dikhianati!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR