FOLLOWERS

Thursday, 27 May 2010

JUDI BOLA : SETUJU DENGAN KERAJAAN SELANGOR TAPI..................

( Bersamping lagi si penjudi ini. Sport ( sukan ) katakan, mana salah. Ini asas penjudi ini kot!! )


Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan
author_photo("Aidila Razak")
Aidila RazakMei 27, 106:14pm


Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kali ini PG sokong 100% atas tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan negeri Selangor ini terhadap judi bola sekiranya ia diluluskan oleh kerajaan pusat bagi Pertandingan Piala dunia nanti. Pihak kerajaan tempatan berkuasa untuk tidak mengeluarkan lesen tersebut kepada premis seperti Sport ToTo. Atau batalkan lesen perniagaan mereka.

2. Tetapi adalah lagi baik sekiranya Damacai, Sport Toto dibatalkan terus lesen perniagaan judi asal mereka sekiranya kerajaan Selangor atau kerajaan PR yang lain betul-betul komited dan ikhlas. Atau selepas tamatnya lesen perniagaan mereka setiap tahun , jangan dilanjutkan lagi lesen premis perniagaan judi ini. Bagaimana ? Bagus bukan. PG amat setuju.

3. Biarkan Damacai atau Sport Toto mendapat lesen judi dari kerajaan pusat. Tetapi kerajaan tempatan yang diterajui oleh PR boleh dengan tidak mengeluarkan lesen atau menyambung lesen premis perniagaan mereka yang perlu diperbahari setiap tahun. Itu kalau PR ikhlas le. Mengapa sampai sekarang ia tidak dilakukan oleh PR yang sesuci bersih kain putih ini? Cakap aje kot!

4. Itu kalau kerajaan Selangor atau PR ikhlaslah. Jangan nak berpolitik atau atas kepentingan politik. Lesen judi kerajaan pusat lulus. Lesen premis perniagaan judi kerajaan tempatan / kerajaan negeri luluskan. Jadi apa masalahnya? Hapuskan keduanya iaitu judi biasa dan judi bola.

5. Segerakan PR! Jangan cakap aje Che Lateefaa Koya Kuttee oiii!!! Ini bidang kuasa anda!

7 comments:

  1. puak2 munafik tegar ni, cakap modal air lior boleh la broo...

    ReplyDelete
  2. Baguslah. Nanti bagi bisnes pada kongsi gelap yang buat judi secara haram. Untung DAP, ada orang sebegini.

    Jesus Christ is not the same as Allah.

    ReplyDelete
  3. kan judi tu utk org bukan islam ,yg kita ni umat islam tak payah la beli apa yg kita nak takut sangat KAN JUDI ADALAH HARAM DISISI ISLAM

    ReplyDelete
  4. Ada org kata PR mempolitikkan isu judi bola...kenapa umno kata begitu pulak? bukankah isu judi adalah sudah jelas hukumnya dan sudah jelas kesannya. bukankah isu ini menjadi isu rakyat, bukankah rakyat yg menerima kesannya? sudah tentu lah ada pihak2 akan menentangnya terutama dr parti2 politik...sudah menjadi isu, sudah tentulah kena diambil tindakan mennetangnya..

    soal judi spot toto, damacai,dan lain2 tu harap kerajaan pusat haramkan dulu..sebab judi2 jenis ini kerajaaan pusat yg meluluskan lesen bukan kerajaan negeri...sebenarnya umno/bn lah yg mengelirukan rakyat isu ini...

    ReplyDelete
  5. SLM BRO..NAK KE SI RONIE THE DON TU BERKORBAN?? HUHUHU

    ReplyDelete
  6. Jangan jadi bodoh kalau kerajaan pusat luluskan judi kenapa kera-jaan Pakatan rosak nak ikut Kerajaan PR tak perlu ikut kerajaan pusat kalau nak haramkan judi di negeri Pakatan rakyat kera-jaan Pakatan bolih buat bersendirian tak perlu nak politikkan isu ini kata nak jadi kera-jaan yg lebeh baik dari BN tapi lebeh teruk dari BN 2 tahun perintah satu tempat judi dan arak tak di haramkan langsung rakyat tertipu permainan politik kera-jaan PR.

    ReplyDelete
  7. Lateefaa Koyak berpolitik lagi. Lesen judi kerajaan pusat luluskan. Lesen arak kerajaan negeri luluskan. Kaki arak bila stim macam maksiat dia boleh lakukan. Itu sebab arak digelar raja maksiat. Mengapa kerejaan negeri tak batalkan pengeluaran lesen arak. Judi sukan ke tak sukan ke semua haraam. Tutup semua premis judi dan arak. Lepastu kerajaan PR musnahkan kandang2 ternakan babi pulak. ADA BERANI KAH???

    ReplyDelete

PETA PELAYAR