FOLLOWERS

Friday, 14 May 2010

DAP LAKNATULLAH : MP KULIM YANG CAKAP!


Dipetik dari Blog : YB Zulkidli Nordin MP Kulim

DAP LA'NATULLAH
12 May 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 12:06 PM

Salam 2 all.

Saya mengutuk keras kebiadapan DAP yang angkuh mempermainkan isu kalimah ALLAH dalam kempen pilihanraya kecil Sibu walaupun larangan telahpun dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Ini jelas satu sikap kurang ajar yang mencabar bukan sahaja pihak berkuasa, tetapi juga umat Islam.

Adalah jelas DAP langsung tidak menghormati aqidah dan sensiviti umat Islam. Keangkuhan dan kebiadapan DAP ini sudah sampai keperingkat yang mereka merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh disentuh langsung!

Mereka mendesak secara terbuka supaya Kerajaan menarik balik rayuan yang dibuat ke Mahkamah Rayuan dan membenarkan pihak Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti yang ALLAH punya anak! Dan untuk menghalalkan tindakan dan tuntutan mereka, DAP telah membawa masuk PAS sebagai penyokong mereka.

Dalam satu majlis "Christian Fellowship of Pakatan Rakyat" di Sibu semalam, calun DAP Wong Ho Leng menyatakan "PAS boleh mengisytiharkan bahawa langsung tidak ada apa-apa larangan didalam Al Quran yang melarang penggunaan kalimah (ALLAH ini oleh golongan Kristian)..." (sila lihat lapuran dibawah).

Saya sangat sedih melihat parti yang dahulunya dikenali dengan perjuangan Islam yang jelas, dan menjadi harapan sebahagian orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan Negara Islam dan Daulah Islamiyyah, boleh bersekongkol dengan perkara saperti ini.

Sudahlah di pilihanraya kecil Hulu Selangor calun yang pernah mempertikaikan perlaksanaan enakmen hudud, qisas dan ta'zir diberi sokongan penuh oleh kepimpinan PAS!

Persoalan besarnya ialah, apa nak jadi dengan PAS?! Saya menyeru kepada ahli akar umbi PAS yang saya yakin sangat komited dengan perjuangan Islam, saya menyeru kepada pendakwah dan pejuang Islam didalam PAS yang sangat ikhlas dalam perjuangan mereka, saya menyeru para 'ulama dan 'ilmuan Islam yang jujur yang masih ada didalam PAS, marilah selamatkan PAS daripada terus hanyut dalam buaian mimpi indah duniawi ini yang akan menghancur dan merosakkan PAS.

Marilah kita bawa balik PAS k2epada perjuangan Islam yang sebenarnya, berjuang diatas landasan Al Quran dan Sunnah. Janganlah kita persia-siakan pengorbanan Almarhum Dr. Burhanuddin Helmi, Almarhum Ustadz Zulkifli Mohamed, Asyahid Ustadz Ibrahim Libya dan ramai lagi yang telah berkorban harta dan nyawa untuk perjuangan Islam.

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Wallahua'lam. Moga ALLAH memberikan kita hidayah dan keimanan didalam fitnah aqidah yang melanda umat masakini, dan moga ALLAH memberikan keampunan kepada semua mereka yang masih mahu mempertahankan iman masing-masing. Memang kita sebenarnya sudah berada di akhir zaman, zaman fitan, zaman fitnah yang telahpun disabdakan oleh Rasulullah saw.

Kita dapat melihat dengan jelas DAP langsung tidak menghormati Mahkamah yang sedang dalam proses mendengar rayuan bersabit isu ini. Ini adalah satu penghinaan kepada Mahkamah. Dalam bahasa undang-undang, ini dipanggil sub-judis yang boleh dikenakan tindakan komital oleh Mahkamah.

Inilah golongan yang bila orang lain membuat komen kepada kes Mahkamah, mereka akan melalak kononnya kita tidak menghormati dan menghina Mahkamah. Contohnya dalam kes liwat yang sedang berlaku sekarang, langsung tak boleh nak komen. Sampai ada akhbar menyiarkan gambar katil tempat Saiful diliwat pun dia bising satu dunia, sampai nak penjarakan orang. Bila Dato Seri Nazri melabel pakar forensik mereka sebagai penipu kerana tidak mahu datang Mahkamah dalam kes Teoh Beng Hock, segera mereka melalak nak ambil tindakan menghina Mahkamah dan nak memenjarakan Dato' Seri Nazri.

Tapi bila mereka sendiri secara terang-terang menghina Mahkamah dengan memainkan isu kalimah ALLAH, itu didakwa kononnya sebagai hak demokrasi, hak bersuara.


Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
28 Jamadil Awal 1431
12 Mei 2010


Penghuni Gua : Ini YB Zul yang cakap. Bukan PG. YB Zul ini adalah bekas MP PKR. Orang sendiri yang bercakap. Jadi fikirkanlah pengundi muda.

2. Ini wajah sebenar DAP dan PR. Jangan tersilap pilih.

13 comments:

  1. Orang sendiri apa dah bekas... umpama bekas bini PG, masih bini PG lagi ke gitu...

    ReplyDelete
  2. Zul Nordin harus lebih lantang bersuara mendedahkan kepincangan PAS.

    take care of your own communist party

    ReplyDelete
  3. Isu kalimah ni sapa yang bikin kecoh dulu tu? bukankah UMNO?....kononnya umno lah penyelamat Islam...kununnya lah !

    UMNO nak sgt pertahankan kalimah, lesen judi bola diberi juga kat Berjaya Group...apa citer!!

    umno ni hipokrit dan munafik!!! maaf cakap la...dah memang gitu...aku ni tak sokong mana2 pun tapi hipokrit umno ni meluat aku tgk!!

    ReplyDelete
  4. Pas sudah lari akidah nya berdosa besar tidak akan dapat bau syurga puak puak ni masuk apa lagi lah bau pun tak dapat kepada ahli ahli pas seluruh negara mari lah kembalikan sinar dalam pas kerana ulamak ulamak yg tidak di itraf banyak sangat dalam pas kalau dibiar kan makin sesat lah ahli ahli pas bab UMNO kita jangan pertikai kerana sumber kewangan negara ada lah dari cukai dalam malaysia bukan org islam saja banyak ugama lain kalau judi tu haram jangan dekat dengan judi tapi di selangor arak bolih bolih pula di jual pada org islam tiada larangan kerana apa CUKAI dik kalau sebuah negeri itu tiada kutipan cukai negeri itu akan bangkrap kelantan pun sama kutip cukai apa nak hairankan kita rakyat duduk diam diam biar kerajaan yg buat kerja.

    ReplyDelete
  5. DAH DI JELASKAN PENDIRIAN PG SEBELUM INI BAB JUDI BOLA SEPAK.

    SERUPA DENGAN PAS JUGA, CUKAI LESEN ARAK PUN TAK ADA BATAL PUN DI KELANTAN HINGGA KINI. KATA NIK AZIZ BOLEH GUNA UNTUK KEMASLAHATAN UMUM. BAGAIMANA PULAK TU.

    APA PUN BAB JUDI BOLE TU, PG MENENTANGNYA ATAS APA ALASAN PUN.

    ReplyDelete
  6. bro pg,
    klu kita nak menuding jari org tu salah org ni salah sampai bila tak selesai...persoalan sekarang kenapa kita menambahkan lagi sumber pendapatan negara dgn jalan yg tak berkat? sblm ni pun kerajaan dah banyak mendpt hasil dari cukai judi dan arak.....persoalan saya kenapa kita sengaja menambah kemurkaan ALLAH SWT di bumi Malaysia ini?? saya hormati pendirian sdra menentang hal ini tetapi cukupkah sekadar menyatakan pendirian secara individu? kenapa sdra tak cuba mengajak rakan2 sdra dlm umno, perkasa atau pekida utk sama2 menunjukkan bantahan ini dgn menghantar memo kpd PM.

    Adalah malang bagi org islam apabila raja/sultan diperlekeh mereka sanggup turun ke jalan raya utk membela tetapi apabila hukum ALLAH SWT raja segala raja dipermainkan oleh pemimpin yg mengaku islam, pejuang2 yg saya sebutkan diatas kecut menikus tak bersuara....mana peginya brahim ali??? mana peginya mamat yg bakar patung zaid ibrahim tempoh hari???? inilah manusia2 hipokrit.

    psstt: tlg tanya zul noordin apa pendirian dia dlm isu ini...senyap je tak dengar apa2 pun...kata pejuang islam...

    ReplyDelete
  7. kau kata :"SERUPA DENGAN PAS JUGA, CUKAI LESEN ARAK PUN TAK ADA BATAL PUN DI KELANTAN HINGGA KINI. KATA NIK AZIZ BOLEH GUNA UNTUK KEMASLAHATAN UMUM. BAGAIMANA PULAK TU".
    aku kata :" KEPALA OTAK KAU, siapa kata di Kelantan PAS ada keluarkan lesen dan ambil cukai Arak. Kalau nak cakap guna kepala otak jgn guna kepala lutut. Undang-undang kecil negeri Kelantan tidak membenarkan mana-mana pihak menjual arak. Namun jika org bukan Islam ingin memohon lesen menjual arak boleh dipertimbangkan dgn syarat-syarat yang ketat. Antaranya ditempat tertutup dan dipastikan tidak dijual kepada orang Islam. Kalau orang melayu pergi minum juga, itu orang UMNO yang memang celako, celako, celako.
    Sementara judi ini pula, umum kepada sesiapa yg nak berjudi. Jasa paling besar UMNO/APCO/YAHUDI berikan kepada umat Islam M'sia.
    Lain kali kalau nak klentong, guna otak, jgn duk tiru perangan Cpool, simpan air mani Anwar 2 hari dalam jubur, org gila pun geli hati, Kalau orang tak gila percaya, itu tanda dia dah gila.
    Kah kah kah

    ReplyDelete
  8. anon 16:44

    Kiranya Pas tak salahlah pasal lulus lesen arak dgn syarat?Kah kah kah.Ada toleransi dari Allah sebab jual kt tempat tertutup. Oi bahlul,dosa tetap dosalah. Kalau betul2 islam jangan jual langsung. No ekor gelap pun ada jual kat Kelantan tau tak. Orang Pas pun ada yg beli.Baru2ni imigtesen tamgkap ramai GRo di Tumpat. Pelacur pun dah ada,tapi agaknya ditempat tertutuplah. Kah kah kah. Judi,arak dan sundal...pakej di Kelantan. Pas/Yahudi for all....

    ReplyDelete
  9. Assalaamu 'alaikum sdra PG & sdra2 Muslim yg melayari blog ini,

    1 Di dlm UMNO Muslim. Di dlm PAS pun Muslim. Sdra YB Zulkifli Nordin juga Muslim. Kenapa semua jadi serosak ini: UMNO vs PAS vs Zulkifli Nordin vs UMNO. Lebih malang, kerosakan itu pun dipacakkan ke dlm benak & jiwa para pengikut. Akhirnya, pengikut2 pun sama rosak persis pemimpin2 yg menyebarkan kerosakan itu: bermusuhan sesama umat lslam kerana politik. Lalu, dgn segala kaedah [termasuk berblog], permusuhan itu pun di'dakwah' & dismarakkkan.
    lroninya, persekongkolan & perkongsian dgn puak2 kuffar yg Allah haramkan disubur-biakkan.

    2 Politik apakah ini?. Tentu BUKAN politik lslam. Nabi Muhammad SAW ikutan mereka [jika mahu dijadikan ikutan] TIDAK PERNAH mengajarkan perilaku politik sekeji & serendah ini. Apabila mahu mengambil apa saja - termasuk politik - yg BUKAN drp Muhammad SAW, pasti jerat kerosakan yg memang dipasang oleh musuh2 lslam sedia menunggu.

    4 lnilah yg sebenar2nya terjadi. Mereka ini semuanya, akibat ketidakfahaman tentang politik yg bersumberkan wahyu [lslam] yg seWAJIBnya diperjuangkan dan ditegakkan oleh umat lslam di atas jalan politik kenabian, telah sebaliknya mengambil & beriman dgn ideologi politik tinggalan kafir British acuan Lord Reid - politik yg memisahkan agama drp urusan kehidupan; ideologi yg tegak di atas dasar pemikiran: politik suku, agama suku, iaitu agama tidak ada peranan di dalam urusan hidup [politik], sistem negara & pemerintahan. ltulah Sekularisme!

    5 Maka, segalanya dipulangkan kpd akal yg dibimbing oleh sekularisme supaya menolak wahyu [al-Quran]. Di atas ideologi sekularisme inilah dilahirkan rumus2 [berupa undang2] yg semata-
    mata bermatlamatkan meraih keuntungan duniawi, sekalipun kerananya keharaman2 yg Allah telah tetapkan dilanggar, spt, [i]: keharaman memecah-belah ukhuwwah lslamiyyah walau atas alasan apa sekalipun; apatah lagi politik yg sewajibnya mempersatukankan ummah.

    .."Wa'tashimu bi khabli llahi jamii'a wa laa tafarroku" [Dan berpegang teguhlah kamu semua kdp tali Allah [lslam & segala ajarannya, termasuk deologi], dan janganlah kamu bercerai-berai", juga, [ii]: keharaman menjadikan orang2/
    parti2 berbasis kaum kuffar [DAP, MCA, MIC,
    PBS, dsb] sebagai aulia'/teman kepercayaan,
    kerana Allah telah jelas2 menyatakan bahawa kaum kafir akan sentiasa mendatangkan apa saja yg membawa kesusahan kpd umat lslam [Lihat al-Quran, Ali lmran: 28 & 118]. Bukankah maudu' posting yg mengungkap kepedihan & kekecewaan YB Zulkifli tidak lain adalah DAP? Apakah UMNO tidak gelisah apabila MCA pecah-belah?

    Wallahu a'lam.

    Abufaiq.

    ReplyDelete
  10. lari tajuk

    bab judi , pg dah jelaskan dalam psoting terdahuli. sebenarnya judi bolesepak iini lesennya tak ada pun diluluskan lagipun. pg dah periksa. hanya kerajaan paparkan hasrat taukeh judi berjaya ( kawan DSAI ) yang nak lesen. tak ada khabar berita pun dan kerajaan tak ada lulus pun lagi. cuma berjaya je wAR-WARKAN LESEN DAH LULUS. BIASALAH POLITIK PERNIAGAAN BERJAYA. RELAK, PG PERCYA KERAJAAN TAK AKAN LULUSKAN.

    ReplyDelete
  11. Kerajaan tak luluskan lesen judi bola tu kerana siapa? kerana takut Allah ke? atau takut jd isu?

    tak dengar plak puak2 umno yg bertegang leher kata org kuat berjudi marah pd kerajaan tentang isu judi ni...perkasa diam jer...MP2 yg lompat dulu pun dah lena kekenyangan....

    umno ni susah nak cakap la...hari ni kata lain, esok tak sama, semalam berbeza...semuanya kerana nak untung politik...macam org memancing ikan, taruk umpan kemudia lempar dlm air, tunggu respon ikan, kalau ikan bodoh dia terus makan, kalau ikan cerdik, dia tak layan pun umpan umno ni, maka umno akan tukar umpan lbh sedap dan wangi, lempar lagi...ikan yg makan itu ikan bodoh jer....sekadar perumpamaan..


    sedih dgn MP2 yg keluar PKR dulu, konon nak perjuang melayu/islam, bila umno syor judi..mereka senyap jer....mana suara keras mereka dulu??? mana? mana? mana? cakap tak serupa bikin!!

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera,

    Anon 21.12,

    cantik perbandingan tu... ikan bodoh.. agak2 ikan apa jenis bodoh ni... ikan belukang, ikan buntal, ikan belodok [tembakul], ikan ... itulah, jenis2 ikan yg orang tak nak beli...

    TAPI ADA SATU JENIS IKAN DALAM AMNO NI YANG SEMUA UMPAM PUN DIA SEBAT.... IKAN YU....

    ReplyDelete
  13. Anon 9:11,

    ... ikan yu alias jerung...

    banyak tu dlm UMNO...ikan pemangsa yg pelahap tu.. bangkai boleh, kayu pun telan ... hehehehe

    ReplyDelete

PETA PELAYAR