Polis pertingkat kawalan keselamatan Sultan Kelantan
05/05/2010 8:46pm
05/05/2010 8:46pm
KOTA BHARU 5 Mei – Polis diarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang sedang menjalani rawatan susulan masalah jantung di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian berikutan kejadian seorang pengawal keselamatan istana ditembak Sabtu lepas.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah menitahkan kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan Sultan lebih terjamin.
Ini berikutan insiden pengawal keselamatan Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohamad, 50, yang cedera parah di dada akibat ditembak empat das oleh suspek yang tidak dikenali pada 1 Mei lalu, katanya.
"Berdasarkan titah-titah arahan tersebut, maka bermula 4 Mei pihak polis telah meningkatkan kawalan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian semalam untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.
Abdul Halim berkata, Sultan Kelantan telah dibawa ke HUSM semalam dengan iringan ketat polis dan ditempatkan di Wad Diraja supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada Pemangku Raja dan kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.
Menurut pegawai-pegawai istana, Sultan Kelantan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang esok dengan pesawat kerajaan untuk menerima rawatan susulan. – Bernama
Penghuni Gua : Ini yang sebenarnya yang terjadi. Kalau kita baca Malaysia kini bukan main akhbar sampah ini cuba cetuskan isu. KLIK
2. Rupanya inilah sebenar apa yang terjadi pada kelmarin sehingga menyebabkan DYMM Sultan Kelantan tidak berangkat ke Singapura.
3. Semuga Ke Bawah Dulu Tuanku dilindungi Allah dan sihat dengan cepat dari gering. Juga semuga Ke Bawah Duli Tuanku sekeluarga sentiasa di berkati Allah. Amin. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!
salam hormat bro
ReplyDeletemana peginya pemimpin pas? jenguk2 pun tidak!
pembangkang memang hipokrit
ini pas punya tahi le ni. nak nasihatkan pun tak pandai. kena hal begini semua kemetot. cari le penyelesaian cara islam yang diwar-warkan tu.
ReplyDeleteTGNA telah menjawab persoalan ini.kita ikut perlembagaan negeri.hal keluarga biarlah keluarga itu selesaikan.nanti orang kata pulak kita berpihak.
ReplyDeletealahai bangangnya mamat penghuni gua ni.. sama gak akai & annoy no mos tuh... berita rasmi mesti cover cerita sebenar bro...
ReplyDeleteLucu jg pihak yg mengatakan pemimpin PAS kelantan tak jenguk sultan!
ReplyDeleteMalas aku nk komen panjang tp cukup lah aku katakan bahwa pemimpin kjaan negeri hanyalah mengikut tutah perintah Pemangku Raja....kalau Pemangku Raja kata jgn gi ke istana maka pemimpin negeri akan akur.....ada la sebab musababnya....
Dan kalau korang nk tau jugak,Pemangku Raja Tg Faris sendiri pun baru skali dpt kebenaran ziarah ayahandanya di istana Mahkota....