FOLLOWERS

Thursday 21 April 2011

SEKOLAH HARAPAN : ALHAMDULILLAH !!!!!







JASIN: Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan sudah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Beliau berkata, buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah terbabit dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin. "Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di sini, hari ini. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Alhamdulillah. Selamat nyawa yang tidak berdosa. Tahniah kerajaan Melaka. Biar pun berbagai kecaman dan kutukan dikeluarkan terhadap idea penubuhan sekolah ini, akhirnya berpuloh nyawa anak yang tidak berdosa dapat di selamatkan.

2. Remaja wanita yang ditipu dan diperdaya oleh lelaki durjana dapat di selamatkan juga dari membuat dosa seterusnya iaitu mmbunuh kandungan tersebut. Tahniah Dato Ali. Teruskan usaha ini di samping memperhebatkan langkah lain dalam mengatasi masalah ini. Langkah penubuhan sekolah Harapan adalah salah satu usaha awal.

3. Setelah meneliti statistik di sekolah ini, rupanya ramai juga gadis dari kerajaan serambi Mekah ............Katanya kerajaan serambi Mekah ini , bagus dari segi mendidik rakyatnya dengan cara islam PAS. Rupanya sama juga dengan negeri lain. Sebab itulah, cakap bab konsep boleh le. Cakap dengan air liur. Bila keadaan sebenar adalah isu yang berlainan.

4. Apa pun , tahniah kepada mereka yang menjayakan penubuhan dan perjalanan sekolah Harapan. Tahniah kepada semua. Semuga anda semua mendapat pahala yang besar di sisi Allah. Amin.

10 comments:

  1. Alhamdulillah...niat kita bukan nak mengalakkan orang berzina sampi mengandung anak luar nikah...tapi meyelamatkan nyawa bayi yamg x bersalah...

    Bagi mereka yang mengutuk, mengumpat, mengeji tu...ada baiknya diam sahaja la..terutamanya PAS yg langsug a mbil apa2 tindakan bagi emmbendung gejala buang bayi...

    Dalam masa yang sama kita terus didik remaja masa kini agar x terlibat dengan gejala sosial sehingga mengarah ke kancah penzinaan...

    Lebih baik bertindak sekarang daripada beretorik kosong mcm PAS...

    Mulut sahaja berbuih2 sebut hukum-hakam Islam, tp perlaksanaan, kosong..hapa pun x dak... bila ajak berbincang mula cakap .."Haa ini la kerajaan, bila bab sosial baru nak ajak berundaing, klu bab duit buat x reti jer kat kita".

    Klu masalah sosial pun x boleh nak duduk semeja biarpun masalah tersebut membabitkan masalah umat Islam dn bangsanya hal2 lain lagi lah...

    Buat ahlul2 PAS yang dok kritik segala apa yang kerajaan buat tu fikir2kan la...nikmat yang korang dapat tu mmg rezeki daripada ALLAH, tpi fikirkan lah kenapa ALLAH kurniakan rahmat kepada korang itu melalui kerajaan yang sedia ada?.

    ReplyDelete
  2. nyawa yang tidak bersalah hendaklah diselamatkan bukannya dibiarkan dihumban kedalam longkang dan seumpamanya. Tahniah negeri Melaka.

    Mereka-mereka ini terperdaya dan terdesak hendak mencari rezeki kerana ditempat sendiri peluang tiada untuk berkerja dan ekonominya pun lembab. Maka, ekonomi dan peluang perkerjaan itu penting. Bukankah kefakiran itu dekat dengan mungkar?

    jangan dok cakap aje, penyelesaiannya tidak ada.

    ReplyDelete
  3. tk salah utk buka pusat2 perlindungan macam ni...cuma pengisian ilmu di situ diharapkan dapat menginsafkan penghuninya..bukan sekadar tempat persinggahan.

    ReplyDelete
  4. Pusat itu jalan terakhir, bukannya jalan penyelesaian muktamad sekadar penyelesaian interim. Apapun adalah juga penyelesaian dari tahu mengutuk saja tapi penyelesaiannya takde.

    Setidak-tidaknya, adalah tempat makan, minum dan tidur bilamana kawan baikpun tak dapat nak bantu. Yang penting bayi itu lahir dengan selamat, selepas itu, itu isu lain pula. Step by step lah kiranya dalam mencari penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  5. bagi sesape yang rase2 nak buat maksiat... klimax boleh pancut dalam, takyah pakai kondom... moh le gi amek borang pendaftaran!

    Tak jauh bezanye dengan bagi kondom free untuk elakkan wabak berjangkit AIDS... Mana la letaknya otak korang ni, cer tengok kat pale lutut tu... ater kat tumit pulak ke yoep?

    Cube le korang bekalkan anak2 bangsa dgn didikan agama dan keimanan... takyah susah2 buat sekolah harapan dan bagi kondom free!

    PG - anak hang dah grade dari Sekolah Harapan tu ke? ... bin AliKetam la gamaknye ye?

    ReplyDelete
  6. Kalo dah macam ni punye terbela dan dimanja, tak lama lagi penuh la sekolah harapan ni.

    Gamaknya makin ramai pengundi HARAPAN tak lama lagi..... tak gitu, PG?

    ReplyDelete
  7. Komen para 3 PG tu...

    Stasistik tu fakta ke... keluarkan fakta angka dia, jgn jadi mcm Datuk T... asal dapat aibkan orang dah cukup puas bagi mereka.

    Kalo pun gadisnye ramai dari Kelantan... mcmana nko dapat pasti diorang tu dari benih PAS atau UMNgOk Be-eNd? Kalo dah memang UMNgOk Be-eNd yg sediakan Sekolah Harapan, dah memang tentu dikhaskan utk anak2 orang UMNgOk Be-eNd... idak gitu? (Serkap jarang ikut cara UMNgOk!) Anak Gadis Kelantan UMNgOk rope2nye....

    Enjit..jit semut... sape sakit naik atas!

    ReplyDelete
  8. Salam tuan PG & Sema2...,

    SEKOLAH HARAPAN : ALHAMDULILLAH !!!!!

    Ha ha ha oih, jangan terlalu angkuh dan sombong. Kata itu ini tak bagus, menggalakan pelakuan tak senonoh...!!! Ingat Allah sentiasa memerhati gerak hati kita. Allah akan "cash" sesiapa yang Allah mahu akibat denyutan hati, cakap lain perasaan lain, tapi lebih kepada umpatan semata-mata. Hari ini, keluarag si polan si polan ditimpa malang, entah esok lusa tubin, kena keluarga sendiri. Masalah...

    P5B. Minta dijauhi perkara tak diingini berdoa terus kepada Allah S.W.T...

    ReplyDelete
  9. Anon 22 April 2011 07:53 dan yang sewaktu dan sekutu dengannya,

    Rumah Harapan itu penyelesaian sementara bukannya penyelesaian muktamad. Matlamat sementaranya untuk menyelamatkan keadaan dari bayi itu mati terdampar dan bakal ibu itu dianiayai seterusnya. Mungkin yang berfikiran pendek tidak nampak bahawa nabi Muhammad saw apabila seorang itu mengaku zina, nabi sendiri suruhnya balik sehingga bayi itu lahir,dia datang lagi selepas bayi itu lahir,nabi suruh balik untuk susukan bayi itu, kemudian dia datang balik (tak datangpun takpe kot), lepas itu baharulah hukuman dijalankan dan nabi sembahyangkan lagi.

    Fikr-fikirkan lah, dalam kes diatas, bayi itu ada haknya untuk dilahirkan dan disusukan oleh ibunya. dan ibu itu pun ada hak penyesalannya dan ada hak untuk bertaubat.

    Tak bolehlah bakal ibu itu dan anak itu dibiarkan terus teraniaya dan dibiarkan merempat dan melarat.
    Islam dapat gambaran buruk sebab fikiran sempit sendiri orang-orang yang kononya mengaku lebih tahu islam.
    syabas PG,orang yang jahil kita susah nak fahamkan.

    ReplyDelete
  10. kesan dari ajaran islam liberal yg diamalkan umngok sejak sekian lama atas nasihat/tunjuk ajar dr apco

    ReplyDelete

PETA PELAYAR