FOLLOWERS

Thursday 28 July 2011

CAKAP AJE LEBIH 2 !!!!!!!







DENGAN satu tumbukan padu di bawah perut menyebabkan Pas rebah dalam melaksanakan undang-undang Islam untuk menutup pusat-pusat hiburan yang berada di negeri Kedah Darulaman.

Kononnya penarikan balik keputusan itu dibuat atas budi bicara kerajaan negeri adalah satu pembohongan bertujuan menutup malu kerajaan Pas di atas kelemahannya untuk melaksanakan hukum Islam.

Pas gagal di Selangor untuk memberhentikan konsert yang di adakan di Selangor. Suara bantahan Pas tidak dipedulikan oleh PKR dan DAP. Begitu juga dengan rampasan arak yang dilakukan. Pas terpaksa akur dengan bantahan DAP.

Kita geli hati apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata yang PAS berjaya mentarbiah DAP mengenai Islam. Kononnya DAP sekarang telah faham dengan kehendak Pas mengenai perlaksanaan undang-undang Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP, sebuah parti yang terang-terang menentang hukum Islam, apatah lagi dengan idaman Pas untuk menubuhkan kerajaan Islam ala Pas di Malaysia. Walau pun kini Karpal Singh sudah lupa kata-kata 'langkah mayat saya dulu' ini tidak bermakna parti DAP akur dengan Pas.

Sebenarnya sampai bila pun Pas tidak akan berjaya menubuhkan negara Islam ala Pas di Malaysia. Pas memerlukan sokongan orang Melayu yang taksub dengan perjuangannya tetapi dengan perpecahan orang Melayu kini cita-cita Pas itu akan berkubur bersama parti itu tidak lama lagi. Pas akan tersungkur sekali lagi pada PRU 13, insya-Allah.

Kepada penyokong Pas sedarlah parti Pas kini bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam seperti dulu. Negara Islam telah digantikan dengan Negara Kebajikan kerana telah hilang kepercayaan terhadap slogan negara Islam. Ini semua hanya untuk memuaskan hati rakan kongsi DAP dan PKR yang bercita-cita untuk menawan Putrajaya pada PRU 13. Semoga cita-cita gabungan ini tidak direstui Allah.

Kita percaya BN-UMNO akan terus melakukan perubahan untuk menawan hati rakyat. Rakyat memerlukan pemimpin yang benar-benar ikhlas berkhidmat untuk rakyat. Pemimpin yang selalu turun padang menyelesaikan masalah rakyat akan dipilih rakyat. Kita tidak mahu lagi pemimpin yang hanya turun padang lima tahun sekali untuk meraih undi simpati rakyat bagi mengekalkan kuasa dan kedudukan mereka.

Penghuni Gua
: Cakap aje lebih. Punggung sendiri penuh dengan tahi. Itulah PAS. Cakap berdegar-degar. Situ Islam , sini Islam. Habok pun tak ada. Pusing ayat-ayat suci untuk jadi halwa telinga penyokong tegar boleh lah ....

2. Tak gitu ?

5 comments:

  1. La...nko ulang balik crite ni, so aku paste semula komen ni. Nape la tak paham2 mmg sah dulu, kini dan selamanya BoNgok dan BaNgang puak2 UMNgOk Be-eNd ni!

    PAS hari ini mencabar kerajaan pimpinan Umno-BN supaya melaksanakan Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 di negeri-negeri pimpinan mereka.

    Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kelantangan parti MCA dan Gerakan yang menentang rancangan kerajaan negeri Kedah untuk menguatkuasakan enakmen yang telah diluluskan 14 tahun yang lalu oleh kerajaan pimpinan Umno sendiri telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka.


    “Kerana golongan inilah yang juga menyokong enekmen tersebut sewaktu dibentang dulu, kini tetiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim,” katanya dalam satu kenyataan.

    Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno akan dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

    Isu ini telah diambil kesempatan oleh MCA, sekutu sejati Umno selama 54 tahun dan Gerakan yang bertalu-talu menyerang kerajaan Kedah sambil menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam.

    Langkah kerajaan negeri turut dilihat oleh sesetengah pihak berfikiran sempit sebagai memberi nadi hidup kepada MCA untuk menekan DAP dalam pertarungan mendapatkan sokongan bukan Islam.

    Terjerat dengan taktik iti, tindakan kerajaan Kedah akhirnya mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP walaupun mendapat pengiktirafan mufti dan pelbagai NGO.

    Namun, kontroversi itu berjaya diselesaikan selepas Azizan bertemu wakil pusat hiburan kelmarin dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

    “Tindakan tersebut adalah satu pendekatan yang bijak bilamana para pengusaha pusat hiburan bersetuju untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan umat Islam tidak memasuki premis mereka dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk dikenakan tindakan seandainya berlaku perlanggaran terhadap enakmen ini.

    "Ini adalah satu lembaran baru kerana kerajaan Kedah di bawah PAS telah dapat melaksanakan enakmen yang membawa kebaikan kepada umat Islam negeri tersebut yang selama ini tidak dapat dilakukan oleh Umno yang memerintah negeri itu sekian lama,” kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

    Dalam satu sidang akhbar semalam juga, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS telah mengambil jalan terbaik dalam isu larangan ini yang tidak boleh diselesai oleh Umno sekian lama dengan tidak menghalang hak orang bukan Islam, dan dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat dalam bulan Ramadan yang suci.

    "Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan di kalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk,” kata Hadi dipetik Harkahdaily.

    Namun begitu, keputusan kerajaan Kedah berkenaan telah diserang bertubi-tubi oleh Umno atas alasan PAS mengikut telunjuk DAP, walhal perkara ini langsung tidak dapat dilaksanakan oleh Umno sepanjang 14 tahun yang lalu.

    “Jangan pula dalam keseronokan mereka menyerang PAS dalam isu ini, mereka terlupa bahawa umat Islam tahu bahawa mereka langsung tidak pernah berbuat apa-apa untuk membentuk environment Ramadan yang sesuai untuk umat Islam negeri tersebut.

    "Kini umat Islam sedang menanti bilakah Umno, yang selalu berheboh bahawa merekalah pejuang Islam yang sebenar akan menguatkuasakan larangan ini di negeri-negeri mereka pula,” bidas Tuan Ibrahim.

    ReplyDelete
  2. baguslah juga PAS ini diberikuasa tadbir beberapa negeri. Dapatlah kita tengok samada mereka ini bikin serupa cakap. Nampak gaya cakap berdentum-dentum, tapi telur takde dalam melaksanakannya.
    Dulu dok kafir kan orang Islam lain kerena berkerjasama dengan pihak bukan Islam, sekarang kena batang hidung sendiri dan kini dah tak berani dah nak kafir kan orang islam lain yang tak ikut ala Islam PASnya.

    ReplyDelete
  3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

    Rumah urut bertambah

    Oleh RAZAK OSMAN
    utusankedah@utusan.com.my

    SUNGAI PETANI 29 Julai – Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

    ReplyDelete
  4. Enakmen jenayah syariah jelasdah orang islam yang masuk pusat Maka untuk mengatakan atau mendakwa bahawa PAS dapat menyelesaikan apa yang UMNO tidak dapat amat menyelewengkan hakikat sebenar. Yang pasti parti yang kononnya memeperjuangkan hudud dan mendakwa boleh mentarbiahkan parti bukan islam seperti DAP ternyata sekadar tin kosong - bunyi aje lebih.

    ReplyDelete
  5. Menurut Malaysiakini, Kerajaan Kedah pimpinan PAS telah menggugurkan rancangannya untuk menguatkuasakan enakmen negeri 1997 yang memerlukan bar, disko dan kelab karaoke ditutup pada bulan Ramadan yang akan datang, kata seorang pegawai kerajaan negeri kepada AFP hari ini.

    Tak yah tutuppun takpe, Enakmen Jenayah Syariah dah cukuppun - itu pun kalau berani dilaksanakan dan tidak semestinya pada bulan Ramadhan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR