FOLLOWERS

Friday 7 February 2014

SERAMPANG SG BULOH !!!!!! KAH KAH KAH !!!!!

AGENDA DAILY

Serampang Kajang elak ke Sg Buloh...

Khamis, 06 Februari 2014 16:39 FAEZ ABDULLAHinShare

Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi DUN Kajang terus hangat dipertikaikan penyokong pembangkang peringkat akar umbi.Ini menunjukkan walaupun pada peringkat pimpinan atasan menyokong tindakan ketua pembangkang itu namun peringkat ahli-ahli bawahan PAS dan PKR terutamanya sukar menerima mainan politik Anwar.

Mereka menganggap Anwar yang semakin pudar popularitinya mengambil satu tindakan terdesak bagi menyelamatkan dirinya sendiri.Kekosongan kerusi DUN Kajang bukan untuk kepentingan pakatan pembangkang kerana mereka sudahpun berjaya kembali berkuasa di Selangor dengan majoriti yang lebih mantap

.Jadi ia bukan untuk menyelamatkan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Tidak kedengaran pun ura mana-mana ADUN mereka ang hendak lompat parti, jadinya kedudukan mereka selamat dan selesa buat masa sekarang.Apa yang dilakukan oleh Anwar ialah politik alihkan perhatian daripada isu sebenar yang menjadi tumpuan rakyat iaitu pergolakan dalaman antara kumpulan Azmin Ali dan Khalid ang terus berlarutan sejak lima tahun lalu.

Kegagalan Anwar menyelesaikan perkara inilah sebenarnya yang menggugat kestabilan kerajaan negeri bukannya disebabkan faktor luaran.Bagaimanapun Anwar membohongi rakyat Kajang khususnya dengan mereka-reka cerita bahawa tindakan itu perlu kerana serangan UMNO dan BN untuk menjatuhkan kerajaan negeri mereka.Kerajaan negeri mempunyai 44 kerusi DUN berbanding BN 12, oleh itu tidak ada sebab mereka berasa takut.Mereka hanya takut bayang-bayang sendiri dan krisis ciptaan mereka sendiri

.Anwar juga berharap dengan mengalihkan punca krisis politik di Selangor kepada UMNO-BN ini dapat mengalihkan fokus rakyat daripada dirinya.Rayuan kes liwat II yang bakal dihadapinya tidak lama lagi menjadi antara sebab utama mengapa Anwar menjadi begitu phobia untuk berdepan dengan mangsanya, Saiful Azlan Bukhari

.Mungkinkah pihak pendakwaan sudah mempunyai bukti baru yang lebih jelas dan kukuh yang bakal menyumbat pemimpin berusia 67 tahun itu ke penjara Sg Buloh sekali lagi?

Antara kes liwat dan krisis Azmin-Khalid, kes jenayah seks songsang itu lebih merisaukan beliau.Kalau pada pilihan raya kecil Julai 2008, slogannya adalah 'Dari Permatang Pauh ke Putrajaya', dan sebelum itu semasa pembangkang menawan Selangor, negeri itu pula menjadi titik tolak ke kerajaan pusat.Kini garisan berlepas bertukar sekali lagi dari Selangor ke Permatang Pauh kepada Kajang pula.

Mungkin Anwar risau sekiranya agenda yang kononnya dianggap 'paling strategik' oleh pemimpin PKR sebenarnya membawanya ke destinasi di Sg Buloh sekali lagi.-6/2/2014

PENGHUNI GUA :  KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR