FOLLOWERS

Friday 28 February 2014

APALAH YANG DOK TAKUT SANGAT DENGAN SHAFEE !!!! KAH KAH KAH !!!!!!

UTUSAN MALAYSIA

Anwar fail permohonan kali ketiga mohon Muhammad Shafee digugurkan

PUTRAJAYA 27 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan kali ketiga menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat melibatkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan tersebut akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 3 Mac ini, setelah Anwar gagal dalam dua permohonannya sebelum ini untuk menggugurkan Muhammad Shafee di mahkamah tersebut mahupun di Mahkamah Persekutuan.Permohonan terbaharu itu difailkan pada 25 Februari lalu, iaitu tiga hari sebelum pengurusan kes rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang dijadualkan di Mahkamah Rayuan esok.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan pihaknya menerima permohonan terbaharu itu semalam.Kali ini, alasan yang digunakan Anwar ialah Muhammad Shafee pernah didenda RM5,000 oleh Majlis Peguam selepas didapati melanggar peruntukan di bawah Profesion Undang-Undang (Publisiti) 2001 oleh Badan Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara pada 5 Oktober 2012.

Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) menolak untuk mencampuri keputusan Majlis Peguam terhadap Muhammad Shafee yang didenda kerana memberi publisiti tentang dirinya dan firma guaman beliau kira-kira empat tahun lalu.Muhammad Shafee memfailkan permohonan itu pada 16 November 2012 untuk mengetepikan keputusan badan tersebut yang mendenda beliau setelah didakwa terlibat dengan salah laku yang melanggar beberapa peruntukan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Dua percubaan Anwar untuk menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya sebelum ini telah ditolak sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.Pada 12 Februari lalu, rayuan kes terbabit sepatutnya didengar di Mahkamah Rayuan namun sebelum sempat ia berlaku, Anwar melalui peguamnya Karpal Singh telah mengemukakan permohonan untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes liwat terbabit, Supritendan Judy Blacious Pereira.

Permohonan tersebut dibuat untuk mencabar kredibiliti saksi pendakwaan itu berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Januari lalu yang membatalkan petisyen Judy untuk menjadi peguam bela dan peguam cara.Rayuan kes liwat itu telah ditangguhkan sebanyak tiga kali sejak Disember 2013.Perbicaraan kes kes liwat itu sendiri pernah tertangguh lebih 55 kali sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan terbabit pada 9 Januari 2012.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_02/Anwar-fail-permohonan-kali-ketiga-mohon-Muhammad-Shafee-digugurkan#ixzz2ubChXwRm © Utusan Melayu (M) Bhd 

PENGHUNI GUA:  KAH KAH KAH !!!!!! TAK BERTELUR SUNGGUH DGN AL JUBURI NI. CAKAP BERDEGAR. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH !!!!!

2. TAK ADA ISU PUN TENTANG SHAFEE. SEBAB BICARA INI BERDASAR BUKTI SAINS FORENSIK DAN KETERANGAN SAKSI. SHAFEE HANYALAH WAKIL PEGUAM NEGARA SEBAGAI PENDAKWA RAYA. BUKAN SHAFEE  REKA BUKTI. BUKAN SHAFEE PAKAR FORENSIK. INI TAK LAIN HANYALAH CARI JALAN NAK LENGAHKAN KES. NAK LIWAT KES. ITU AJE!!!!
.
3. APALAH YANG TAKUT SANGAT TU!!!!!!

2 comments:

  1. ..lahanat sungguh munapig aljuburi sekoq ni.. cakap atas pentas berdegaq2.. haramjadah sekoq ni akan hancoq tahun 2014 ni percaya la.. taqbir!.. laung mat sabu barua aljuburi..

    ReplyDelete
  2. Persoalannya bukan salah Anuar Al Juburi tapi Perundangan yang ada di Malaysia ni lebih memihak kepada orang yang berpengaruh dan kaya raya.
    Kalau orang susah dah lama meringkok dalam penjara.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR