KEMASKINI: Tak taulah samaada
mereka sedang memerah otak dalam rangka menyusun ayat untuk melepas diri dari
kemelut ini atau tidak.Namun situasi ini agak pelik.Sudah dua hari berlalu sejak
isu dakwaan beberapa Ahli Parlimen pembangkang biadap semasa majlis pertabalan
Yang Dipertuan Agong di Istana Negara tiada kenyataan rasmi dikeluarkan untuk
menafikannya.
Riaknya nampak macam orang yang kecut habis dan 'mati kaki'.Ini kerana tabiat
popular mereka biasanya akan segera menjerit "...itu fitnah".Kini semua orang sedang memerhati khususnya pada tiga orang - Azmin
Ali,Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak,Tian Chua,Ahli Parlimen
Batu dan Khalid Samad,Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor dan Ahli Parlimen Shah
Alam.
Nama tiga orang pembesar pembangkang ini disebut secara spesifik dalam
dakwaan pegawai perubatan,Dr Rahman Kadir tentang gelagat biadap mereka di
majlis itu.Azmin,Tian dan Khalid bukan bodoh.Mereka tahu silap haribulan menempah nahas
jika cuba nak main nafi kosong.Selain Dr Rahman ada sebilangan saksi lain termasuk pegawai istana yang
dikatakan menyaksikan gelagat mereka.
Malah Ahli Parlimen BN Hulu Selangor P.Kamalanathan yang duduk di belakang
mereka semasa majlis itu sendiri sudah buat kenyataan mengesahkan kejadian
itu.Dr. Rahman sendiri tidak berganjak langsung tentang pendedahannya itu.Beliau yang bertugas semasa majlis itu tegas berkata,"apa yang berlaku adalah
benar dan saya ada beberapa saksi lain yang turut mendengar dengan jelas segala
tutur kata beberapa pemimpin pembangkang yang
dimaksudkan dan pendedahan ini demi kebenaran," katanya.Dipantau dari posting di twitter mereka sejak meletopnya pendedahan itu -
Azmin,Tian dan Khalid nampaknya cuba berlagak 'buat-buat bodoh' macam tak ada
hal meneruskan aktiviti harian politik mereka.Paling tidak mereka hanya menyentuh secara sambil lalu kejadian
itu.
Sebagai Ahli Parlimen,ketiga-tiga mereka tentu tahu dakwaan yang serius itu
perlukan satu kenyataan rasmi menafikannya jika tidak betul.Ini kerana kejadian itu bukan berlaku di majlis kenduri celah kampong tetapi
pada satu istiadat kebesaran negara.Azmin,Tian dan Khalid tidak perlu bimbang mereka tidak akan masuk penjara
jika pendedahan Dr Rahman itu benar atau pun mereka akan hilang kelayakan
sebagai Ahli Parlimen.
Kita semua tahu - jika benar- apa yang amat mengerunkan mereka di saat ini
ialah persepsi seluruh rakyat terhadap gelagat 'kebudak-budakan' dan biadap
mereka.Siapa sangka tahap mentaliti mereka serendah itu.
Ia akan menconteng arang ke seluruh imej kem pembangkang.Lebih menyesakan mereka ialah pendedahan ini pendedahan ini bukan dibuat oleh
oleh politik tetapi oleh orang biasa - pegawai perubatan yang mendakwa jelak
melihat tingkah laku biadap itu.
Jika benar, apa agaknya komentar Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ? Siapa tahu
beliau boleh mengeluarkan satu pedoman yang ' menghalalkan' tindak tanduk
sebegitu.Sivaji The Boss pula bagaimana? Setakat ini Datuk Seri Anwar Ibrahim
pun nampaknya masih membisu.
Sehingga berita ini ditulis ,pagi Ahad ,blognya yang selalu jadi tempat rujuk
dan tempat sebar kenyataan penting mengenai pakatan pembangkang sepatah pun
tidak sentuh atau ulas isu berkenaan.Yang pasti taktik ' buat bodoh' tidak boleh digunapakai dalam bab ini.
Jawapannya cuma antara 'ya' atau ' tidak'.-15/4/2012
Penghuni Gua : Dr Rahman dah buat pendedahan dan terus pertahankan pendedahannya. Bukan kecik anak tapi seorang Dr Perubatan.
2. Bukan dia dengar dari orang lain tetapi bukti dengan dengar, lihat dengan mata kepala beliau sendiri mengenai perangai kebudakan dan selekehnya mentaliti 3 beruk ini di majlis pertabalan.
3. Takkan TGHH dan Pok Nik kata pulak, tak boleh percaya sebab Dr Rahman buta, pekak dan bisu macam bukti vedeo zina lelaki Y tu.?
4. Meluat menyaksikan telatah bodoh dan lagak kera pemimpin parti ini. INi ke wajah parti dan pemimpin nak perintah kami dan Malaysia? maaf lah. Pengundi muda ...............Fikirkan. Itu belum lagi memerintah.... baru dapat seciput kuasa. kalau dapat kuasa penuh ...... anda boleh bayang sendirilah lagaknya !!!!!