FOLLOWERS

Sunday 28 December 2008

ANALISIS POLISI DASAR DADAH NEGARA ( STRATEGI RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH ) DI MALAYSIA

PENGENALAN

Dadah adalah dianggap sebagai musuh nombor satu (1) dan menjadi ancaman kepada negara. Dadah juga boleh mengancam kestabilan, pembangunan dan keselamatan negara. Permasalahan dadah di Malaysia bukan wujud dengan tersendiri dan Malaysia juga bukanlah sebuah negara pengeluaran dadah. Bahan berbahaya ini yang telah dapat menarik begitu ramai penagih daripada semua golongan bangsa di setiap peringkat dan umur sejak abad ke sembilan belas lagi. Pada ketika itu pendatang-pendatang dari negara China dan negara India yang datang ke Malaya untuk berkerja sebagai pelombong dan buruh ladang telah membawa bersama mereka tabiat ketagihan candu dan ganja masing-masing. Pihak penjajah British telah merestui dan menggalakkan pengambilan dadah-dadah jenis ini dengan mewujudkan ‘Government Chandu Shops’ di mana pengih-penagih boleh mendapatkan bekalan serta melepaskan ‘gian’ mereka. Kini masalah ketagihan dadah candu dianggapkan telah berlalu dan tidak menimbulkan sebarang masalah lagi apabila genarasi penggunanya telah ‘pupus’ atau menghilang.
Era menghisap candu di negara ini telah hampir berakhir dan sarang menghisap candu (Opium Den) tidak kedapatan lagi. Candu mentah yang diseludup masuk ke dalam negara ialah untuk pasaran luar iaitu ke negara Indonesia dan Hong Kong. Manakala masalah dadah ganja pula telah menular di kalangan rakyat berbagai kaum hingga ke hari ini dan masih kekal menjadi ancaman terhadap kesejahteraan negara miskipun populasi penagih dadah ganja telah berkurangan. Di era 1990 an hingga sekarang , trend kemasukkan dadah baru iaitu dadh jenis sentetik telah mengambil alih dadah konvensional. Dadah jenis Methaphetemine, Amphetemine, ketemine, Pil kuda, Yaba dan pil-pil Ectacy yang berbagai jenis dan jenama telah menguasai pasaran negara, serantau dan dunia.
Dadah menjadi ancaman kepada keselamatan negara kerana ia membawa kepada beberapa kesan buruk. Antara lain ia menyebabkan modal insan negara terutama belia-belia yang begitu berharga akan membazir begitu sahaja kerana mereka tidak dapat di gembeleng tenaga dan kepakaran untuk pembangunan negara. Selain itu ia membawa kepada keruntuhan gejala sosial, kesan kepada ekonomi dan sebagainya.

LATARBELAKANG

Dadah adalah musuh utama negara. Jika dilihat dari statistik dadah di bawah didapati mereka yang ditangkap kerana berbagai kesalahan berkaitan dadah dari kesalahan mengedar, memiliki dan penagihan dadah meningkat dari tahun ke tahun. Mengikut Statistik PDRM Bukit Aman pada tahun 2007 seramai 159,490 orang penagih dadah telah ditangkap. Di samping itu seramai 53,493 orang telah ditangkap dalam berbagai kes memiliki dadah pda tahun yang sama. Selain itu sebanyak RM 36,376,205.66 juta nilai harta yang telah dirampas pada tahun 2007 sahaja.( Sumber Jabatan Narkotik PDRM Bukit Aman- Lampiran A ). Ini menunjukkan betapa seriusnya impak dadah kepada negara. Bagi menangani masalah ini, pada 19 Feb 1983 , Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Y.A.B. , Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi ancaman dadah kepada keselamatan Negara. Dadah pada tahun tersebut telah diistiharkan sebagai satu ancaman kepada keselamatan Negara dan Dasar Dadah Negara telah digubal dan dilancarkan.. Falsafah dasarnya ialah untuk melahirkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah. Dasar Dadah Negara ini telah dijadikan sebagai asas perlaksanaaan strategi utama untuk membenteras musuh utama negara ini. ( http://www.adk.gov.my/adkhtml/index.html. 26 Sep 2008 .

Dengan kata lain Dasar Dadah Negara bergerak di atas asas berikut iaitu mengujudkan Negara Malaysia bebas dari ancaman dadah menjelang tahun 2015: bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan serta ketahanan nasional.
Manakala objektif Dasar Dadah Negara mensasarkan kepada menghapuskan permintaan kepada dadah dan menghapuskan bekalan dadah dengan sasaran kepada keluarga, institusi pendidikan dan tempat kerja semuanya bebas dari dadah. Ianya dapat diringkaskan seperti berikut :

OBJETIF DASAR DADAH NEGARA

Menghapuskan permintaan kepada dadah dan menghapuskan bekalan dadah sehingga mengujudkan

1. Keluarga Bebas Dadah
2.Institusi Pendidikan Bebas Dadah
3.Tempat Kerja Bebas Dadah

STRATEGI DADAH NEGARA.
Senarai keutamaan strategi Dasar Dadah Negara yang diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan pada tahun 1996 adalah seperti berikut:
i. Pencegahan.
ii. Penguatkuasaan.
iii. Rawatan dan Pemulihan.
iv. Kerjasama antara bangsa.
iv. Pencegahan

Merupakan strategi jangka panjang yang terbagi kepada pencegahan awalan dan pencegahan umum kepada penuntut sekolah dan masyarakat. Ini bertujuan mengubah sikap dan persepsi masyarakat terhadap dadah. Kementerian Pendidikan berperanan mengenal pasti, merancang don melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan pencegahan dadah di peringkat sekolah.
Penguatkuasaan.
Strategi ini bertindak dalam tiga bidang iaitu menyekat kemasukan dadah, penguatkuasaan perundangan dan risikan. Agensi penguatkuasaan meningkatkan kawalan secara menyeluruh dengan peralatan canggih untuk tujuan menyekat kemasukan dadah seperti melalui jalan darat/ laut dan udara. Strategi menggunakan undang-undang adalah juga sebagai menyokong pencegahan pengedaran dan penggunaan dadah. Membuat tangkapan melalui operasi-operasi secara bersepadu, berterusan dan mendakwa mengikut peruntukan undang-undang dadah seperti; ADB 1952, Akta Racun 1952, ADB (LLPK) 1985, APD (Rawatan & pemulihan )1983 don Akta perlucuthakan harta. AKTA DADAH BERBAHAYA 1952. Keperluan risikan berkualiti dan kerjasama antarabangsa seperti joint operation dan pertukaran maklumat dipertingkatkan kerana tanpa maklumat risikan yang cemerlang dan berkualiti adalah sukar untuk melumpuhkan sindiket2 yang terancang di dalam negeri dan antarabangsa.

Strategi Rawatan dan Pemulihan

Strategi ini bertujuan memutuskan pergantungan kepada dadah dan pencegahan penagihan semula. Penagih yang ditangkap ditempatkan ke pusat serenti selama dua tahun dan akan dipulihkan kaedah atau pendekatan pemulihan yang digunakan di pusat serenti antaranya ialah pendekatan : multi diciplinary psychososial approach yang turut merangkumi pendekatan, dan Kaedah Kaunseling.
Strategi Kerjasama Antarabangsa
Dadah adalah isu global dan mempunyai dimensi antarabangsa. Malaysia telah mengadakan hubungan dan bekerjasama dengan negara-negara dan agensi penguat kuasa antarbangsa dalam menangani masalah dadah seperti pertukaran maklumat dan risikan antarabangsa. Pertukaran maklumat dan kerjasama antarabangsa telah banyak mendapat kejayaan seperti OPS NARCISSUS di antara negara China dan Malaysia yang telah menumpaskan sindiket antarabangsa dengan terbongkarnya makmal haram dadah yang terbesar di rantau ini. Berdasar kepada perubahan dan senario serta impak yang dapat dilihat hasrat menjadikan Malaysia bebas dadah menjelang dadah 2015 dan membanteras masalah dadah ke peringkat minimum akan tercapai melalui perlaksanaan strategi -strategi yang telah diprogramkan secara berterusan. bersepadu. integriti dan menyeluruh. Strategi ini dapat diringkaskan seperti berikut:

STRATEGI
Pendidikan Pencegahan dan Publisiti
Kerjasama Antara bangsa
Penguatkuasaan Undang-undang
Rawatan dan Pemulihan

STRATEGI DASAR DADAH NEGARA


STRATEGI RAWATAN DAN PEMULIHAN

Strategi ini akan dianalisis bagi memantapkan lagi dasar dadah negara agar ia mencapai matlamatnya. Strategi ini bertujuan untuk memutuskan pergantungan kepada dadah dan pencegahan penagihan semula. Usaha pemulihan penagih dadah adalah berbentuk reformatif di mana penagih-penagih dipulihkan daripada satu keadaan penagihan kepada satu perwatakan yang bebas daripada pengaruh dadah. Konsep rawatan pemulihan ini diamalkan di Malaysia berbentuk “ Cold Turkey ” di mana rawatan diberi tanpa penggunaan dadah gantian kepada penagih-penagih. Majlis Dadah Negara Kebangsaan pada masa tersebut telah bersetuju menggunakan ubat-ubatan lain untuk merawat penagih dadah. Perlaksanaan strategi ini memerlukan pengelasan penagih kapada 2 kategori iaitu penagih yang pada peringkat mencuba dan penagih tegar. Ini bertujuan supaya pendekatan rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada mereka lebih berkesan dan sesuai. Strategi ini menggunakan 2 pendekatan utama iaitu:
i. Memutuskan pergantungan kepada dadah. Ianya melibatkan 2 aktiviti utama iaitu:
a. Pengesanan dan pengawasan penggunaan dadah pada peringkat awal. Ini melibatkan pengesanan dan pengawasan dadah pada peringkat awal agar pengguna-penguna baru ini tidak dibiarkan terus terlibat hingga ke peringkat serius. Dengan itu program yang terlibat ialah seperti program sokongan psikososial, rundingcara, penerimaan semula kedalam keluarga dan masyarakat dan juga menentukan mereka mendapat pekerjaan. Ia melibatkan pegawai-pegawai pemulihan, guru-guru, ibu bapa, dan pemimpin masyarakat.
b. Pemulihan Institusi. Kebanyakkan kebelakangan ini, meraka yang dikesan sebagai penagih, adalah merupakan penagih-penagih tegar. Ia melibatkan pengasingan daripada masyarakat dan mewajibkan menjalani program rawatan dan pemulihan. Akta Penagih Dadah 1987 ( Rawatan dan Pemulihan ) telah diguna pakai bagi merawat dan memulihkan mereka semula. Pengasingan dan pemulihan ini terpaksa dibuat kerana penagih tegar ini yang menyebabkan permintaan terhadap dadah meningkat serta merebaknya penyakit HIV / AIDS, jenayah dan gejala sosial yang lain. Modul pemulihan pula melibatkan keagamaan, kerja-kerja amal dan elbagai program sokongan lain sepanjang mereka dirawat dan dipulihkan.
ii. Pencegahan Semula ( Recidivisme ). Ia ditumpukan kepada pengekalan sikap dan perlakuan penagih supaya bebas dari dadah. Jadi ini adalah program penjagaan lanjutan agar program rawatan dan pemulihan di atas terus berjaya. Penglibatan badan-badan NGO seperti PEMADAM, Rukun Tetangga, RELA dan sebagainya amat perlu dan penting.
iii. Rawatan dan pemulihan Penagih Tegar dan Pengidap penyakit HIV / AIDS.
Bagi mengawal, merawat dan memulihkan penagih tegar dan pengidap HIV / AIDS program yang di namakan Harm-Reduction diperkenalkan. Bagi penagih tegar mereka akan diberi dadah gantian jenis methadon di klinik-klinik yang dilantik oleh kerajaan. Dan bagi membendung gejala AIDS / HIV penagih yang menggunakan jarum suntikan akan dibekalkan dengan jarum suntikan percuma. Program ini akan dijalankan oleh NGO’S secara sukarela. Dalam kedua-dua cara ini pihak polis tidak dilibatkan.

ANALISIS PERMASALAHAN

Pada pandangan dan analisis yang dibuat, adalah perlu startegi ini perlu kepada pindaan dan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanannya di masa akan datang dan matlamat untuk membebaskan negara dari anasir dadah menjelang 2015 tercapai. Ia perlu dipinda kerana didapati perlaksanaan strategi ini didapati kurang berjaya. Dilihat dari statistik dari Jabatan Narkotik Bukit Aman ( Lampiran A ), Jumlah mereka yang ditangkap melibatkan penagihan dan memiliki dadah ( untuk kegunaan sendiri kebiasaanya) telah meningkat dari tahun ke tahun . Pada tahun 1999 jumlah penagih yang ditangkap ialah seramai 74452 orang. Sementara pada tahun 2007 pula seramai 159,490 orang penagih telah ditangkap. Kalau dilihat di bawah sek. 15 ( 1 ) Akta Penagih Dadah 1987 ( Rawatan dan Pemulihan ) seramai 16444 orang telah ditangkap kerana kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan. Dan pada tahun 2007 pula seramai 26,763. Ini menunjukkan kegagalan dasar rawatan dan pemulihan ini. Menurut Agensi Dadah Kebangsaan ( AADK ), daripada tahun 1988 hingga 2002 adalah seramai 235,495 orang, termasuk kira-kira 50,000 orang penagih tegar. Badan-badan bukan kerajaan (N.G.O.) pula menganggarkan terdapat kira-kira 350,000 orang yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di dalam negara. Angka ini dikatakan bertambah sebanyak 1,300 penagih dadah setiap bulan. ( http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/14123 10 OKT 2007 )
Selain itu, kegagalan dasar ini telah menyebabkan kerajaan menanggung beban kewangan yang berat dari segi rawatan dan pemulihan penagih dadah di 28 Pusat Serenti seluruh negara. Kos bagi rawatan seorang penagih di pusat-pusat serenti yang dibiayai oleh kerajaan untuk memulihkan setiap penghuni di pusat-pusat serenti, ialah RM19.77 sen sehari atau RM593.10 sen sebulan merangkumi perbelanjaan pengurusan, perkhidmatan, bekalan, makan dan minum penghuni. Dengan jumlah penagih dadah di pusat-pusat serenti seramai lebih kurang 22,300 orang kos yang terlibat ialah RM 13,2261,30 juta bagi tempoh setahun. (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=301751 10 OKT 2008 ). Selain itu dari segi perbelanjaan untuk pembinaan dan pengurusan 28 pusat serenti seluruh negara antara 1984 hingga 2003, kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.037 bilion . Perbelanjaaan ini terlalu besar untuk dicurahkan kepada projek yang tidak produktif ini. (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=301751 10 OKT 2008 ).

Peningkatan penyakit HIV / AIDS setiap tahun juga menunjukkan kegagalan atau kurang berjayanya dasar ini. Statistik menunjukkan sehingga tahun 2004 sahaja seramai 64439 orang warganegara Malaysia telah dijangkiti penyakit HIV / AIDS. Dari jumlah tersebut seramai 7195 0rang telah meninggal dunia . Statistik tersebut juga nenunjukkan dari tahun 1986 hingga tahun 2004 kes-kes HIV dan AIDS telah meningkat dari tahun ke tahun. ( Lihat Lampiran B ). Daripada kes HIV / AIDS yang dikesan, 75 peratus atau 46,292 orang adalah penagih dadah yang.menggunakan.jarum.suntikan.(http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=162 10 OKT 2008 ).
Manakala kos rawatan bagi mereka yang dijangkiti HIV dan AIDS ialah sebanyak RM 1200.00 seorang sebulan dan jumlah kos yang terlibat lebih kurang RM 7.205 billion.. Sementara itu Menteri Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk melaksanakan Pelan Strategi Kebangsaan bagi HIV/AIDS yang diluluskan Kabinet 12 April 2006 bagi 2006-2010. Pelan itu mengandungi enam strategi utama yang merangkumi usaha pencegahan jangkitan, rawatan dan penjagaan, serta khidmat sokongan. ( http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=112. 10 OKT 2008 ). Ini semua membebankan kewangan kerajaan di mana wang dan peruntukkan kerajaan tersebut dapat digunakan untuk pelan pembangunan yang lebih produktif.
Bagi program “ Harm Reduction ” pemberian gantian ubat Methadon. Selain dari kerajaan terpaksa menanggung kos dadah Methadon yang diberikan percuma kepada penagih melalui klinik-klinik yang dilantik di beberapa negeri yang dipilih sebagai “ Pilot project ”, kos untuk memberikan dadah ini kepada 1200 penagih ialah sebanyak RM 145 juta setahun. Bermula pada tahun 2004. Ini amat membebankan kerajaan di samping hasilnya yang belum tentu membawa kejayaan.. Ini merupakan satu lagi langkah berkompromi dan permisif terhadap gejala penyalahgunaan dadah. Lebih parah lagi sekiranya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) terpaksa melonggarkan usaha penangkapan penagih dadah. Akhirnya, hanya segelintir rakyat Malaysia yang menagih dadah mendapat manfaat penyalahgunaan dadah secara percuma tajaan negara, manakala rakyat terbanyak yang lain terpaksa menanggung bukan hanya risiko jangkitan HIV bahkan risiko terperangkap dalam gejala penyalahgunaan najis dadah halal (http://www.abim.org.my/component/content/article/26-memorandum/67-memorandum-abim-terhadap-cadangan-program-perintis-pilot-programme-kementerian-kesihatan-malaysia.html 10 OKT 2008 ).
Dasar ini juga dipertikaikan pada masa ini di mana klinik-klinik yang mendapat tender ini terletak di kawasan perumahan awam yang mana ia telah menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat. Selain itu dipertikaikan siapakah dan kritiria apakah yang diambil dalam memilih klinik-klinik ini. Persoalan salah laku klinik-klinik ini yang menjual dadah ini kepada penagih juga kedengaran. Dari siasatan pihak polis ( Buletin Polis Di Raja Malaysia edisi 2 . 2007 Ms 15 ) telah mengatakan banyak dari penagih yang mendapat secara percuma dadah ini dari klinik telah mencampurkan dengan dadah heroin bagi menambahkan daya khayalan mereka. Ini kerana heroin yang berada di pasaran kurang berkualiti.
Dengan lain perkataan kos yang kerajaan terpaksa keluarkan ialah :

KOS YANG DI KELUARKAN KERAJAAN SECARA KASAR BAGI MENGATASI PENAGIHAN DAN KESAN SAMPINGAN DAN LAIN LAIN KOS BERKAITAN
• Kos pengurusan 28 buah pusat serenti seluruh Negara : RM 1.037 Billion.
• Kos rawatan penagih RM 19.77 sehari x 22,300 orang penagih = RM 13,2 Juta
• Kos bagi menjayakan Pelan Strategik Kebangsaan bagi HIV / AIDS setahun : RM 500 Juta.
• Kos Rawatan AIDS / HIV : RM: 1,200.00 seorang x 64,439 orang AIDS/ HIV = RM 7.2 Billion.
• Kos pemberian Methadone kepada 1200 penagih ( pilot Projek ) : RM 145 Juta
• Jumlah Besar : RM 9.005 Billion setahun Nota : Tidak termasuk kos - kos pengurusan dan bayaran gaji kakitangan beberapa agensi dan kos-kos tak langsung yang lain;

Kalau dilihat dari statistik jenayah seluruh negara ianya telah meningkat dengan ketara sekali terutama dalam kes-kes curi, pecah rumah siang hari, pecah rumah malam hari dan jenayah ragut. Dari tahun 2005, contohnya, kes curi telah dicatatkan sebanyak 34,317 kes dan terus meningkat kepada 20,099 kes pada tahun 2006. Dan pada 2007 44,617 kes sementara sehingga Jun 2008 jumlahnya menunjukkan peningkatan ialau sebanyak 12,757 kes. ( Lampiran C ). Dari kajian yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, 15 – 25 peratus kes-kes jenayah yang melibatkan jenayah indek harta benda telah dilakukan oleh penagih dadah. Ini telah menimbulkan ketakutan dan persepsi negetif samada kepada masyarakat setempat mahupun pelancung dan pelabur luar kepada Negara kita. Ianya mungkin akan mengurangkan jumlah kedatangan pelancung dan juga kemasukan pelabur untuk melabur modal ke negara ini.
Kegagalan atau kurang berjayanya program rawatan dan pemulihan ini antara lain adalah disebabkan perkara berikut;
i. Penguatkuasaan undang-undang oleh agensi penguatkuasa yang lemah dan juga penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan. Ia melibatkan pihak polis, AADK, Kastam dan sebagainya. Contoh kehilangan dadah bernilai RM 1 juta di kontinjen Polis Johor dari bilik kebal Ibu Pejabat Polis Johor Bharu pada Jul 2008. Bebarapa orang pegawai dan anggota jabatan Narkotik Johor telah ditangkap.(http://article.wn.com/view/2008/08/05/dadah_rm1_juta_hilang_daripada_simpanan_polis/ 10OKT 2007 ).
ii. Undang-undang yang ada kurang tegas dan tidak jelas. Contoh sek 6 ( 1 ) ( b ) Akta Penagih Dadah 1987 ( Rawatan dan pemulihan ). Di dalam seksyen ini tidak dijelaskan pegawai yang bertanggung jawab terhadap orang kena pengawasan dadah. Sek 6 ( 1 )(b) APD 1983 ( Rawatan dan Pemulihan ) yang mana menyebut :

“ Jika seseorang yang telah menjalani ujian-ujian yang disebut dalam seksyen 3 dan 4 dan berikutan dengan ujian-ujian itu, diperakui oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar sebagai penagih dadah, pegawai itu hendaklah membawanya, atau menyebabkannya hadir, di hadapan magistret dan magistret itu hendaklah atas syor pegawai Pemulihan itu dan setelah memberi orang itu peluang untuk membuat representasi-
(b) memerintahkan orang itu diletakkan di bawah pengawasan seorang pegawai di tempat yang ditetapkan dalam perintah itu selama tempoh tidak kurang daripada dua dan tidak melebihi tiga tahun “.
Disebabkan ketidakjelasan perkataan pegawai yang disebutkan dalam seksyen tersebut maka mahkamah telah memutuskan tanggung jawab menjaga Orang Kena Pengawasan ( OKP ) terletak kepada Ketua Polis Balai yang mana pegawai polis ini tiada kemahiran dan tidak dilatih untuk memulih kan penagih dan tiada latihan dibidang kaunseling.
iii. Tiada pemantauan dan seliaan terhadap Orang Kena Pengawasan ( OKP )yang berkesan dan bersungguh dari PDRM ( Khasnya dari oleh Ketua Polis Balai. Ini kerana pihak polis dibebani dengan tugas khas polis yang lain.
iv. Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang mengambil sikap lepas tangan dalam memberi rawatan dan kaunseling kepada OKP. Tiada langsung pengawasan dan selian serta lawatan dan AADK yang sepatutnya memberi kaunseling dan khidmat nasihat serta pengambilan ujian mengejut air kencing OKP. Juga AADK tidak memainkan peranan utama mereka untuk menangkap penagih-penagih yang mana ini tugas utama mereka yang telah dipersetujui bersama PDRM. PDRM akan memberi tumpuan kepada kes-kes pemilikan dan kes-kes pengedaran dan dadah bersendikit. AADK hanya menjalankan tugas sampingan seperti pameran dan ceramah sahaja. Pembaziran gunatenaga.
v. Modul program rawatan dan pemulihan dadah di pusat-pusat serenti kurang berkesan dalam memulihkan penagih. Mereka hanya lebih menjalankan dan aktiviti fizikal penagih sahaja. Ini kerana kekurangan kaunselor-kounselor di pusat-pusat sereti seluruh negara. Hanya ada 1 atau 2 orang sahaja kaunselor

vi. di pusat serenti seluruh negara berbanding dengan 400 ke 500 orang penagih di setiap pusat serenti.

PENDEKATAN POKOK PERMASALAHAN ( PROBLEM TREE APPROACH )

Perbincangan mengenai permasalahan boleh juga difahami secara jelas melalui pendekatan ini. Ia dapat dijelaskan seperti di bawah:
PROBLEM TREE ( AKAR )
Punca-punca dan kelemahan strategi rawatan dan pemulihan :
· Kekurangan pegawai kaunseling di pusat-pusat serenti. 1 orang kaunselor bagi setiap pusat yang hanya berkelulusan sijil kaunseling sahaja.
· Program rawatan tidak menyeluruh dan kurang melibatkan peranan keluarga. Tumpuan lebih kepada latihan fizikal dan kuliah agama.
· Bagi Orang Kena Pengawasan ( OKP ) , ia diletakkan dan dipertanggungjawabkan kepada PDRM untuk mengawasinya di setiap balai. PDRM tidak dilatih untuk sebagai kaunselor di samping beban tugas yang sedia ada.
· Pemberian Jarum suntikan oleh NGO’S
· Rawatan penagihan penggantian heroin kepada methadone di kendalikan oleh Klinik Swasta yang dilantik / dipilih kerajaan / Menteri ? ).
· Pihak polis tidak diberi akses kepada program gantian methadone. Walau positif menagih heroin, PDRM tadak boleh menagkap mereka yang terlibat dalam program ini.
· Bekalan dadah amat senang diperolehi oleh penagih.

OBJECTIVE TREE ( AKAR )
Sumber yang diperlukan :
· Penambahan kaunselor dengan nisbah yang mencukupi dan menasabah bagi sejumlah penagih yang dirawat di pusat.
· Program rawatan misti lebih menyeluruh dan lebih melibatkan keluarga penagih dalam tempoh 2 tahun mereka di rawat dan dipulihkan di pusat-pusat serenti seluruh negara.
· Bagi OKP mereka hendaklah diletakkan di bawah tanggung jawab Agensi Dadah Kebangsaan ( AADK ). Ini kerana mereka mempunyai kaunselor dan AADK adalah agensi utama dan tugas hakiki mereka.. PDRM hanya sebagai pembantu.
· Undang – undang Akta Penagih dadah perlu dipinda untuk menjelaskan peranan PDRM dan AADK dan sempadan tugas dan tanggungjawab mereka.
· Pusat Rawatan dan pemberian dadah methadon dikendalikan oleh hospital kerajaan bagi memudahkan pengawalan dan penyalahgunaan dadah methadone..
· Penubuhan satu unit khas di Kementerian Kesihatan untuk tangani program Harm-Reduction.
· Membuat pindaan undang-undang penagihan dan rawatan untuk perluaskan kuasa polis ( ada akses ) dalam program Harm-Reduction .
· Tangkapan penagih juga hendaklah diserahkan sepenuhnya untuk kepada AADK kerana mereka mempunyai keanggotaan yang ramai dan ada kaitan dengan strategi rawatan dan pemulihan. Pihak polis hanya menjalankan tanggung jawab dari segi strategi hubungan antarabagsa dan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan kes-kes memiliki dan pengedaran dadah sahaja.

PROBLEM TREE ( BATANG )

Masalah yang dikenalpasti :

· Masih ramai penagih belum pulih.
· Bilangan pengidap HIV / AIDS terus meningkat.
· Pihak polis tiada kuasa dan dilarang menangkap pengguna methadone walaupun mereka disahkan lagi mengambil heroin.
· Hanya klinik-klinik tertentu terlibat dalam ini- Swasta ( Out- source ).
· Tumpuan program harm-reduction terlalu selektif ( hanya kepada kawasan-kawasan tertentu iaitu di kawasan maju sahaja.
· Masalah penagih yang dirawat kerap melarikan diri.
· Penagihan berulang selepas keluar dari pusat serenti.

OBJECTIVE TREE ( BATANG )

Matlamat yang hendak dicapai :

· Mengurangkan bilangan penagih dadah.
· Mengurangkan penagihan berulang.
· Mengawal wabak penyakit HIV / AIDS positif.
· Penagih kembali menjadi ahli masyarakat.
· Menentukan perbelanjaan kerajaan setimpal dengan keputusan akhir , kerana ia melibatkan masyarakat.

PROBLEM TREE ( DAUN )

Kesan yang dapat dilihat:

· Rungutan masyarakat terhadap penagih berleluasa.
· Bilangan penagih semakin meningkat.
· Bilangan pesakit HIV / AIDS masih terus menngkat.
· Gejala sosial terus meningkat.
· Kejadian jenayah pecah rumag dan curi serta ragut terus meningkat.


OBJECTIVE TREE ( DAUN )

Kesan yang hendak dicapai:

Untuk mencapai sasaran tahun 2015 iaitu Negara bebas dari penagihan dadah – antara matlamat dasar dadah Negara.

ANALISIS SWOT

DALAMAN
PELUANG ( O )
Penambahan anggota.
Mendapat peruntukan tambahan dari kerajaan.
Membangunkan sistem ICT yang lebih kompetitif.
Meningkatkan bantuan logistic.
Mengukuhkan perhubungan dua hala dan pelbagai hala antara agensi.
ANCAMAN ( T )
Kelemahan di dalam Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1985.
Fungsi bertindih dengan Agensi Anti- Dadah Kebangsaan. ( AADK ).
Pengawalan program Harm- Reduction di mana pihak polis tidak mempunyai akses.
Strategi rawatan dan pemulihan diserah terus kepada AADK.

KEKUATAN ( S )
Kepakaran
Kerangka perhubungan antara agensi kerajaan.
Pengkalan data yang komprehensif.

KELEMAHAN ( W )
Kekuatan anggota kecil ( 3 % dari populasi PDRM ).
Bantuan logistic tidak mencukupi.
Sistem ICT dan teknologi yang lemah.

LUARAN

SWOT / TOWS MATRIX

TOWS
ANALYSIS
Strengths

Weaknesses

Opportunities

WT
SO
WO
ST
Threats


Dari analis SWOT dan TOWS diatas dapat disimpulkan analisis dan dapatan TOWS Matrik adalah seperti berikut:


SO
Dengan Kepakaran yang ada pada jabatan Narkotik ia boleh mendapatkan anggota baru disamping meningkatkan skill mereka dari segi mendapatkan risikan maklumat, dan penambahan anggota dapat meningkatkan lagi tangkapan penagih juga bagi menyelia penagih-penagih yang terlibat di dalam program “ Harm-Reduction ”.
Dengan kerangka perhubungan dua hala dan pelbagai hala yang dibina boleh membina kekuatan kepada Jabatan Narkotik di peringkat kebangsaan melalui mesyuarat dan perkongsian maklumat.
Dengan mempunyai pengkalan data yang komprehensif ia boleh memajukan Jabatan Narkotik dan mendapatkan peruntukan tambahan dari kerajaan untuk membangunkan ICT dan meningkatkan bantuan logistik.


WO
Dengan kekuatan dan keanggotaan Jabatan Narkotik yang kecil ia akan membuka peluang dari kerajaan untuk penambahan keanggotaan.
Kelemahan dari segi bantuan logistik yang tidak mencukupi dan system ICT lemah akan memperolehi peruntukkan dari kerajaan.seterusnya dapat menjalinkan perhubungan dua hala dan pelbagai hala antara agensi dengan lebih cekap.
Dengan system teknologi yang lemah akan ditingkatkan seterusnya membantu bagi mempercepatkan proses pertukaran imformasi antara agensi terlibat.

ST
Dengan kepakaran yang ada Jabatan Narkotik dan PDRM dapat membuat pengawalan program Harm-Reduction sekiranya diberi akses untuk berbuat demikian.
Dengan kerangka perhubungan yang sedia ada antara PDRM dengan agensi yang berkaitan ianya dapat mengelak pertindihan fungsi dengan agensi yang terlibat seperti dengan AADK.
Dengan pengkalan data yang komprehensif yang ada pada PDRM ianya dapat diperluaskan dan diperkasakan dari segi pengawalan terhadap penagih sekiranya kelemahan di dalam Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1985 dipinda.


WT
Kekuatan keanggotaan jabatan Narkotik jka ditambah akan dapat membuat pemantauan dan penyelian yang lebih mantap terhadap penagih di bawah program Harm-Reduction.
Sistem ICT dan bantuan logistik yang lemah jika ditingkatkan akan menghasilkan perkongsian imformasi dan pertindihan fungsi serta tugas antara agensi
Dengan meningkat ICT ianya juga secara tidak langsung dapat mengatasi kelemahan undang-undang yang ada. ( Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1985.kerana perhubungan dan pertukaran maklumat lebih mudah di antara agensi.

MATLAMAT POLISI

Penyelesaian kepada kegagalan atau kurang berkesannya Dasar Dadah Negara ( Rawatan dan Pemulihan ) ini, dan berdasarkan analisis di atas dicadangkan beberapa altenatif polisi seperti di bawah :
i. Polisi 1. Menggubal keseluruhan Strategi Dasar Dadah Negara ( Rawatan dan Pemulihan ) dan menggubal strategi baru.
ii. Polisi 2. Membuat pindaan dan perubahan kepada strategi yang sedia ada.
iii. Polisi 3. Membuat beberapa pembaikan dan pindaan kepada mekenisme pelaksanaan serta peningkatan sumber kepada agensi yang terlibat termasuk pindaan undang-undang yang terlibat.

Polisi 1. Sekiranya Strategi Dasar Dadah Negara ( Rawatan dan pemulihan ) baru hendak digubal maka ia akan mengambil masa yang panjang dan membazirkan tenaga , kos yang telah dikeluarkan serta sumber yang sedia ada seterusnya ini memungkinkan menggagalkan matlamat Dasar Dadah Negara dan Dasar Dadah yang di unjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencapai matlamat negara bebas dadah menjelang tahun 2015. Ia akan mengambil masa begitu lama dan melibatkan banyak pihak serta melalui berbagai seminar, mensyuarat dan konvensyen sebelum dasar baru dapat digubal. Ia akan membazir masa, tenaga, beban kewangan dan sebagainya.

Polisi 2. Pilihan kedua juga akan melibatkan masa yang lama diambil. Juga ia membazir masa dan tenaga di samping kejayaan dasar yang dipinda tersebut belum tentu berjaya. Risiko tidak boleh diambil begitu lama dalam keadaan masalah dadah yang semakin teruk dan memberi impak yang negetif kepada berbagai sektor.

Polisi 3 . Pilihan ketiga ialah membuat beberapa pembaikan dan pindaan kepada mekenisme pelaksanaan serta peningkatan sumber kepada agensi yang terlibat termasuk membuat pindaan ke atas Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1987. Berdasarkan analisis SWOT dan TOWS di atas tadi , pembaikan serta pelaksanan mekenisme yang dipilih dan perlu diambil tindakan bagi menjayakan Strategi rawatan dan pemulihan ialah seperti berkut:

Dengan kekuatan dan keanggotaan Jabatan Narkotik yang kecil ia akan membuka peluang dari kerajaan untuk penambahan keanggotaan. Keanggotaan pegawai dan anggota jabatan Narkotik perlu pada penambahan segera. Dengan Penambahan keanggotaan di atas ditambah pula dengan kepakaran yang ada dan ditingkatkan melalui peningkatan peralatan ICT maka program tersebut diyakini akan mencapai sasaranya.
Dengan kepakaran yang ada Jabatan Narkotik dan PDRM dapat membuat pengawalan program Harm-Reduction sekiranya diberi akses untuk berbuat demikian. Dalam hal ini, arahan kabinet yang member kuasa kepada AADK dan NGO’S untuk melaksanakan program ini dengan meminggirkan PDRM dari akses kepada program ini sepatutnya ditarik balik dan diberi semula kepada PDRM. Dengan PDRM mempunyai akses , pengawasan ini lebih mantap disebabkan pengkalan data, kepakaran yang terbaik serta mempunyai anggota dan pegawai yang ramai serta cekap , sudah tentu member kesan signifikan kepada keberkesanan program ini.
Dengan kerangka perhubungan yang sedia ada antara PDRM dengan agensi yang berkaitan ianya dapat mengelak pertindihan fungsi dengan agensi yang terlibat seperti dengan AADK. Dengan kepakaran dan jalinan dua hala dan pelbagai hala serta dengan pindaan akta yang disebutkan di atas maka pertindihan fungsi dapat dielakkan dan ia akan menyebabkan lebih mantap. AADK dan NGO’S member tumpuan kepada program rawatan dan PDRM menyalurkan maklumat dan pemantauan terhadap penagih di dalam program yang kembali menagih dan tangkap untuk di hantar ke pusat-pusat serenti di seluruh Negara.. Ia menyentuh dari segi pindaan seksyen 6 ( 1 ) ( b ) yang mana tanggung jawab memantau dan pemulihan penagih ini hendaklah terletak di bawah tanggung jawab pegawai AADK. Dari segi undang-undang juga hendaklah diujudkan peruntukkan di mana penagih yang lebih dari sekali telah ditangkap dan telah dimasukkan ke pusat serenti diwajibkan oleh undang-undang agar mereka di tempatkan di pusat serenti dan tidak lagi di beri pengawasan atau jaminan mahkamah. Juga tanggung jawab untuk menangkap penagih juga hendaklah diberiakn dari segi undang-undang APD ( Rawatan dan Pemulihan ) !987 kepada AADK. Selain itu Pindaan kepada peraturan program pemberian dadah Methadon hendaklah diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan AADK dan tidak lagi kepada klinik swasta. Dan juga hendaklah meminda modul latihan adan aktiviti rawatan dan pemulihan yang dijalankan di pusat-pusat serenti diubah dan diperbaiki di samping menambahkan sekurang-kurangnya 4 orang kaunselor di pusat berkenaan agar pemulihan penagih ini lebih berkesan. Tambahan dari pada itu menambahkan kepakaran, teknologi dan pengetahuan terkini selain sumber manusia yang ada di semua agensi penguatkuasa selain meningkan pengetahuan mereka mengenai tanggung jawab mereka serta fahami keperluan dan matlamat dasar Dadah Negara sebenar-benarnya.

KESIMPULAN

Dari ketiga polisi pilihan yang dibentang di atas pada pandangan saya berdasarkan analisis di atas iaitu di analisis dari masalah-masalah serta faktor-faktor kegagalan dasar sedia ada serta kekangan masa selain dari beban kewangan dan sebagainya: pilihan polisi yang 3 adalah yang terbaik. Ini kerana ia tidak melibatkan perubahan dasar yang menyeluruh atau sebarang pindaan dasar yang sedia ada. Polisi ketiga hanya melibatkan perubahan dan pindaan yang bersifat pentadbiran dan menambahbaikan sistem yang sedia ada serta ia menjimatkan masa.

Masa ialah faktor ketiga kerana tahun 2015 adalah tempoh terakhir untuk mencapai matlamat negara bebas dari dadah. Negara ini hanya mempunyai masa tidak sampai 7 tahun lagi untuk mencapai matlamat tersebut. Polisi 3 adalah menjimatkan masa , kewangan, praktikal dan dijangka boleh dicapai matlamat asal pada 2015 di samping tidak mengganggu dasar dan program yang berkaitan dadah yang sedia ada. Dengan kos yang terpaksa di keluarkan oleh kerajaan untuk menangai masalah penagihan dadah ini sekitar RM 1.7 billion setahun meliputi pilihan ketiga adalah paling sesuai dilaksanakan bagi mengelak beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan dari terus bertambah jika lewat diambil tindakan.

Dengan pindaan serta beberapa penambaikan kepada mekenisme perlaksanaannya diyakini perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan setimpal dengan keputusan akhir , kerana ia melibatkan masyarakat..

5 comments:

  1. fuck this journal !!
    drugs are the best !!
    how can you tell about drugs if
    you dont take some of that shit
    MOTHAFUCKA !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuck you too drug addict,go to hell and bring you family too,who care if you want to mampos??

      Delete
  2. 1 pekataan: GAGAL

    ReplyDelete

PETA PELAYAR