FOLLOWERS

Wednesday 19 January 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HAK PENJAGAAN ANAK / GUGUR HAK KERANA IBU BERSEKEDUDUKAN !!!!!!


[1995] 2 MLJ 229
Loura Dorris a/p Laurence v Thuraisingam a/l James
Case Details:

Malaysia MAHKAMAH TINGGI (SHAH ALAM) — SAMAN PEMULA NO
24–411–94

Judges FAIZA TAMBY CHIK H

Date 3 APRIL 1995
Citation [1995] 2 MLJ 229



Catchwords:

Undang-Undang Keluarga — Anak — Penjagaan — Permohonan — Anak di bawah umur tujuh tahun — Sama ada penjagaan harus diberikan kepada ibu — Ibu bersekedudukan dengan lelaki yang berumahtangga — Bapa kandung anak mampu menjaganya — Kebajikan kanak-kanak pertimbagan utama — Sama ada faktor-faktor lain diambilkira — Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 s 88(3)

Facts:

Pemohon telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi secara ex parte untuk hak penjagaan sementara anak perempuannya berumur enam tahun, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan responden dalam kes ini. Selama ini, ibu pemohonlah yang menjaga anak mereka sewaktu mereka bekerja. Pemohon telah mengakui bahawa dia sedang bersekedudukan dengan seorang lelaki yang telah berumahtangga. Walau bagaimanapun, peguambela pemohon menyatakan bahawa menurut anggapan di bawah s 88(3) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 dan juga autoriti yang wujud, hak jagaan anak yang berumur di bawah tujuh tahun hendaklah diberikan kepada ibunya. Pemohon juga berhujah bahawa perzinaan pemohon tidak boleh mematahkan anggapan tersebut.

Holdings:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Untuk memutuskan isu hak penjagaan anak, mahkamah harus memberikan pertimbangan utama kepada kebajikan anak yang berkenaan.

(2) Mahkamah harus melihat soalan kebajikan anak itu dari berbagai-bagai aspek. Pertimbangan hendaklah diberikan kepada umur, jantina, agama anak tersebut, adat resam tempat dia dipelihara selama ini, latar belakang, bangsa, budaya dan kelakuan ibu bapanya. Selain daripada itu, faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh anak itu dari segi pelajaran dan material, kesihatannya dan perubahan yang akan dialaminya perlu juga diambilkira.

(3) Tertakluk kepada pertimbangan utama berkenaan dengan kebajikan anak tersebut, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada kemahuan ibu bapa dan juga kemahuan anak itu, jika dia yang telah mencapai umur yang sudah dapat menyuarakan pendapatnya sendiri.

(4) Selepas meneliti kes ini dengan cermat, mahkamah berpendapat bahawa adalah bertentangan dengan adat resam negara ini untuk membenarkan pemohon yang bersekedudukan dan menginginkan kehidupan yang bebas untuk menjaga anaknya. Pemberian hak penjagaan kepada pemohon akan menjejaskan kehidupan masa depan anaknya. Perzinaan pemohon, lebih-lebih lagi dengan seorang lelaki yang telah berumahtangga, dipandang jijik oleh masyarakat Malaysia. Lagipun, responden merupakan bapa kandung anak tersebut dan mampu pula menjaganya.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR