FOLLOWERS

Monday 3 January 2011

NOTA-NOTA LAMA : RINGKASAN KES-KES KEUNGGULAN PERLEMBAGAAN NEGARA !!!!!~


Ringkasan kes-kes keunggulan Perlembagaan


1. MALAYSIAN BAR & ANOR v GOVERNMENT OF Malaysia . [1986] 2 MLJ 225

Isu adalah sama ada peruntukan seksen 46A Akta Guaman bercanggah dengan peruntukan artikel 8 iaitu hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang.

Seksen 46 A menyatakan hanya peguam yang telah berkhidmat selama 7 tahun sahaja layak untuk menjadi ahli dan dengan itu membahagikan peguam kepada junior dan senior.

Keputusan mahkamah :

Peruntukan seksen berkenaan adalah bercanggah dengan artikel 8 dan itu tidak sah.

2. VR MENON v THE GOVERNMENT OF Malaysia . [1987] 2 MLJ 642

Sabjek adalah warganegara dan tinggal di India. Pada 1943 beliau bertugas di Jabatan Elektrik dan bersara pada tahun 1973 dan layak mendapat pencen di bawah artikel 147. Pindaan undang-undang penyelarasan pencen dibuat dan akta tersebut sek.2 menyatakan ianya hanya untuk mereka yang tinggal di Malaysia dan sabjek tidak layak menerima penyelarasan pencen. Sabjek mendakwa pindaan akta berkenaan adalah bercanggah dengan artikel 8 hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang .

Keputusan mahakamah.

Seksen 2 Akta penyelarasan pencen adalah bercanggah dengan perlembagaan dan tidak sah.

3. PUBLIC PROSECUTOR v DATO’ YAP PENG [1987] 2 MLJ 311.

Isu yang sama dalam seperti kes Dato Harun.

4. Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v Nordin bin Salleh & Anor . [1992] 1 MLJ 697

Sabjek telah dipilih sebagai ahli dewan undangan negeri Kelantan semasa pilihan raya. Walau bagaimanapun undang-undang negeri Kelantan menyatakan sesiapakan yang telah meletakkan jawatan di dalam sesuatu parti politik dan bertukar ke parti politik lain adalah tidak layak menjadi ahli dewan negeri dan kerusinya di istiharkan kosong. Sabjek mendakwa undang-undang negeri Kelantan adalah bercanggah dengan artikel 10 iaitu hak menubuh persatuan dengan syarat ia tidak membabitkan soal keselamatan,ketenteraman dan ahklak.

Keputusan mahkamah.

Undang-undang negeri Kelantan adalah bercanggah dengan perlembagaan artikel 10. Hak untuk menubuh pesatuan adalah hak juga tidak menubuh pesatuan. Cabutan kenyataan penting kes ini dari hakim Abdul Hamid Omar LP.

`Kelantan Constitution did impose a restriction on the exercise of the respondents’ right of association in that the respondents were penalized by a disqualification from continuing as members of the state legislative assembly having exercised their fundamental right of association, which includes the right to dissociate from an association, by resigning from one political party to join another`. Tun Datuk Haji Mustapha bin Datuk Harun v State Legislative Assembly of Sabah & Anor [1993] 1 MLJ 26.

Kes yang sama seperti Nordin Salleh. Bezanya sabjek belum di pecat dan takutkan kerusinya akan di kosongkan di Sabah.. Soalannya adakah beliau boleh berbuat demikian.

Keputusan Mahkamah.

Sabjek tidak boleh berbuat demikian, tetapi meninggalkan banyak persolan.

5. Faridah Begum bte Abdullah v Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al Mu’Adzam Shah . [1996] 1 MLJ 617.

Faridah Bagum rakyat Singgapore mendakwa Sultan Pahang atas ganti rugi. Soalan yang timbul adakah warga asing boleh mendakwa Sultan Pahang.

Keputusan Mahkamah.

Keputusan kes adalah berdasarkan peruntukan artikel 73(3) adan 155. Artikel 73(3) semua undang-undang Parlimen adalah tertakluk kepada sekatan Perlembagaan. Seterusnya artikel 155 menyatakan sekiranya undang-undang negara Komenwel lain memberi hak dan keistemewaan kepada warga Persekutuan maka perlimen boleh memberi hak dan keistemewaan yang sama. Dalam kes ini jika warganegara Malaysia boleh mendakwa President Singgapore maka tuntutan tersebut boleh dilayan.

Nota: Pembicaraan kes ini dijalankan mengikut Mahkamah khas setelah mendapat persetujuan dari Peguam negara seperti peruntukan artikel 182,183.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi sedikit kefahaman mengenai kes-kes yang menyentuh keunggulan perlembagaan negara. Tq

1 comment:

  1. apakah maksud kepentingan,cara-cara,lankah-langkah?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR