FOLLOWERS

Friday, 21 January 2011

YB BADRUL : YB ZUL KULIM CAKAP KERAJAAN PR SELANGOR KAKI KELENTONG DAN HANYA SEEKOR KERA !!!!


Dipetik dari blog : YB Zulkifli Nordin Kulim



(Sangat menghairankan apabila Azmin memanggil YB Gobala "paria" tidak pulak mereka memekak nak bakar Azmin macam mereka bakar novel "Interlok". Agaknya memang dema dah pekak yop!!)

.............................................Bangkitlah wahai umat Islam. Sedarlah wahai bangsa Melayu. Bangunlah wahai rakyat Malaysia. Kita sedang diperkuda dan dipootarbelit dan dipoootar-pooSingh oleh Pakatan Syaitan ini. Ingatlah pepatah Melayu, "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna". Pakatan Syaitan ini sebenarnya saperti kera mendapat bunga, habis kelak nanti mereka akan musnahkan kecantikan bunga-bunga perpaduan, kemakmuran dan keamanan negara ini semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah untuk memahkotakan seorang manusia kaki kelentong yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan! Lakukanlah perubahan, cegahlah kemungkaran kabir ini. .................................................................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah temberangnya prinsip kebebasan yang dimomokkan oleh PKR atau PR. DSAI kena gantung 6 bulan heboh satu dunia. Itu pun DSAI diberi peluang untuk menjawab di parlimen mengenai APCO. Tapi dia kencing dan tak datang untuk membela diri.

2. Kini belum apa-apa dah gantung Badrul tanpa memanggil sidang dan membawa usul. Undang-undang digunakan sepenuhnya sekiranya menyebelahinya. Demokrasi dan kebebasan ? Tahi kucing aje mereka ini.

3. Sebab itu PG dari dulu dah katakan, sekiranya DAP atau PKR atau PAS yang memerintah negara ini, pemerintahan mereka ini akan lebih teruk dari yahudi. Jangan kata nak hapuskan ISA, malah akan ketatkannya lagi. Lihat Singapura sudahlah. Itulah pun akan terjadi.

4. Kekejaman Singapura terhadap rakyat dan penentangnya sejak dulu : pernah ke sekali DAP atau Karpal Singh atau Pok Nik Aziz atau PAS atau DSAI atau PKR pernah sekali mengecam kekerasan Singapura kepada penetang dan pembangkang? Tak pernah sekali pun. Sebabnya , inilah contoh yang akan mereka ikuti.

5. Lihat ajelah kemesraan ketiga parti sampah ini menyambut Lee Kuan Yew tahun lepas.

6. Tindakam Speaker DUN Selangor , menjelaskan semuanya tentang ketemberangan PR dalam isu kebebasan, hak asasi dan sebagainya. Hanya tak lebih dari kebebasan dan hak asasi tahi kucing semuanya!!!

7. Tak gitu ?

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR