FOLLOWERS

Friday 21 January 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMUNGKIRAN KONTRAK !!!!!!


1995] 3 MLJ 283
Wong Hon Leong David v Noorazman bin Adnan
Case Details:

Malaysia

Judges GOPAL SRI RAM JCA
SHAIK DAUD JCA
VC GEORGE JCA

Date 28 SEPTEMBER 1995
Citation [1995] 3 MLJ 283


Catchwords:

Contract — Consideration — Promise of payment — Application of developer to convert and subdivide land — Aggrieved party promised to assist in obtaining approval of application — Developer promised to pay aggrieved party if approval obtained — Whether consideration existed — Whether executory consideration was good consideration — Contracts Act 1950 s 2(d) & (e)
Contract — Illegality — Corruption — Charge of bribery — Promisor applied to convert and subdivide land — Promisee knew government officials who could expedite promisor’s application — Promisor agreed to pay promisee if promisee assisted in obtaining approval — Whether convincing independent evidence needed to prove bribery — Whether agreement void because of illegality

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu merupakan seorang daripada pengarah Wealth Sdn Bhd (‘syarikat itu’) yang memiliki tiga lot tanah pertanian di Kajang (‘tanah itu’). Oleh kerana syarikat itu ingin memajukan tanah itu sebagai sebuah estet perumahan, ia telah membuat suatu permohonan kepada pentadbir tanah untuk daerah Ulu Langat (‘pentadbir tanah’) untuk penukaran dan pemecahan lot tanah itu (‘permohonan itu’). Untuk mempercepatkan perkara tersebut, perayu telah meminta pertolongan penentang yang mengatakan bahawa beliau kenal Menteri Besar Selangor. Perayu bersetuju untuk membayar fee sejumlah RM268,888 (‘fee itu’) untuk perkhidmatan penentang.

Pada 28 Januari 1991, penentang telah menulis sepucuk surat dengan menggunakan kepala surat syarikat itu kepada Menteri Besar, meminta pertolongannya untuk mendapat kelulusan awal permohonan itu. Perayu kemudiannya telah membayar RM100,000 kepada penentang apabila beliau mengemukakan kepada perayu surat tersebut dengan perkataan tulisan tangan ‘Disokong’, yang dialamatkan kepada pentadbir tanah dan ditandatangani oleh Menteri Besar. Pada 16 September 1992, pentadbir tanah telah memaklumkan kepada syarikat itu bahawa permohonannya telah diluluskan. Seterusnya, melalui sepucuk surat bertarikh 17 Disember 1991, penentang telah menulis kepada perayu untuk mengesahkan perjanjian di antara mereka di mana beliau akan menerima fee tambahan sebanyak RM100,000 jika beliau membantu untuk menyelesaikan masalah hak masuk ke tanah itu melalui suatu tanah yang bersebelahan. Hak lalu-lalang yang diperlukan tersebut telah didapatkan pada akhirnya. Walau bagaimanapun, perayu enggan membayar baki fee sejumlah RM168,888 dan fee tambahan sebanyak RM100,000.

Penentang membawa prosiding terus terhadap perayu di Mahkamah Tinggi atas kemungkiran kontrak. Perayu berhujah di dalam pembelaannya, antara lain, bahawa: (i) tidak terdapat balasan di dalam perjanjian yang dikatakan itu; (ii) penentang tidak melakukan apa-apa untuk mendapatkan feenya; dan (iii) perjanjian tersebut terbatal akibat kepenyalahan undang-undang kerana kelulusan telahpun diberikan pada ketika itu dan wang itu sebenarnya adalah suatu sogokan. Hakim menolak kesemua pembelaan perayu kerana pembelaannya tidak merupakan isu bona fide yang boleh dibicarakan, mencatatkan penghakiman untuk jumlah RM168,888, dan memberikan kebenaran tak bersyarat kepada perayu untuk membela dirinya terhadap fee tambahan sebanyak RM100,000 itu. Perayu telah membuat rayuan ke Mahakamah Rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Seksyen 2(e) Akta Kontrak 1950 (‘Akta itu’) memperuntukkan bahawa setiap janji dan pasang janji, yang membentuk balasan untuk satu sama lain, adalah suatu perjanjian. Di dalam kes ini, penentang telah berjanji bahawa beliau akan membantu dalam mendapatkan kelulusan untuk permohonan itu. Sebagai balasannya, perayu berjanji untuk membayar penentang RM268,888 untuk perkhidmatan itu. Balasan yang berkenaan, iaitu pertukaran saling janji, walaupun eksekutori, adalah suatu balasan yang baik. Oleh itu, terdapat suatu perjanjian yang mengikat di antara pihak yang berkenaan.

(2) Hujah bahawa penentang tidak melakukan apa-apa untuk mendapatkan feenya adalah tidak bermerit. Penentang telah menggunakan pengaruhnya dalam mendapatkan sokongan Menteri Besar atas permohonan syarikat itu, dan permohonan itu pada hakikatnya telahpun diluluskan. Tindakan penentang adalah termasuk di dalam lingkungan s 2(d) Akta itu yang memperuntukkan bahawa apabila penerima janji telah melakukan sesuatu yang diingini oleh penjanji, tindakan tersebut adalah balasan untuk janji itu.

(3) Pengataan perayu bahawa beliau telah diperdaya oleh penentang supaya mempercayai bahawa kelulusan itu akan diberikan sedangkan ia telahpun diberikan, tidak disokong oleh keterangan. Daripada fakta kes ini, perayulah yang telah meminta penentang untuk pertolongan. Penentang telah mendapatkan kelulusan permohonan itu seperti yang dijanjikan dan patut menerima bayaran yang telah disetujui daripada perayu.

(4) Pertuduhan penyogokan adalah suatu pengataan yang serius walaupun di dalam prosiding sivil. Ia tidak harus diterima dengan mudahnya tanpa keterangan yang meyakinkan, dan seorang peguam yang membuat pertuduhan sedemikian tanpa asas menghadapi risiko beliau akan dikenakan tindakan tatatertib kerana salah laku. Di dalam kes ini, perayu telah secara tersirat menyatakan bahawa penentang telah melibatkan diri di dalam penyogokan ketua eksekutif kerajaan negeri, tetapi tidak terdapat keterangan yang bebas untuk menyokong pengataan ini.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan boleh diakses di laman web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

1 comment:

  1. Senangnya dapat kelulusan bila melibatkan bukan Melayu...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR