[1994] 3 MLJ 233
Chan Chin Ming & Anor v Lim Yok Eng
Case Details: Malaysia
SUPREME COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 02–307–93
Judges PEH SWEE CHIN
SCJ EDGAR JOSEPH JR
SCJ MOHAMED DZAIDDIN SCJ
Date 12 AUGUST 1994
Citation [1994] 3 MLJ 233
Catchwords:
Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Appropriate multiplier — Claim by mother for loss of support in respect of unmarried son — Whether multiplier in s 7(3)(iv)(d) of the Civil Law Act 1956 applicable — Whether multiplier may be altered at court’s discretion — Civil Law Act 1956 s 7(3)(iv)(d)
Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Claim by mother for loss of support suffered on death of 24-year-old unmarried son — Duration of loss of support sustained by a parent compared with duration of loss of support sustained by a widow and her children — Possibility of the son getting married — Whether the possibility had been built into the statutory formula of 16 years’ purchase — Civil Law Act 1956 s 7(3)(iv)(d)
Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Claim by mother for loss of support — Mother received RM750 a month from son, half of which she spent on herself and the other half she spent on her other children — Whether mother could claim loss of support at RM750 a month — Civil Law Act 1956 s 7(1) & (2) — Guardianship of Infants Act 1967 ss 3 & 6 Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif telah menuntut untuk kehilangan tempat bergantung disebabkan oleh suatu kemalangan yang membawa maut dalam mana anak beliau yang masih belum kahwin dan yang berumur 25 tahun (‘si mati’) terlibat. Hakim Mahkamah Tinggi telah memberi beliau award sebanyak RM144,000 atas dasar jumlah datum atau jumlah dasar sebanyak RM750 sebulan, tidak termasuk tuntutan untuk ‘lost years’. Hakim perbicaraan berpendapat bahawa jumlah itu merupakan purata jumlah wang bulanan yang diberi oleh si mati kepada plaintif sebelum si mati meninggal dunia. Defendan telah membuat rayuan.
Isu di hadapan mahkamah adalah:
(1) sama ada jumlah RM750 sepatutnya dikurangkan sebanyak separuh kerana plaintif hanya menggunakan separuh daripada jumlah itu untuk dirinya sendiri dan menggunakan separuh yang lain untuk tiga orang anaknya yang masih bersekolah; dan
(2) sama ada di dalam suatu tuntutan oleh seorang ibu bapa untuk penyaraan berkaitan dengan seorang anak lelaki yang belum berkahwin, jumlah tahun belian (‘years’ purchase’) yang telah ditetapkan oleh undang-undang sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam s 7(3)(iv)(d) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta itu’) terpakai. Diputuskan: Diputuskanoleh majoriti, membenarkan rayuan itu dan mengurangkan jumlah award itu kepada RM24,375 (Edgar Joseph Jr HMA bertentangan sebahagian):
(1) Di bawah s 7 Akta itu, orang yang berhak membuat tuntutan untuk kehilangan tempat bergantung berhubungan dengan seseorang si mati adalah isteri, suami, ibu bapa dan anak sahaja, tidak termasuk adik-beradik. Oleh itu, satu-satunya orang yang berhak membuat tuntutan di dalam rayuan ini adalah plaintif. Dengan itu, jumlah RM750 sebulan sebagai kehilangan penyara bersih bulanan dikurangkan kepada RM375 sebulan. (2) (Oleh Peh Swee Chin HMA) Keadaan sistem undang-undang am yang berkaitan dengan tuntutan seorang ibu bapa sebagai seorang tanggungan untuk kehilangan tempat bergantung berkaitan dengan seseorang anak yang belum berkahwin sebelum penggubalan perenggan-kecil (d) adalah bahawa kehilangan tempat bergantung sedemikian akan dihentikan atau dikurangkan sebahagian besarnya apabila kontingensi yang hampir tetap berlaku apabila anak yang belum kahwin itu berkahwin. Jika hakim itu betul apabila membuat keputusan bahawa kemungkinan si mati itu berkahwin sekiranya beliau masih hidup merupakan suatu faktor yang telah diambil kira dalam penetapan formula statutori 16 tahun belian itu, ini akan bermakna bahawa aspek undang-undang ini telah dihapuskan atau ditukarkan. Parlimen tidak mungkin menyimpang daripada sistem undang-udang am tanpa menyatakan tujuannya secara teramat jelas yang tidak wujud di dalam kes ini.
(3) (Oleh Peh Swee Chin HMA) Bilangan tahun belian telah dikurangkan kepada tujuh tahun dan daripada itu, mahkamah telah menolak kehilangan tempat bergantung sebelum perbicaraan sehingga tarikh perbicaraan yang biasanya telah diawardkan. Oleh itu, kehilangan tempat bergantung telah dikurangkan kepada RM24,375.
(4) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA (bertentangan sebahagiannya) Apabila menggubal peruntukan terperinci s 7(3)(iv)(d), Parlimen bertujuan untuk menghilangkan budi bicara mahkamah untuk memilih pengganda yang sesuai apabila mentaksirkan kehilangan mata pencarian seseorang si mati untuk tujuan tuntutan bagi kehilangan tempat bergantung di bawah s 7(1). Jikalau tidak, mahkamah boleh menulis semula statut itu atau mengetepikan peruntukan statutori yang sangat jelas dan memilih pengganda yang sesuai dengan menggunakan budi bicaranya.
(5) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA) Kontingensi seperti kemungkinan si mati itu berkahwin sekiranya beliau tidak meninggal dunia di dalam kemalangan itu dan, dengan yang demikian, penyumbangan beliau bagi menyara ibunya akan dihentikan atau dikurangkan secara substansial, telah dimasukkan ke dalam formula statutori 16 tahun itu.
(6) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA) Mahkamah tidak mempunyai kebebasan untuk mengurangkan bilangan tahun belian daripada 16 tahun ke tujuh tahun, walau sedikitpun. Untuk sebab yang sama, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat sebarang pemotongan bagi tempoh yang mahkamah boleh memberi award sebelum perbicaraan untuk kehilangan tempat bergantung sehingga tarikh perbicaraan, daripada bilangan tahun belian.
(7) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA) Oleh kerana mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk menukar pengganda statutori, dalam cara yang sama, ia tidak boleh berbuat demikian secara tidak langsung dengan mengurangkan ‘multiplicand’. Per curiam:
(1) (Oleh Peh Swee Chin HMA) Pengenalan perkataan, ‘kehilangan tempat bergantung’ ke dalam s 7(3)(iv)(d) Akta itu tidak menambahkan apa-apa yang baru kepada keadaan undang-undang, tetapi hanya mengandungi apa yang selalu diputuskan oleh mahkamah sebelum penambahan sedemikian.
(2) (Oleh Peh Swee Chin SCJ) Jangkamasa kehilangan tempat bergantung yang dialami oleh seseorang ibu bapa berkaitan dengan seseorang anak yang belum berkahwin biasanya tidak sebegitu panjang berbanding dengan, sebagai contoh, jangkamasa kehilangan tempat bergantung yang dialami oleh seorang balu dan anak-anaknya berkaitan dengan suaminya.
(3) (Oleh Edgar Joseph Jr SCJ) Fakta bahawa si mati telah memberi emaknya wang bukan sahaja untuk menyara dirinya sendiri tetapi juga membolehkannya untuk menjalankan tugasnya di bawah ss 3 dan 6 Akta Penjagaan Budak 1961, sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menyara, menjaga kesihatan dan pendidikan anak-anaknya yang masih bersekolah, tidak memberikan justifikasi kepada mahkamah untuk memperluaskan kelas orang yang dinyatakan di dalam s 7(2) Akta itu sebagai berhak membuat tuntutan bagi kehilangan tempat bergantung. Lebih-lebih lagi, suatu tuntutan untuk menambahkan nilai kehilangan tempat bergantung berdasarkan pertimbangan obligasi emak itu tidak boleh diramal secara munasabah oleh defendan pelaku tort dan oleh itu, adalah cacat kerana di luar duga.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq
No comments:
Post a Comment